Saturday, 2 November 2024

Korea 25 August 2023 (Trip 1 - Road To Korea 2023 - Part 1) – Korea, Joseon Kami Datang… Busan City & Jeju (Seogwipo City & Seongeup Folk Village)

 DAY 1 – FLIGHT KE BUSAN – Jalan-Jalan Di Pantai Haeundae, Busan

Alhamdulillah, selama ini kami hanya melihat lokasi-lokasi yang menarik melalui pengambaran k-drama Netflix sahaja dan itu pun sudah terpegun dengan view permandangan yang cantik dan indah di negara Korea (Joseon) dan juga budaya yang dipaparkan semenjak dari zaman Joseon lagi.

Kami menempah penerbangan flight AirAsia X di web Airasia.com yang berharga RM3,295.00 (2 bag 20kg checkin) (5pax/one way) untuk 4 Adults 1 Child.   Manakala, untuk penerbangan balik pula kami menempah penerbangan flight Cebu Pacific di webnya yang berharga RM2,511.39 (KRW739,500) / 3bag 20kg chkin (5pax/one way) untuk 4 Adults 1 Child tetapi perlu transit di Manila.

Untuk pergerakan dari Busan ke Jeju kemudian ke Seoul pula kami menempah 2 penerbangan domestik iaitu flight Jeju Air di websitenya yang berharga RM1,343.30 (5pax/one way) untuk 4 Adults 1 Child dari Busan ke Jeju dan flight T’way di websitenya yang berharga RM630.65 (5pax/one way) untuk 4 Adults 1 Child .

Seperti biasa kami membuat research dengan merujuk kepada FB, Google, Instagram untuk mendapatkan maklumat tentang Korea secara amnya dan Seoul, Busan dan Jeju secara khususnya terutama berkenaan tempat-tempat tumpuan, aktiviti, hotel, kulinari, transport, cuaca dan sebagainya.

Setelah itu, kami merangka itinerary di sepanjang pengembaraan kami selama 10 Hari 9 Malam dan tanpa berlengah membuat tempahan hotel dan merangka method perjalanan di dalam bandar-bandar Seoul, Busan dan juga Jeju dengan menggunakan T-Money dan juga keperluan memandu kereta di Jeju.

Pada pagi Selasa 25 April 2023, sekitar jam 10.00am kami membawa 1 bagasi besar dan masing2x begpack yang telah dikemas semalam dan bergerak dengan kereta menuju ke Putrajaya Sentral. Kami akan park kereta di Putrajaya Sentral dengan caj RM12/day cashless parking boleh dibayar dengan Touch N Go, kredit kad dan debit kad. Kami menaiki ERL Transit dari Putrajaya Sentral menuju ke KLIA2.

Setelah sampai di KLIA2 kami langsung ke kaunter check-in luggage kemudian terus ke gate departure dengan melalui pemeriksaan immigration dan juga pemeriksaan keselamatan untuk boarding.

Setelah menghampiri hotel Capsule berhampiran gate kami menuju ke receptionnya untuk mengambil portable wifi Roamingman yang telah disewa berharga RM140 selama 10 hari. Tetapi malangnya pekerja tersebut memberitahu bahawa kaunter untuk mengambil portable tersebut adalah di hotel Capsul yang terletak di Hub Pengangkutan di luar bangunan terminal. Oleh itu, terpaksalah untuk keluar semula bagi mengambilnya dan masuk semula melalui proses pemeriksaan immigration dan juga keselamatan.

Roaming Man portable wifi 

Setelah masuk semula kami sempat lagi berehat, solat jamak di surau dan makan sebelum menuju ke pintu gate bagi menunggu ketibaan pesawat. Pesawat QZ 462 Air Asia X direct flight mengambil masa lebih kuran 6 jam perjalanan dari KLIA2 menuju ke Busan Airport.

Gate Q4 Airasia X KLIA2 ke Busan

Kami telah pun menempah pre-order makanan mengikut kegemaran masing2x termasuk Nasi Lemak Pak Nasir.  Kami solat subuh di atas flight setelah masuk waktu dan kelihatan hari semakin cerah beberapa jam sebelum pesawat mendarat di Busan Airport.

View perjalanan ke Busan

Setelah mendarat kami myediakan dokumen-dokumen berkenaan terutamanya passport dan K-ETA sebelum beratur ke kaunter immigration. Alhamdulillah, proses mendaftar masuk amatlah mudah dan cepat walaupun sebelum ini kami terbaca di group FB menyatakan pelbagai pengalaman sehinggakan ada yang tidak dibenarkan melangkah masuk ke Korea.... sehinggakan ada yang mengeluh kerana memang terasa mendebarkan dan mengerikan.....

Setelah selesai proses tersebut kami kami menuju ke kaunter bagasi untuk mengambil luggage. Kami sempat snap gambar di beberapa sudut airport sebagai tanda kenagan menjejaki kaki ke Busan Airport sebelum melangkah keluar menuju ke kedai serbaneka bagi top-up T-Money. T-Money kami dapati secara percuma di Booth KTO semasa Matta Fair berlangsung di Kuala Lumpur.

Setelah itu, kami menarik beg lunggage masing-masing dengan berpandukan apps Naver dan juga signboard berjalan menuju ke metro Busan train station. Kami akan menaiki train tersebut menuju ke station Sasang dan pada mulanya ingin meninggalkan luggage kami di situ ketika transit ke line namun kami mengambil Keputusan untuk terus menuju ke station Haeundae dan meninggalkan luggage di situ. Kami telah pun membuat research sedari awal lagi dan kini hanya perlu merujuk kepada itinerary yang keseluruhannya telah lengkap dengan maklumat yang telah kami sediakan sebelum mendarat di bumi Korea.  

Welcome to Airport Busan

Train to Busan 

Sepanjang perjalanan mengambil masa kira-kira hampir 30 minit, kami menikmati permandangan dari jendela train tersebut yang berhenti di setiap stesen bagi mengambil penumpang yang keluar di awal pagi.

Sementara itu, bagi tujuan memudahkan aktiviti adalah disarankan untuk meninggalkan luggage di locker atau di hotel. Harga locker di station Haeundae, Busan adalah ₩2,000 untuk 4 jam pertama, ₩300 tambahan untuk setiap jam sehingga 12 jam pertama. Selepas 12 jam, bayaran tambahan ₩2,000 untuk setiap 12 jam. (kredit – google)

Setelah sampai ke station Haeundae yang dutujui, kami pun keluar meninjau-ninjau mencari jalan yang mengarah ke pantai. Kami dapati sudah berpusu-pusu orang ramai berjalan menuju ke arah pantai tersebut. Kami mencari arah berpandukan Naver berjalan kaki menuju ke Restoran Wonjo Halmae Bokguk (MF) - Coupon free drink (Busan Guide Book) yang terletak di Tingkat 1 beralamat 1 Dalmaji-gil 62beon-gil, Haeundae-gu, Busan untuk mengisi perut dahulu sebelum meneruskan aktiviti selanjutnya.  Akhirnya setelah berjalan menyusuri jalan yang sesekali kelihatan pantai di antara block-block bangunan yang tinggi itu, kami pun sampai ke restoran sekitar jam 12 tengahari.

Kami disambut mesra oleh seorang nenak (halmeoni) yang sangat peramah dan menghulurkan menu untuk kami membuat tempahan. Restoran tersebut terdapat di dalam senarai Korean Tourism Organisation (KTO) yang merupakan restoran Muslim Friendly yang menyajikan menu utamanya ikan buntal. Restoran tersebut betul-betul tidak jauh dari kawasan pantai dan laut Busan di mana akan terasa angin bertiup. Sekiranya berjalan di tepi Pantai tersebut jika angin bertiup kuat sehinggakan sesekali sekala kami terpaksa memegang erat satu sama lain….. Hahaha….


 Restoran Muslim Friendly Wonjo Halmae Bokguk


Menu restoran ikan dan seafood

Setelah itu kami berjalan kaki menuju ke station Sky Capsule Haeundae Blue Line Park dan Beach Train Haeundae Blue Line Park untuk menaiki train view Pantai dan laut Haeundae, Busan. Di situ terdapat kaunter untuk membeli train Sky Capsule dan juga Beach Train. Memandangkan kesuntukan masa kami hanya membeli tiket bagi menaiki Beach Train kerana tidak sempat lagi untuk menunggu perjalanan Sky Capsule yang berikutnya, memandangkan banyak lagi aktivit yang kami perlu jalani untuk hari itu berdasarkan senarai itinerary di tangan kami. Harga Beach Train adalah One-way: ₩7,000 dan Round trip: ₩10,000. 

 

On the way ke Busan Beach Train Blue Line Park



View dari Busan Beach Blue Line Train

Kami beratur menaiki Beach Train yang menyajikan permandangan view Pantai Haeundae, Busan yang indah dan medamaikan. Sepanjang perjalanan kami terhibur dengan gelagat pelancong yang masing2x snap gambar laut dan bangunan di tepi pantai apatah lagi ceria ditiup angin laut yang fresh dan sesekali terasa kuat sehinggakan hilang rasa kepenatan. Track train tersebut menghubungkan Mipo Station ke stasion terakhir iaitu Songjeong Station di mana terdapat hentian-hentian tertentu di mana pelancong boleh turun dan naik semula bagi menikmati view di sepanjang perjalanan di antara station tersebut.  

Kami berpatah balik berjalan menyusuri pantai menuju ke station Haeundae semula untuk pergi ke mengambil luggage di locker dan seterusnya ke station Jagalchi untuk berjalan menuju ke hotel 04 Nampo Jagalchi. Sepanjang berjalan di tepi pantai kami melihat kemeriahan warga Busan mengerumuni sambil berpiknik di situ dan ada juga yang mandi-manda sambil bermain papan luncur di kawasan yang berombak.   

Kami singgah di beberapa kiosk membeli kopi dan kedai-kedai art yang menjual pelbagai design souveniour dan juga peralatan stationery.

 



Kopi, Shopping dan Beach di Haeundae Town

Setelah selesai shopping dan santai minum kopi sambil melepak santai di jalan tepi pantai Haeundae, kami pun berjalan menuju ke station Haeundae untuk mengambil luggage di locker dan menuju ke Busan untuk check-in hotel. Kami menaiki train dari station Haeundae ke Seo-Myeon Station (70243 green line) kemudian mengambil train Seo-myeon menuju ke Jagalchi station (oren 70095), exit 3 or 7. Berpandukan apps Naver kami berjalan menuju ke hotel Airbnb di 04Nampo Jagalchi (2room + 2 queen bed) yang kami tempah dengan harga RM833.41 (3 Nights) beralamat di 38, Junggu-ro 29beon-gil, Jung-gu, Jagalchi, Busan, South Korea.

Melalui Busan Street Art ke hotel di Jagalchi

Setelah membawa luggage menaiki tangga ke tingkat satu, kami masak makanan yang dibawa dan berehat setelah seharian penat berjalan di Pantai Haeundae dan semalaman menaiki flight ke Busan.

 

DAY 2 – JALAN-JALAN BUSAN –Jelajah Kampung Tradisi Gamcheon Cultural Village dan Menaiki Kereta Kabel di Songdo Beach Skywalk.

 

Pada pagi Sabtu 26 Ogos 2023, kami bangun solat subuh namun mengambil keputusan untuk sambung berehat kerana masih kepenatan lagi. Kami breakfast roti yang dibawa untuk bergegas keluar ke bas stop untuk menuju ke Gamcheon Cultural Village. Kami berjalan melintasi Gukje Market yang terletak tak jauh dari hotel.


Gukje Market

Pemandu bas hari itu adalah Oppa yang masih muda memandu bas agak laju namun berhati-hati di  jalan yang sempit dan berliku-liku mendaki bukit menuju ke kampung tradisi tersebut. Setelah hampir 20 minit kami berada di dalam bas, akhirnya apps Naver menujukkan bas stop untuk kami turun betul-betul di hadapan jalan utama menuju ke kampung tersebut. Kami turun di bas stop tersebut ketika jam menunjukkan beberapa minit ke pukul 10.00am dan mengambil gambar di beberapa tempat berhampiran jalan masuk utama setelah mendapati hanya beberapa kedai sahaja yang baru dibuka tetapi banyak lagi kedai-kedai yang masih ditutup.    

Kami mengambil peta Gamcheon Cultural Village terebut di pusat komuniti dan berjalan perlahan-lahan masuk ke kampung tersebut. Kami berhenti di beberapa kedai yang mula dibuka untuk melihat-lihat dan membeli souveniours. Rumah-rumah di kampung tersebut dibina di lereng bukit dan dicat dengan pelbagai warna yang kelihatan indah dari kejauhan. Teringat kenanagan kami berjalan-jalan ke Kampung Jeodipan, Malang di Surabaya yang juga mempunyai rumah-rumah berwarna-warni. Ikuti link di Kampung Jeodipan, Surabaya

 




Map di jalan masuk ke Gamcheon Cultural Village
 








Suasana kampung di Gamcheon Cultural Village

Kami berjalan perlahan-lahan sambil menikmati keindahan rekabentuk serta membaca signboard yang disediakan dengan berpandukan map di celah-celah laluan rumah yang sangat dekat antara sesebuah rumah hinggakan kami terkeliru dan tersesat sehingga terjumpa kawasan pasar yang tidak berapa jauh dari laluan utama tadi.  

Perjalanan menyusuri lorong-lorong dan laluan di celah-celah rumah di kampung tersebut amatlah menakjubkan namun memerlukan semangat yang tinggi bagi menempuh cabaran kerana keadaaan bentuk mukabumi di kampung tersebut terletak di lereng bukit kena tahan memanjat dan menuruni anak tangga. 

Setelah menjelang tengahari kami menaiki bas untuk balik ke Seoul dan singgah di market untuk makan di Gukje Market. Ketika berada di restoran kami menjadi tumpuan penduduk tempatan dan ada yang bertegur sapa dan bertanyakan tentang perjalanan kami walaupun ada yang tidak boleh berbahasa English sehinggakan terpaksa menggunakan apps converter di handphone masing-masing.

Kami memesan ikan dan seafood yang rata-rata masih fresh dari laut dan menjamu selera masakan Korean style. Kami sempat membeli buah-buahan di kedai buah berhampiran jalan di Gukje Market.



Hasil laut seafood yang fresh 


Menu seafood di Restoran Seafood dekat Gukje Market




Buah-buahan yang fresh

Setelah itu kami singgah di hotel untuk berehat dan solat jamak sebelum keluar berjalan di sekitar Busan City untuk shopping souveniour, baju dan lain-lain lagi. Kelihatan ramai orang lalu lalang di sekitar kawasan itu untuk bershopping teruatamanya di jalan Busan Art Street kerana terdapat banyak offer dari kedai-kedai kosmetik, kasut, beg dan lain-lain lagi.

Setelah itu, kami menaiki bas menuju ke jambatan angkat Busan. Kami berjalan berpandukan apps Naver sehingga sampai ke tepi sungai dan kelihatan jelas jambatan tersebut. Untuk makluman, jambatan tersebut adalah merupakan jambatan yang boleh diangkat bagi laluan kapal. Kami pernah view jambatan sebegini ketika trip kami di Amsterdam, boleh diikuti di link ini – Jambatan angkat di Zaanse Schans, Netherlands (Belanda)

 


Jambatan angkat di Busan

Setelah beberapa lama menunggu terdapat pengumuman tentang jambatan angkat tersebut bahawa atas faktor cuaca panas dan mengelakkan dari orang ramai berhimpun maka jambatan tersebut tidak akan diangkat pada hari itu. Kami pun mengambil Keputusan untuk menaiki train menuju ke Benezia pula.  Dengan berpandukan apps kami berjalan hamper 2km dari station untuk sampai ke Kawasan Benezia. Kelihatan matahari semakin tenggelam di mana kami terpaksa melalui kawasan kilang-kilang perindustrian. Dari kejauhan kelihatan lampu dari port berdekatan dan juga dari arah Benezia. Apabila sampai di Benezia hanya beberapa family Sahaja yang ada menemani anak-anak mereka bermain di playground di Kawasan Benezia kerana terdapat renovation sedang dijalanakan bagi menaiktaraf Kawasan tumpuan pelancong tersebut.

 

Suatu senja di Benezia

Setelah berehat dan mengambil beberapa gambar kenangan di Benezia kami mengambil keputusan untuk menaiki bas balik ke station train dan maniaki train utnuk balik ke Jagalchi station. Setelah sampai di Jagalchi station kami berjalan melalui Busan Art Streets dan sungguh meriah sekali pasar malam tersebut dipenuhi dengan deretan stall yang menjual makanan, pakaian dan pelbagai jualan sementara orang-ramai tak henti-henti berjalan-jalan dan mengerumuni kedai di situ.  

Setelah itu, kami balik ke hotel untuk masak makananan yang dibawa dan berehat bagi mengumpulkan tenaga untuk aktiviti keesokannya pula.

  

DAY 3 – JALAN-JALAN BUSAN – Jalan ke Taejondae dan Menaiki Kereta Kabel di Songdo Beach Skywalk.

 

Pada pagi Ahad 27 Ogos 2023, kami bangun awal untuk solat subuh dan sediakan breakfast sebelum meneruskan aktiviti selanjutnya. Tanjondae merupakan lokasi last minute dimasukkan ke itinerary Ketika di Busan memandangkan lokasi asal untuk dikunjungi adalah Haedong Yonggunsa Temple yang mempunyai jarak yang jauh ditunjukkan oleh Naver. Kami pun bersiap di awal pagi lalu menaiki bas dengan berpandukan apps Naver menuju ke Tanjondae. Setibanya di hentian bas terakhir berhampiran kaki bukit Tanjondae, kami berhenti di kedai serbaneka untuk berehat dan minum kopi o sebelum meneruskan perjalanan yang semakin mendaki untuk sampai ke kaunter tiket tram. Kami beratur membeli tiket tram dan seterusnya menuggu tram yang akan membawa kami ke atas bukit Tanjoedae. Kami membayangkan bahawa tram tersebut adalah seakan-akan tram yang membawa pengunjung mendaki Bukit Melawati di Kuala Selangor.

 




Berjalan kaki ke kaunter & menunggu tram Taejondae

Apabila tram sampai kami pun menaikinya dan turun di hentian pertama iaitu di kedai serbaneka dan juga Menara tinjau di tingkat atas bangunan komersial tersebut. Di situ para pengunjung boleh view lautan luas sambil menghirup kopi dan berehat. Memandangkan hentian seterusnya hanya lebih kurang 700-800m sahaja kami mengambil Keputusan untuk berjalan kaki Sahaja.

Apabaila sampai di laluan masuk kami harus menuruni anak tangga menuju ke Lighthouse Taejondae di mana kelihatan telah ramai pengunjung yang sampai sambil masing-masing merakamkan gambar di spot-spot yang terkenal dan viral.

 





 View dari menara di Shop Kiosk & Cafe Taejondae

Kami mendaki anak tangga hingga ruang atas lightouse tersebut dan angin bertiup sangat kuat sehinggakan hilang rasa keletihan dan kepenatan meuruni dan mendaki anak-anak tangga. Terdapat mini muzium dan library di dalam bangunan lighthouse ini yang menyediakan banyak info bermanfaat  kepada para pengunjung.



Info di Mini Library Taejondae

Terdapat menara dan jambatan tinjau untuk pengunjung view dengan jelas ke arah lautan dan langit yang terbentang luas.   

Setelah menikmati keindahan view lautan luas dan angin laut yang segar, kami terpaksa menuruni anak tangga bangunan lighthouse tersebut dan juga mendaki semula anak tangga untuk ke hentian tram di jalan masuk tadi. Setibanya di situ, kami terpaksa beratur selama hamper 20 minit menanti tram yang akan membawa pengunjung ke hentian seterusnya iaitu Temple Tanjondae di mana kami kekal di dalam tram untuk meneruskan perjalanan ke stesen permulaan tram tadi.











View dari jambatan dan menara Tanjoedae

Kami berjalan menuruni laluan ke stesen bas dan singgah di kedai serbaneka lagi untuk membeli air mineral dan kopi o sebelum ke stesen bas untuk menaiki bas menuju ke Songdo beach skywalk.

Bas membawa kami menuju semula melintasi bandar Seoul sebelum terus membelok menuju ke bus stop yang berhampiran dengan stesen Kereta Kabel Songdo Beach Skywalk. Kami berjalan menuju ke stesen kereta Kabel Sondo Beach Skywalk untuk membeli tiket dan terus beratur untuk menunggu kapsul kereta kabel. Kami berlima dapat menaiki kapsul tersebut setelah tiba giliran kami dan kapsul tersebut meluncur laju bagaikan terapung di awangan.  View dari tingkap kapsul kereta kabel tersebut sangat menarik dengan keindahan view bandar Busan dan lautannya yang luas terbentang. Kami pernah menaiki kereta kapsul di Bursa Turkey tetapi view di musim winter, boleh rujuk di link - Kenangan menaiki kereta kabel Uludag di Bursa, Turkey.








 Gelagat menaiki kapsul kereta kabel Busan Air Cruise

Setelah sampai di stesen puncak, kami turun dan berehat sambil minum kopi o berhampiran food-court tetapi tiada makanan halal yang dijual di situ. Kami hanya minum kopi o dengan bekal buah-buahan yang kami bawa dari hotel Sahaja.

Setelah itu, kami turun berjalan menghala ke menara skywalk yang hanya beberapa ratus meter sahaja dari stesen puncak tersebut. Kami membeli tiket di kaunter untuk masuk ke menara tinjau tersebut di mana kelihatan para pengunjung berjalan-jalan di atas jambatan viaduct menuju ke menara utama yang menghala kea rah laut. Setibanya kami di tengah jambatan kami disapa oleh pekerja menara tersebut yang boleh berbahasa Melayu di mana beliau pernah bekerja selama 8 tahun di Serawak. Beliau mempelawa kami untuk mengambil gambar dan menunjukkan arah ke menara utama. Jasamu dikenang dan semoga berjumpa lagi ya……

Kami pernah berjalan menyusuri Menara di Vietnam yang mempunyai tiang berbentuk tangan yang terkenal dan viral, kisahnya di link ini – Jalan-Jalan Ba Na Hills, Vietnam.




Songdo Yonggung Suspension Bridge









View dari menara Songdo bridge dekat Busan Air Cruise


Setelah bergambar dan berlegar-legar di menara itu, kami pun berjalan menuju ke hentian bas berdekatan untuk menunggu bas yang akan membawa kami balik ke Seoul. Bas tersebut melalui Sangdo Beach dan kami hanya viewnya dari tingkap bas sahaja di mana kelihatan ramai pengunjung bersiar-siar di tepi pantai dan ada yang berkelah di cuti hujung minggu.   

Kami balik ke hotel di Busan untuk berehat dan solat sebelum keluar semula berjalan-jalan shopping buah-buahan dan minum kopi.

 

Shopping street

Setelah berlegar-legar keluar masuk beberapa kedai untuk shopping apa yang patut, kami menaiki bas menuju ke Busan Tower. Berpandukan apps Naver kami berjalan mendaki tangga menuju ke punvak bukit di mana terletaknya Busan Tower. Kami mengambil beberapa foto di sekitar Busan Tower dan masuk ke kedai serbaneka untuk membeli baju t-shirts dan souveniuors.




Busan Tower






Jalan-jalan sekitar Busan Tower

Setelah hari semakin gelap, kami menaiki train untuk ke Mesjid Busan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit dari bandar Busan menuju ke Dusil Station (Line 1) yang terletak di pinggir bandar Busan. Kami singgah solat dan minum kopi di café yang terletak di sebelah masjid. Kami tapau makanan untuk dibawa balik ke bilik hotel sebagai dinner pada malam itu.



Jalan ke Masjid Al Falah Busan (45 minit train dari Busan)



Masjid Al-Falah Busan


Berehat minum chai di Cafe Mesjid Al-Falah Busan

Sesampai di hotel kami makan makanan yang ditapau di Cafe sebelah Masjid Al Falah sambil berkemas kerana pada pagi esok kami akan fly ke Jeju pula.  

 

DAY 4 – JALAN-JALAN DI JEJU - Flight Jeju Air Busan ke Jeju & Drive Jeju City serta view Mount Hallasan

Pada pagi Isnin 28 Ogos 2023, kami bangun untuk solat subuh dan breakfast ala kadar sahaja kerana rushing. Kami berkemas bilik dan juga mengasingkan sampah 3R lalu menarik luggage masin-masing menuju bus stop untuk naik bas yang paling awal agar sampai di airport untuk menaiki flight ke Jeju pula.  




K-drama yang popular shooting di Jeju

Dari bus stop berhampiran Jagalchi kami menaiki bas  di Bupyeong market menuju ke Seobu Terminal (8-seobu terminal) dan transit menaiki train di Sasang Station ke Gimhae Airport (70921 purple line). Kami bergegas bersama-sama penduduk tempatan yang keluar seawal pagi untuk ke tempat kerja dan juga destinasi masing-masing. 

Menunggu bas seawal pagi ke Airport Busan

Setelah sampai di station Busan Airport kami berjalan menuju ke terminal domestik. Kami check-in di mesin kiosk tak berapa jauh dari kaunter Jeju Air dan terus ke kaunter untuk drop luggage. Jangan risau prosesnya sangat mudah dengan pelbagai bahasa….

Kami telah book tiket flight Jeju Air di websitenya dengan harga RM1,343.30. Terdapat banyak domestik flight di Korea seperti Air Busan, T-Way, Jin Air dan Air Seoul.   

 






Flight Jeju Air dari Busan Airport ke Jeju

Setelah selesai drop luggage di kaunter, kami terus boarding dengan melalui kawalan keselamatan yang cepat dan berehat sementara menunggu pesawat. Pesawat Jeju Air Flight 7C503 meninggalkan Busan Airport pada jam 8.05am dan setelah menempuh penerbangan yang hanya sekitar 50 minit kami pun selamat mendarat di Jeju Airport. Setelah keluar kami mengambil luggage dan berjalan menuju ke hentian bas untuk menaiki shuttle ke pejabat Tamra yang tidak jauh dari airport tersebut.

Kereta sewa jenis Kia kami telah book di website Tamra berharga KW145000 (RM520) termasuk perlindungan insurance full coverage sepanjang 4 hari. Shuttle bas membawa kami ke pejabat Tamra dan kami terus ke kaunter untuk pendaftaran. Setelah mendapat kunci, kami membuat pemeriksaan dan mengambil beberapa keping gambar untuk rujukan semasa penghantaan nanti. Untuk memandu di Jeju, pemandu perlu membawa Intenational Driving Licence (IDL) yang valid.   

 


Shutle bas Tamra di Busan Airport

 

Kereta Kia Tamra

Dengan dimulakan dengan Bismillah dan doa menaiki kenderaan, kami memulakan pemanduan mengikut arah apps Naver menuju ke park Jeju Jeolmul Recreational Forest di kaki gunung Hallasan. Tips memandu di Jeju - berhati-hati dengan kamera speedtrap terutamanya di kawasan sekolah dengan speed 30km/j sehingga maksimum 80km/j. Setelah beberapa minit memandu kami pun sampai ke parking. Kami terus ke bilik air yang terletak berhampiran parking tersebut sementara ada yang ke kedai serbaneka untuk membeli kopi o dan air mineral. Kami disapa oleh seorang pensyarah dari sebuah universiti tempatan yang menkagumi semangat dan kebudayaan orang Malaysia sambil berkongsi tempat-tempat menarik yang terdapat di taman tersebut dan juga di Jeju.





Jeju recreational forest park

Berpandukan signboard peta lokasi susunatur di taman tersebut kami berjalan-jalan menikmati kehijauan pokok-pokok dan bunga-bungaan yang sedang mekar dan sesekali berhenti untuk mengambil gambar dan berselfie. Kami masuk ke rumah bunga-bungaan yang terdapat mini landskap dan air terjun yang cantik  serta tapak semaian bunga-bunga hutan seperti orkid dan sebagainya.  

Setelah berlegar-legar di Kawasan taman bunga tersebut, kami pun berpatah balik melalui kawasan pokok bambu rimbun yang kehijauan di sepanjang lorong menuju ke arah parking. Teringatlah akan kami kepada rimbunan pokok-pokok bambu di Kyoto Jepun dan kisahnya ada di link ini ;  Jalan-jalan Kyoto, Japan

Setelah menghampiri parking, kami memulakan pemanduan menuju ke ladang limau yang terletak tak jauh dengan pekan Jeju di mana selepas itu kami akan memandu terus ke restoran pula untuk lunch. Kami membelok ke kawasan parking ladang limau tersebut dan disambut oleh seorang pekerjanya yang sangat ramah. Walau pun ladang tersebut tidak dibuka sepenuhnya kerana bukan musim memetik buah limau, pekerja tersebut membenarkan kami untuk masuk ke ladang limau bagi mengambil gambar. Kelihatan buah limau yang masih hijau dan mungkin akan ranum dalm tempoh sebulan-dua lagi ketika musim winter menjelang nanti.  



Posing di ladang pokok limau

Melewati waktu lunch tengahari, kami meneruskan pemanduan berpandukan apps Naver ke restoran arab iaitu Restoran As-Salam yang terletak di alamat특별자치도, Samdo-dong, 1-2, Jeju-do, Jeju-si di mana tak jauh dari Jeju City. Kami bertuah kerana dapat park betul-betul di depan kedai tersebut memandangkan kawasan itu agak sibuk dan sesak dengan kenderaan di waktu puncak tersebut.

Kami masuk dan memilih menu makanan arab yang kesuluruhannya nampak sedap dan sementara menanti hidangan masing-masing bolehlah bergilir-gilir menunaikan solat jamak di surau yang disediakan dan juga mengecas gadjet serta berehat. 




Menu Restoran Halal Arab As-Salam, Jeju

Setelah kekenyangan, kami berpatah balik menuju ke arah Jeju City semula sebelum membelok meneruskan perjalanan ke kawasan parking untuk view Gunung Hallasan & singgah di jalan magnet (Mysterious Road). Terdapat banyak kereta yang singgah di jalan magnet tersebut untuk mencuba dan melihat keajaiban pergerakan botol air mineral mendaki jalan berbukit itu.

Setelah itu, kami memandu menuju ke kedai kopi yang menjadi lokasi utama pengambaran k-drama Warm & Cozy di Netflix.  Kedai kopi tersebut adalah Café Bonmal yang terletak di 25 Aewol-ro 1-gil, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do yang dibuka dari jam 9.00am-9.30pm. Sekali lagi kami bertuah kerana mendapat parking di betul-betul di depan restoran tersebut memandangkan setibanya kami di situ terdapat kenderaan yang beratur mencari parking di kawasan yang penuh sempit dan penuh sesak itu. 


Kami beratur memesan menu kopi yang tersedia di kaunternya dan berlegar-legar mencari tempat duduk yang mengadap laut. Memang terpesona dan menyegarkan apabila dapat healing sambil menikmati secangkir kopi dalam suasana tiupan angin laut yang tak henti-henti.















Lepak santai di Café Bonmal (K-drama - Warm & Cozy)

Setelah berehat dan berlegar-legar di sekitar café tersebut, kami pun terus memandu menuju ke Osulloc (ladang teh) & Innisfree yang terletak di 15 Sinhwayeoksa-ro, Andeok-myeon, 특별자치도, Seogwipo-si, Jeju-do. Bangunan tersebut terletak di dalam zon kawasan perhutanan yang asli rezab hutan dan sesuai untuk berehat sambil menikmati keindahan alam menghijau dan mendamaikan. Sekali lagi, kami memesan secawan teh di kafe terletak di dalam bangunan tersebut setelah mencuba pelbagai perasa yang disediakan untuk para pengunjung test sebelum membeli. Kami berlegar-legar di ruang pameran dan jualan sambil memilih beberapa kotak the pelbagai rasa untuk dibeli dan dibawa balik.   

 







Menghirup teh Osulloc & shopping Innisfree

Setelah itu, kami memandu ke arah Windmill Road dan melintas beberapa tiang wind turbine yang sangat tinggi dan mempunyai kipas yang besar dipasang di tepi jalan pantai untuk mendapat tenaga kuasa. Angin yang bertiup kencang sepanjang masa menjadikan kawasan itu sangat sesuai untuk penjanaan tenaga kuasa denganmenggunakan sistem windmill ini selain menjadi loasi tumpuan pelancong.  



Memecut berhat-hatilah di Windmill road, Jeju

Kami berpatah balik menuju ke Aewol kerana kami telah booking bilik Airbnb dengan harga RM275.00 semalam di Yeonhwachon Pension yang terletak di 122 Gohasang-ro, Aewol-eup, Jeju, South Korea, 63036. Kami mengikut arah Naver hingga sampai ke kedai Serbaneka CU Mart dan bertanyakan arah dan panduan kepada pekerjanya, rupa-rupanya bilik tersebut hanya beberapa meter di depan kedai tersebut sahaja. Walaupun jam menunjukkan pukul 8.00 malam, kami disambut oleh penjaga rumah tersebut suami isteri yang sudah berusia. Mereka menyerahkan kunci bilik dan membawa kami hingga ke depan pintu bilik bagi memastikan kami sampai ke bilik tersebut.

 







Yeonhwachon Pension di Aewol, Jeju

Kami berpuas hati dengan bilik tersebut yang mempunyai semua kemudahan termasuk perlatan untuk memasak di mana setelah mandi-manda madan solat kami bergotong royong untuk memasak  makanan untuk malam itu. Setelah kekenyangan kami membuka sliding door sambil muinum kopi dan menikmati keindahan malam di Jeju sebelum masuk tidur. 

 

DAY 5 – JALAN-JALAN DI JEJU - Aktiviti di Seogwipo

Pada awal pagi Selasa 29 Ogos 2023, kami solat subuh dan makan roti yang dibawa sebelum bersiap dan berkemas untuk keluar checkout pada pukul 9.00am. Kami berjumpa penjaga rumah pension tersebut di depan hotel sebelum meninggalkan mereka menuju ke Gunung Hallasan.

Setelah itu, kami memandu berhati-hati apabila tiba-tiba Sahaja hujan mula turun ketika dalam perjalanan ke kaki Gunung Hallasan. Setibanya di Kawasan parking, hujan mula reda dan kelihatan kelompok-kelompok kabus ada yang menutupi beberapa kawasan Gunung Hallasan lalu kami parking untuk mengambil gambar dan menikmati keindahan serta kehijauan pokok-pokok yang kelihatan segar dan tumbuh merimbun di perkarangan kaki gunung tersebut.

 


View Gunung Hallasan

 

Setelah view Gunung Hallasan dan berlegar-legar di sekitar parking area, kami memandu meninggalkan kawasan tersebut untuk menuju ke arah Seowipo. Destinasi pertama kami adalah ke Yongmeori Coast/Haean di tepi pantai bahagian barat daya Jeju.

Kami memandu dalam keadaan hujan dan tiba ke parking dan masing-masing memakai rain parachute yang dibawa. Kami berhenti berehat di bangunan komersial di sebelah parking dan terpegun melihat kedai Bakery Café House of Teddy Bear yang berkonsepkan beruang yang comel dengan dihiasi gambar beruang yang besar di dinding.




Kawasan parking yang luas di jalan masuk ke Yongmeori Coast/Haean

Kedai beruang the Bakery Cafe House of Teddy Bear








Pantai berbatuan hitam di Yongmeori Coast/Haean



Pusat Informasi di Yongmeori Coast/Haean

Kami berjalan masuk menuju ke kawasan kaunter Yongmeori Coast/Haean namun terdapat papan tanda memberitahu kawasan lereng bukit tepi pantai tersebut ditutup memandangkan musim hujan dan air laut bergelora serta angin bertiup kencang. Kami melihat beberapa orang haenyeo di pusat aktviti sedang melayan pengunjung yang ingin makan hasil tangkapan mereka termasuk abalone yang menjadi seafood yang viral dan famous di Jeju.

Kami berjalan masuk ke muzium GeoPark yang terletak di sebelah pusat komuniti haenyeo tersebut sambil membaca info-info berkaitan kejadian alam di lereng bukit menghadap laut terebut.  

Kami bergerak menuju ke kawasan tepi Pantai Daepo Jusangjeolli Cliff yang terletak di Jungmun-dong, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea. Di sini tiada caj parking dan tiket masuk di mana kami terus berjalan menuruni bukit dan beberapa anak tangga yang landai menuju kekawasan batu-batu hitam. Kelihatan ramai pengunjung yang berani melompat antara batu-batuan tersebut untuk menghampiri batu yang besar bagi mengambil gambar yang cantik dan menarik. Hati-hati kerana batu-batuan itu licin dan boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini…. 











Keadaan pantai Jeju yang bergelora..... 



Batu-batuan hitam di Daepo Jusangjeolli Cliff

Kami berjalan dan berlegar-legar di taman yang terletak bersebelahan dengan batu-batuan tersebut sambil menikmati keindahan bunga-bunga dan pokok-pokok yang menghijau di situ. Dari situ juga boleh view juga batu-batuan di lereng bukit menngadap ke laut yang luas.  

Kami memandu menuju ke air terjun Cheonjeyeon Waterfalls yang terletak di tak jauh dari pekan Seogwipo. Kelihatan ramai orang berduyun-duyun berjalan di kedua-dua arah pergi dah balik serta kelihatan masing-masing mengambil gambar berlatarbelakangkan air terjun tersebut.

Kami juga sempat berlegar-legar di Kawasan hotel yang bertaraf 5 bintang yang tersenggan indah hotel Shilla Hotel di Kawasan Jungmun Beach dan siggah di air terjun Jeongbang Falls.




Air terjun di pantai Jeju 

Setelah itu, memandangkan masing-masing sudah keletihan dan kelaparan kami mengambil keputusan memandu menuju ke sebuah restoran seafood yang viral dan famous dan tersenarai di dalam Muslim Friendly Restaurant oleh KTO. Restoran tersebut adalah Restoran Seafood Chunshimine yang terletak di 16 Changcheonjungang-ro 24beon-gil, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea. Restoran itu sangat terkenal dan antara restoran seafood yang ekslusif dan sudah tentu menjadi pilihan ramai dan semestinya enak. Kami dipelawa masuk oleh pekerjanya di kaunter sebelah pintu masuk yang mengiringi kami sehingga ke meja makan yang agak besar. Kelihatan sudah ramai pengunjung yang memenuhi meja masing-masing sambil kelihatan berborak dan menjamu selera. Kaami memsan beberapa menu dipilih dari buku menu yang disedikan termasuk memesan ikan tailfish yang famous di Jeju.  

Setelah hidangan dihidangkan penuh meja kami mengambil gambar menu-menu masakan seafood Korean style. Yang menariknya ikan hair tailfish itu akan diasingkan tulangnyaoleh pekerja restoran di hadapan pelanggan sebelum kita menikamatinya. Memang best sebab tidak risau budak-budak yang makan kerana sudah diasingkan tulang-tulangnya…..

 









Menu ikan famous di Restoran Seafood Chunshimine

Setelah itu kami menuju ke Dreaming Forest Pension di alamat 214-6 Ho Geun-dong Jeju South Korea 63571 di mana kami telah menempah bilik terebut di Agoda.com dengan harga RM313.53 semalam. Hujan mula turun semasa kami mula bergerak ke hotel tersebut dan kami memandu perlahan sahaja. Dari jalan utama kami membelok masuk ke jalan kampung yang sempit dan memandu dengan berhati-hati hingga sampai ke lokasi yang ditujui. Hujan muka reda dan hanya rintik-rintik sahaja, kami terus masuk ke kaunter pendaftaran untuk mengambil kunci. Setelah medapatkan kunci bilik kami mengangkut luggage perlahan-lahan dan berhati-hati kerana jalan masih basah. 















Seongeup Folk Village Jeju

Kami singgah sebentar untuk check-in dan solat jamak sebelum bergegas keluar untuk menuju ke Seongeup Folk Village Jeju yang terletak di 30번지 Seongeupjeonguihyeon-ro, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea dengan pemanduan sekitar 20-30 minit sahaja. Kami sampai di rumah traditional tersebut setelah hujan reda dan masih Nampak air bertakung di jalan raya. Kami memasuki gate menuju ke Lorong-lorong di dalam rumah tersebut yang ada di antaranya berpenghuni dan ada sesetengah rumah hanya diletakkan model-model. Setelah sampai ke penghujung jalan kami mencari jalan keluar yang terdekat dan melalui gate untuk menuju ke parking kereta semula.

Kami memandu balik semula ke Seogwipo dan singgah di kedai serbaneka untuk membeli kopi, keropok dan jagung bakar. Kami balik ke bilik untuk memasak makanan yang dibawa untuk dinner pada malam itu. Setelah itu masing-masing berehat di bilik kerana cuaca yang sejuk memandangkan hujan turun semula.

 





Dreaming Forest Pension terletak di kaki bukit 

Ikutilah kisah selanjutnya perjalanan kami dari Seogwipo ke Songsang dan Jeju City di coretan blog seterusnya termasuk Jalan-jalan shopping di Myeondong, Namdameum dan Dondaemun, Seoul….. 

No comments:

Post a Comment