Wednesday 22 April 2015

Guangzhou ke Hong Kong (The Peak Tower & Ocean Park) – Part 2


Hong Kong – The Peak Tower (Madame Tussaud & Sky Terrace)

Selepas menyediakan breakfast roti dan tuna untuk dimakan dalam train ke Hong Kong iaitu Train (T802) dari Guangzhou East Railway Station, kami check out awal sekitar jam 6.00pagi. Luggage kami tinggalkan di hotel (boleh minta pihak hotel simpankan) memandangkan kami akan bermalam semula di hotel yang sama sebelum pulang ke Malaysia. Kami hanya membawa 2 bagpack sahaja untuk 2 hari berada di Hong Kong. Adalah dinasihatkan berada 40 min sebelum masa bertolak untuk urusan imigresen. Train bertolak pada pukul 8.09am dan tiba di Hung Hom Station pada pukul 10.03am. Sesampainya di station, kami membeli kad Octopus dari kaunter tiket di Hung Hom Station dengan kadar harga Adult : Deposit HK$50 (RM20.00) + Stored Value HK$100 (RM40) = Price HK$150 (RM60.00), Child : Deposit HK$50 (RM20.00) + Stored Value HK$20 (RM8) = Price HK$70 (RM28.00). Kad Octopus ini berfungsi seperti Touch n Go di setiap train station dan lebih menjimatkan.
Q semasa beli tiket tram

Bersesak di atas tram

Kami menaiki train MTR untuk ke station MTR Central yang merupakan station terdekat dengan The Peak Tower dan ke stesen terminus untuk mengambil tram naik ke The Peak Tower/Sky Terrace. Di station MTR Central Exit J2, belok kanan melalui Chater Garden, cross Queen's Road Central menghala ke Garden Road dan akan melalui Bank of China (BOC) Tower & Citibank Plaza di sebelah kiri dan St John Cathedral di sebelah kanan, kemudian sampai ke terminus tram station di sebelah kiri jalan iaitu di Peak Tram Lower Terminus - 33, Garden Road, Central. Kami beratur di kaunter tiket untuk membeli tiket kombo. Harga tiket kombo return - Peak Tram + Madame Tussauds + Sky Terrace untuk Adult - HKD235 (RM96) dan Child - HKD131 (RM54). Kekerapan Tram adalah setiap 10 - 15min tetapi kena beratur panjang sehingga 15-30min dan lebih lama sekiranya hari cuti. Waktu tram beroperasi adalah dari jam 10am-11pm (Mon - Fri) dan 8am- 11pm (Sat & Sun). Sesampainya di puncak dengan menaiki tram yang mendaki bukit seperti di Bukit Bendera Pulau Pinang, kami berlegar-legar di kedai untuk membeli sedikit souveniers dan fridge magnets. Setelah itu, kami terus  ke Madame Tussaud terletak di P101, The Peak Tower yang beroperasi dari jam 10am - 10pm. Di setiap  negara yang kami kunjungi, Madame Tussauds  adalah antara a must go place sebab anak-anak amat gemar mengunjunginya.
Bergaya dengan artis


Gaya adik pula bersama artis
 
Along dan Andy
 
Gaya orang pintar
 
Astro Boy
 
Pasukan pilihan WC


Setelah puas bergambar, kami naik ke aras puncak iaitu ke Sky Terrace. Terasa takut dan gayat juga apabila menaiki tangga ke platform tetapi pengunjung akan dipakaikan tali pencangkuk keselamatan semasa menaiki tangga tersebut. Semasa kami sampai di platform terdapat ramai pengunjung dan di sebahagaian lagi platform ditutup untuk pengambaran iklan rasanya. Sky Terrace dibuka mulai jam 10am - 11pm (Mon - Fri) / 8am - 11pm (Sat & Sun). Pemandangan di sini amat indah dan nyaman.

Aktiviti terakhir di The Peak Tower adalah semestinya membeli t-shirt di HRC (kami adalah pengumpul tegar t-shirt HRC!).

View Hong Kong dari Sky Terrace

Pelancong bergambar di Sky Terrace 
 
Adik teruja tunjuk isyarat luv juga 
 
Untuk turun semula, pintu masuk ke tram terletak di luar bangunan dan sekali lagi kena beratur panjang sekitar 15-30min.
Untuk ke hotel kami memilih untuk menaiki teksi memandangkan masing-masing sudah kepenatan. Option lain adalah untuk berpatah balik ke train station. Amaran : Tambang teksi di HK adalah menggunakan meter tetapi kadarnya sangat mahal dan meternya bergerak sangat laju hinggakan boleh terjojol mata! Jadi sekiranya tidak emergency, silalah gunakan perkhidmatan train mereka.
Tak berdaya untuk beratur panjang menuggu tram
 
Sesampainya di Tsim Sha Sui, kami terus ke Loi Loi Guest House, Miramar Mansion, untuk check-in. Sebaik sahaja keluar dari lif,  tuan rumah sudah tercegat sambil tersenyum menuggu ketibaan kami. Setelah memberi tuala dan toiletries dia beredar dari bilik apartment tersebut. Tips : Kebanyakan accommodation di HK adalah sangat kecil keluasannya.
Bilik yang kami dapat agak kecil tetapi bolehlah untuk kami 4 beranak merehatkan diri. Ketika di tingkat bawah tadi kami melihat terdapat restoran halal Pakistan. Tips : Di kawasan Tsim Sha Tsui terdapat banyak restoran makanan halal dan juga terdapat sebuah masjid .
Hong Kong - Ocean Park
Untuk ke Ocean Park pula dari Loi Loi Guest House, Miramar Mansion, naik train di MTR Tsim Sha Tsui station ke Admiralty Stn (Line Red) dan Exit B or Central Pier no. 7. Tiket Bas  dijual di luar station dengan harga - Adult HKD10.60 (RM4.50) dan Child HKD5.30 (RM2.10). Untuk makluman, waktu bas beroperasi dari MTR Admiralty adalah dari jam 9.00am - 4pm (kekerapan bas 10min) atau bas beroperasi dari Central Pier dari jam 9.35am – 3.45pm (kekerapan bas 20min) dengan perjalanan : Method 1 - Citybus Route 629 dari Admiralty Stn  (i) 9.00am - 9.20am, melalui Tai Shue Wan Entrance via the Main Entrance (ii) manakala dari jam 9.20am, bas hanya akan terus ke Tai Shue Wan Entrance untuk ke Ocean Park. Atau boleh juga guna Method 2 - Citybus Route 629 dari Central Pier terus ke Ocean Parks. Bas akan berhenti betul-betul depan Ocean parks dan ambil escalator untuk ke kaunter tiket atau pintu masuk. Untuk makluman tiket masuk ke Ocean Park adalah untuk Adult HKD280/RM115 dan Child HKD140/RM58. (Boleh dibeli di Bus Station di MTR Admiralty atau di kaunter). Ocean Park akan dibuka mulai jam - 10.00am - 6.00pm (Mon - Fri). 10.00am - 7.00pm (Sat), 9.30am - 7.00pm (Sun). Ocean Park terbahagi kepada  Head Land & Low Land di mana terdapat pelbagai Thrill Ride Activity di Head Land manakala para pengunjung boleh ke taman haiwan di Low Land pula untuk melihat panda, akuarium ikan dan sebagainya.

 Adik di halaman pintu masuk Ocean Park  
 
Air pancutan di Ocean Park   
 
 
Bergambar sebelum masuk ke akuarium 
 
 
Teruja sangat melihat ikan berwarna warni
 
Landskap berbentuk dolphin dan bunga yang cantik
 

 Panda sedang lepak
 
Untuk ke aras yang lebih tinggi di atas bukit iaitu bahagian Middle Kingdom, Ocean Park kami menaiki kereta kabel selama 15min. Di Middle Kingdom terdapat berbagai aktiviti seperti miniature, Empress Theatre, Lion Dance, acrobatics, cultural dances & magic show (4x/day).
Kereta kabel untuk ke Middle Kingdom, Ocean Park
Terjumpa si comel yang sama hobi 
 
 Wira kanak-kanak
 
Setelah seharian berjalan-jalan sambal bermain berbagai aktiviti, kami pulang semula ke Station Admiralty dengan menggunakan bas yang sama. Pada petang itu kami hanya berehat di hotel kerana terlalu penat dan hanya tapau makanan dari kedai Pakistan di tingkat bawah apartment.
 
Ikuti kemeriahan kami berkunjung ke Disneyland, Hong Kong dalam entri seterusnya………….   
  

No comments:

Post a Comment