Monday, 17 March 2025

Family Trip Salam Taiwan : 16 Februari 2025 – 24 Februari 2025 (Salam Taiwan 2025 - Part 1) – Jalan-jalan di Taipei, Jiufen, Shifen, Wulai & Flying Cow Maoli, Taichung.

DAY 1 – FLIGHT KE TAIPEI, TAIWAN – Jalan-Jalan Di Kota Taipei

Alhamdulillah, destinasi kami seterusnya adalah menjelajah dan zoom ke Taiwan. Apatah lagi promosi dari Taiwan Tourism Organisation yang giat dijalankan selepas reda endemik Covid 19 di mana Salam Taiwan menjemput penduduk Islam ke sana dengan menyediakan produk pelancongan berasaskan Muslim Friendly. Kami singgah di pejabat Taiwan Toursim Organisation di Bangunan Wisma Goldhill yang terlatak di Suite 25-01, Level 25, Wisma Goldhill, 67 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur Malaysia (Tel60-3-2070-6789 · Fax60-3-2072-3559) (dibuka waktu bekerja dan pejabat sahaja) untuk mengambil katalog dan bronchure mengenai Taiwan.

Setelah merangka itinerary kami memilih tarikh di bulan Februari kerana masing-masing mempunyai waktu yang sesuai untuk bercuti. Kami menempah penerbangan Batik Air di web Batik Air Malaysia yang berharga RM3,500 (5pax/2 way) untuk 4 Adults 1 Child.

Untuk pergerakan dari Taipei ke bandar-bandar lain di Taiwan, kami menempah kereta sewa jenis Toyota Vios melaui website klook.com dengan harga TWD12,108.79 (RM1,707.34) untuk tempoh 7 hari..

 Seperti biasa kami membuat research dengan merujuk kepada katalog dan bronchure dari Taiwan Tourism Organisation dan merujuk kepada FB, Google, Instagram untuk mendapatkan maklumat tentang tempat-tempat menarik di Taiwan secara khususnya terutama berkenaan tempat-tempat tumpuan, aktiviti, hotel, kulinari, transport, cuaca dan sebagainya.

Setelah itu, kami merangka itinerary di sepanjang pengembaraan kami selama 9 Hari 9 Malam dan tanpa berlengah membuat tempahan hotel dan merangka method perjalanan di dalam bandar-bandar Taipei dan Kaohsiung dengan menggunakan Easycard serta pergerakan kami ke daerah pedalaman dan gunung-ganang Taiwan dengan memandu kereta sewa.

 

Easycard by klook (Kredit: Google).... beli online di web klook.com

Pada awal pagi Ahad 16 Februari 2025, sekitar jam 3.00am kami membawa 5 begpack masing-masing yang telah dikemas semalam dan bergerak dengan kereta menuju ke KLIA Long Term Car Parking (LTCP). Sebelum ini kami selalu menggunakan kemudahan parking kereta di Putrajaya Sentral dengan caj RM12/day cashless parking yang boleh dibayar dengan Touch N Go, Kredit Kad dan Debit Kad dan perlu menaiki ERL Transit dari Putrajaya Sentral menuju ke airport. Oleh kerana, masa yang terlalu awal kami mencari alternatif di mana terjumpa KLIA LTCP yang berbaloi sekiranya park kereta untuk trip yang agak lama. Melalui website MAHB, LTCP caj hanya RM32/day cashless parking yang boleh dibayar dengan Kredit Kad dan dari situ kami perlu menaiki free shuttle bas (24 jam beroperasi) untuk transit menuju ke airport KLIA1 & KLIA2. Kami mendapati bahawa LTCP ini sangat berbaloi dan amat recommended kepada pengembara yang memerlukan kemudahan parking kereta dan berjimat.

 

Long Term Car Park (LTCP) KLIA Location – Google Maps

Setelah memandu kebih kurang 1 jam dari rumah, kami pun sampai di LTCP berhampiran Hotel Sama-Sama, Sepang lalu kami mencari parking kereta yang berbumbung dan amat selesa serta selamat. Kami membawa begpack masing-masing menuju ke shuttle bas yang bersedua untuk bergerak ke KLIA. Kami sampai di hentian bus di KLIA dan menaiki lif langsung ke aras 5 Departure Hall dan ke kaunter Roaming Man di hujung kaunter R. Setelah itu kami masuk ke gate International Departure serta melalui pemeriksaan immigration dan keselamatan untuk boarding.


Roaming Man

Sementara menunggu ketibaan flight, kami sempat solat subuh di surau berdekatan pintu ke flight dan setelah dipanggil kami segera menuju ke pintu pesawat. Pesawat Batik Air, MY OD882 direct flight mengambil masa lebih kuran 4 jam 55 min perjalanan dari KLIA1 menuju ke Taoyuan Airport, Taipei.

Kami telah pun menempah pre-order makanan mengikut kegemaran masing-masing termasuk Nasi Lemak, Nasi Goreng Sate dan Nasi Ayam. Kami dijamu makan setelah flight berlepas dalam masa 1 jam sahaja dan selepas itu kami tidur dan berehat kerana bergegas di awal pagi menuju ke KLIA1.  


Flight Batik Air KL – Taipei (view awan yang putih bersih & langit yang membiru….)

Setelah mendarat kami menyediakan dokumen-dokumen berkenaan terutamanya passport dan online Taiwan Arrival Card sebelum beratur ke kaunter immigration. Alhamdulillah, proses mendaftar masuk tersangatlah mudah dan cepat di Taoyuan Airport berbanding dengan negara-negara lain.

Setelah selesai proses tersebut kami berjalan sambil mengambil gambar di beberapa dinding airport tersebut sambil menuju ke arah pintu keluar dari arrival hall tersebut. Gambar-gambar yang di snap di beberapa sudut airport tersebut adlaha sebagai tanda kenangan menjejaki kaki ke Taoyuan Airport. Setelah itu, kami menuju ke kaunter lucky draw yang hanya beberapa langkah dari pintu tersebut untuk mencuba nasib dan mendapatkan hadiah namun nasib tidak menyebelahi kami di Taoyuan….. cubalah lagi jika silalah datang lagi!  

Kami beredar menuju ke kaunter klook.com pula yang dari jauh nampak logo klook berwarna oren bagi menuntut kad Easymoney yang telah dimuatkan TWD200 setiap kad. Easymoney tersebut kami book di KL melalui website klook.com sebelum berangkat tiba di Taiwan.

Setelah itu, kami membawa begpack masing-masing menuju station Metro Taipei berpandukan signboard dan berhenti bertanya arah kepada pekerja di situ untuk menuntut pula tiket Metro Taoyuan. Setelah mendapatkan tiket Metro kami berjalan masuk dan turun ke aras bawah di platform 1 untuk menaiki Metro Express berwarna purple yang menuju laju ke Taipei dan hanya berhenti di beberapa station sahaja. 

 
Gambar Metro Train Purple dari Taoyuan Airport (Credit : Google)... 
tiket boleh dibeli di web klook.com atau kaunter 

Sepanjang perjalanan mengambil masa kira-kira hampir 45 minit, kami menikmati permandangan dari jendela train tersebut yang berhenti hanya di beberapa station bagi mengambil penumpang. Terdapat juga train yang menggunakan track yang sama dan berwarna biru, namun train ini akan berhenti di setiap station dan memerlukan masa yang agak lama sehingga lebih sejam setengah untuk sampai ke kota Taipei.  

Setelah sampai ke Main Station Taipei kami bertukar train merujuk kepada Google Maps, untuk menuju ke Restoran Muslim Beef Noodles Restaurant (Chang) yang terletak di No. 21, Yanping S. Rd., Zhongzheng Dist., Taipei City. (10am-9.30pm). Kami mencari arah ke restoran tersebut berpandukan arah Google Maps sambil berjalan kaki menuju ke Restoran Noodle untuk mengisi perut dahulu sebelum meneruskan aktiviti selanjutnya.  Akhirnya setelah berjalan menyusuri jalan dan kawasan padang park yang lapang, kami pun sampai ke restoran tersebut sekitar jam 3 petang. Cuaca di Taipei sekitar 20 degree dan angin bertiup membuatkan kami kesejukan namun tidak terasa sangat apabila berjalan agak jauh menuju ke restoran tersebut.

Kami disambut mesra oleh pekerja yang menghulurkan menu untuk kami membuat tempahan. Restoran tersebut terdapat di dalam senarai Taiwan Tourism Organisation dan Muslim Friendly yang yang menyajikan menu halal untuk pelancong Muslim.

 




Menu noodle (Rating : 4.3/5)


Restoran Muslim Beef Noodles Restaurant (Chang) 

Di Kawasan tersebut terdapat beberapa restoran Halal yang boleh menjadi pilihan pelancong Muslim untuk mencuba dengan pelbagai menu dan selera masing-masing. Sebuah lagi restoran noodle yang terkenal adalah Restoran Muslim Beef Noodles Restaurant (Lao Chang) yang terletak di No. 23, Yanping S. Rd., Zhongzheng Dist. (11am-7pm). Jadi, kalau ke Taiwan dan sekiranya berada di bandar-bandar besar seperti Taipei, Tainan, Tai Chung dan Kaohsiung usahlah risau tentang makanan halal kerana ada sahaja restoran termasuklah menu-menu lain yang boleh didapapti di restoran Indonesia.    

Setelah kekenyangan lunch semangkuk noddle masing-masing, kami pun menggunakan Google Maps untuk menuju ke Hotel -  RF Hotel – Linsen (RF富裕自由旅店 - 林森館) yang terletak di No. 23, Lane 85, Linsen North Road, Zhongshan District, 104 Taipei, Taiwan / T : + 886225671333 / service@rf-bzhotel.com. Kami menaiki bas dengan menggunakan Easycard dan turun di hentian bas yang tak jauh dari hotel tersebut. Kami berjalan beberapa meter dan melintasi beberapa jalan yang agak sibuk akhirnya kami pun sampai di hotel tersebut.  

Kami telah menempah hotel RF Hotel – Linsen di web Booking.com dengan harga TWD4,092.20 (RM577.00) untuk Family Quadruple Room bagi penginapan selama 2 malam. Hotel ini sungguh selesa dan recommended untuk Family Trip. Anda juga boleh melihat review yang kami tinggalkan di Booking.com sebagai panduan anda untuk membuat tempahan agar mendapat bilik yang sesuai bagi percutian anda. 

Kami sempat bersolat jamak zohor dan asar kemudian berehat seketika sebelum meneruskan aktiviti sebelah malam pula. Setelah selesai solat dan berehat untuk melepaskan sedikit lelah kepenatan berjalan seharian, kami pun keluar berpandukan Google Maps menuju train station untuk pergi ke bangunan pencakar langit yang tertinggi di Taiwan iaitu Bangunan Taipei 101 yang terletak di No. 7, Section 5, Xinyi Rd, Xinyi District, Taipei City.

Kami sampai di bangunan tersebut sekitar jam 6.30 petang dan terus menaiki lif ke Tingkat 5 lalu beratur bersama-sama pengunjung lain di kaunter masuk untuk scan QR code yang kami telah print dan dibawa, sebelum menaiki lif ke aras 88. Kami menempah tiket masuk ke bangunan tersebut di Klook.com untuk tarikh 16 Februari 2025 jam 5.30 petang berharga TWD2,880 (RM405.95) untuk 4 Adult 1 Child.

Setelah sampai ke aras 88 kami singgah di café untuk membeli kopi lalu berlegar-legar di dalam bangunan dan mengambil gambar di beberapa sudut penjuru bangunan Taipei 101 dan zoom serta view bangunan-bangunanm di sekitarnya. Kami membeli foto family yang diambil oleh jurukamera mereka semasa kami sedang beratur di kaunter Tingkat 5 berharga TWD200 (RM27) untuk dijadikan kenangan Family Trip Salam Taiwan 2025.

Kami juga menaiki tangga ke Tingkat 89 untuk meninjau keadaan sekeliling view Taipei dari deck terbuka dari atas bangunan Taipei 101. View juga menatik seperti dari bangunan di Australi dan juga Hong Kong…. Boleh klik untuk menerokai view dari bangunan-bangunan yang telah kami kunjungi;

Australia Gold Coast 2011 -  bangunan Menara Q1 Skypoint 

Hong Kong – bangunan The Peak Tower/Sky Terrace

Setelah berada beberapa jam di atas menara Taipei 101, kami pun turun dan singgah di shopping kompleks di aras 5. Kelihatan ramai pengunjung yang shopping dan santai minum kopi sambil melepak restoran. Kami singgah di kedai Onitsuka Tiger yang terletak di dalam shopping kompleks tersebut namun malangnya tiada design yang berkenan di hati. 

 




Taipei 101


                                                                        Kaunter QR code Taipei 101

Dari bangunan Taipei 101 kami kembali semula ke train station dan setting Google Maps menuju ke Ximen Night Market yang terletak di 1No. 36, Xining Rd, Wanhua District, Taipei City.  Dari station Ximen kami exit 6 menuju ke pasar malam tersebut dan kelihatan ramai pengunjung yang sibuk shopping. Kami singgah membeli milk tea Xing Fui Tang di pasar malam tersebut. Bagi kami milk tean ini tak memenuhi citarasa kami dan biasa-biasa sahaja rasanya. Setelah itu kami singgah di Vigor Kobo untuk membeli snek dan kuih halal seperti pineapple cakes and milk sun cakes.

 



Milk Tea Famous Xing Fui Tang (Rating : 3.6/5)

Ximen Night Market

  

 



 Kek Vigor Kobo (Rating : 4.5/5)

 

Kedai Youseff Shawarma / Kebab (Rating : 4.6/5)

 

Kami juga singgah di beberapa kiosk membeli kopi dan kedai-kedai art yang menjual pelbagai design souveniour dan juga peralatan stationery.

Setelah itu, kami setting Google Maps dan menaiki bas untuk balik semula ke hotel dan berehat setelah seharian menempuh perjalanan jauh menaiki pesawat seawal pagi dari Kuala Lumpur dan juga menerokai beberapa tempat menarik di bandar Taipei, Taiwan.

 

DAY 2 – JALAN-JALAN TAIPEI (sambungan) – Breakfast di Uncle Ma, Melawat Memorial Chiang Kai-Shek, Ziarah Masjid Utama Taipei dan jalan-jalan ke Shilin Night Market.

 

Pada pagi Isnin 17 Februari 2025, kami berehat sebentar sebelum turun untuk mengumpulkan tenaga dan semangat bagi meneruskan aktiviti kerana masih terasa keletihan berjalan jauh sekitar 15,000 langkah sehari. Setelah cukup rehat kami turun sekitar jam 9 pagi dan setting Google Maps menaiki train menuju ke Restoran Uncle Ma @ Dongmen Station yang terletak diNo. 672, Linyi St, Zhongzheng District (dibuka dari jam7.00am-6.00pm) tetapi makanan berat mula dihidangkan hanya selepas jam 10.00am. Kami terpaksa menunggu beberapa minit kerana restorannnya mula menjual menu noodle bermula jam 10.00 pagi. Kami memesan menu masing-masing dan berjalan-jalan sekitar lorong yang mula dibuka pasar pagi di kawasan tersebut sambil meninjau kedai-kedai di situ. Kami membeli stoking dan souveniours sebelum menuju ke kedai erbaneka untuk membeli kopi. Setelah itu kami berpatah balik kembali semula ke kedai Uncle Ma untuk menikmati menu yang telah dipesan dan siap dihidangkan. 



Kedai Uncle Ma




Uncle Ma… (Rating : 3.9/5)

Kami berjalan berpandukan Google Maps menuju ke train station untuk pergi ke masjid Taipei Grand Mosque yang terletak di No. 62, Section 2, Xinsheng S Rd, Da’an District, Taipei City. Kami turun di station Daan Park dan berjalan perlahan menuju ke masjid tersebut. Kami melihat ramai penduduk tempatan melakukan aktiviti riadah di waktu pagi dalam cuaca yang sejuk sekitar 20 degree.      

Setibanya kami di masjid, kelihatan beberapa jemaah dari luar negara yang singgah untuk beribadah. Sementara itu terdapat rombongan pelajar tempatan yang disambut oleh petugas masjid untuk program dakwah masjid. Kami lihat pelajar tersebut sangat tertarik mendengar penerangan dari petugas masjid tersebut.

 



Cherry blossom yang mekar di sekitar Taipei Grand Mosque 






Taipei Grand Mosque


Setelah selesai beribadah kami setting Google Maps untuk menaiki bas menuju ke Wufenpu Shopping Area yang terkenal dengan pelbagai design pakaian terutamanya pakaian wanita dan kanak-kanak yang terletak di Alley 9, Lane 443, Yongji Rd, Xinyi District. Terdapat deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai design pakaian dan kami singgah di beberapa kedai untuk shopping beberapa helai pakaian dan souveniour. Namun, kebanyakan design di sini hamyalah biasa-biasa sahaja jika dibandingkan dengan design di Jakarta/Bandung dan Korea di mana bagi pendapat kami lebih menarik dan berbaloi.  

 

Wufenpu Shopping Area

Setelah berpusing di beberapa lorong dan singgah di beberapa kedai, kami mengambil keputusan untuk berpatah balik dengan menaiki train menuju ke Fried Chicken Master yang terletak berhampiran shopping area tersebut. Terdapat menu ayam goreng yang sedap dimakan di ketika cuaca yang sejuk apatah lagi rasanya seakan-akan ayam goreng KFC... (Teruskan berdoa untuk Palestin....) 

 


Fried Chicken Master (Rating : 4.5/5)

Setelah itu kami menaiki train semula menuju ke Chiang Kai-shek Memorial Hall Station yang terletak di tengah bandar Taipei. Kami keluar dari station tersebut dan dari jauh kelihatan ramai pengunjung yang singgah dan berjalan berduyun-duyun menuju ke bangunan tersebut yang menjadi salah satu tarikan pelancong sekiranya ke Taiwan.

Menurut catatan sejarah, Chiang Kai-Shek adalah salah seorang pemimpin yang berasal dari tanah besar China yang melarikan diri ke Taiwan kerana memperjuangkan demokrasi di negaranya. Oleh sebab itulah sehingga kini pemerintahan di Taiwan adalah berlandaskan system demokrasi.

 



Staion train Memorial Chiang Kai-Shek

 


Memorial Chiang Kai-Shek

Setelah itu, kami menaiki train untuk menuju Jiantan Station dan keluar dari station berjalan ke Shilin Night Market yang terletak di No. 101, Jihe Rd, Shilin District. Di situ terdapat gerai-gerai di bawah bumbung yang tertutup menjual pakaian, souveniour, permainan theme park seperti judi kad dan memanah belon serta jualan makanan dan minuman.

Bagi kami, pasar malam ini kurang menarik jika dibandingkan dengan pasar malam terbuka di Xiamen Night Market dan bebarapa pasar malam lain di Taiwan. Jika anda kesuntukan masa boleh sahaja skip Shilin Night Market ini. 

 

Shilin Night Market

Motorsikal polis parking di tepi jalan

Setelah kepenatan, kami menaiki train untuk balik ke hotel. Dalam perjalanan kami melintas banyak balai polis yang dibuka di bangunan bersebelahan deretan kedai-kedai atau bank di mana kelihatan motorsikal polis penuh di parking tepi jalan sahaja. Sampai di hotel, kami berkemas dan berehat untuk aktiviti esoknya di mana kami akan mengambil kereta sewa dan memandu sendiri ke Jiufen, Maoli, Tai Chung sehinggalah ke Kaohsiung.

 

DAY 3 – MEMANDU KE JIUFEN – Jalan-jalan ke Yangmingshan Hill, Yehliu Geopark dan jelajah Jiufen dan singgah di A-Mei Teahouse (rumah animasi Spirited Away)

 

Pada pagi Selasa 18 Februari 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan sediakan breakfast sebelum meneruskan aktiviti selanjutnya pada hari ke-3. Kami turun berjalan menuju ke bus stop untuk menaiki bas ke Shilin untuk mengambil kereta sewa. Office car rental tersebut terletak tak jauh dari Shilin Night Market yang kami pergi semalam dengan jarak lebih kuran 700m dari Jiantan Station.

Kami turun di bus stop hadapan station metro Jiantan dan berjalan menuju ke pejabat car rental IRentheyunshilin Station yang terletak di No. 237, Sec. 4, Chengde Rd., Shilin Dist., Taipei City / +(886)02-2880-7766.

Kami telah menempah kereta sewa Toyota Vios di website klook.com berharga TWD12,108.79 (RM1,707.34) untuk tempoh 7 hari. Untuk memandu di Taiwan, memerlukan International Driving Licence (IDL) di mana boleh dipohon di mana-mana pejabat JPJ dengan bayaran RM150 yang valid selama 1 tahun. Ada juga negara yang memerlukan lesen fizikal di mana boleh juga dipohon di Ibu Pejabat  JPJ Negeri yang memerlukan bukti pembelian tiket ke luar negara.

Semasa mengambil kereta sewa, kami perlu membuat pemeriksaan terlebih dahulu dan snap gambar keliling kereta wlaupun kami mengambil insuran yang melindungi kemalangan dan kerosakan sepenuhnya. Pekerja menunjukkan 3 kad minyak yang boleh digunakan di mana-mana petrol pump and juga kad sticker ETC untuk tol lebuhraya yang dilekatkan di cermin kereta bahagian hadapan. Untuk perjalanan kami keseluruhannya sejauh lebih kurang 1,000km memerlukan tambahan caj untuk minyak berdasarkan mileage tersebut dikira TWD2.90 per km iaitu sebanyak TWD3,032 (RM427.51) manakala tol ETC pula sebanyak TWD305 (RM43).

 





Kereta sewa

Pemanduan di Taiwan memerlukan skil yang lebih tumouan dan teliti kerana system traffic light yang mengelirukan di mana kesemua kereta boleh berjalan sama ada untuk laluan terus atau membelok, kena pandai-pandai agak kelajuan kereta yang datang agar tidak berlaku kemalangan ya. Kebanyakan jalan di luar bandar adalah sempit dan banyak longkang di kiri kanan jalan yang boleh berlaku kemalangan sekiranya tergelincir masuk ke dalam longkang. Kami ternampak ada kereta yang tergelincir ke dalam longkang dan perlu menunggu towing truck dan melaporkan kemalangan kepada pihak polis dan ini boleh mengganggu kelancaran perjalanan dan juga mood percutian.  

Kebanyakan tempat tumpuan pelancong akan disediakan tempat letak kereta yang menggunakan sistem kamera yang boleh detect nombor plate kereta dan bayaran boleh dibuat di mesin kiosk menggunakan tunai atau kad kredit/Easycard sebelum keluar dari parking tersebut. Rata-rata parking kereta ini diusahakan oleh Syarikat City Parking di Taiwan dan bayaran yang dikenakan adalah sekitar TWD100-200 (RM14). 

 

Parking kereta dan kiosk auto-payment 

Setelah proses pengambilan kereta sewa selesai, kami pun menyimpan begpack di bahagian bonet dan berpandukan Google Maps menuju ke destinasi pertama pada hari itu iaitu ke Yangmingshan National Park (Qingtiangang Grassland) / Zhuzihu yang terletak  陽明山國家公園 Section 2, Hushan Rd, Beitou District di mana daerah ini terkenal sebagai salah satu Lokasi tumpuan pelancong kerana terdapat cherry blossom bermula dari mid Februari sehingga Mac.

 




Yangmingshan Flower Clock

Dalam perjalanan kelihatan langit mendung dan hujan mula rintik-rintik dan kami memandu dengan perlahan dan berhati-hati menaiki jalan yang mendaki dan berbukit menuju ke Yangmingshan National Park tersebut. Setelah memandu hampir sejam kami pun sampai ke parking berhampiran Yangmingshan Flower Clock di mana kami meletakkan kereta dan berjalan di dalam hujan yang mulai reda namun masih rintik-rintik menuju ke dalam taman tersebut sambil berhenti dimlokasi-lokasi tertentu bagi mengambil gambar apabila kelihatan bunga-bungaan yang cantik dan segar di situ. Setelah berjalan berlegar-legar di dalam taman tersebut kami pun sampai ke kawasan Yangmingshan Flower Clock yang terletak di tepi jalan utama namun tiada parking kereta di kawasan tersebut. Kami menunggu giliran bersama pelancong lain untuk mengambil gambar berlatar-belakangkan jam yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang berbagai warna dan mekar di situ.

Desiran ombak di tepi pantai menuju ke Yehliu Geopark

Hujan mulai turun dengan lebat namun kami tidak mempunyai payung atau rain-coat lalu kami bergegas ke kawasan parking di dalam cuaca yang sejuk dan kedinginan mencecah ke 12 degree. Kami meneruskan pemanduan dalam keadaan hujan lebat dan berkabus dan berhenti di parking berdekatan dengan Zhuzihu Lookout. Namun di platform tersebut kami juga tidak bernasib baik kerana tidak dapat view keadaan sekeliling dan zoom bandar Taipei dengan jelas kerana kabus yang sedang meliputi kawasan tanah tinggi tersebut. Dengan keaadaan yang menyukarkan penglihatan kami memandu perlahan-lahan menuju ke kawasan Qingtiangang Grassland - Qingtiangang Circular Trail dan memandangkan hujan yang semakin lebat dan kabus yang semakin tebal kami terpaksa membatalkan hasrat untuk singgah di Qintisang Grassland, Grass Mountain Chateau (草山行館) dan Bamboo Lake.

Kami memandu mengikut Google Maps menuju ke Yehliu Geopark yang terletak di No. 167-1港東路 Wanli District. Dalam perjalanan ke Yehliu Geopark kami singgah di petrol pump untuk mengisi minyak penuh tangka kereta memandangkan perjalanan kami akan melalui kawasan berbukit sehingga ke Jiufen. Kami juga singgah di kedai serbaneka Family Mart untuk membeli payung dan raincoat memandangkan ramalam cuaca yang mendung hari ini dan begitu juga keesokannya.  

Setelah memandu selama lebih kurang sejam perjalanana menuruni bukit menuju ke tepi pantai Yehliu Geopark, kami pun sampai ke kawasan parking berdekatan Yeohliu Geopark. Semasa kami tiba terdapat ramai pelancong yang beratur membeli tiket di kaunter. Setelah membeli tiket berharga TWD543.00 (RM77.00) untuk 5 pax, kami pun berjalan masuk menghampiri tepi pantai dalam keadaan hujan rintik-rintik dan angin bertiup kuat di tepi Pantai terebut. Kami mengambil gambar berlatarbelakangkan batu-batu yang berbentuk cendawan dan juga hot spot pelancong iaitu batu yang berbentuk wajah Queen.


 

Batu berwajah Queen di Yehliu Geopark









Jalan-jalan di Yehliu Geopark

Surau di Yehliu Geopark

Kelihatan ada juga pengunjung terutama kanak-kanak yang berani melompat antara batu-batuan tersebut dan dilarang berbuat demikian oleh pekerja yang sentiasa berada di sekitar Kawasan itu bagi menjaga keselamatan pengunjung. Sekranya ke sini berhati-hatilah kerana batu-batuan itu licin dan boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini. Kami berjalan dan berlegar-legar di sekitar tepi pantai tersebut  dan view juga laut yang luas pemandangannya dan bentuk muka bumi di sini lebih kurang pemandangan yang terdapat di Seogwipo, Jeju. Ikuti perjalanan kami di Jeju, Korea klik – Jeju Trip 2 - Yongmeori Coast/Haean  

Setelah sampai ke penghujung kawasan berbatuan tersebut, kami pun berjalan dan berpatah balik ke pintu utama tadi untuk singgah bersolat di prayer room yang disediakan untuk pengunjung Msulim. Kami mengambil kunci di Tourist Information Centre dan bersolat jamak di situ sebelum memasuki kedai souveniour di sbelah Tourist Information Centre tersebut untuk membeli souveniour. 

Kami meneruskan pemanduan dengan merujuk ke Google Maps untuk singgah di restoran Halal - Toko Indo Halal Yehliu yang terletak sekitar 1 km dari Yehliu Geopark tersebut. Restoran tersebut milik Umi seorang warga Indonesia yang menyediakan kemudahan restoran dan kedai runcit bagi komuniti perkeja Indonesia di sekitar kawasan tersebut. Kami memesan menu yang terdapat di restorannya dan makan di luar restoran tersebut dalam cuaca yang sejuk. Kami juga memesan tapau makanan untuk dibawa ke Jiufen sebagai dinner di sana nanti. Setelah kekenyangan kami membeli makanan dan menambah stock maggi memandangkan perjalanan kami seterusnya ke kawasan pedalamam yang agak sukar untuk mendapatkan makanan halal.

Restoran Halal Toko Indo Halal Yehliu (Kredit : Google)

Kami memandu berhati-hati dalam keadaan hujan lebat dan berkabus sementara hari semakin gelap dan terus memecut dan mendaki bukit untuk ke Jiufen. Setelah memandu sekitar 45 minit perjalanan, kami pun tiba di Hotel - Shan Yu Hai yang terletak di 80 Qiche Road, Jiu Fen, Taipei, Taiwan, 224. Kami telah pun tempah hotel tersebut di Agoda.com berharga TWD774 (RM109) untuk bilik 1 x Mountain View Quad / 39 m² Max: 5 adults, 1 child (0-1 year) dengan extra bed dan memberitahu hotel tersebut agar menyediakan kemudahan reserved parking lot untuk kami park kereta sewa.

Cuaca di pergunungan tersebut mencecah 9 degree dalam suasana hujan lebat sehinggakan kami menggigil kesejukan semasa memindahkan beg dan barang-barang dari bonet kereta ke bilik hotel. Kami berehat sebentar sambil solat jamak kerana plan untuk keluar semula dan meneruskan aktiviti untuk singgah ke A-Mei Teahouse yang terletak di 224, Taiwan, New Taipei City, Ruifang Dist. Hujan masih renyai-renyai di luar dan cuaca sangat sejuk tidak mematahkan semangat kami untuk keluar berpayung dan berjalan mendaki bukit dengan anak-anak tangga yang curam menuju ke A-Mei Teahouse. Kami perlu berhati-hati kerana hujan dan air yang mengalir menuruni jalan dan anak-anak tangga boleh membuat kami tergelincir atau jatuh sekiranya jalan licin. Di anak-anak tangga tersebut kami berpaut kepada rail sambil berjalan dengan berhati-hati.

Apabila kami menghampiri restoran A-Mei Teahouse tersebut, terdapat berduyun-duyun pengunjung yang sedang riuh-rendah memilih spot-spot tertentu untuk mengambil gambar di depan café tersbut. Kami pun mencuba Nasib beratur dan berjaya mengambil tempat yang ditinggalkan olehe beberapa orang remaja dari Jepun. Setelah megambil gambar, kami masuk ke Café A-Mei Teahouse dan disambut oleh pekerja orang Indonesia yang membawa kami ke meja dan menunjukkan cara-cara membancuh teh.

 




Café A-Mei Teahouse


Minum teh di restoran A-Mei Teahouse

Café A-Mei Tea ini sangat terkenal dan menjadi tumpuan pelancong kerana konsep bangunan tersebut yang menjadi rujukan utama di dalam cerita animasi ‘Spirited Away’ di mana animasi itu mengisahkan seorang budak perempuan yang berusaha untuk menyelamat ibu-bapanya yang disumpah setelah tersesat ke perkampungan pelik tersebut dan dia berjumpa zsemula dengan ibu-bapanya di bangunan seperti rekabentuk Café A-Mei Teahouse. Apabila kami masuk ke bangunan tersebut, terasa seketika bagai turut sama besetuju bahawa bangunan kafe tersebut adalah merupakan cetusan idea bangunan di dalam animasi Sprited Away tersebut dan seolah-olah juga lebih menghayati babak-babak di dalam animasi tersebut…..       


 Animasi Spirited Away


Sekitar Café A-Mei Teahouse

Khemah kanak-kanak dalam bilik Hotel Shan Yu Hai

Setelah berehat sambil minum teh yang dibancuh sendiri, kami pun keluar dari café tersebut dengan berpayung kerana hujan masih belum reda dan semakin lebat lagi, kami pun berhati-hati menuruni bukit dan juga anak-anak tangga berjalan balik ke hotel. Setibanya di hotel, kami makan dinner yang ditapau dan dibawa dari Restoran Halal - Toko Indo Halal Yehliu yang sungguh enak mungkin juga cuaca sejuk hingga membuatkan kami terasa lapar. Setelah selesai makan dan berkemas, kami pun berehat dan masing-masing terlelap akibat kepenatan mendaki bukit di Jiufen.

 

DAY 4 – JALAN-JALAN TAIWAN – Jalan-jalan view dari Jiufen ke Shifen singgah di Wulai serta ke ladang Flying Cow Ranch, Maoli…..

Pada pagi Rabu 19 Februari 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan breakfast maggi ala-kadar sahaja untuk menghabiskan stok yang dibeli di kedai Umi (Restoran Halal - Toko Indo Halal Yehliu) semalam. Bagi menjimatkan masa, kami juga tapau maggi untuk makan jika terasa lapar nanti di dalam perjalanan hari itu memandangkan agak susah untuk mendapatkan restoran halal di kawasan pedalaman. Kami berkemas bilik dan meninggalkan kunci bilik di dalam letter box di depan pintu hotel tersebut.

Dalam kedinginan pagi kami membawa beg masing-masing ke kereta dan meninggalkan hotel tersebut di seawal pagi itu. Kami memandu mengikut Google Maps yang mengarahkan kami menuju ke bangunan berwarna-warni iaitu Zhengbin Port Color House yang terletak di No. 72, Zhengbin Rd, Zhongzheng District, Keelung City. Bangunan berwarna-warni ini mengingatkan kami bangunan yang ada di Korea dan Indonesia.

Bangunan warna-warni di Korea, klik – Gamcheon Cultural Village di Koea

Bangunan warna-warni di Indonesia, klik – Kampung Jeodipan, Surabaya

 




 Zhengbin Port Color House 

Keadaan jalan yang basah kerana hujan renyai-renyai sekejap dan berhenti seketika mulai reda apabila kami bergerak menuju ke Shifen. Kami sampai awal sekitar jam 9 pagi dan park di parking City Parking lalu berjalan menuju ke bangunan pentadbiran dan komersial sebelum berjalan masuk ke kawasan air terjun. Kami melintas jambatan dan berjalan di laluan pejalan kaki menuruti sungai tersebut dan melintas jambatan betul-betul di sebelah jambatan kereta api Shifen sebelum sampai ke air terjun tersebut. Kami mengambil beberapa gambar berlatarbelakangkan air terjun yang cantik di kawasan hutan tersebut. Setelah berlegar-legar di platform sebelah air terjun itu, kami pun berjalan berpatah balik dan singgah di kedai jualan untuk membeli buah-buahan dan air mineral. 

Setelah berjalan sekitar 10 minit kami pun sampai di kawasan parking dan menyimpan barangan di kereta. Dari situ kami berjalan dalam jarak 300m untuk sampai ke Shifen Old Street yang terletak di No. 81, Shifen St, Pingxi District. Dari jauh kelihatan pengunjung yang sibuk menerbangkan tanglung ke awan di tengah-tengah laluan keretapi Shifen tersebut.

 







Shifen Waterfall





Shifen Old Street

Setelah itu, kami kembali semula ke parking dan singgah di kiosk auto parking City Parking untuk membayar caj parking yang dikenakan sebelum keluar meninggalkan daerah Shifen menuju ke Wulai pula. Kami memandu mendaki bukit seperti ke Cameron Highlands dan setelah hampir lebih sejam menempuh perjalanan, kami pun tiba di pekan Wulai lalu terus masuk ke parking bertingkat hanya beberapa meter Sahaja dari Wulai Suspension Bridge. Namun, Wulai Suspension Bridge hanya boleh dilihat dari kejauhan sahaja kerana ditutup untuk maintenance. Kami keluar dari kawasan parking dan berjalan menuju ke Wulai Old Street yang terletak di No. 12, Wulai St, Wulai District. Di jalan tersebut ada dijual makanan, minuman, herba dan buah-buahan serta sayur-sayuran. Kami singgah untuk membeli buah limau dan juga ke kedai souveniour untuk memilih beberapa souveniour dan permainan budak-budak. Kami melihat ramai juga pengunjung yang mendaki bukit dalam jarak lebih satu km untuk sampai ke Wulai Waterfall, di mana kami hanya mengambil keputusan untuk berpatah balik akibat masih keletihan dan sakit kaki selepas berjalan ke Shifen Waterfall tadi. 

 




Wulai Old Street, Suspension Bridge & Parking Terminal

Setelah itu, kami memandu berpatah balik semula untuk menuju ke Thai Wang Muslim Thai Food Restaurant yang teletak di 'No. 50, Nanhua Rd, Zhonghe Dist. 235 (1F) /+886-2-2242-6188 (Open - 11.30am-2pm /5pm-10pm. Namun, Nasib tidak menyebelahi kami kerana restoran tersebut terpaksa tutup awal kerana ada hal kecemasan kata pekerjanya. Kami pun reda lalu terus memandu ke Maoli sambil mencari restoran Indonesia yang berdekatan di situ dan terjumpalah di google sebuah restoran Indonesia yang mempunyai sijil halal menjual makanan dan barangan maka kami pun singgah dan memesan makan di Restoran Mas Riya Masakan Indo yang terlatak di No. 39, Zhongshan Road, Miaoli City, Miaoli County. Kami juga memesan makanan sebanyak 5 bungkus dan menambahkan stok makanan dan minuman untuk dibawa sebagai dinner di hotel nanti, jadi tak perlulah lagi kami berfikir tentang mencari restoran bila sampai di ladang Flying Cow Ranch, Qinjing Farm dan Sun Moon Lake nanti.

 


Restoran halal Mas Riya Masakan Indo, Miaoli

Setelah itu, kami memandu menuju ke Flying Cow Ranch yang terletak di 35750, Taiwan, Miaoli County, Tongxiao Township.Setelah sampai di kawasan parking di Flying Cow Ranch kami diminta untuk meninggalkan kereta di situ dan hanya dibenarkan membawa beg menaiki buggy menuju ke lobby hotel yang terletak lebih kurang 500 m dari kawasan parking tersebut. Dalam perjalanan, pemandu baggy tersebut menunjukkan kawasan ladang yang sangat luas itu dan dari buggy kami boleh view ladang tersebut yang sungguh cantik dan mendamaikan. Kelihatan pokok-pokok bunga yang mekar berwarna warni dan juga pokok-pokok menghijau di kejauhan yang mengelilingi kawasan ladang yang berumput hijau dan rapi itu dan juga kelihatan beberapa Kumpulan lembu dan kambing yang bebas meragut rumput. 



Hotel Flying Cow Ranch



Souveniour Shop, Restaurant & Hall

Kami bergegas masuk ke bilik hotel yang selesa dan bersih di aras bawah hanya selang beberapa bilik dari kaunter receptionnya sahaja lalu solat jamak memandangkan masih ada waktu untuk kami explore ladang tersebut, setidak-tidak pun berjalan-jalan meninjau bangunan di sekitar hotel dan melakukan beberapa aktiviti di ladang tersebut. Bilik hotel ini kami tempah direct dengan pengurusan Flying Cow Ranch melalui email setelah melayari websitenya di www.flyingcow.com.tw. Bilik Standard Double bed berharga TWD4,650.00 (RM656.00) semalam untuk 4 Adult 1 Child .

 Kami keluar untuk menuntut barangan di mana semasa check-in tadi kami diberikan beberapa voucher saguhati dari hotel tersebut dan boleh ditukarkan dengan barangan yang dijual di kedai serbaneka di hadapan bangunan hotel tersebut. Terdapat juga restoran, bilik meeting, café dan juga villa di dalam ladang tersebut.

Kami masuk ke beberapa kedai dan meninjau keaadaan persekitaran di ladang tersebut sambil merakamkan gambar di spot-spot yang cantik dan menarik. Setelah hari berganti senja dan semakin gelap kami pun Kembali ke bilik untuk berkemas, mandi manda dan solat. Selepas itu kami makan makanan yang ditapau tadi di   Restoran halal Mas Riya Masakan Indo, Miaoli sementara menanti aktiviti yang diaturkan oleh Flying Cow Ranch pada malam itu.

Sekitar jam 8.00 malam kami pun berjalan menuju ke dewan masakan di mana kami akan menyertai aktiviti Flying Cow Ranch iaitu sesi membuat cup cake. Setelah sampai di dewan tersebut, pekerja dewan tersebut telah menyediakan bahan-bahan di atas meja besar dan tanpa membuang masa kami dijemput untuk memulakan campuran dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Kami perlu campurkan tepung, telur dan beberapa bahan-bahan kek yang lain sambil mengacaukannya agar sebati. Setelah siap proses tersebut pekerjanya memberitahu kek tersebut perlu dibakar menggunakan oven dan mereka akan menghantarkannya ke bilik apabila telah siap nanti.

 


Aktiviti membuat kek di Flying Cow Ranch

Sebelum balik ke bilik, kami perlu menyertai permainan lucky draw di mana kami semua berjaya dan bertuah masing-masing menerima hadiah berupa snek dan produk keluaran Flying Cow Ranch. Kami sangat enjoy dengan aktiviti tersebut dan dengan perasaab gembira balik ke bilik untuk berehat dan beberapa minit kemudian pekerjanya menghantar kek yang telah siap dibakar. Kami sangat teruja dan berpuas hati dapat menikmati kek yang kami sediakan sendiri tadi…. Yum yumm….

Kami berbual sambil menghabiskan 12 cup cake tersebut dan juga makan buah-buahan sebelum berehat dan tidur akibat kepenatan berjalan jauh dari Jiufen, Wulai sehingga ke Miaoli.   

 

DAY 5 – AKTIVITI FAMILY DI FLYING COW RANCH, MIAOLI DAN JALAN-JALAN KE TAICHUNG DAN QINJING FARM

Pada pagi Khamis 20 Februari 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan sediakan breakfast memanaskan nasi goreng ala Brahim pack yang kami beli menerusi shopee. Kami makan sambil menyemak senarai aktiviti-aktiviti dari bronchure dan itinerary sebelum keluar menuju ke Mom House dengan berjalan sekitar 15 minit dari bilik. Kami akan memulakan aktiviti pertama pada pagi itu bermula jam 8.00am dengan aktiviti memerah susu lembu di Mom House, Flying Cow Ranch. Semasa kami berjalan tadi kelihatan rombongan murid-murid sekolah Taiwan yang meninjau-ninjau di sekitar bangunan utama dan lobby dan ada juga yang berjalan-jalan di sekitar padang di ladang tersebut. Kami disambut oleh seorang pekerja di bangsal Mom House tersebut yang sedang mengepam susu lembu menggunakan mesin. Ada seekor lembu yang menanti kami di sebelah lembu-lembu tersebut. Setelah pekerja itu memberhentikan mesin pam susu tersebut, kami diminta untuk membasuh dan mensanitasi tangan sebelum dibenarkan memerah susu lembu dalam beberapa minit sahaja.

 



Aktiviti memerah susu lembu di Bangsal Mom House, Flying Cow Ranch

Setelah selesai aktiviti tersebut kami kembali ke bilik untuk berehat seketika sementara menunggu aktiviti seterusnya yang akan bermula sekitar jam 10.00 pagi nanti. Kami singgah di playground dalam perjalanan menuju ke bilik hotel dan juga mengambil gambar view ladang tersebut di beberapa spot yang cantik.

 









View Ladang Flying Cow yang luas dan meriah dengan pelbagai aktiviti 

Kami berjalan kembali ke Mom House untuk aktiviti seterusnya iaitu memberi susu kepada anak kambing. Tepat jam 10.00 pagi kami dibekalkan dengan 12 botol susu dan terdapat seekor anak kambing yang menanti kami serta sangat tak sabar untuk meminum susu. Kami pun bergilir-gilir mengambil botol susu dan menghulurkan kepada anak kambing tersebut yang gelojoh meminumnya dengan tidak henti-henti. Memang nampak putih bersih dan sedap susu tersebut apatah lagi jika diminum fresh dari ladang…..

 



Anak kambing minum susu 

Setelah kami selesai aktiviti memberi susu kepada anak kambing tersebut, barulah kelihatan rombongan budak-budak sekolah tadi mengelilingi Mom House yang masinh-masing kelihatan tidak sabar juga menanti aktiviti seterusnya. Sementara itu kami masuk ke kedai souveniour berhadapan bangsal Mom House untuk membeli makanan kambing. Kami pun menghampiri kendang kambing dan menghulurkannya kepada kambing-kambing di dalam kendang yang tiba-tiba berduyun-duyun berlari datang menghampiri kami untuk mendapatkan makanan yang disua.

Setelah itu, kami menyertai rombongan budak-budak sekolah itu untuk menyaksikan acara marching duck yang masing-masing comel kelihatan keluar berbaris melintasi barisan budak-budak sekolah untuk mendapatkan pekerja ladang tersebut yang sesekali menaburkan makanan kepada kumpulan itik-itik itu yang riruh rendah itu.

Setelah acara itu selesai kami pun berjalan meninggalkan kawasan bangsal lembu dan kandang kambing tersebut, berjalan mendaki ke arah kawasan taman rama-rama berhampiran kawasan pinggir hutan. Kami tiba di kawasan berhutan yang ditumbuhi pokok-pokok hutan dan terdapat anak sungai dan di situ kelihatan beberapa ekor rama-rama yang cantik berwarna-warni berterbangan di kawasan tersebut. Tanpa berjalan jauh untuk masuk ke kawasan hutan yang lebih ke dalam, kami telah pun menjumpai habitat rama-rama di situ lalu kami mengambil Keputusan untuk berpatah balik kembali semula ke ladang dan melintasi bangsal Mom House lalu singgah di rumah arnab. Di situ sekali lagi kami terserempak dengan rombongan budak-budak sekolah tadi yang sibuk memberi arnab-arnab makan.       

Kami kembali semula ke bilik berehat seketika sambil berkemas beg masing-masing sementara menunggu jam 11.00am di mana kami telah pun tempah milk hot pot seafood yang halal. Kami masuk ke restoran lalu dibawa oleh pekerjanya ke bahagian hidangan halal. Kami berpuas hati kerana hajat kami tertunai juga kerana dapat menikmati menu halal di ladang terebut di mana hanya di sebelah meja kami sahaj betul-betul tertera pintu dapur dan barangan untuk makanan halal diproses. Kami disajikan bahan-bahan untuk milk hot pot seafood yang sangat sedap dan sangat recommended sekiranya anda bertandang ke ladang Flying Cow Ranch ini. Memang terbukti halal menunya dengan menggunakan dapur  masakan yang berasingan, pinggan mangkuk yang bertanda halal dan juga hasil fresh dari ladang…..

 


Menu halal milk seafood hot pot 

Setelah kekenyangan kami kembali ke bilik untuk mengambil beg untuk check-out dan menaiki buggy untuk ke kawasan parking kereta di pintu utama Flying Cow Ranch. Kami melihat ada 5 bas yang parking di kawasan terebut yang membawa rombongan budak-budak sekolah tersebut yang masih sibuk beraktiviti di ladang tersebut. Kami meninggalkan parking tersebut memandu menuju ke Taichung Town dan singgah di Miyahara Halal Ice Cream yang terletak di No. 20, Zhongshan Rd, Central District, Taichung.

 


Ais krim Miyahara

Dari Taichung Town kami memecut kereta dengan merujuk kepada Google Maps memandu ke Qinjing Farm di mana sepanjang perjalanan kami sempat view permandangan indah dan memukau apabila melalui kawasan bukit-bukau yang menghijau sehingga sampai ke Puli Town sebelum meneruskan pemanduan ke Qinjing Farm pula. Sesekali kami membuka cermin kereta dan merasai suhu yang semakin sejuk menuju ke kawasan tanah tinggi. Jalan-jalan di sini agak berliku dan sempit serta semakin mendaki ke kawasan yang lebih tinggi di mana dinasihatkan agar pengembara yang memandu sendiri perlulah berhati-hati terutamanya di kawasan jalan yang ada longkang di gigi jalan kerana ditakuti boleh berlaku kemalangan jika tergelincir ke bahu jalan.  Tambahan pula keadaan jalan-jalan yang banyak berliku dan selekoh serta keadaan jalan yang licin setelah selesai hujan turun.

Setelah menempuh perjalanan selama lebih kuran 45 minit kami pun sampai ke Qinjing Hotel yang terletak di 125 Ken Hsin Road, Toucheng, 261 Yilan. Kami check-in dan masuk ke bilik family di mana bilik itu mempunyai 2 tingkat di mana katil ibubapa di aras bawah dan katil anak-anak di aras atas. Kami telah menempah hotel Qinjing di webnya https://www.cingjing.gov.tw/ma/hotel/ dan berhubung direct melalui email untuk memilih bilik yang berharga TWD5,280.00 (RM744.48) semalam untuk 4 pax dengan tambahan 1 katil Child.  







Hotel Qinjing Farm



View dari balcony hotel Qinjing Farm

Kami sangat berpuas hati keadaan bilik dan sangat recommended untuk family trip 5-6 orang. Tambahan pula, bilik tersebut mempunyai balcony dan boleh buka sliding door untuk view persekitaran gunung-ganang yang sangat menakjubkan. Kami sempat solat jamak sebelum bergegas keluar dan melintas jalan utama untuk menggunakan voucher dan masuk ke Small Swiss Garden yang terletak di Seberang jalan depan hotel tersebut. Kami mengambil gambar berletarbelakangkan pokok bunga cherry blossom yang mekar dan berwarna warni di sekitar tasik di taman tersebut. Terdapat ramai pengunjung yang berlegar-legar di taman tersebut sambil mengambil gambar di beberapa spot yang kesemuanya cantik-cantik belaka dihiasi pepohon cherry blossom yang mekar.






Small Swiss Garden

Setelah berlegar-legar di taman tersebut dan hari sudah mulai senja dan gelap, kami berjalan balik menuju ke hotel semula. Cuaca menjelang malam terasa semakin sejuk dan kami masak stok maggi bagi mengurangkan stok makanan yang dibawa sambil berbual-bual dan berehat sehingga tertidur.

Ikuti perjalanan kami di Family Trip Salam Taiwan – part seterusnya berjalan di Skywalk Qinjing Farm, view Taiping Suspension Bridge, menerokai Sun Moon Lake, shopping di Mitsui Outlet Tainan dan bersiar-siar di Kaohsiung…….

No comments:

Post a Comment