Saturday, 9 November 2024

Cambodia, Siem Reap City – 5 – 8 Julai 2024 (Trip To Cambodia) – Menerokai Lembah Angkor di Siem Reap

DAY 1 – FLIGHT AIRASIA KE SIEM REAP

 

Sebenarnya destinasi ke Angkor merupakan salah satu trip yang dinanti-nantikan kerana lokasi ini merupakan lembah sejarah UNESCO dan juga lokasi pengambaran filem Thomb Rider. Dalam filem tersebut dapat menyaksikan view permandangan yang cantik dan indah dengan kebudayaan dan keindahan alam walaupun di sebalik sejarah hitam pergolakan politik dan peperangan Cambodia yang tersendiri.

Kami menempah penerbangan flight AirAsia X di web Airasia.com yang berharga RM3,515.00 (5pax/2 way) untuk 4 Adults 1 Child. Untuk pergerakan di Siem Reap pula kami menempah perkhidmatan driver dan pemngangkutan tuk-tuk dengan Encik Nasir (whatsapp - +855 97 725 6503) selama kami berada di Siem Reap. En Nasir boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu dan menurutnya dia dan adiknya pernah membawa diri ke Malaysia semasa Cambodia di kancah pergelokan politik. Banyak sejarah dan cerita yang dikongsikan olehnya sepanjang kami berada di Siem Reap.

Pada pagi Jumaat 5 Julai 2024, sekitar jam 9.00am kami membawa begpack masing2x yang telah dikemas semalam dan bergerak dengan kereta menuju ke Putrajaya Sentral. Kami akan park kereta di Putrajaya Sentral dengan caj RM12/day cashless parking boleh dibayar dengan Touch N Go, Kredit Kad dan Debit Kad. Kami menaiki ERL Transit dari Putrajaya Sentral menuju ke KLIA2.

Setelah sampai di KLIA2 kami langsung ke gate departure dan melalui pemeriksaan immigration dan keselamatan untuk boarding.

 



Flight AirAsia ke Siem Reap, Cambodia

Flight Airasia AK540 berlepas dari KLIA2 T2 Airport pada jam 1.05pm dan setelah meluncur di udara selama lebih 2 jam kami pun diminta bersedia untuk mendarat di Siem Reap Angkor International Airport pada jam 2.10pm. Setiba di Siem Reap Angkor International Airport, kami melalui pemeriksaan immigration dan keselamatan yang cepat dan teratur lalu terus keluar berjumpa dengan En Nasir yang akan membawa kami sepanjang berada di Siem Reap. Cuaca di Siem Reap panas juga jika dibandingkan dengan cuaca di Kuala Lumpur.

Siem Reap Airport

En. Nasir, pemandu van/Tuk-Tuk & owner The Siem Reap Backpacekers Restaurant

Setelah meninggalkan airport kami dibawa oleh driver yang memandu Van menuju ke Floating Village & Tonle Sap Lake terletak di bahagian Selatan sejauh kira-kira 15km dari Siem Reap City. Perjalanan ke sanan mengambil masa sekitar lebih 1 jam perjalanan dari airport. Keadaan jalan yang teruk kebanyakannya masih tiada berturap membuatkan masa perjalanan yang lebih lama walaupun jaraknya tidak berapa jauh. Sesekali apabila melalui jalan yang tidak berturap dan tiupan angin membuatkan habuk dan debu berterbangan di udara, dinasihatkan kepada yang mempunyai alahan untuk sentiasa memakai mask agar tidak menjejaskan percutian. 

Memandangkan cuaca panas dan kering di Siem Reap, driver sentiasa menyediakan stock air mineral dan jangan segan silu untuk minum air di sepanjang perjalanan di Siem Reap. Kami juga membawa alat portable mini-fan untuk memberi sedikit keselesaan apabila berjalan di hari yang panas.

Apabila sampai di jetty boat, kami turun dan menaiki boat yang telah disewa khas oleh En Nasir untuk kami naik menuju ke floating village yang dibina di tepi sungai dari tasik Tonle Sap Lake  dan menaiki boat menyusuri sungai ke tasik Tonle Sap Lake. Kelihatan sungai itu sibuk dengan boat yang pergi dan balik membawa group pelancong masing-masing. Kelihatan juga boat-boat yang terdampar di tepi-tepi sungai dan ada juga yang sedang dibaiki. Dari sungai dapat view rumah-rumah penduduk, bangunan komuniti, sekolah dan sebaginya dibina dengan tiang yang sangat tinggi sehingga mencecah separuh dari ketinggian pokok kelapa bagi mengelak dinaiki air ketika banjir. Dalam perjalanan tadi, En Nasir ada menunjukkan tanda yang masih kelihatan jelas bekas selut tanah merah paras air banjir yang terjadi sebelum itu. Dari biat juga kami dapat melihat nelayan yang menjala dari dalam Sungai dan sesekali merenung dan tersenyum melihat pelancong yang lalu Lalang di Sungai tersebut.  









 Floating Village

Boat membawa kami ke Tengah-tengah tasik yang luas seperti laut sehingga kami nampak beberapa restoran terapung di Tengah-tengah tasik. Boat mendekati salah satu restoran tersebut dan kami naik untuk meninjau-ninjau aktiviti yang boleh dibuat di situ. Selain menjamu selera para pelancong juga boleh shopping souveniours, kraftangan, beg, t-shirt, pakaian di restoran tersebut yang disediakan khas untuk pelancong yang singgah.

Kami melihat sangkar buaya yang dibela di bawah restoran tersebut dan kelihatan banyak ekor buaya yang bergerak dalam sagkar tersebut. Berhati-hati kami Ketika berjalan di atas pelantar restoran tersebut apabila mendapati ada buaya di bawah.

Kami hanya memesan air mineral, air kotak dan buah kelapa untuk diminum sambil duduk berehat menikmati permandangan sayup mata memandang air tasik yang kadang-kadang berombak apabila boat menghampiri restoran tersebut.   

 


Floating Restaurant & Kandang buaya di Tonle Sap Lake





Boat meyusuri Sungai & view aktiviti nelayan

Setelah siap minum kami pun menaiki boat semula untuk berpatah balik ke jetty tadi di mana En Nasir setia menanti kami untuk balik ke Siem Reap City. En Nasir memandu dengan berhati-hati dan sesekali perlu perlahan apabila sampai di Kawasan kampung dan sekolah serta terserempak sekumpulan lembu yang juga dalam perjalanan balik ke kendang. Kami sempat sampai ke surau di Siem Reap City iaitu salah satu kampung Islam yang terdapat di situ. Kami sempat menunaikan solat jamak sebelum ke The Siem Reap Backpackers Halal Restaurant milik En Nasir, driver van kami yang beralamat di #076, Group 8, Steung Thmai Village, Sangkat Svay Dankum, Siem Reap City.

Kami memesan menu nasi Cambodian style yang diolah dan kena dengan selera orang Malaysia dan siap bertambah lagi. Sejujurnya makanan di restoran ini memamg sedap dan berbaloi memandangkan rata-rata urusniaga di Siem Reap City adalah dalam USD.    

 

Menu di The Siem Reap Backpackers Restaurant (owner En Nasir)

Menjelang senja dan setelah kekenyangan menikmati menu makanan masakan Cambodian style, kami menaiki van semula meninggalkan restoran tersebut untuk chek-in di hotel The Tito Suite Residence yang terletak di Kg Pandan, Da Lat yang terletak di No.045, Steung Thmei, Svay Dangkum, Siem Reap, Steung Thmei Road, Cambodia (+85563969616). Kami menempah bilik hotel di Booking.com berharga RM256.00 untuk family suite (4A1C). Perjalanan hanya mengambil masa beberapa minit shaja kerana hotel tersebut terletak hanya selang beberapa lorong sahaja dan berdekatan restoran halal dan juga kawasan tumpuan pelancong di Siem Reap.

Kami disambut mesra oleh pekerja hotel yang sangat peramah orangnya dan menunjukkan bilik yang sangat luas dan sangat berbaloi. Bilik kami di tingkat bawah dan sliding door pula luas menghadap swimming pools.

 

Hotel The Tito Suite Residence, Siem Reap

Setelah berehat kami menunggu En Nasir untuk mejemput kami bagi menyaksikanpertunjukan sarkis yang Istimewa oleh warga Cambodia sendiri. Lokasi pertunjukan itu dinamakan Phare, The Circus off Siem Reap yang terletak di Phare Circus Ring Road, Krong Siem Reap, Cambodia hanya beberapa minit Sahaja dengan menaiki Tuk Tuk dari hotel kami. Kami telah menempah tiket The Phare Curcus di Klook.com berharga RM386.99 (4 Adults 1 Child) dan hanya perlu print voucher dan discan di kaunter sebelum masuk ke dewan circus tersebut. Kami dating awal kerana takut berebut untuk masuk ke dewan namun selepas ke kaunter tiket tersebut kami masuk ke kedai souveniour sebelum pertujukan  bermula. Pengunjung dikehendaki beratur untuk pemeriksaan tiket sebelum dibenarkan masuk ke dewan. Kedaaan menjadi semakin gamat dengan sorokan penonton apabila persembahan dimulakan dengan pelbagai aksi-aksi yang merbahaya dan memerlukan skil yang mantap. Recommended aktiviti yang sangat mengembirakan sebagai tontonan family dan group. 







Phare Circus Show Time

(Recommended.... sangat menghiburkan kisah yang berbeza setiap malam)

Setelah persembahan tamat, kami dihantar oleh En Nasir ke hotel semula dan kami terus masuk ke bilik untuk berehat dan tidur nyenyak sekali setelah kepenatan menaiki flight KL ke Siem Reap dan jalan-jalan di Tonle Sap Lake dan menyaksikan persembahan circus.

DAY 2 – AKTIVITI DI SIEM REAP – MELAWAT MUZIUM, TAMAN BUNGA DAN PUSAT HERBA

Pada pagi Sabtu 6 Julai 2024, kami bangun awal pagi dan solat subuh kemudian menyambung berehat di bilik hotel. Kamitelah berjanji dengan En Nasir untuk mengambil kami sekitar jam 9.30 pagi kerana kami ingin berjalan kaki ke Cafe Richiamo di Siem Reap tetapi malangnya sesampai di situ kami dapati café itu telah pun ditutup. Kami menelefon En. Nasir untuk memgambil kami di situ dan memsan breakfast di restorannya.

Mulai hari ini, En. Nasir akan memandu tuk-tuk dan membawa kami mengelilingi tempat-tempat yang dirancang seperti di dalam itinerary sepanjang kami di Siem Reap manakala bagi perjalanan ke airport En Nasir akan memandu van kerana jarak yang agak jauh dan senang untuk memuatkan beg-beg yang kami bawa. Memang menyeronokkan pengalaman menaiki tuk-tuk apatah lagi muat untuk kami sefamily jalan-jalan di Siem Reap City. Sesekali terserempak dengan pelancong-pelancong lain yang juga kelihatan gembira menaiki tuk-tuk pusing-pusing di Siem Reap City.  

 



Keriangan menaiki tuk-tuk Siem Reap

Selepas selesai breakfast yang agak berat, kami menaiki tuk-tuk menuju ke pejabat tourism Siem Reap untuk tiket masuk ke Angkor Wat. Kami akan masuk ke Angkor Wat keesokan harinya di awal pagi. 

Setelah membeli tiket, kami menuju ke Wat Thmey (Killing Fields) yang terletak di Killing Fields Siem Reap (Genocide Museum) វត្តថ្មី, Krong Siem Reap, Cambodia. Kami membeli tiket di hadapan pintu masuk dan diberi kad sebagai panduan arah megikut seksyen-seksyen di bangunan-bangunan dalam Kawasan tersebut. Terdapat kediaman bagi pelajar-pelajar Budha di Wat tersebut dan mereka sibuk dengan aktiviti-aktiviti seharian mereka. Degan berpandukan arah dalam kad tersebut kami berjalan dari satu bangunan ke bangunan serta seksyen-seksyen yang berlainan sambil membaca info-info yang terpapar di dinding bangunan tersebut. Memang menarik sejarah pergolakan politik di Cambodia sehinggakan kebanyakan rakyatnya menjadi mangsa kekejaman rejim Pol Pot. Bangunan-bangunan tersebut ada yang dijadikan pusat tahanan dan penyeksaan semasa rejim Pol Pot memerintah Cambodia.

Terdapat himpunan tengkorak dan rangka-rangka mangsa kekejaman yang dibunuh oleh rejim Pol Pot dikumpulkan dan dipamerkan di situ. Pusat informasi bersejarah ini ada yang mendapat tajaan dari negara Jepun.   




Killing Fields

Setelah selesai berrjalan agak jauh di kawasan Wat Thmey itu, kami berkumpul di pintu masuk untuk menaiki tuk-tuk. Lokasi seterusnya adalah ke Angkor Botanical Garden yang terletak di Krong Siem Reap, Cambodia. Tiada sebarang caj tiket dikenakan untuk masuk ke taman bunga ini. Kawasan taman bunga yang luas ini dipenuhi dengan pokok-pokok Bungan berlatarbelakangkan pepohonan pokok-pokok yang tumbuh kehijauan sangat mendamaikan apatah lagi dalam keadaan cuaca yang panas memberi tempat yang redup sesuai untuk berteduh. Sambil berjalan kami sempat bergambar di spot-spot yang cantik terutama di pokok yang merimbun dan menghijau. Setelah sampai di sebuah Café dalam Kawasan taman bunga tersdebut kami memesan minuman masing-masing dan minum di suatu open table di luar cafe dalam suasana nyaman apabila angin bertiup dan dibawah paying dan pokok yang redup.









Bersiar-siar di Taman Bunga Angkor Botanical Garden

Selepas itu kami menaiki tuk-tuk kembali menuju ke War Muzium yang terletak di War Museum Cambodia, Sra Nge Commune, Krong Siem Reap, Cambodia (Waktu dibuka : 8.00am-5.30pm). Setelah membeli tiket masuk untuk 5 orang kami melangkah masuk ke ruang-ruang yang mempamerkan peralatan senjata dan kenderaan yang digunakan di dalam peperangan di Cambodia. Kebanyakan peralatan perang yang telah digunakan itu adalah dikeluarkan oleh negara Amerika dan Rusia. 

 








Muzium Perang

Kami berlegar-legar di Kawasan War Muzium itu sehingga ke tengahari, lalu kami keluar menaiki tuk-tuk yang membawa kami ke Taman & Pusat Memproses Produk Herba (Factory) iaitu Senteurs d'Angkor yang terletak Kravat Krong Road, Siem Reap 17000 tak jauh dari War Muzium tersebut. Kami disambut oleh pekerjanya yang akan membawa kami dan memberi penerangan tentang tanam-tanaman herba, proses pengilangan dan juha hasil produk yang boleh terus dicuba di setiap segmen bahagian yang dipamerkan dan jika berminat bolehlah nanti dibeli di ruang kedainya yang luas. Kami memcuba produk sabun, perfume, the dan macam-macam lagi yang kesemuanya amat

 


Air buah fresh di Cafe Senteurs d'Angkor








Taman & Pusat Produk Herba di Senteurs d'Angkor

Mujurlah masa kami tiba hanya ada 2-3 group pelancong sahaja dan sempatlah kami berlegar-legar ke setiap segmen bahagian sambil mendengar penerangan dari pekerjanya yang tak jemu-jemu melayan kerenah kami sesekali menanya bagi mendapat penjelasan mengenai produk-produk herba mereka. Kami dapat melihat dengan sendiri proses penghasilan produk-produk herba tersebut menjadi sabun, pewangi, minuman dan sebagainya. Selain daripada itu pengunjung juga dapat menegenali tanaman herba yang ditanam dan tumbuh subur di dalam Kawasan tersebut seperti serai, kunyit, kaduk, kopi, koko dan sebagainya.

Kami masuk ke ruang jualan dan mengambil bakul untuk memilih produk-produk herba yang kesemuanya harum semerbak wangiannya seperti sabun pewangi, minuman the dan kopi dan sebagainya sesuai untuk kegunaan sendiri dan sebagai ole-ole dibawa balik.    

Kami singgah di café Senteurs d'Angkor yang terdapat bertentaangan degan raung jualan dan memesan air buah-buahan herba yang sangat menyegarkan sambil berehat untuk mengurangkan kepenatan berjalan. 

Setelah itu kami balik ke Siem Reap City dan berehat di bilik hotel memandangkan pada keesokannya kami memerlukan tenaga yang lebih untuk bangun awal dan banyak berjalan ke Angkor Wat, Bayon Temple & Tonle Om Gate dan Ta Prohm (Tomb Rider Temple).

 

DAY 3 – BERJALAN KE ANGKOR WAT, BAYON TEMPLE & TONLE ON GATE DAN TA PROHM (LOKASI SHOOTING MOVIE TOMB RIDER)

 

Pada pagi Ahad 7 Julai 2024 kami bangun seawall pagi dan solat subuh sebelum keluar menaiki tuk-tuk untuk ke Angkor Wat yang terletak di Krong Siem Reap, Cambodia. Kami telah memesan breakfast yang ditapau dari The Siem Reap Breakfast Restoran milik En Nasir iaitu menu nasi lemak ayam goreng. Setelah menaiki tuk-tuk sekitar 20 minit kami melepasi beberapa pemeriksaan tiket sebelum masuk ke kawasan Angkor Wat. En Nasir menunjukkan lokasi di mana dia menunggu kami untuk pick up apabila telah selesai berjalan dan berlegar di Angkor Wat dijangka sekitar jam 10.00am nanti.  

 






Biasan Angkor Wat dalam tasik

Kami berjalan beramai-ramai bersama pelancong dari pelbagai negara untuk menuju ke tasik yang luas di hadapan Angkor Wat. Ini adalah spot paling famous dan viral untuk merakam gambar sunrise di Angkor Wat. Ksemua pengunjung ingin mendapatkan gambar Angkor Wat dibias di permukaan tasik yang tercantik sebagai kenangan singgah di situ.

Dari tasik itu kami dapat melihat Angkor Wat yang tinggi dai jauh lagi. Kami perlu berjalan melintasi tasik yang luas sehingga tiba di dataran depan Angkor Wat dan amsing-masing menunggu waktu dibenarkan masuk oleh pekerjanya yang menunggu di depan pintu utama.

Kami dibenarkan masuk selepas pemeriksaan tiket dan langsung menaiki tangga sehingga sampai ke ruang hadapan yang terbuka luas. Kami mengambil gambar di beberapa sudut bahagian tersebut sebelum berjalan mengelilingi Angkor Wat di aras pertama. Kami melihat tangga yang tinggi untuk dipanjat ke aras puncak tetapi belum dibuka ketika itu. Kami pun berlegar-legar di aras pertama sementara menanti tangga untuk ke aras puncak dibuka.

 










Angkor Wat Siem Reap, Cambodia

Sebaik Sahaja tangga ke aras puncak dibuka, kami pun turut beratur untuk mengambil giliran memanjat tangga yang curam itu ke aras puncak. Dengan berhati-hati dan sesekali berhenti untuk mengambil tenaga dan melepaskan lelah, masing-masing gigih memenjat anak tangga yang curam itu sehinggalah sampai di aras puncak. Semakin tinggi anak tangga semakin curam. Di Tengah-tengah aras puncak itu terdapat dataran yang agak luas dan kami berjalan dari satu bilik ke bilik sambil view permandangan ke luar jendela. Rekebentuk design lama ini adalah seperti Candi Brobodur di Indonesia.

Setelah berlegar-legar di Kawasan aras puncak tersebut, kami pun turun kembali ke aras pertama tadi dan berpatah balik ke pintu utama untuk keluar dari Kawasan Angkor Wat. Terdapat masih ramai pengunjung yang baru tiba dan kelihatan masing-masing mengambil gambar di hadapan pintu Angkor Wat.

Kami berjalan menuju ke tuk-tuk dan En Nasir membawa kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Tonle On Gate. Dalam perjalanan ke situ, En Nasir singgah di parking yang tak jauh dari Angkor Wat untuk kami breakfast makanan yang ditapau dari restorannya.

Makan tapau di atas tuk-tuk

Setelah kekenyangan, kami meneruskan perjalan ke On Gate dan mengambil beberapa keping gambar di situ. Terdapat ukiran patung di kedua-dua belah jambatan tersebut dan di hujung jambatan terdapat pintu gerbang untuk memasuki kawasan Bayon Temple.




Tonle On Gate

Dari Tonle On Gate tersebut tuk-tuk bergerak laju bersama-sama tuk-tuk yang lain menuju ke kawasan parking berhampiran Bayon Temple. Kami berjalan menuju ke pintu utama Bayon Temple dan memasuki ruangnya yang agak sederhana besar jika dibandingkan dengan kawasan Angkor Wat. Sesekali kami terpaksa memanjat tangga yang tidaklah curam jika dibandingkan tangga di Angkor Wat dan tidak terasa kepenatan sangat berjalan-jalan di kawasan Bayon Temple tersebut.     




Bayon Temple

Setelah menegelilingi hamper sebahagian dari Bayon temple, kami keluar untuk ke destinasi seterusnya iaitu Ta Prohm (Tomb Rider Temple). Di sepanj ang jalan ke situ kami melintasi beberapa bangunan temple yang keluasannya agak kecil namun kami hanya view dari atas tuk-tuk Sahaja. 

Temple-temple lain dalam perjalanan ke Ta Prohm (Tomb Rider Temple)

Sesampainya di parking Ta Prohm (Tomb Rider Temple), kami singgah di toilet dahulu dan juga ke gerai-gerai di situ untuk membeli kopi o. Kami lihat sudah banyak tuk-tuk di parking sambil driver-dirver tersebut berbual antara satu sama lain sementara menunggu pelanggan-pelanggan mereka keluar. 

Kami pun memasuki kawasan Ta Prohm (Tomb Rider Temple) dan seperti ke Angkor Wat tadi perlu berjalan sekitar 1km untuk sampai ke pintu utamanya cuma kawasan ini redup dan dilitupi pokok-pokok yang besar. Di dalam perjalanan kelihatan sekumpulan pemuzik jalanan membuat persembahan untuk mendapatkan sumbangan Ikhlas dari pengunjung-pengunjung ke situ di mana mereka ini adalah mangsa-mangsa peperangan yang tercedera dan cacat kerana kehilangan anggota akibat terkena bom dan sebagainya.    










Ta Prohm (Tomb Rider Temple)

Kawasan temple Ta Prohm (Tomb Rider Temple) hanya memerlukan tenaga untuk berjalan Sahaja dan tiada tangga-tangga yang curam. Di sini pengunjung boleh berjalan santai-santai Sahaja sambil memasuki beberapa bahagian di dalam temple tersebut. Kami mengambil gambar di spot di mana menjadi Lokasi-lokasi pengambaran movie Tomb Rider yang dilakonkan oleh Angelina Jolie.

Di temple ini tedapat pokok-pokok yang tinggi dan bersaiz besar yang rimbun sehinggakan akarnya menjalar di dinding-dinding temple tersebut. Pohon-pohon yang rimbun itu membuat pengunjung-pengunjung lebih selesa berjalan santai dalam keredupan dan sesekali  angin bertiup sehinggkan tak terasa menghabiskan masa yang agak lama di kawasan tersebut.

Dalam perjalanan balik kami singgah ke HRC Siem Reap yang terletak di King's Road Angkor, Street 7 Makara, Old Market Bridge, Krong Siem Reap 17252, Cambodia untuk membeli koleksi t-shirts dan kami dapati design di sini unik dan menarik juga bercirikan ukiran tempatan seperti design yang terdapat di Ho Chi Minh. Kami juga berlegar-legar dan pusing di sekitar kawasan Old Market dan menurut En Nasir banyak gerai-gerai terutamanya di sekitar situ banyak yang belum beroperasi sepenuhnya akibat kesan ekonomi sejak Covid-19 melanda dahulu.

Menjelang petang, kami berpatah balik menuju ke The Siem Reap Backpackers Restaurant untuk makan setelah seharian berjalan dari seawall pagi lagi. Kami memilih pelbagai menu yang berlainan untuk dicuba dan kesemua masakannya boleh diterima oleh orang-orang Malaysia. Kami ada juga mencuba masakan dari restoran lain namun rasanya berbeza sedikit dari masakan Melayu dan restoran The Siem Reap Backpackers Restaurant milik En Nasir ini sangat recommended. 

Kami solat jamak di surau di sebelah restoran tersebut manakala bagi Muslimah boleh sahaja menggunakan surau di restoran tersebut. Memnadangkan hotel juga tak jauh dari situ, kami juga boleh singgah pada bila-bila masa sahaja untuk bersoalat atau berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti lain juga.


Makan di Restoran (macam-macam ada dalam Buku Menu)

Menjelang malam kami meminta En Nasir untuk menghantar kami ke Siem Reap City sekitar Pub Street dan Night Market. Kami menuju ke Angkor Night Market dan membeli souveniours dan melihat-lihat barangan yang dijual seperti t-shirt, seluar, kasut, lukisan dan sebagainya. Kami lantas masuk ke Amazon Café setelah penat pusing-pusing di Kawasan Pub Street dan Angkor Night Market tersebut lalu memesan minuman masing-masing.  Café tersebut juga mempunyai ruang di tingkat atas bagi mendapatkan views kemeriahan malam yang indah di Siem Reap City. 

 





Angkor Night Market 


Minum kopi Amazon Café

Setelah menghabiskan kopi masing-masing, kami membuat panggilan dan En Nasir mengambil kami menaiki tuk-tuk untuk balik ke hotel semula. Kami beehat sambil berkemas begpack untuk bersedia balik tengahari esok.

 

DAY 4 – JALAN-JALAN SIEM REAP CITY & KE AIRPORT

Pada pagi Isnin 8 Julai 2024 kami bangun awal pagi dan solat subuh sebelum menyambun tidur dan berehat kerana pagi ini kami hanya jalan-jalan santai di Siem Reap City sahaja sambil menunggu masa untuk ke Siem Reap Airport.

Kami berkemas dan checkout keluar lalu menaiki tuk-tuk untuk ke breakfast di The Siem Reap Breakfast Restoran milik En Nasir dan membuat pesanan menu-menu yang ingin dicuba.

Setelah itu kami menuju ke Artisans Angkor yang terletak di Chantiers-Ecoles Stung Thmey, Street, Krong Siem Reap, Cambodia hanya beberapa meter sahaja dari hotel The Tito Suite Residence, Siem Reap. Kami diberi penerangan oleh pekerjanya yang membawa kami ke setiap segmen bagi melihat sendiri proses-proses ukiran sehingga produk siap. Selain dari mengeluarkan produk-produk kraftangan, pusat ini juga menjadi sebagai sebuah akademi yang mengajar penduduk-penduduk tempatan menjadi pekerja mahir di dalam industri tersebut. 





 Artisans Angkor

Selepas itu kami menaiki van En Nasir untuk pusing-pusing ke Siem Reap City dan melalui beberapa kawasan kampung yang kelihatan sawah padi yang luas di dalam perjalanan menuju ke Siem Reap Airport.

Setelah sampai di Siem Reap Airport kami langsung ke gate departure dan melalui pemeriksaan immigration dan keselamatan untuk boarding.






Bye-bye Siem Reap

Flight Airasia AK541 berlepas dari Siem Reap Angkor International Airport pada jam 2.55pm dan setelah meluncur di udara selama lebih 2 jam kami pun diminta bersedia untuk mendarat di KLIA 2 pada jam 6.10pm. Setiba di KLIA2, kami melalui pemeriksaan immigration dan keselamatan dan terus keluar ke stesen ERL untuk menaiki train ke Putrajaya Sentral. Dari parking Putrajaya Sentral kami memandu balik dengan tersenyum keriangan di Kuala Lumpur….

Ikuti kisah selanjutnya, perjalanan Road to Korea 2 di coretan berikutnya…. 

Coretan Road to Korea 1 di link;

Korea 2023 - Part 1) – Korea, Joseon Kami Datang… Busan & Jeju (Aewol & Seogwipo) 

Korea 2023 - Part 2) – Korea, Joseon Kami Datang… Jeju (Seongsan & Jeju City) &Seoul


No comments:

Post a Comment