Saturday, 23 November 2024

Staycation Jalan Sultan Ismail & Jalan Bukit Bintang, KL City Centre – September 2024

 Day 1 – (21 September 2024) – Checkin & Makan-makan di Jalan Sultan Ismail, KL City Centre

 

Syukur Alhamdulillah, kami baru sahaja balik dari Korea berjalan-jalan ke Seoul dan Jeju. Oleh kerana hampir seminggu makan menu Korean style seperti doenjang (soya) stew, jjajangmyeon, kimchi, bibimbap, bulgogi, gimbap, pajeon dan lain-lain lagi, bila dah sampai ke Malaysia memang terasa kehilangan menu makanan nasi lemak, roti canai, teh tarik dan lain-lain lagi. Bagi yang ingin mendapat view dan tips berjalan-jalan di Korea boleh klik link;

Jalan Korea Trip 2 – Part 2 – Jeju

Jalan Korea Trip 2 – Part 1 – Seoul & Jeju

Jalan Korea Trip 1 – Part 2 – Jeju dan Seoul

Jalan Korea Trip 1 – Part 1 – Busan dan Jeju  

Sekitar jam 2 petang kami memandu ke Bukit Bintang yang jaraknya cuma lebih kurang 6km sahaja dari rumah. Kami menghampiri kawasan segitiga emas itu yang terkenal dengan kesesakan jalanraya terutamanya di hujung minggu. Kami memandu perlahan menghampiri Jalan Bukit Bintang dan membelok masuk ke lorong di persimpangan Ansa Hotel dan mencari parking di sekitar kawasan itu dan bertuah kerana ada satu parking kosong di sebelah Axon Residences cuma hanya beberapa meter sahaja jarak untuk berjalan kaki ke bilik hotel.

 

Kami meninggalkan kereta di parking tersebut untuk berjalan menuju ke Restoran Arab Halab, Tingkat 1 terletak di 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kami menaiki tangga dan terus ke tingkat 2 memandangkan tiada meja kosong di Tingkat 1 di mana masih ada beberapa meja kosong di tingkat 2 yang merupakan kawasan lapang tanpa tingkap dan boleh nampak keretapi monorel yang melintasi serta kenderaan lain yang lalu-lalang di depan restoran tersebut.  

 

Kami memesan menu yang terdapat di situ sambil berehat sementara menunggu hidangan disediakan. Restoran itu hampir penuh setelah kesemua meja kosong tadi telah dipenuhi pelanggan yang baru masuk dan kebanyakannya adalah tersdiri dari pelancong asing terutamanya dari Timur Tengah.

 

Oleh kerana sudah terlajak waktu lunch, kami pun berselera makan apatah lagi sudah lama tidak merasa menu makanan Arab.

 





Gambar menu hidangan di Restoran Halab (Rating : 4/5)

 

Setelah kekenyangan, kami turun ke tingkat bawah dan berlegar-legar meninjau kedai-kedai Arab menjual kebab shawarma dan lain-lain juga yang terdapat di persimpangan Jalan Berangan dan Jalan Sultan Ismail tersebut iaitu bersebelahan dengan bangunan Bank Hong Leong.

 

 

Gambar kedai Arab di tepi Jalan Sultan Ismail


Setelah tu, kami menuju ke kedai bangunan kedai KKV yang berwarna kuning iaitu kedai stationery tetapi namanya seperti pusat karaoke di mana kedai tersebut penuh dengan stationery yang menjadi pilihan budak-budak zaman AI… Lawa-lawa dan comel Sahaja design barang-barang-barang di kedai tersebut dan kebanyakannya adalah barang dari negara China. KKV Bukit Bintang ini luas dan dipenuhi barang-baraag sehingga ke Tingkat 3, puaslah nak mencari barang-branga stationery di mana KKV ini terletak di 106, 108&110, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Barangan comel dalam kedai stationery/serbaneka KKV Bukit Bintang

Setelah shopping beberapa barang stationery dan keperluan sekolah, kami pun turun ke tingkat bawah dan menuju semula ke sekitar Restoran Halab tadi untuk beratur di kedai-kedai shawarma yang terdapat di persimpangan Jalan Berangan dan Jalan Sultan Ismail tersebut iaitu bersebelahan dengan bangunan Bank Hong Leong. Kami berjalan-jalan di situ untuk tapau-tapau makanan yang digemari masing-masing di Jalan Berangan seperti menapau shawarma Halab, ais krim & kunafa sebelahnya Kunafa CRISP di Jalan Berangan tersebut. 

  



Tapau menu di Halab Kebab Shawarma

 


Tapau menu di Kunafa CRISP Bukit Bintang

  

Setelah tangan masing-masing penuh dengan barang yang dibeli dan menu yang ditapau, kami pun berjalan menuju ke parking kereta untuk mengambil beg masing-masing. Kami berjalan ke lobby untuk mengambil kunci di mailbox sebelum menaiki lif untuk checkin bilik Bukit Bintang Fam Suite, 1min to Pavilion, 6-7 pax, 2B2R di bangunan Bintang Fairlane Residences yang terletak di A26-2, Bintang Fairlane Residences, 23, Jalan Padang Walter Grenier, 55100 Kuala Lumpur. Kami telah menempah bilik melalui web Booking.com dengan harga RM398.00 semalam (3 Dewasa 2 Kanak-Kanak), cuma tiada kemudahan parking disediakan. Kami solat, berehat dan makan makanan yang ditapau sambil menonton k-drama di Netflix sementara menunggu dinner pula.

 

Selepas Sahaja solat Magrib kami pun turun semula untuk dinner di Restoran Nasi Kandar Hameediyah Multi Concept Dining @Bukit Bintang terletak di 138, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kami lihat kedai ini luas dah terdapat info-info berkenaan pemilik, perniagaan dan juga restoran. Kami lihat ramai pengnjung yang telah pun memenuhi meja masing-masing dan ada yang datang makan secara berkumpulan dan family. Kami pun beratur dan memilih menu nasi kandar yang terhidang di dalam bekas-bekas di Tingkat bawah. Setelah membayar kami naik ke tingkat atas dan menunggu makanan yang dipilih tadi dibawa oleh pekerjanya. 






Nasi Kandar Hameediyah (Rating; 3.8/5)

Nasi kandar sebenarnya adalah merupakan menu makanan nasi berlauk yang sangat terkenal di Pulau Pinang. Kami juga telah beberapa kali berkunjung untuk Jalan-jalan Cari Makan Nasi Kandar Pulau Pinang di beberapa buah restoran yang terkenal dan menjadi pilihan kami. Boleh dapatkan tips dan info di link – Jalan-jalan Cari Makan Nasi Kandar di Pulau Pinang.

 

Setelah masing-masing menghabiskan menu nasi kandar, kami pun keluar dari restoran tersebut. Kelihatan ramai orang yang lalu lalang di jalan depan restoran itu manakala kenderaan di jalan pula penuh sesak. Keadaan di waktu malam di kawasan itu sangat meriah dan terang benderang dengan lampu dari pelbagai arah.

Kami beratur di kedai-kedai di jaluran Jalan Bukit Bintang untuk membeli kentang goreng pelbagai perisa yang dijual di kedai Friends Fries, ais krim tinggi di dalam bangunan sghopping kompleks Lot 10 di alamat G12-1, ground floor, Lot 10, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & last sekali membeli ais krim turkey di depan Restoran Al-Amar yang kesemunya terletak berdekatan Hameediyah Jalan Bukit Bintang tersebut.

 

Ais krim tinggi meruncing....

Kentang goreng yang lemak berkrim

Kami berjalan sambil menikmati ais krim menuju ke bilik untuk berehat dan menghabiskan menu makanan yang kami tapau ini. Selain menikmati makanan yang berbagai menu dan rasa, pengunjung juga boleh berjalan-jalan shopping di sekitar Bukit Bintang. Memang kawasan ini menjadi tumpuan pelancong dan meriah menjelang waktu malam...

  


Day 2 (22 September 2024) - Sambung Jalan-Jalan Cari Makan Street Food di Jalan Bukit Bintang, KL City Centre

 

Pada pagi Ahad 22 September 2024, setelah mandi dan bersolat subuh kami menyambung berehat di bilik hotel shaja. Kami breakfast makanan yang masih berbaki dan berkemas untuk check-out nanti sekitar jam 10.00am. SeSebelum itu kamio turun dan tapau Kebab Damascus yang terletak di 111, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kembali semula ke hotel untuk makan kebab. Setelah siap makan dan berkemas kami pun check-out dan mengangkut beg ke kereta sebelum menuju ke Kedai roti mon.

 

Tapau Kebab Shawarma Damascus

 

Kami sampai ke kedai roti mon dan beratur bersama-sama pengunjung lain yang telah lama berbaris untuk tapau di Restoran Mon Chinese Beef Roti yang terletak di 82, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

  




Roti Mon Chinese Beef Roti halal di Jalan Bukit Bintang

 

Setelah sampai giliran kami dan roti mon siap ditapau, kami pun bergerak meninggalkan kawasan Bukit Bintang. Kami memandu perlahan walaupun tiada kenderaan yang sesak di waktu pagi berbanding petang dan malam. Namun terdapat ramai orang mula keluar berjalan-jalan mencari breakfast di awal pagi sambil menunggu shopping kompleks dibuka. 

Kawasan Bukit Bintang ini dikenali sebagai Segitiga Emas yang mempunyai beberapa shopping kompleks yang bersar seperti Pavillion Bukit Bintang, Lot 10, Sg Wang Plaza dan Berjaya Times Square. Kepada penggemar gadjet dan barang-barang digital bolehlah berlegar-legar ke setiap tingkat di Plaza Low Yuat. Terdapat kemudahan money changer dan ATM mesin di sekitar Kawasan ini contohnya mesin ATM Maybank boleh didapati di tingkat bawah Maybank Jalan Sultan Ismail, bangunan Pavillion dan juga bangunan Starhill Gallery.   

Trip kami pada kali ini hanyalah trip santai staycation hanya berjarak dalam lingkungan 10km dan menetap di hotel di pusat bandar Bukit Bintang bagi menikmati street food di Jalan Sultan Ismail dan juga Jalan Bukit Bintang.

Jangan lupa untuk terus mengikuti entri kami seterusnya walaupun jarang-jarang bersiaran kerana kekangan masa dan juga tugasan. Jumpa lagi & jika ada kelapangan, jomlah berjalan-jalan dan bercuti….

No comments:

Post a Comment