Thursday 23 April 2015

Hong Kong ke Guangzhou – Disneyland, Hong Kong Part 3


Kemeriahan di Kota Disneyland, Hong Kong

Untuk ke Disneyland, Hong Kong dari Tsim Tsa Tsui Station, kami menaiki MTR Tsuen Wan line ke stesen Lai King, turun dan interchange station di MTR Tung Chung line menuju ke Sunny Bay (interchange station). Di Sunny Bay station, kami menaiki pula train khas dihiasi gambar karektor movie Disney yang membawa kami terus ke Disneyland. Tambang train adalah HKD19 (MYR7.50) untuk Adult dan HKD8 (3.00) untuk Child. (Pertukaran tren ke tren di interchange station adalah mudah dan cepat). Anda dinasihatkan untuk membawa begpack dan barangan keperluan sahaja kerana pemeriksaan keselamatan agak ketat di pintu masuk utama ke Disneyland Hong Kong (Tips : Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk). Disneyland HK dibahagikan kepada beberapa theme park seperti Fantasyland, Adventureland, Tomorrowland dan beberapa lagi theme lain yang sungguh meriah dan sangat luas. Anak-anak tentunya sangat gembira memandangkan terdapat pelbagai character cartoon yang mana boleh bergambar bersama-sama. (Tips : Anda boleh merancang masa anda di sini dengan berpandukan map yang boleh diambil di pintu masuk di mana ada disenaraikan waktu show-show yang akan diadakan atau character appearance untuk bergambar). Di sini tidak perlu risau memandangkan terdapat satu halal restaurant iaitu Tahitian Terrace di mana anda boleh menjamu selera selepas penat bermain.  Di sebelah petang, sepatutnya akan diadakan parade tetapi malangnya cuaca mendung dan hujan sehingga parade tersebut tersebut dibatalkan. Agak kecewa di situ... Sebelum beredar pulang, kami sempat singgah di kedai Disney untuk membeli t-shirt dan pelbagai souvenirs untuk kenangan. Di waktu malam, akan di adakan acara fireworks yang sangat indah dan mengujakan.

Sesampai di hotel, kami sempat solat jamak dan berehat seketika untuk aktiviti seterusnya. Walaupun masih kepenatan kami menggagahkan diri untuk keluar ke Ladies Market, Hong Kong dengan menaiki MTR ke Mong Kok Stn. Kelihatan ramai orang berkunjung ke pasar malam ini seperti yang terdapat di China Town, Kuala Lumpur dan di sini terdapat juga jualan souveniers dan fridge magnets untuk dibeli. (Tips : Buat comparison harga sebelum membeli dan seperti biasa bargain harga sehingga melebihi separuh daripada harga yang ditawarkan).
 
Di dalam train khas ke Disneyland Hong Kong
 
Selamat datang ke Disneyland Hong Kong
 
  Bergambar di depan Disneyland Hong Kong
Pancutan air di depan Disneyland Hong Kong
Berehat sebelum masuk ke Disneyland Hong Kong

 









Disneyland Hong Kong
Perarakan awal di jalan masuk utama 
Mickey & Minnie gembira menyambut fan

 











Singgah jumpa Andy & team Toy Story
Andy, bermesra dengan along
Team Toy Story
Fantasyland, salah satu theme park yang ada
Pixie Hollow

 Lunch di Tahitian Terrace

 
Disney Castle
Menanti perbarisan di jalan utama


Adventureland

 Permainan robot
 

 Hong Kong ke Guangzhou & Shopping di Hisun Fabric Market & One Link Plaza
Kami mengambil keputusan untuk berehat dan bangun lewat di keesokan paginya kerana masih terasa kepenatan akibat aktiviti seharian di Disneyland semalam.  Kami akan menaiki Train balik ke Guangzhou iaitu Train (T826) dari Kowloon to Guangzhou. Setelah check out apartment pada jam 12.00pm, kami berjalan ke  East Tsim Sha Tsui untuk naik MTR (Purple Line) ke Nam Cheong dan buat pertukaran ke Orange line ke Kowloon Station. Di Kowloon Station, kami menaiki  Train (T826) yang merupakan train 2 tingkat pada jam 1.10pm ke Guangzhou (Alhamdullilah, tercapai hasrat Adik yang mengidam untuk menaiki train 2 tingkat, dan kebetulan pula seat kami berada di tingkat atas...). Setelah sampai di Guangzhou East Railway station sekitar jam 3.00pm, kami menaiki pula train Line 1 (Yellow) ke Gongyuangqian dan berjalan ke hotel untuk check-in semula hotel dan ambil luggage yang ditinggalkan di hotel tempohari.
Adik selesa di dalam train 2 tingkat HK ke Guangzhou
Setelah berehat sebentar, misi kami seterusnya adalah menyambung acara shopping kali ini ke Hisun Fabric Market yang terletak di Guangzhou Yan Jiangh Dong Lu, 429-431, (广州市沿江东路429-431号,即海印桥西北引桥侧). Untuk ke sini, boleh menaiki train Line 1 (Yellow) ke Marty's Park Station, Exit B3 dan kena ambil teksi dari situ dengan caj sekitar RMB10/RM5 sahaja. Setelah shopping apa yang patut, kami pun bertolak balik ke hotel. Kami juga sempat berjalan-jalan sekitar Beijing Lu berhampiran dengan hotel.  Seperti biasa kami hanya tapau makanan di restoran Pakistan kerana keletihan dan tidak bercadang untuk turun berjalan-jalan lagi. Lagipun esok merupakan hari terakhir dan perlu masa untuk mengemas barang-barang tangkapan sepanjang berada di sini.
Jalan-jalan di Beijing Lu dekat hotel


Shopping di One Link Plaza, Gaungzhou

Setelah breakfast ala kadar kami check-out awal dan tinggalkan luggage di hotel. Kami mengambil train untuk ke Haizhu Square Station. One Link Plaza terletak berdekatan dengan Haizhu Square Station hanya dengan berjalan kaki sahaja iaitu di No. 39, Jie Fang South Road/Yide Road Wholesale Business Circle.  Onelink International Toy & Gifts Centre adalah pusat jualan borong terbesar bagi barangan toy dan gift wholesale. Tingkat 1-7 bangunan ini merupakan pusat jualan borong manakala tingkat 8-37 adalah commercial office.  Kami membeli sepasang kasut roda untuk adik dan juga sedikit souveniers. Kami bertolak balik ke hotel semula dengan train dan setibanya di station, kami menaiki motor tut-tut untuk merasai pengalaman yang berbeza dan juga atas permintaan anak-anak. Kami sampai  ke hotel semula pada jam 2.00pm untuk mengambil beg sebelum bertolak ke airport. Kami bertuah kerana dapat menaiki teksi klasik seperti yang terdapat di kota London tersedia menunggu penumpang di depan hotel. Flight berlepas pada jam 9.05pm dan sampai di KL pada jam 1.05am. Percutian kali ini sangat menarik kerana selain dapat peluang bershopping di Guangzhou, dapat juga memenuhi permintaan anak-anak untuk ke Disneyland, Hong Kong.


Kenderaan tut-tut yang cepat dan murah
 Teksi klasik yang membawa kami ke Airport

Tips terakhir :
 
1) Malaysian memerlukan visa untuk masuk ke Tanah Besar Cina, dan sekiranya anda bercadang untuk keluar ke destinasi lain dan masuk balik, pilih untuk visa multiple entry. Visa boleh dibuat di Kedutaan Cina, dan sebolehnya buat seawal 2 minggu sebelum tarikh berlepas.
2) Pemeriksaan imigresen masuk ke Hong Kong agak ketat.
3) Sebolehnya sediakan nama tempat yang anda ingin kunjugi dalam bahasa Cina untuk memudahkan komunikasi memandangkan sebahagian penduduk boleh dikatakan tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Sebaliknya, kami tiada masalah komunikasi di HK, kerana mereka agak fasih berbahasa Inggeris.
4) Print city train map untuk memudahkan perjalanan anda.
5) Survey lokasi tempat makan halal terlebih dahulu (halal food agak senang didapati di Guangzhou dan HK).
6) Tandas awam agak sukar didapati di Guangzhou dan tahap kebersihannya agak @#$%##@@.
7) Terdapat peniaga muslim yang berniaga di atas kereta sorong menjual pelbagai jenis kekacang dan juga red dates yang manis dan besar.
 

Terima kasih dan sehingga jumpa lagi di entri untuk destinasi selanjutnya. Bye...

 
 
 

No comments:

Post a Comment