Sunday, 23 March 2025

Family Trip Salam Taiwan : 16 Februari 2025 – 24 Februari 2025 (Salam Taiwan 2025 - Part 2) - Berjalan di Skywalk Qinjing Farm, menerokai Sun Moon Lake, view Taiping Suspension Bridge, shopping di Mitsui Outlet Tianan dan bersiar-siar di Kaohsiung

DAY 6 – AKTIVITI BERJALAN DI SKYWALK QINJING FARM DAN MENEROKAI SUN MOON LAKE

Pada pagi Jumaat 21 Februari 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan sediakan breakfast menghabiskan stock maggi. Dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk, kami keluar checkout dan membawa beg masing-masing menuju ke parking kereta. Kami meninggalkan perkarangan hotel tersebut dan memecut mendaki jalan ke ladang Qinjing Farm  yang terletak kira-kira lebih 1.5 km dari hotel tersebut. Kami akan meneruskan aktiviti pertama pada pagi itu bermula jam 9.00am dan kami merupakan antara pengunjung yang awal masuk ke ladang tersebut apabila gate kaunter dibuka. Kami berjalan menuju ke skywalk untuk meninjau platform dan view keadaan gunung-ganang yang sungguh indah dan memukau.

Kami juga pernah berjalan menyusuri jambatan berbentuk skywalk yang terkenal dan viral di Korea dan Vietnam, kisahnya di link ini;

Korea – klik Jalan-Jalan di Busan

Vietnam – klik Jalan-Jalan Ba Na Hills, Vietnam.

Dari atas laluan Skywalk Qinjing Farm tersebut, kami dapat melihat ada kereta yang tergelincir ke dalam longkang di gigi jalan tersebut dan kelihatan pemandunya sedang membuat laporan kepada polis yang berhenti mengawal lalulintas sementara menunggu tow truck. Nasib baiklah jalan tersebut tidaklah busy dan keadaan lalulintas juga masih terkawal.

 

Hati-hati memandu menuju ke Qinjing Farm

Kami gigih berjalan sehingga ke separuh jalan Skywalk tersebut sehingga sampai ke kawasan platform yang luas bagi meninjau view gunung ganang yang luas terhampar dan terbentang. Sementara di seblah jalan pula terdapat kedai-kedai jualan makanan dan minuman. Di sepanjang Skywalk tersebut kami berjalan perlahan-lahan sambil menikmati view pergunungan yang sungguh memukau dan mengsyukuri nikmat ciptaan Allah Yang Maha Besar (AllahuAkbar). 

  







Jalan-jalan di Skywalk, Qinjing Farm









View gunung ganang yang sungguh menakjubkan…. Allahuakbar














Qinjing Farm

Kami berjalan hampir 2 km sehingga sampai ke penghujung kaunter Skywalk yang terletak tak jauh dari hotel yang kami tidur semalam. Dalam kepenatan itu, kami diberitahu pekerja di kaunter tersebut bahawa kami perlu berjalan berpatah balik ke kaunter di tengah yang terletak berhampiran gerai dan pasar tadi. Kami Kembali semula ke kaunter tengah tersebut lalu keluar dan melintas jalan serta melalui kedai-kedai yang menjual makanan dan minuman untuk membeli air mineral bagi menghilangkan tekak yang kehausan akibat berjalan jauh.     

Setelah berhenti berehat seketika, kami pun masuk ke gate di kaunter sebelah deretan kedai tersebut untuk menuju ke dataran yang mempunyai kerusi untuk pertunjukan. Di situ kelihatan ramai pengunjung yang duduk berehat sambil menikmati makanan dan minuman yang boleh diblei di kedai serbaneka di situ. Ada juga yang kelihatan membeli makanan kambing dari vending machine untuk diberi makan kepada kambing-kambing yang bebas berlari di sekitar ladang tersebut.

 











Memberi makan kambing

 

Kami masuk ke kedai mart di situ untuk membeli souveniour, air mineral dan juga susu kambing fresh dari ladang tersebut. Kami duduk di kerusi sambil melihat gelagat pengunjung yang leka memberi makan kepada kambing-kambing yang bebas mundar mandir di ladang itu. Kami juga singgah di kawasan lapang yang terdapat banyak pokok-pokok cherry blossom untuk mengambil gambar dan kelihatan juga beberapa ekor kambing yang sedang berehat dan juga meragut rumput-rumput di kawasan itu.

Setelah itu, kami Kembali semula ke gate utama dan keluar ke parking. Kami singgah di toilet yang terletak di sebelah Kawasan parking sebelum masuk ke kereta untuk menuju ke Sun Moon Lake. Kami memandu menuju ke Sun Moon Lake yang terletak hampir 60 km dengan mengambil masa sekitar lebih sejam perjalanan. Kami sampai di Sun Moon Lake dan parking kereta di sebelah bangunan kaunter Ita Thao Tourist Visitor Information yang terletak di jetty Ita Thao atau dikenali juga Yidashao Wharf di Yuchi Township, Nantou County, Taiwan. 

 









Gambar menaiki boat di jetty Ita Thao, Sun Moon Lake





Singgah di Jetty Xuanguang

Setelah mendapatkan tiket di kaunter boat, kami diarah untuk menaiki boat di platform 1 yang akan membawa kami ke jetty di Shuishe dan Xuanguang. Kami tidak singgah di jetty Shuishe memandangkan kami telah lalu di kawasan itu semasa dalam perjalanan ke jetty Ita Thao tadi. Kami hanya singgah di jetty Xuanguang dan menaiki tangga untuk sampai ke puncak bukit tersebut di mana di situ hanya kelihatan sebuah temple sahaja. Kami tidak masuk ke situ dan hanya view tasik Sahaja sebelum berpatah balik menuruni anak tangga di bukit tersebut menuju ke jetty semula untuk menunggu boat selanjutnya yang membawa kami kembali ke jetty Ita Thao.

Setelah sampai di jetty Ita Thao kami pun turun dari boat dan membayar parking di kiosk auto payment yang sangat mudah dan bergerak perlahan-lahan di laluan yang ramai pengunjung untuk menghampiri hotel. Kami checkin-di Hotel SMSX bnb, Sun Moon Lake yang terletak di No.48, Guanghua Street, Yuchi Township, Nantou, Sun Moon Lake, Taiwan / Tel: +886492850308 hanya lebih kurang 300 meter sahaja dari parking di jetty Ita Thao tersebut. 

Kami sempat solat jamak dahulu sebelum turun semula ke kedai-kedai berhampiran jetty Ita Thao untuk menyewa basikal berharga TWD200 sahaja. Kami menunggang basikal di laluan basikal dan pejalan kaki bermula dari jetty Ita Thao menuju ke bangunan station kereta kabel sehingga ke kawasan Nine Frogs Stack yang sekitar 1 km dari station tersebut. Terdapat juga basikal yang menggunakan bateri seperti yang digunakan di Lombok. Ikuti kisah kami jalan-jalan di Lombok menaiki skooter, klik - Gili Trawangan. 

 













View Sun Moon Lake






Basikal di Sun Moon Lake

Sungguh asyik berbasikal di laluan khas di tepi tasik sambil view air tasik dan kelihatan ada yang menjalankan aktiviti berkayak dan menaiki boat. Menjelang senja kami pun kembali semula ke jetty Ita Thao untuk memulangkan basikal dan jalan-jalan di sekitar deretan kedai-kedai di laluan menuju ke jetty Ita Thao tersebut, kebanyakan makanan dan minuman di situ tidak halal dan kami balik semula ke hotel untuk menyediakan dinner sebelum berehat dan tidur.

  



View hotel sekitar pekan Ita Thao, Sun Moon Lake

 

DAY 7 – MENINGGALKAN SUN MOON LAKE MENUJU KE ALISHAN NATIONAL FOREST PARK

Pada pagi Sabtu 22 Februari 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan menyediakan breakfast ala kadar berbaki maggi yang ada bagi meringankan beg. Setelah berkemas kami keluar checkout da n meninggalkan kunci di kaunter hotel tersebut seawall jam 6.30am. Kami memandu menuju ke Taiping Suspension Bridge yang terletak sekitar 100 km yang mengambil masa 2 jam. Dalam perjalanan yang jauh itu kita dapat menyaksikan kawasan ladang, kampung dan juga Perindustrian sesekali apabila Google Maps mengarahkan pemanduan melalui jalan short-cut. Harus berhati-hati dengan mengurangkan kelajuan apabila menghampiri kawasan tersebut.   

Akhirnya, kami juga melalui jalan yang hampir mendaki dan dari jauh kelihatan jambatan Taiping Suspension Bridge yang terletak di 5, Xiakengzai, Meishan Township, Chiayi Cty yang dibuka bermula jam 9:00 pagi hingga 5 petang. Ia adalah jambatan gantung tertinggi dan terpanjang di Taiwan, dengan panjang 281 meter dan ketinggian 1,000 meter di atas paras laut.

Jambatan ini menghubungkan Wangfeng Pavilion di Kampung Taiping dengan Guishan, melintasi Air Terjun Pelangi Sanyuan. Dari jambatan, pengunjung dapat menikmati pemandangan indah seperti Laut Awan, kolam takungan air serta pemandangan Chiayi-Tainan dan Selat Taiwan. Pada waktu malam, jambatan ini diterangi dengan lampu berwarna-warni yang berubah setiap jam menambahkam lagi keindahan pemandangan situ.

Kami park kereta di parking berbumbung dan memblei tiket di kaunter. Sebelum menaiki jambatan tersebut kami singgah di kedai suveniour berdekatan Tourist Information Centre dan juga ke toilet. Tepat jam 9 pagi kami menaiki anak tangga menuju ke jambatan tersebut. Kelihatan rombongan murid-murid sekolah beratur dan bergambar sebelum menaiki jambatan tersebut. Cepat-cepat kami memintas kumpulan itu agar perjalanan kami melintasi jambatan tersebut lancar dan mudah untuk mengambil gambar nanti. 










View Taiping Suspension Bridge

 Zoom Taiping Suspension Bridge

Setelah melintasi jambatan itu dan melengkapi satu arah pusingan, kami pun sampai ke kawasam parking dan memandu menuruni kawasan tanah tinggi tersebut menuju ke bandar Chiayi. Setelah memandu hampir setengah jam kami pun sampai ke kawasan parking berhampiran Hinoki Village, Chiayi yang terletak di No. 370, Gonghe Road, East District, Chiayi. Dari Kawasan parking kami melintasi stesen keretapi Chiayi iaitu Stesen Beimen Alishan Railway di mana pengembara boleh mendapatkan tiket sekiranya ingin merasi pengalaman menaiki iconic train kayu terus ke Alishan National Forest Park. 

 







Bergambar di Hinoki Village, Chiayi

Ia merupakan sebuah taman budaya yang menampilkan warisan sejarah dan budaya Jepun semasa penjajahan Jepun di Taiwan.Sejarah: Pada zaman penjajahan Jepun, Hinoki Village berfungsi sebagai perumahan bagi pegawai dan pekerja Jabatan Perhutanan. Bangunan-bangunan kayu yang terpelihara dengan baik kini menjadi saksi sejarah perkembangan industri perhutanan di Chiayi. Kampung ini terdiri daripada 28 bangunan kayu gaya Jepun, termasuk asrama, kelab hutan, kediaman pengarah, rumah tetamu, dan rumah mandi awam. Reka bentuk bangunan mencerminkan pengaruh seni bina Jepun yang dipengaruhi oleh pergerakan pemodenan Meiji.

Kami masuk ke beberapa rumah kayu yang dijadikan kedai-kedai menjual souveniour dan tertarik dengan kedai yang menjual peralatan berkonsepkan animasi Jepun seperti Totoro, One Piece dan lain-lain lagi.

Setelah siap shopping kami berjalan kembali ke parking dan memandu menuju ke restoran  Halal Turki iaitu Private Chef Kitchen Chiayi (Wu Si Da Turkish Restaurant) yang terletak di alamat No. 25, Ln. 858, Sec. 1, Daya Rd. East Dist., Chiayi City (opn - 10am-2pm / 5-9pm) di mana hanya beberapa minit Sahaja tak jauh dari Hinoki Village tersebut. Kami parking tak berapa jauh dari restoran tersebut lalu masuk dan disambut oleh pekerja tempatan yang tidak memahami English dan terpaksalah kami menggunakan Google Translete untuk order makan dan juga ditapau. Menu kesuluruhannya nampak sedap dan sementara menanti hidangan masing-masing ke toilet. Restoran ini tidak menyediakan kemudahan surau jadi kami akan bersolat di Alishan Nastional Forest Park nanti. 

 


Tapau pizza Turki untuk dinner








Menu Halal Restoran Turki, Chiayi (Rating: 4.9/5)… Sangat Recommended

Setelah kekenyangan, kami memandu menuju ke arah Alishan Nastional Forest Park dengan berhati-hati mendaki ke kawasan pergunungan tambahan pula banyak gaung dan jalan sempit serta berliku-liku. Sebelum itu kami singgah di petrol pump untuk mengisi minyak penuh agar tidak perlu berhenti dan trcari-cari petrol pump lagi apabila berada di Alishan. Terdapat banyak kereta di kedua arah jalan dan sesekali boleh view keindahan kawasan hutan dan pergunungan yang sungguh menakjubkan. AllahuAkbar....

Alishan National Forest Recreation Area, terletak di Alishan Township, Daerah Chiayi, Taiwan, adalah destinasi pelancongan terkenal yang menawarkan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan dan pengalaman budaya yang unik. Alishan adalah kawasan peranginan gunung dan taman alam yang meliputi sekitar 1,400 hektar pada ketinggian 2,200 meter di atas paras laut. Kawasan ini terkenal dengan iklim sederhana dan curah hujan yang tinggi, mencipta hutan hujan awan yang subur.

Antara tarikan utama di Alishan adalah:

  • Pemandangan Matahari Terbit dan Laut Awan: Alishan terkenal dengan pemandangan matahari terbit yang memukau dan lautan awan yang menakjubkan.
  • Jalur Pendakian dan Pokok Berusia Berabad-abad: Terdapat pelbagai laluan pendakian yang melalui hutan purba dengan pokok-pokok yang berusia beribu tahun, memberikan pengalaman mendalam tentang ekosistem tempatan.
  • Kebun Teh dan Budaya Minum Teh: Kawasan ini juga dikenali dengan kebun teh yang luas, di mana pelawat boleh mempelajari proses pembuatan teh dan menikmati upacara minum teh tradisional.
  • Perjalanan Kereta Api Hutan Alishan: Kereta api hutan yang bersejarah menawarkan perjalanan yang menawan melalui landskap gunung yang menakjubkan. Setelah 15 tahun ditutup akibat kerosakan oleh taufan, laluan kereta api ini dibuka semula pada Julai 2024, memberikan peluang kepada pelawat untuk menikmati pengalaman unik ini.





Station Alishan


Station Zhaoping









View Alishan

Setelah berlegar beberapa minit kami pun parking kereta setelah sebuah kereta keluar dari parking kerana susah mencari parking yang agak limited di situ. Kami berjalan menuju ke train station untuk membeli tiket sehala Alishan To Zhaoping (Train) berharga lebih kurang TWD97.50 (RM691) untuk 5 orang. Apabila train sampai kami beratur memasuki gerabak train tersebut yang bergerak meninggalkan station Alishan menunju ke station Zhaoping dengan mengambil masa hanya sekitar 10 minit sahaja. Dari jendela train kami dapat menyaksikan pokok-pokok yang tumbuh di sekitar kawasan tersebut.  

Berpandulan Google Maps kami berjalan-jalan menikmati kehijauan pokok-pokok dan bunga-bungaan yang sedang mekar di sekitar tamana dan sesekali berhenti untuk mengambil gambar dan berselfie. Kelihatan beberapa Kumpulan pelancong yang mundar-mandir berjalan sambil menikmati keindahan hutan dan diberi penerangan oleh pemandu pelancong. Kami meneruskan perjalanan nmengikut laluan yang disediakan berpatah balik ke station Alishan yang mengambil masa sekitar 25 minit. Setelah sampai di situ kami terus menuju ke surau yang terletak di Tourist Information Centre untuk bersolat jamak.  

Semasa perjalanan ke hotel kami perlu lebih berhati-hati kerana kewujudan kabus tebal yang menghalang penglihatan dan keadaan jalan yang berliku-liku di tanah tinggi tersebut. Kami memandu menuju ke hotel De Ren Tea Garden BNB + (B/fast, Free WiFi, Parking) yang terletak di No. 75, Ruili, Meishan Township, Chiayi / +886905203000 yang terasa sangat jauh melintasi Fenqihue Old Street. Hotel De Ren Tea ini terletak di kawasan ladang the seperti di Cameron Highlands. Kami telah book bilik  1 x Standard Quad Room 33 m² Max:4 adults, 2 children (0-12 years) di apps Agoda.com berharga TWD3300 (RM450) semalam. Kami tidak recommend hotel ini kerana terletak jauh dan aksess yang susah sekiranya anda memandu sendiri.

Keadaan hujan dan hari semakin gelap membuatkan kami memperlahankan pecutan kereta apatah lagi apabila melalui jalan tanah tinggi dan sempit yang sesekali berlaku runtuhan tanah di lereng bukit dan hanya sesekali sahaja berselish kereta. Memang mencabar jalan-jalan di sekitar tanah tinggi Alishan ini dan perlulah memandu dengan lebih berhati-hati. Kami pun sampai ke hotel sekitar jam 8 malam dan check-in bilik. Kami makan makanan yang ditapau di restoran Turki sambil berehat dan berkemas sebelum tidur.

 

DAY 8 – JALAN-JALAN DI TAINAN DAN KAOHSIUNG – Jalan-jalan di Fenqihue Old Street (Alishan), Shopping di Mitsui Outlet (Tainan) dan bermalam di Kaohsiung

Pada pagi Ahad 23 Februari 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan breakfast maggi sambil berkemas untuk keluar checkout di awal pagi. Kami memandu berpatah balik sekitar hampir sejam menuju ke Fenqihue Old Street yang terletak dalam perjalanan ke hotel semalam. Dalam perjalanan sesekali kami berhenti untuk megambil gambar cheery blossom yang tumbuh mekar di tepi-tepi jalan dan taman dalam perjalanan ke Fenqihue Old Street.

 


View tanah tinggi di Fenqihue




Cherry blossom di tepi jalan ke Fenqihue

Kami parking kereta di petak parking di tepi jalan besar dan berjalan menuju ke Fenqihue Old Street. Kelihatan ramai pengunjung yang baru tiba di awal pagi itu. Kelihatan ada pengawal lalulintas yang menjaga jalan masuk ke situ sempena acara marathon yang dijalankan di pekan itu. Nasib baik kenderaan tidak busy dan lalulintasnya lancar sahaja.

 






Fenqihue Old Street





 Wooden Wonderland (Muslim-friendly café)







Zoom ladang teh & karpet awan di Fenqihue

 

Kami singgah membeli kopi di Wooden Wonderland (Muslim-friendly café) untuk mengurangkan dahaga setelah berjalan masuk ke Fenqihue Old Street sehingga ke penghujung jalan. Setelah itu, kami berpatah balik dan singgah di kedai kopi kerana ada yang ingin membeli secawan kopi. 

Setelah siap, kami berjalan ke kereta semula untuk meneruskan pemanduan menuju ke Tainan. Setelah memandu selama lebih sejam kami pun  sampai di Mitsui Outlet, Tainan. Kami masuk ke roof top parking dan bersama-sama pengunjung lain teruja untuk mencari barang-barang kesukaan masing-masing.

Kami singgah ke kedai kasut dan beberapa outlet lain di mana setelah membandingkan harga kami dapati kebanyakan barang-barang di sini tidaklah murah dan tidak berbaloi untuk shopping. Kami hanya membeli kasut New Balance yang menjadi trend di Malaysia dan agak murah shopping di sini.

Kami meninggalkan Mitsui Outlet, Tainan menuju ke restoran halal Mamamia Asia Foods di Tainan tapi setibanya di situ kami mendapati ianya sudah ditutup. Kami juga terserempak dengan beberapa pelancong Malaysia yang baru tiba dan sedang mencari restoran halal berdekatan yang lain. Kami mengikut cadangan mereka yang telah memberitahu kami restoran Indian HALAL food 穆斯林的店 yang jaraknya 5 km dari situ beralamat di No. 7, Yule St, East District, Tainan City, Taiwan.

Singgah lunch di restoran Halal, Tainan (Rating: 3.9/5)

Setelah kekenyangan kami meninggalkan restoran itu dan singgah ke kedai serbaneka untuk topup TWD200 ke setiap Easycard kerana kami akan memlangkan kereta sewa pada petang nanti. Kami memandu ke hotel terlebih dahulu untuk chekin dan meninggalkan beg. Kami tiba di hotel sekitar jam 5.30 petang dan sempat solat jamak terlebih dahulu. Kami akan bermalam di Hotel @ Big Bear Hotel, Kaohsung City yang terletak di No. 158 Liuhe 1st Road, 7F, Sinsing District, Kaohsiung. Kami telah book bilik 1 x Quad / 25 m²Max:4 adults, 1 child (0-15 years) di Agoda.com dengan harga TWD1132.55 (RM159.69) semalam.

Kami keluar semula menuju ke pejabat pemulangan kereta Sewa I-Rent yang terletak di No. 28, Zhongzheng 3rd Rd., Xinxing Dist., Kaohsiung City / +(886)07-235-7399. Kami perlu memulangkan kereta sebelum pukul 7 malam. Dalam perjalnan kami memastikan minyak kereta masih berbaki dan parasnya berada lebih kurang sama semasa kami mengambilnya dahulu. Setelah sampai, seorang techniciannya memeriksa keadaan kereta tersebut dan setelah berpuas hati beliau meminta kami menandatangani borang penghantaran di skrin tabnya.

Kami berjalan ke station metro Xinyi Elementary School yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari pejabat tersebut menuju ke station Farmosa Boulevard. Kami turun di station tersebut dan berjalan kaki beberapa langkah sahaja untuk sampai ke pasar malam Kaohsiung iaitu Liuhe Tourist Night Market yang terdapat kebab Halal Food yang kami tapau untuk dimakan di hotel.

Setelah sampai ke penghujung jalan pasar malam tersebt, kami pun berpatah balik semula dan berjalan menuju ke hotel untuk makan dan berkemas beg sambil berehat. 

Halal Sharwarma di Liuhe Tourist Night Market (Rating: 4.1/5)

 

DAY 9 – JALAN-JALAN DI KAOHSIUNG DAN FLIGHT KE KLIA – Jalan-jalan sekitar Kaohsiung

Pada pagi Isnin 24 Februari 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan breakfast maggi untuk menghabiskan stok sambil berkemas untuk keluar checkout di awal pagi. Kami meninggalkan beg di stor penyimpanan khas di depan hotel tersebut di mana kami akan mengambilnya sebelum ke airport sekitar jam 1 tengahari nanti.

Kami berjalan ke station train Farmosa Boulevard untuk menuju ke station Yanchengpu dan berjalan-jalan di sekitar The Pier2 Art Center yang terletak di No. 1, Dayong Rd, Yancheng District, Kaohsiung City, Taiwan.

 






The Pier2 Art Center




Shopping di kedai-kedai The Pier Art Center

Setelah sampai di station Yanchengpu, kami turun berjalan menuju ke tepi laut dan singgah ke kedai buku dan souveniour tak jauh dari station tersebut. Di sepanjang jalan kelihatan moral yang dilukis di dinding-dinding bangunan yang meriah, ceria dan berwarna-warni. Kami berhenti seketika apabila hendak melintas track kerana ternampak tram yang beroperasi sebagai Hamasen Light Metro [TRAM] yang lalu di Kawasan itu. Pengunjung boleh membeli tiket di station tram berdekatan dan boleh naik untuk menikmati keindahan di bandar Kaohsiung. Memandangkan masa yang tidak mengizinkan kerana kami perlu lunch dan bergegas ke Kaohsiung Airport, kami hanya memerhatikan tram yang melintas di hadapan kami sahaja. 

  

Hamasen Light Metro [TRAM]

 

Kami masuk ke beberapa bangunan yang meyediakan permainan game berkonsepkan animasi dan kartun-kartun yang terkenal seperti Paw-Patrol dan sebagainya bagi menarik perhatian kanak-kanak untuk masuk dan menyertai permainannya.

Setelah kepenatan berjalan di sekitar The Pier2 Art Center tersebut, kami pun berpatah balik ke station Yanchengpu dan menuju semula ke station Farmosa Boulevard dan singgah di Dome Light, Farmosa Boulevard yang terletak di dalam station itu.

 


Farmosa Boulevard

Kami keluar dari station dan berjalan beberapa minit menuju ke restoran halal Rumah Makan BU Yeti Indonesian Restaurant 爪哇真美食小吃店 yang terletak di 800, Taiwan, Kaohsiung City, Sinsing District, 南華路206No. Kami membuat pesanan makanan dan minuman di kedai tersebut dan kelihatan ramai pengunjung yang keluar masuk memandangkan untk lunch. Sementara menunggu hidangan siap kami bergilir-gilir solat jamak di ruang solat yang berada di tingkat atas. Kebanyakan restoran Muslim akan menyediakan surau atau ruang solat yang amat diperlukan oleh pengembara seperti kami. Alhamdulillah.   

 

Restoran RM Buk Yeti, Kaohsiung.... (Credit: Google) (Rating: 4.2/5)

Setelah siap makan dan minum kami berjalan kaki sejauh lebih kurang 600 meter menuju ke hotel Big Bear Kaohsiung untuk mengambil beg yang ditinggalkan di ruang penyimpanan hotel tersebut. Kemudahan ruang penyimpanan/stor untuk simpanan beg sementara juga menjadi pilihan pengembara yang memerlukannya dalam tempoh yang singkat atau beberapa hari bagi memberikan kemudan dan mengurangkan kos juga.   

Kami menaiki train dari station Farmosa Boulevard menuju ke Kaohsiung Airport yang mengambil masa sekitar 20 minit sahaja. Sesampai di airport kami beratur di kaunter untuk checkin dan mengambil boarding pass.  

Setelah itu, kami terus boarding dengan melalui kawalan keselamatan yang cepat dan shopping kopi dengan menggunakan nilai baki Easycard sebelum berehat sementara menunggu pesawat. Pesawat Batik Air, MY OD891 meninggalkan Kaohsiung Airport pada jam 6.00 petang dan setelah menempuh penerbangan sekitar 4 jam kami pun selamat mendarat di KLIA Airport pada jam 10.00 malam. Setelah keluar kami terus ke kaunter roamingman untuk meulangkan wifi lalu berjalan menuju ke hentian bas untuk menaiki shuttle balik ke parking LTCP yang tidak jauh dari airport KLIA 1 tersebut.

 





Train to Kaohsoung Airport


Prayer room at Kaohsiung Airport 


Kaohsiung Airport








View flight Kaohsiung ke KLIA

Kami membayar parking sekitar RM132 untuk 9 hari dan memandu balik ke rumah dengan gembira dan bersyukur kerana perjalanan yang selamat dan dipermudahkan. Kepada sesiapa yang inginkan pengembraan yang mudah dan berbaloi, silah berkunjung ke Taiwan. Boleh ke Matta Fair dari 18-21 April 2025 untuk mendapatkan pakej atau menacri rujukan pakej Salam Taiwan dan Muslim Friendly Package yang sudah tentu banyak ditawarkan di sana. Kami pun sudah tentu akan ke Matta Fair 2025 jalan-jalan mencari panduan ke destinasi selanjutnya. Tunggulah kisah pengembaraan kami selanjutnya plan ke negara-negara lain pula di coretan blog seterusnya….. InshaAllah. Amin3x

No comments:

Post a Comment