DAY 1 – FLIGHT KE BUSAN – Jalan-Jalan Di Pantai Haeundae, Busan
Alhamdulillah, selama ini kami
hanya melihat lokasi-lokasi yang menarik melalui pengambaran k-drama Netflix
sahaja dan itu pun sudah terpegun dengan view permandangan yang cantik dan indah di negara Korea (Joseon) dan juga budaya yang dipaparkan semenjak dari zaman Joseon lagi.
Kami menempah penerbangan flight
AirAsia X di web Airasia.com yang berharga RM3,295.00 (2 bag 20kg checkin) (5pax/one way) untuk 4
Adults 1 Child. Manakala, untuk penerbangan balik pula kami
menempah penerbangan flight Cebu Pacific di webnya yang berharga RM2,511.39 (KRW739,500) / 3bag 20kg chkin
(5pax/one way) untuk 4 Adults 1 Child tetapi perlu transit di Manila.
Untuk pergerakan dari Busan ke Jeju kemudian ke Seoul pula kami menempah 2 penerbangan domestik iaitu flight Jeju Air di
websitenya yang berharga RM1,343.30 (5pax/one way) untuk 4 Adults 1 Child dari
Busan ke Jeju dan flight T’way di websitenya yang berharga RM630.65 (5pax/one
way) untuk 4 Adults 1 Child .
Seperti biasa kami membuat
research dengan merujuk kepada FB, Google, Instagram untuk mendapatkan maklumat
tentang Korea secara amnya dan Seoul, Busan dan Jeju secara khususnya terutama
berkenaan tempat-tempat tumpuan, aktiviti, hotel, kulinari, transport, cuaca
dan sebagainya.
Setelah itu, kami merangka itinerary di sepanjang pengembaraan kami selama 10 Hari 9 Malam dan tanpa berlengah membuat tempahan hotel dan merangka method perjalanan di dalam bandar-bandar Seoul, Busan dan juga Jeju dengan menggunakan T-Money dan juga keperluan memandu kereta di Jeju.
Pada pagi Selasa 25 April 2023, sekitar
jam 10.00am kami membawa 1 bagasi besar dan masing2x begpack yang telah dikemas
semalam dan bergerak dengan kereta menuju ke Putrajaya Sentral. Kami akan park
kereta di Putrajaya Sentral dengan caj RM12/day cashless parking boleh dibayar
dengan Touch N Go, kredit kad dan debit kad. Kami menaiki ERL Transit dari
Putrajaya Sentral menuju ke KLIA2.
Setelah sampai di KLIA2 kami
langsung ke kaunter check-in luggage kemudian terus ke gate departure dengan melalui pemeriksaan immigration dan juga pemeriksaan keselamatan
untuk boarding.
Setelah menghampiri hotel Capsule
berhampiran gate kami menuju ke receptionnya untuk mengambil portable wifi
Roamingman yang telah disewa berharga RM140 selama 10 hari. Tetapi malangnya pekerja
tersebut memberitahu bahawa kaunter untuk mengambil portable tersebut adalah di
hotel Capsul yang terletak di Hub Pengangkutan di luar bangunan terminal. Oleh
itu, terpaksalah untuk keluar semula bagi mengambilnya dan masuk semula melalui
proses pemeriksaan immigration dan juga keselamatan.
Roaming Man portable wifi
Setelah masuk semula kami sempat
lagi berehat, solat jamak di surau dan makan sebelum menuju ke pintu gate bagi
menunggu ketibaan pesawat. Pesawat QZ 462 Air Asia X direct flight mengambil
masa lebih kuran 6 jam perjalanan dari KLIA2 menuju ke Busan Airport.
Gate Q4 Airasia X KLIA2 ke Busan
Kami telah pun menempah pre-order
makanan mengikut kegemaran masing2x termasuk Nasi Lemak Pak Nasir. Kami solat subuh di atas flight setelah masuk
waktu dan kelihatan hari semakin cerah beberapa jam sebelum pesawat mendarat di
Busan Airport.
View perjalanan ke Busan
Setelah mendarat kami myediakan dokumen-dokumen berkenaan
terutamanya passport dan K-ETA sebelum beratur ke kaunter immigration.
Alhamdulillah, proses mendaftar masuk amatlah mudah dan cepat walaupun sebelum
ini kami terbaca di group FB menyatakan pelbagai pengalaman sehinggakan ada
yang tidak dibenarkan melangkah masuk ke Korea.... sehinggakan ada yang mengeluh kerana memang terasa mendebarkan dan mengerikan.....
Setelah selesai proses tersebut kami kami menuju ke kaunter
bagasi untuk mengambil luggage. Kami sempat snap gambar di beberapa sudut
airport sebagai tanda kenagan menjejaki kaki ke Busan Airport sebelum melangkah
keluar menuju ke kedai serbaneka bagi top-up T-Money. T-Money kami dapati
secara percuma di Booth KTO semasa Matta Fair berlangsung di Kuala Lumpur.
Setelah itu, kami menarik beg
lunggage masing-masing dengan berpandukan apps Naver dan juga signboard berjalan
menuju ke metro Busan train station. Kami akan menaiki train tersebut menuju ke
station Sasang dan pada mulanya ingin meninggalkan luggage kami di situ ketika
transit ke line namun kami mengambil Keputusan untuk terus menuju ke station
Haeundae dan meninggalkan luggage di situ. Kami telah pun membuat research sedari
awal lagi dan kini hanya perlu merujuk kepada itinerary yang keseluruhannya telah
lengkap dengan maklumat yang telah kami sediakan sebelum mendarat di bumi
Korea.
Welcome to Airport
Busan
Train to Busan
Sepanjang perjalanan mengambil
masa kira-kira hampir 30 minit, kami menikmati permandangan dari jendela train
tersebut yang berhenti di setiap stesen bagi mengambil penumpang yang keluar di
awal pagi.
Sementara itu, bagi tujuan memudahkan aktiviti adalah disarankan untuk meninggalkan luggage di locker atau di hotel. Harga locker di station Haeundae,
Busan adalah ₩2,000 untuk 4 jam pertama, ₩300 tambahan untuk setiap jam
sehingga 12 jam pertama. Selepas 12 jam, bayaran tambahan ₩2,000 untuk
setiap 12 jam. (kredit – google)
Setelah sampai ke station Haeundae
yang dutujui, kami pun keluar meninjau-ninjau mencari jalan yang mengarah ke
pantai. Kami dapati sudah berpusu-pusu orang ramai berjalan menuju ke arah pantai
tersebut. Kami mencari arah berpandukan Naver berjalan kaki menuju ke Restoran Wonjo
Halmae Bokguk (MF) - Coupon free drink (Busan Guide Book) yang terletak di Tingkat
1 beralamat 1 Dalmaji-gil 62beon-gil, Haeundae-gu, Busan untuk mengisi perut
dahulu sebelum meneruskan aktiviti selanjutnya.
Akhirnya setelah berjalan menyusuri jalan yang sesekali kelihatan pantai
di antara block-block bangunan yang tinggi itu, kami pun sampai ke restoran sekitar
jam 12 tengahari.
Kami disambut mesra oleh seorang
nenak (halmeoni) yang sangat peramah dan menghulurkan menu untuk kami membuat
tempahan. Restoran tersebut terdapat di dalam senarai Korean Tourism
Organisation (KTO) yang merupakan restoran Muslim Friendly yang menyajikan menu
utamanya ikan buntal. Restoran tersebut betul-betul tidak jauh dari kawasan
pantai dan laut Busan di mana akan terasa angin bertiup. Sekiranya berjalan di
tepi Pantai tersebut jika angin bertiup kuat sehinggakan sesekali sekala kami
terpaksa memegang erat satu sama lain….. Hahaha….
Menu restoran ikan dan seafood
Setelah itu kami berjalan kaki menuju ke station Sky Capsule Haeundae Blue Line Park dan Beach Train Haeundae Blue Line Park untuk menaiki train view Pantai dan laut Haeundae, Busan. Di situ terdapat kaunter untuk membeli train Sky Capsule dan juga Beach Train. Memandangkan kesuntukan masa kami hanya membeli tiket bagi menaiki Beach Train kerana tidak sempat lagi untuk menunggu perjalanan Sky Capsule yang berikutnya, memandangkan banyak lagi aktivit yang kami perlu jalani untuk hari itu berdasarkan senarai itinerary di tangan kami. Harga Beach Train adalah One-way: ₩7,000 dan Round trip: ₩10,000.
View dari Busan Beach Blue Line Train
Kami beratur menaiki Beach Train
yang menyajikan permandangan view Pantai Haeundae, Busan yang indah dan medamaikan.
Sepanjang perjalanan kami terhibur dengan gelagat pelancong yang masing2x snap
gambar laut dan bangunan di tepi pantai apatah lagi ceria ditiup angin laut
yang fresh dan sesekali terasa kuat sehinggakan hilang rasa kepenatan. Track
train tersebut menghubungkan Mipo Station ke stasion terakhir iaitu Songjeong
Station di mana terdapat hentian-hentian tertentu di mana pelancong boleh turun
dan naik semula bagi menikmati view di sepanjang perjalanan di antara station
tersebut.
Kami berpatah balik berjalan
menyusuri pantai menuju ke station Haeundae semula untuk pergi ke mengambil
luggage di locker dan seterusnya ke station Jagalchi untuk berjalan menuju ke
hotel 04 Nampo Jagalchi. Sepanjang berjalan di tepi pantai kami melihat
kemeriahan warga Busan mengerumuni sambil berpiknik di situ dan ada juga yang
mandi-manda sambil bermain papan luncur di kawasan yang berombak.
Kami singgah di beberapa kiosk
membeli kopi dan kedai-kedai art yang menjual pelbagai design souveniour dan
juga peralatan stationery.
Kopi, Shopping dan Beach di Haeundae Town
Setelah selesai shopping dan
santai minum kopi sambil melepak santai di jalan tepi pantai Haeundae, kami pun
berjalan menuju ke station Haeundae untuk mengambil luggage di locker dan menuju
ke Busan untuk check-in hotel. Kami menaiki train dari station Haeundae ke Seo-Myeon
Station (70243 green line) kemudian mengambil train Seo-myeon menuju ke Jagalchi
station (oren 70095), exit 3 or 7. Berpandukan apps Naver kami berjalan menuju
ke hotel Airbnb di 04Nampo Jagalchi (2room + 2 queen bed) yang kami tempah
dengan harga RM833.41 (3 Nights) beralamat di 38, Junggu-ro 29beon-gil,
Jung-gu, Jagalchi, Busan, South Korea.
Melalui Busan Street Art ke hotel di Jagalchi
Setelah membawa luggage menaiki
tangga ke tingkat satu, kami masak makanan yang dibawa dan berehat setelah
seharian penat berjalan di Pantai Haeundae dan semalaman menaiki flight ke
Busan.
DAY 2 – JALAN-JALAN BUSAN
–Jelajah Kampung Tradisi Gamcheon Cultural Village dan Menaiki Kereta Kabel di
Songdo Beach Skywalk.
Pada pagi Sabtu 26 Ogos 2023,
kami bangun solat subuh namun mengambil keputusan untuk sambung berehat kerana
masih kepenatan lagi. Kami breakfast roti yang dibawa untuk bergegas keluar ke
bas stop untuk menuju ke Gamcheon Cultural Village. Kami berjalan melintasi
Gukje Market yang terletak tak jauh dari hotel.
Gukje Market
Pemandu bas hari itu adalah Oppa yang masih muda
memandu bas agak laju namun berhati-hati di
jalan yang sempit dan berliku-liku mendaki bukit menuju ke kampung
tradisi tersebut. Setelah hampir 20 minit kami berada di dalam bas, akhirnya apps Naver menujukkan
bas stop untuk kami turun betul-betul di hadapan jalan utama menuju ke kampung tersebut.
Kami turun di bas stop tersebut ketika jam menunjukkan beberapa minit ke pukul
10.00am dan mengambil gambar di beberapa tempat berhampiran jalan masuk utama
setelah mendapati hanya beberapa kedai sahaja yang baru dibuka tetapi banyak
lagi kedai-kedai yang masih ditutup.
Kami mengambil peta Gamcheon Cultural Village terebut di pusat komuniti dan berjalan perlahan-lahan masuk ke kampung tersebut. Kami berhenti di beberapa kedai yang mula dibuka untuk melihat-lihat dan membeli souveniours. Rumah-rumah di kampung tersebut dibina di lereng bukit dan dicat dengan pelbagai warna yang kelihatan indah dari kejauhan. Teringat kenanagan kami berjalan-jalan ke Kampung Jeodipan, Malang di Surabaya yang juga mempunyai rumah-rumah berwarna-warni. Ikuti link di Kampung Jeodipan, Surabaya
Suasana kampung di Gamcheon Cultural Village
Kami berjalan perlahan-lahan
sambil menikmati keindahan rekabentuk serta membaca signboard yang disediakan
dengan berpandukan map di celah-celah laluan rumah yang sangat dekat antara
sesebuah rumah hinggakan kami terkeliru dan tersesat sehingga terjumpa kawasan
pasar yang tidak berapa jauh dari laluan utama tadi.
Perjalanan menyusuri
lorong-lorong dan laluan di celah-celah rumah di kampung tersebut amatlah
menakjubkan namun memerlukan semangat yang tinggi bagi menempuh cabaran kerana
keadaaan bentuk mukabumi di kampung tersebut terletak di lereng bukit kena
tahan memanjat dan menuruni anak tangga.
Setelah menjelang tengahari kami
menaiki bas untuk balik ke Seoul dan singgah di market untuk makan di Gukje Market. Ketika berada di restoran kami menjadi tumpuan penduduk tempatan dan
ada yang bertegur sapa dan bertanyakan tentang perjalanan kami walaupun ada
yang tidak boleh berbahasa English sehinggakan terpaksa menggunakan apps
converter di handphone masing-masing.
Kami memesan ikan dan seafood
yang rata-rata masih fresh dari laut dan menjamu selera masakan Korean style. Kami sempat membeli buah-buahan di kedai buah berhampiran jalan di Gukje Market.
Menu seafood di Restoran Seafood dekat Gukje Market
Buah-buahan yang fresh
Setelah itu kami singgah di hotel untuk berehat dan solat jamak sebelum keluar berjalan di sekitar Busan City untuk shopping souveniour, baju dan lain-lain lagi. Kelihatan ramai orang lalu lalang di sekitar kawasan itu untuk bershopping teruatamanya di jalan Busan Art Street kerana terdapat banyak offer dari kedai-kedai kosmetik, kasut, beg dan lain-lain lagi.
Setelah itu, kami menaiki bas menuju ke jambatan angkat Busan.
Kami berjalan berpandukan apps Naver sehingga sampai ke tepi sungai dan
kelihatan jelas jambatan tersebut. Untuk makluman, jambatan tersebut adalah
merupakan jambatan yang boleh diangkat bagi laluan kapal. Kami pernah view
jambatan sebegini ketika trip kami di Amsterdam, boleh diikuti di link ini – Jambatan angkat di Zaanse Schans, Netherlands (Belanda)
Jambatan angkat di Busan
Setelah beberapa lama menunggu
terdapat pengumuman tentang jambatan angkat tersebut bahawa atas faktor cuaca panas dan mengelakkan
dari orang ramai berhimpun maka jambatan tersebut tidak akan diangkat pada hari itu. Kami pun
mengambil Keputusan untuk menaiki train menuju ke Benezia pula. Dengan berpandukan apps kami berjalan hamper
2km dari station untuk sampai ke Kawasan Benezia. Kelihatan matahari semakin
tenggelam di mana kami terpaksa melalui kawasan kilang-kilang perindustrian.
Dari kejauhan kelihatan lampu dari port berdekatan dan juga dari arah Benezia.
Apabila sampai di Benezia hanya beberapa family Sahaja yang ada menemani
anak-anak mereka bermain di playground di Kawasan Benezia kerana terdapat
renovation sedang dijalanakan bagi menaiktaraf Kawasan tumpuan pelancong
tersebut.
Suatu senja di Benezia
Setelah berehat dan mengambil
beberapa gambar kenangan di Benezia kami mengambil keputusan untuk menaiki bas
balik ke station train dan maniaki train utnuk balik ke Jagalchi station.
Setelah sampai di Jagalchi station kami berjalan melalui Busan Art Streets dan
sungguh meriah sekali pasar malam tersebut dipenuhi dengan deretan stall yang
menjual makanan, pakaian dan pelbagai jualan sementara orang-ramai tak
henti-henti berjalan-jalan dan mengerumuni kedai di situ.
Setelah itu, kami balik ke hotel
untuk masak makananan yang dibawa dan berehat bagi mengumpulkan tenaga untuk
aktiviti keesokannya pula.
DAY 3 – JALAN-JALAN BUSAN – Jalan
ke Taejondae dan Menaiki Kereta Kabel di Songdo Beach Skywalk.
Pada pagi Ahad 27 Ogos 2023, kami
bangun awal untuk solat subuh dan sediakan breakfast sebelum meneruskan
aktiviti selanjutnya. Tanjondae merupakan lokasi last minute dimasukkan ke
itinerary Ketika di Busan memandangkan lokasi asal untuk dikunjungi adalah Haedong
Yonggunsa Temple yang mempunyai jarak yang jauh ditunjukkan oleh Naver. Kami
pun bersiap di awal pagi lalu menaiki bas dengan berpandukan apps Naver menuju
ke Tanjondae. Setibanya di hentian bas terakhir berhampiran kaki bukit Tanjondae, kami berhenti di kedai serbaneka untuk
berehat dan minum kopi o sebelum meneruskan perjalanan yang semakin mendaki
untuk sampai ke kaunter tiket tram. Kami beratur membeli tiket tram dan
seterusnya menuggu tram yang akan membawa kami ke atas bukit Tanjoedae. Kami
membayangkan bahawa tram tersebut adalah seakan-akan tram yang membawa
pengunjung mendaki Bukit Melawati di Kuala Selangor.
Berjalan kaki ke kaunter & menunggu tram Taejondae
Apabila tram sampai kami pun
menaikinya dan turun di hentian pertama iaitu di kedai serbaneka dan juga
Menara tinjau di tingkat atas bangunan komersial tersebut. Di situ para
pengunjung boleh view lautan luas sambil menghirup kopi dan berehat. Memandangkan
hentian seterusnya hanya lebih kurang 700-800m sahaja kami mengambil Keputusan
untuk berjalan kaki Sahaja.
Apabaila sampai di laluan masuk
kami harus menuruni anak tangga menuju ke Lighthouse Taejondae di mana
kelihatan telah ramai pengunjung yang sampai sambil masing-masing merakamkan
gambar di spot-spot yang terkenal dan viral.
View dari menara di Shop Kiosk & Cafe Taejondae
Kami mendaki anak tangga hingga ruang atas lightouse tersebut dan angin bertiup sangat kuat sehinggakan hilang rasa keletihan dan kepenatan meuruni dan mendaki anak-anak tangga. Terdapat mini muzium dan library di dalam bangunan lighthouse ini yang menyediakan banyak info bermanfaat kepada para pengunjung.
Info di Mini Library Taejondae
Terdapat menara dan jambatan tinjau untuk pengunjung view dengan jelas ke arah lautan dan langit yang terbentang luas.
Setelah menikmati keindahan view
lautan luas dan angin laut yang segar, kami terpaksa menuruni anak tangga
bangunan lighthouse tersebut dan juga mendaki semula anak tangga untuk ke
hentian tram di jalan masuk tadi. Setibanya di situ, kami terpaksa beratur
selama hamper 20 minit menanti tram yang akan membawa pengunjung ke hentian
seterusnya iaitu Temple Tanjondae di mana kami kekal di dalam tram untuk
meneruskan perjalanan ke stesen permulaan tram tadi.
Kami berjalan menuruni laluan ke
stesen bas dan singgah di kedai serbaneka lagi untuk membeli air mineral dan
kopi o sebelum ke stesen bas untuk menaiki bas menuju ke Songdo beach skywalk.
Bas membawa kami menuju semula
melintasi bandar Seoul sebelum terus membelok menuju ke bus stop yang
berhampiran dengan stesen Kereta Kabel Songdo Beach Skywalk. Kami berjalan
menuju ke stesen kereta Kabel Sondo Beach Skywalk untuk membeli tiket dan terus
beratur untuk menunggu kapsul kereta kabel. Kami berlima dapat menaiki kapsul
tersebut setelah tiba giliran kami dan kapsul tersebut meluncur laju bagaikan
terapung di awangan. View dari tingkap
kapsul kereta kabel tersebut sangat menarik dengan keindahan view bandar Busan
dan lautannya yang luas terbentang. Kami pernah menaiki kereta kapsul di Bursa
Turkey tetapi view di musim winter, boleh rujuk di link - Kenangan menaiki kereta kabel Uludag di Bursa, Turkey.
Setelah sampai di stesen puncak,
kami turun dan berehat sambil minum kopi o berhampiran food-court tetapi tiada
makanan halal yang dijual di situ. Kami hanya minum kopi o dengan bekal
buah-buahan yang kami bawa dari hotel Sahaja.
Setelah itu, kami turun berjalan
menghala ke menara skywalk yang hanya beberapa ratus meter sahaja dari stesen
puncak tersebut. Kami membeli tiket di kaunter untuk masuk ke menara tinjau
tersebut di mana kelihatan para pengunjung berjalan-jalan di atas jambatan
viaduct menuju ke menara utama yang menghala kea rah laut. Setibanya kami di
tengah jambatan kami disapa oleh pekerja menara tersebut yang boleh berbahasa
Melayu di mana beliau pernah bekerja selama 8 tahun di Serawak. Beliau
mempelawa kami untuk mengambil gambar dan menunjukkan arah ke menara utama.
Jasamu dikenang dan semoga berjumpa lagi ya……
Kami pernah berjalan menyusuri
Menara di Vietnam yang mempunyai tiang berbentuk tangan yang terkenal dan
viral, kisahnya di link ini – Jalan-Jalan Ba Na Hills, Vietnam.
Setelah bergambar dan
berlegar-legar di menara itu, kami pun berjalan menuju ke hentian bas
berdekatan untuk menunggu bas yang akan membawa kami balik ke Seoul. Bas
tersebut melalui Sangdo Beach dan kami hanya viewnya dari tingkap bas sahaja di
mana kelihatan ramai pengunjung bersiar-siar di tepi pantai dan ada yang
berkelah di cuti hujung minggu.
Kami balik ke hotel di Busan
untuk berehat dan solat sebelum keluar semula berjalan-jalan shopping
buah-buahan dan minum kopi.
Shopping street
Setelah berlegar-legar keluar
masuk beberapa kedai untuk shopping apa yang patut, kami menaiki bas menuju ke
Busan Tower. Berpandukan apps Naver kami berjalan mendaki tangga menuju ke
punvak bukit di mana terletaknya Busan Tower. Kami mengambil beberapa foto di
sekitar Busan Tower dan masuk ke kedai serbaneka untuk membeli baju t-shirts
dan souveniuors.
Setelah hari semakin gelap, kami menaiki
train untuk ke Mesjid Busan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit dari
bandar Busan menuju ke Dusil Station (Line 1) yang terletak di pinggir bandar
Busan. Kami singgah solat dan minum kopi di café yang terletak di sebelah
masjid. Kami tapau makanan untuk dibawa balik ke bilik hotel sebagai dinner
pada malam itu.
Berehat minum chai di Cafe Mesjid Al-Falah Busan
Sesampai di hotel kami makan makanan yang ditapau di Cafe sebelah Masjid Al Falah sambil berkemas kerana pada pagi esok kami akan fly ke Jeju pula.
DAY 4 – JALAN-JALAN DI JEJU -
Flight Jeju Air Busan ke Jeju & Drive Jeju City serta view Mount Hallasan
Pada pagi Isnin 28 Ogos 2023, kami bangun untuk solat subuh dan breakfast ala kadar sahaja kerana rushing. Kami berkemas bilik dan juga mengasingkan sampah 3R lalu menarik luggage masin-masing menuju bus stop untuk naik bas yang paling awal agar sampai di airport untuk menaiki flight ke Jeju pula.
Dari bus stop berhampiran Jagalchi kami menaiki bas di Bupyeong market menuju ke Seobu Terminal (8-seobu terminal) dan transit menaiki train di Sasang Station ke Gimhae Airport (70921 purple line). Kami bergegas bersama-sama penduduk tempatan yang keluar seawal pagi untuk ke tempat kerja dan juga destinasi masing-masing.
Menunggu bas seawal pagi ke Airport Busan
Setelah sampai di station Busan Airport kami berjalan menuju ke
terminal domestik. Kami check-in di mesin kiosk tak berapa jauh dari kaunter
Jeju Air dan terus ke kaunter untuk drop luggage. Jangan risau prosesnya sangat
mudah dengan pelbagai bahasa….
Kami telah book tiket flight Jeju
Air di websitenya dengan harga RM1,343.30. Terdapat banyak domestik flight di
Korea seperti Air Busan, T-Way, Jin Air dan Air Seoul.
Flight Jeju Air dari Busan Airport ke Jeju
Setelah selesai drop luggage di
kaunter, kami terus boarding dengan melalui kawalan keselamatan yang cepat dan
berehat sementara menunggu pesawat. Pesawat Jeju Air Flight 7C503 meninggalkan
Busan Airport pada jam 8.05am dan setelah menempuh penerbangan yang hanya
sekitar 50 minit kami pun selamat mendarat di Jeju Airport. Setelah keluar kami
mengambil luggage dan berjalan menuju ke hentian bas untuk menaiki shuttle ke
pejabat Tamra yang tidak jauh dari airport tersebut.
Kereta sewa jenis Kia kami telah
book di website Tamra berharga KW145000 (RM520) termasuk perlindungan insurance
full coverage sepanjang 4 hari. Shuttle bas membawa kami ke pejabat Tamra dan
kami terus ke kaunter untuk pendaftaran. Setelah mendapat kunci, kami membuat
pemeriksaan dan mengambil beberapa keping gambar untuk rujukan semasa
penghantaan nanti. Untuk memandu di Jeju, pemandu perlu membawa Intenational Driving Licence (IDL) yang valid.
Shutle bas Tamra di Busan Airport
Kereta Kia Tamra
Dengan dimulakan dengan Bismillah
dan doa menaiki kenderaan, kami memulakan pemanduan mengikut arah apps Naver
menuju ke park Jeju Jeolmul Recreational Forest di kaki gunung Hallasan. Tips memandu di Jeju - berhati-hati dengan kamera speedtrap terutamanya di kawasan sekolah dengan speed 30km/j sehingga maksimum 80km/j. Setelah beberapa minit memandu kami pun sampai ke parking. Kami terus ke bilik
air yang terletak berhampiran parking tersebut sementara ada yang ke kedai
serbaneka untuk membeli kopi o dan air mineral. Kami disapa oleh seorang
pensyarah dari sebuah universiti tempatan yang menkagumi semangat dan
kebudayaan orang Malaysia sambil berkongsi tempat-tempat menarik yang terdapat
di taman tersebut dan juga di Jeju.
Jeju recreational forest park
Berpandukan signboard peta lokasi
susunatur di taman tersebut kami berjalan-jalan menikmati kehijauan pokok-pokok
dan bunga-bungaan yang sedang mekar dan sesekali berhenti untuk mengambil
gambar dan berselfie. Kami masuk ke rumah bunga-bungaan yang terdapat mini
landskap dan air terjun yang cantik
serta tapak semaian bunga-bunga hutan seperti orkid dan sebagainya.
Setelah berlegar-legar di Kawasan
taman bunga tersebut, kami pun berpatah balik melalui kawasan pokok bambu
rimbun yang kehijauan di sepanjang lorong menuju ke arah parking. Teringatlah akan kami kepada rimbunan
pokok-pokok bambu di Kyoto Jepun dan kisahnya ada di link ini ; Jalan-jalan Kyoto, Japan
Setelah menghampiri parking, kami
memulakan pemanduan menuju ke ladang limau yang terletak tak jauh dengan pekan
Jeju di mana selepas itu kami akan memandu terus ke restoran pula untuk lunch. Kami
membelok ke kawasan parking ladang limau tersebut dan disambut oleh seorang
pekerjanya yang sangat ramah. Walau pun ladang tersebut tidak dibuka sepenuhnya
kerana bukan musim memetik buah limau, pekerja tersebut membenarkan kami untuk
masuk ke ladang limau bagi mengambil gambar. Kelihatan buah limau yang masih
hijau dan mungkin akan ranum dalm tempoh sebulan-dua lagi ketika musim winter menjelang nanti.
Posing di ladang pokok limau
Melewati waktu lunch tengahari,
kami meneruskan pemanduan berpandukan apps Naver ke restoran arab iaitu
Restoran As-Salam yang terletak di alamat특별자치도, Samdo-dong, 1-2, Jeju-do,
Jeju-si di mana tak jauh dari Jeju City. Kami bertuah kerana dapat park betul-betul
di depan kedai tersebut memandangkan kawasan itu agak sibuk dan sesak dengan
kenderaan di waktu puncak tersebut.
Kami masuk dan memilih menu
makanan arab yang kesuluruhannya nampak sedap dan sementara menanti hidangan
masing-masing bolehlah bergilir-gilir menunaikan solat jamak di surau yang
disediakan dan juga mengecas gadjet serta berehat.
Menu Restoran Halal Arab As-Salam, Jeju
Setelah kekenyangan, kami
berpatah balik menuju ke arah Jeju City semula sebelum membelok meneruskan
perjalanan ke kawasan parking untuk view Gunung Hallasan & singgah di jalan magnet
(Mysterious Road). Terdapat banyak kereta yang singgah di jalan magnet tersebut
untuk mencuba dan melihat keajaiban pergerakan botol air mineral mendaki jalan
berbukit itu.
Setelah itu, kami memandu menuju
ke kedai kopi yang menjadi lokasi utama pengambaran k-drama Warm & Cozy di
Netflix. Kedai kopi tersebut adalah Café
Bonmal yang terletak di 25 Aewol-ro 1-gil, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do yang dibuka
dari jam 9.00am-9.30pm. Sekali lagi kami bertuah kerana mendapat parking di
betul-betul di depan restoran tersebut memandangkan setibanya kami di situ
terdapat kenderaan yang beratur mencari parking di kawasan yang penuh sempit
dan penuh sesak itu.
Kami beratur memesan menu kopi
yang tersedia di kaunternya dan berlegar-legar mencari tempat duduk yang
mengadap laut. Memang terpesona dan menyegarkan apabila dapat healing sambil
menikmati secangkir kopi dalam suasana tiupan angin laut yang tak henti-henti.
Lepak santai di Café Bonmal (K-drama - Warm & Cozy)
Setelah berehat dan
berlegar-legar di sekitar café tersebut, kami pun terus memandu menuju ke Osulloc
(ladang teh) & Innisfree yang terletak di 15 Sinhwayeoksa-ro, Andeok-myeon,
특별자치도,
Seogwipo-si, Jeju-do. Bangunan tersebut terletak di dalam zon kawasan
perhutanan yang asli rezab hutan dan sesuai untuk berehat sambil menikmati keindahan alam menghijau
dan mendamaikan. Sekali lagi, kami memesan secawan teh di kafe terletak di
dalam bangunan tersebut setelah mencuba pelbagai perasa yang disediakan untuk
para pengunjung test sebelum membeli. Kami berlegar-legar di ruang pameran dan
jualan sambil memilih beberapa kotak the pelbagai rasa untuk dibeli dan dibawa
balik.
Menghirup teh Osulloc & shopping Innisfree
Setelah itu, kami memandu ke arah
Windmill Road dan melintas beberapa tiang wind turbine yang sangat tinggi dan
mempunyai kipas yang besar dipasang di tepi jalan pantai untuk mendapat tenaga
kuasa. Angin yang bertiup kencang sepanjang masa menjadikan kawasan itu sangat sesuai untuk penjanaan tenaga kuasa denganmenggunakan sistem windmill ini selain menjadi loasi tumpuan pelancong.
Memecut berhat-hatilah di Windmill road, Jeju
Kami berpatah balik menuju ke
Aewol kerana kami telah booking bilik Airbnb dengan harga RM275.00 semalam di Yeonhwachon
Pension yang terletak di 122 Gohasang-ro, Aewol-eup, Jeju, South Korea, 63036.
Kami mengikut arah Naver hingga sampai ke kedai Serbaneka CU Mart dan
bertanyakan arah dan panduan kepada pekerjanya, rupa-rupanya bilik tersebut
hanya beberapa meter di depan kedai tersebut sahaja. Walaupun jam menunjukkan
pukul 8.00 malam, kami disambut oleh penjaga rumah tersebut suami isteri yang
sudah berusia. Mereka menyerahkan kunci bilik dan membawa kami hingga ke depan
pintu bilik bagi memastikan kami sampai ke bilik tersebut.
Yeonhwachon Pension di Aewol, Jeju
Kami berpuas hati dengan bilik
tersebut yang mempunyai semua kemudahan termasuk perlatan untuk memasak di mana
setelah mandi-manda madan solat kami bergotong royong untuk memasak makanan untuk malam itu. Setelah kekenyangan
kami membuka sliding door sambil muinum kopi dan menikmati keindahan malam di
Jeju sebelum masuk tidur.
DAY 5 – JALAN-JALAN DI JEJU - Aktiviti
di Seogwipo
Pada awal pagi Selasa 29 Ogos
2023, kami solat subuh dan makan roti yang dibawa sebelum bersiap dan
berkemas untuk keluar checkout pada pukul 9.00am. Kami berjumpa penjaga rumah
pension tersebut di depan hotel sebelum meninggalkan mereka menuju ke Gunung
Hallasan. Setelah itu, kami memandu
berhati-hati apabila tiba-tiba Sahaja hujan mula turun ketika dalam
perjalanan ke kaki Gunung Hallasan. Setibanya di Kawasan parking, hujan mula
reda dan kelihatan kelompok-kelompok kabus ada yang menutupi beberapa kawasan
Gunung Hallasan lalu kami parking untuk mengambil gambar dan menikmati
keindahan serta kehijauan pokok-pokok yang kelihatan segar dan tumbuh merimbun
di perkarangan kaki gunung tersebut. View Gunung Hallasan Setelah view Gunung Hallasan dan berlegar-legar di sekitar
parking area, kami memandu meninggalkan kawasan tersebut untuk menuju ke arah
Seowipo. Destinasi pertama kami adalah ke Yongmeori Coast/Haean di tepi pantai
bahagian barat daya Jeju. Kami memandu dalam keadaan
hujan dan tiba ke parking dan masing-masing memakai rain parachute yang
dibawa. Kami berhenti berehat di bangunan komersial di sebelah parking dan
terpegun melihat kedai Bakery Café House of Teddy Bear yang berkonsepkan
beruang yang comel dengan dihiasi gambar beruang yang besar di dinding. Kawasan parking yang luas di jalan masuk ke Yongmeori Coast/Haean Kedai beruang the Bakery Cafe House of Teddy Bear Pantai berbatuan hitam di Yongmeori Coast/Haean Pusat Informasi di Yongmeori Coast/Haean Kami berjalan masuk menuju ke kawasan
kaunter Yongmeori Coast/Haean namun terdapat papan tanda memberitahu kawasan
lereng bukit tepi pantai tersebut ditutup memandangkan musim hujan dan air
laut bergelora serta angin bertiup kencang. Kami melihat beberapa orang
haenyeo di pusat aktviti sedang melayan pengunjung yang ingin makan hasil
tangkapan mereka termasuk abalone yang menjadi seafood yang viral dan famous
di Jeju. Kami berjalan masuk ke muzium GeoPark yang terletak di sebelah pusat komuniti haenyeo tersebut sambil membaca info-info berkaitan kejadian alam di lereng bukit menghadap laut terebut. |
Kami bergerak menuju ke kawasan
tepi Pantai Daepo Jusangjeolli Cliff yang terletak di Jungmun-dong,
Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea. Di sini tiada caj parking dan tiket masuk di
mana kami terus berjalan menuruni bukit dan beberapa anak tangga yang landai
menuju kekawasan batu-batu hitam. Kelihatan ramai pengunjung yang berani
melompat antara batu-batuan tersebut untuk menghampiri batu yang besar bagi
mengambil gambar yang cantik dan menarik. Hati-hati kerana batu-batuan itu
licin dan boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini….
Batu-batuan hitam di Daepo Jusangjeolli Cliff
Kami berjalan dan berlegar-legar
di taman yang terletak bersebelahan dengan batu-batuan tersebut sambil
menikmati keindahan bunga-bunga dan pokok-pokok yang menghijau di situ. Dari
situ juga boleh view juga batu-batuan di lereng bukit menngadap ke laut yang
luas.
Kami memandu menuju ke air terjun
Cheonjeyeon Waterfalls yang terletak di tak jauh dari pekan Seogwipo. Kelihatan
ramai orang berduyun-duyun berjalan di kedua-dua arah pergi dah balik serta
kelihatan masing-masing mengambil gambar berlatarbelakangkan air terjun
tersebut.
Kami juga sempat berlegar-legar
di Kawasan hotel yang bertaraf 5 bintang yang tersenggan indah hotel Shilla
Hotel di Kawasan Jungmun Beach dan siggah di air terjun Jeongbang Falls.
Air terjun di pantai Jeju
Setelah itu, memandangkan
masing-masing sudah keletihan dan kelaparan kami mengambil keputusan memandu
menuju ke sebuah restoran seafood yang viral dan famous dan tersenarai di dalam
Muslim Friendly Restaurant oleh KTO. Restoran tersebut adalah Restoran Seafood
Chunshimine yang terletak di 16 Changcheonjungang-ro 24beon-gil, Andeok-myeon,
Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea. Restoran itu sangat terkenal dan antara
restoran seafood yang ekslusif dan sudah tentu menjadi pilihan ramai dan
semestinya enak. Kami dipelawa masuk oleh pekerjanya di kaunter sebelah pintu
masuk yang mengiringi kami sehingga ke meja makan yang agak besar. Kelihatan
sudah ramai pengunjung yang memenuhi meja masing-masing sambil kelihatan
berborak dan menjamu selera. Kaami memsan beberapa menu dipilih dari buku menu
yang disedikan termasuk memesan ikan tailfish yang famous di Jeju.
Setelah hidangan dihidangkan
penuh meja kami mengambil gambar menu-menu masakan seafood Korean style. Yang
menariknya ikan hair tailfish itu akan diasingkan tulangnyaoleh pekerja restoran di
hadapan pelanggan sebelum kita menikamatinya. Memang best sebab tidak risau
budak-budak yang makan kerana sudah diasingkan tulang-tulangnya…..
Menu ikan famous di Restoran
Setelah itu kami menuju ke Dreaming
Forest Pension di alamat 214-6 Ho Geun-dong Jeju South Korea 63571 di mana kami
telah menempah bilik terebut di Agoda.com dengan harga RM313.53 semalam. Hujan
mula turun semasa kami mula bergerak ke hotel tersebut dan kami memandu
perlahan sahaja. Dari jalan utama kami membelok masuk ke jalan kampung yang
sempit dan memandu dengan berhati-hati hingga sampai ke lokasi yang ditujui.
Hujan muka reda dan hanya rintik-rintik sahaja, kami terus masuk ke kaunter
pendaftaran untuk mengambil kunci. Setelah medapatkan kunci bilik kami
mengangkut luggage perlahan-lahan dan berhati-hati kerana jalan masih
basah.
Seongeup Folk Village Jeju
Kami singgah sebentar untuk
check-in dan solat jamak sebelum bergegas keluar untuk menuju ke Seongeup Folk
Village Jeju yang terletak di 30번지 Seongeupjeonguihyeon-ro,
Pyoseon-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea dengan pemanduan sekitar 20-30
minit sahaja. Kami sampai di rumah traditional tersebut setelah hujan reda dan
masih Nampak air bertakung di jalan raya. Kami memasuki gate menuju ke
Lorong-lorong di dalam rumah tersebut yang ada di antaranya berpenghuni dan ada
sesetengah rumah hanya diletakkan model-model. Setelah sampai ke penghujung
jalan kami mencari jalan keluar yang terdekat dan melalui gate untuk menuju ke
parking kereta semula.
Kami memandu balik semula ke
Seogwipo dan singgah di kedai serbaneka untuk membeli kopi, keropok dan jagung
bakar. Kami balik ke bilik untuk memasak makanan yang dibawa untuk dinner pada
malam itu. Setelah itu masing-masing berehat di bilik kerana cuaca yang sejuk
memandangkan hujan turun semula.
Dreaming Forest Pension terletak di kaki bukit
Ikutilah kisah selanjutnya perjalanan kami dari Seogwipo ke Songsang dan Jeju City di coretan blog seterusnya termasuk Jalan-jalan shopping di Myeondong, Namdameum dan Dondaemun, Seoul…..
No comments:
Post a Comment