Sunday 25 October 2020

Zoom Pulau Pinang (Ogos 2020) - Trip Majlis Resepsi & Jalan-Jalan Cari Makan 2020

Hari 1 – Memandu ke Pulau Pinang

Pada hari Jumaat 21 August 2020, kami mengambil Along di asrama dan terus memulakan perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis resepsi anak buah yang akan diadakan pada hari keesokannya, Sabtu 22 August 2020 di Hotel Seri Malaysia, Bertam sambil membawa family berjalan-jalan cari makan di sekitar Pulau Pinang. Sebelum bertolak ke Pulau Pinang, kami singgah di Domino’s Pizza dan membeli pizza sebagai bekalan untuk melapik perut dalam perjalanan ke sana. Perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa sekitar 4 jam lebih mengikut masa yang diberi oleh waze. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang berjalan lancar kerana tidak begitu banyak kenderaan menggunakan lebuhraya memandangkan tiada cuti umum tambahan pula masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga hujung tahun bulan Disember 2020; jadi perjumpaan dan perhimpunan secara besar-besaran tidak digalakkan dan perlu mengikut Prosedur Operasi Standard / Standard Operation Procedure(SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 3 bulan lepas iaitu Mac, April, Mei dan Jun 2020, kami pun tidak melepaskan peluang untuk merentasi negeri dan merancakkan pelancongan domestik namun perlu mematuhi SOP.    

Gambar di atas Jambatan Pulau Pinang

 

Setelah menempuhi perjalanan selama hampir lebih kurang 4 jam kami sampai ke Tol Juru, Pulau Pinang dan terus memandu menuju ke arah Jambatan Pulau Pinang. Setelah melalui jambatan tersebut di mana ketika menghampiri penghujung jambatan dari kejauhan lagi terlihat kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di mana menggamit kenangan si pemandu kereta yang telah meninggalkan kampus tersebut hampir 25 tahun lalu. Kereta meluru laju meninggalkan bangunan kampus USM mengikuti highway di sepanjang tepi pantai untuk menuju ke bandaraya Georgetown, Pulau Pinang dan sampai di Resotan Maj yang terletak di 47, Lebuh Ah Que, 10200 Georgetown, Penang. Restoran ini direcommend oleh Pak Nik yang mengatakan menu ayam dan kambingmemang sedap. Setelah scan Mysejahtera kami dijemput masuk oleh pekerja restoran yang peramah dan terus mengambil order sambil menerangkan menu istimewa yang terdapat di restoran itu.   

Signboard Restoran Maj, milik Haji Kamal rupanya....

Menu hidangan di Restoran Maj


Hidangan kambing dan ayam famous di Restoran Maj (Rating - 4.3/5.0)

Selepas menikmati jamuan, kami keluar dari restoran tersebut dan berlegar-legar di sekitar jalan-jalan berdekatan Restoran Mai di mana terdapat lorong-lorong yang menyajikan lukisan mural dan juga street arts. Kelihatan ramai pelancong tempatan mengambil gambar kenangan di spot-spot yang menarik di celah-celah lorong berkenaan.

Setelah penat berlegar di lorong-lorong tersebut kami menuju ke kereta untuk meneruskan perjalanan ke Urban H Hotel yang terlatak di 170, Livingston Tower, Argyll Road, 10050 Georgetown, Pulau Pinang dengan mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja. Kami melalui Transfer Road yang terkenal dengan Warung Roti Canai Transfer Road dan juga Restoran Masakan Padang yang menjadi tumpuan ramai pengunjung terutamanya untuk breakfast dan juga makan tengahari. Setelah sampai di lobby hotel dan mendaftar check-in, kami memandu kereta memasuki ke kawasan parking hotel yang terletak di tingkat 3 lalu menaiki lif untuk turun ke bilik hotel di tingkat 1. Hotel tersebut mempunyai bilik yang sangat luas dilengkapi 2 katil queen, meja study dan juga sofa untuk berehat sambal menonton TV. Hotel Urban H kami tempah melalui Booking.com berharga RM600 untuk 4 hari 3 malam bagi Family Room. 


Keadaan lobby hotel Urban H (Rating - 8.5/10)



Family room yang luas dan selesa

Bilik mandi dan tandas yang berasingan

Setelah berehat dan solat jamak, kami keluar ke lobby hotel sekitar jam 6pm untuk mendapatkan voucher parking dan validate parking percuma sebelum keluar menuju ke rumah pengantin kerana di sebelah malam akan diadakan reunion ahli keluarga terdekat dan makan malam sempena majlis resepsi. Perjumpaan makan malam itu diadakan di Coffee House, Penang Golf Resort yang terletak di 1687, Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, 13200 Kepala Batas, Penang; di mana kami merupakan antara kumpulan pertama yang sampai ke resort tersebut. Kami bertolak awal kerana khuatir sekiranya berlaku kesesakan jalanraya dari Georgetown untuk keluar dari Kawasan bandaraya, di mana kami perlu berpatah balik menggunakan jambatan Pulau Pinang untuk menuju ke Butterworth dan mengambil highway PLUS menuju ke Tol Sg Dua untuk ke Penang Golf Resort. Setelah sampai di parking kami masuk ke Coffee House lalu scan MySejahtera kemudiannya kami pun memilih meja untuk menunggu tetamu lain tiba di Coffee House tersebut.   


Makan steamboat di Penang Golf Resort, Bertam (Rating - 4.3/5.0)

Tak berapa lama kemudian, muncul tuan rumah dan keluarga pengantin kemudian kelihatan tetamu lain dengan ahli keluarga masing-masing sampai. Setelah masing-masing bertegur sapa dan memilih meja, kelihatan ada juga yang mengambil peluang bergambar manakala ada yang asyik berborak. Kelihatan juga pengunjung yang lain pun sudah mula beratur untuk mengambil menu bahan-bahan steamboat mengikut selera masing-masing. Menu di Coffee House, Penang Golf Resort ini boleh tahan juga enaknya dan variety, cuma kalau sayur-sayuran dan buah-buahan tentulah tidak boleh menandingi steamboat yang terdapat di Cameron Highlands. Untuk sesiapa yang ingin mencuba steamboat di Cameron Highlands jemputlah bercuti di Homestay Zoomdglobe, Cameron Highlands dan boleh refer info di Blog Zoomdglobe blog-Steamboat-TAC dan Facebook Zoomdglobe Steamboat TAC

Selamat mencuba dan recommended, apatah lagi makan steamboat panas-panas dalam suasana yang sejuk pula tu.


Setelah mengisi perut dan kekenyangan, kelihatan tetamu mula beransur-ansur meninggalkan Coffee House tersebut untuk balik berehat di hotel masing-masing. Kami pun menghabiskan saki baki makanan yang masih tertinggal sebelum meninggalkan meja makan malam tersebut memandangkan di mana kami perlu menuju ke pulau dan melalui jambatan Pulau Pinang semula yang akan mengambil masa sekitar lebih 30 minit jugalah untuk sampai ke hotel.

Setelah menempuh perjalanan dari Bertam ke Georgetown  dan ramai yang tertidur dalam perjalanan, kami terus masuk ke hotel untuk berehat. Anak-anak keletihan dan masing-masing ingin berehat di bilik dan tidak mahu keluar untuk minum kopi di restoran di depan hotel iaitu Restoran Projek Nasi Lemak. Setelah keluar dari bilik dan turun ke lobby lalun melintas jalan menuju ke Restoran Projek Nasi Lemak yang hanya terletak berhadapan dengan Urban H Hotel sahaja. Kami duduk di meja depan restoran tersebut mengadap hotel dan jalan lalu memesan 2 cawan air kopi. Kami merupakan pelanggan terakhir pada malam itu kerana kelihatan pekerjanya tidak mahu menerima lagi pelanggan memandanglan operasi dibenarkan sehingga jam 10pm di musim PKPP. Kami juga memesan air untuk tapau dan dibawa balik ke hotel. 

 

Hari 2 – Menghadiri Majlis Resepsi di Bertam & Tapau Nasi Tomato Batu Lanchang, Pulau Pinang

Pada pagi Sabtu 22 Ogos 2020, kami bersiap-siap di awal pagi untuk menuju ke Hotel Seri Malaysia, Bertam bagi menghadiri Majlis Resepsi. Setelah bangun solat subuh dan berkemas apa yang patut, kami mengambil keputusan untuk turun awal kerana takut berlaku kesesakan di perjalanan di Georgetown, melintas jambatan Pulau Pinang dan juga perlu ikut highway PLUS ke Bertam. Kami sahaja yang menempah hotel di Kawasan pulau manakala tetamu dan juga family yang lain menempah hotel di Seri Malaysia. Setelah sampai di hotel kami menaiki laluan yang agak sempit untuk ke parking hotel Seri Malaysia, Bertam… hati-hati kepada pemandu terutamanya yang memandu kereta MPV takut tergores dinding kerana saiz laluan di bahagian koner macam ngam-ngam sahaja. Kami memasang 360 degree kamera untuk memastikan laluan koner menuju ke parking itu muat sehinggakan terpaksa slow sehingga ke tingkat 3 parking hotel tersebut. Kami menaiki lif turun ke tingkat lobby dan menuju ke dewan resepsi di tingkat 1 pula.     





Pelamin Majlis Resepsi

Bermacam-macam menu yang dihidangkan di majlis resepsi dan kami mencuba kesemua hidangan sambil meninjau-ninjau perjalanan majlis dan melayan tetamu serta berborak dengan family. Di sebelah tengahari disediakan teh tarik panas dan cendol yang mendapat sambutan dan menjadi rebutan para pengunjung sambil berborak-borak dan mengambil gambar di sekitar majlis tersebut.  

 

Sekitar jam 2pm kami menumpang solat jamak di hotel tersebut sebelum balik menuju ke pulau di mana selepas melintas jambatan Pulau Pinang, kami menuju ke Kareem Pasembor Rojak dekat Maybank Lebuh Union jadi boleh singgah di ATM Maybank juga. Stall ini terletak di 7, Lebuh Union, 10200 Georgetown, Pulau Pinang. Tapau pasembor.


Kareem Pasembor Rojak, Lebuh Union (Rating - 4.0/5.0)

 

Setelah itu, kami menuju ke Restoran Nasi Tomato Batu Lanchang yang terletak di 25, Lintang Batu Lanchang, Jelutong, 11600 Georgetown, Pulau Pinang yang terletak di Kawasan perumahan flat Batu Lanchang dan berhadapan dengan Pasar Awam Batu Lanchang, Lintang Batu Lanchang. Restoran ini terkenal dengan menu nasi tomato. Kami tapau nasi tersebut untuk dibawa balik dan makan di hotel bersama dengan pasembur dan lain-lain makanan. Semasa sampai di pertengahan Jambatan Pulau Pinang tadi dalam perjalanan balik ke Georgetown, kami melihat ada kemalangan berlaku di sebelah jalan bertentanngan iaitu dari pulau menuju ke Butterworth di mana ada kelihatan lori tangki terbalik melintang jalan atas jambatan tersebut dan berlaku kesesakan yang amat teruk menghala ke Butterworth.   


Nasi Tomato Batu Lanchang (Rating - 4.5/5.0)

Sesampainya kami di hotel, kami menerima call dari salah seorang family yang dalam perjalanan ke restoran tersebut. Kami memberitahu tentang kemalangan yang berlaku di atas jambatan tersebut di mana berlaku kesesesakan yang teruk dari pulau ke Butterworth.    


Gambar mural di Batu Lanchang

Setelah siap tapau makanan di Restoran Nasi Tomato Batu Lanchang dan mengambil gambar mural yang besar di salah sebuah bangunan rumah flat sebelah Pasar Batu Lanchang kami pun bertolak balik ke hotel untuk menghantar makanan. Selepas itu kami singgah di Café More yang terletak di tingkat bawah hanya berdepan dengan lobby hotel U Urban sahaja di dalam bangunan yang sama. Kami memesan air kopi dan teringin juga mememsan makanan yang nampak enak dari menunya tetapi memikirkan telaj menapau nasi tomato maka tak jadi untuk makan di situ. Kafe tersebut sangat kemas dan bersih dan design berkonsep zen moden.




    Gambar di dalam Café More



    Minum kopi di Café More (Rating - 4.4/5.0)

 

Sambil berehat dan menonton TV di bikik hotel, kami makan nasi tomato yang ditapau. Nasi tomato tersebut memang sedap kerana resepinya yang tersendiri dan lain sedikit jika dibandingkan dengan nasi kandar.  





Nasi tomato Batu Lanchang

Kopi yang ditapau di Cafe More


Setelah berehat kekenyangan selepas makan nasi tomato tersebut, abah keluar menuju ke Dobi kawasan Jalan Jelutong yang terletak tak jauh dari Restoran Nasi Tomato Batu Lanchang untuk membasuh baju Along yang dibawa balik dari asrama.

 

Setelah siap mendobi dan dry basuhan kain baju Along dari asrama dengan mengambil masa sekitar 1 jam lebih, abah balik ke hotel dan mendapati kesemua sedang berehat setelah keletihan sepanjang hari di majlis rsepsi dan juga mengadap kesesakan lalulintas di atas jambatan Pulau Pinang akibat ramai pemandu memperlahankan kenderaan bagi meninjau kemalaangan lori tanker yang terbalik di atas jambatan.

 

Hari 3 – Minum kopi O di Cafe The Table, Georgetown Dan Nasi Kandar Deens

Pada pagi Ahad 23 Ogos 2020, kami mengambil keputusan untuk try menu nasi kandar di Restoran Rafees Nasi Kandar pula yang terletak di 295, Jalan Burmah, Pulau Tikus, 10350 Georgetown, Pulau Pinang. Setelah sampai di depan restoran dengan berpandukan waze, kelihatan telah ada 3-4 orang pelanggan yang sedang beratur. Setelah memesan nasi kandar dengan pelbagai lauk, kelihatan semakin ramai pelanggan yang sampai dan barisan menjadi semakin panjang. Jangan lupa untuk scan MySejahtera apabila sampai ke sesuatu lokasi terutamaya restoran, shopping complex dan sebagainya untuk memudahkan rujukan pergerakan di masa akan datang di musim PKPP ini. Setelah mendapat kesemua makanan tapau tersebut, kami menuju ke Padang Kota untuk membeli pasembur dan juga air. 

 


Menu nasi kandar di Restoran Rafees Nasi Kandar (Rating - 4.4/5.0)

 

Sheriff Famous Pasembur (Rating - 4.5/5.0)

 Din Ais Kacang di Padang Kota (Rating - 4.2/5.0)





Suasana di tepi pantai 


Sementara menunggu rojak siap ditapau oleh Sheriff Famous Pasembur & juga air kacang oleh Din Ais Kacang yang terletak di 3, Medan Renong, Padang Kota Lama, Jalan Tun Syed Sheikh  Barakbah, 10200, Georgetown, Pulau Pinang tersebut kami berlegar-legar meninjau pantai yang lapang tanpa kehadiran orang ramai di mana sekiranya tiada PKPP akan penuh dengan pengunjung terutamanya hari minggu sebegini. Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah di Chowrasta Market untuk membeli jeruk madu Pak Ali yang terletak di 36,2, Lebuh Tamil, 10100 Georgetown, Pulau Pinang. Sesampai di kedai tersebut, kelihatan ramai pembeli sedang beratur panjang untuk masuk ke kedainya. Begitu juga dengan keadaaan jalan yang agak sesak terutamanya berdekatan kawasan Pasar Chowrasta kerana banyak kereta benhenti tepi jalan sambil menunggu penumpang masing-masing yang keluar shopping, lagi pun tidak banyak kemudahan ruang parking di Kawasan tersebut.


Kedai Jeruk Madu Pak Ali, Chowrasta Market


Setelah berjaya beratur dan membeli jeruk Pak Ali, kami balik semula ke hotel untuk makan makanan yang telah ditapau di beberapa restoran dan warung sambil berehat dan menonton TV.  

 

Kami menuju ke restoran Kafe The Table & Co terletak di 27, Lebuh Carnavon, 10200 Georgetown, Pulau Pinang di sebelah petang di mana dalam jam 5pm kami sampai dan parking di depan kafe tersebut. Mujurlah semasa kami sampai tak ramai lagi pelanggan yang masuk ke kafe tersebut, kami pun membuat order, membayar di kaunter dan naik tangga ke tingkat 1. Semasa menaiki tangga tersebut teringat kami restoran yang terdapat di pekan Hoi An. Kepada yang berminat untuk plan ke Hoi An, Vietnam selepas pandemik berakhir bolehlah rujuk artikel di Hoi An 








Gambar menu makanan dan suasana di dalam Cafe The Table (Rating - 4.8/5.0)

 

Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah di Restoran Deens Maju yang terletak di 170, Jalan Gurdwara, 10300 Georgetown, Pulau Pinang pada sekitar jam 6.30pm untuk tapau makan malam. Proses menapau nasi kandar cepat kerana tidak ramai pelanggan semasa kami tiba di restoran tersebut.   



Menu makanan dari Restoran Deens Nasi Kandar (Rating - 4.0/5.0)


Kami balik berehat di hotel sambil berkemas pakaian kami dan juga pakaian asrama Along yang telah di dobi hari tu dan dah pun kering kerana esok tengahari kami akan bertolak balik ke KL. Setelah berasa lapar perut kami makan makanan yang ditapau sekitar jam 9.30malam sebelum sambung berehat dan tidur sementara Abah keluar untuk menghirup sup kambing Restoran Sup Hameed di 48, Jalan Penang, 10000 Georgetown, Pulau Pinang yang berhadapan dengan Hotel Malaysia.

 

Sup Kambing panas di Restoran Hameed (Rating - 4.2/5.0)


Hari 4 – Bye-bye Pulau Pinang, sehingga bersua kembali lagi.....

Pada awal pagi Isnin 24 Ogis 2020, sekitar jam 10 pagi kami keluar tapau Nasi Kandar Line Clear yang terletak di 161 & 177, Jalan Penang, 10000 Georgetown, Pulau Pinang dan balik semula ke hotel untuk makan dan mandi manda di hotel. Pada hamper pukul 12 tengahari barulah kami check out untuk keluar dari hotel. Hasrat kami untuk menaiki feri ke Butterworth tetapi nasib tidak baik kerana perkhidmatan feri diberhentikan pada hari itu, lalu kami meneruskan perjalanan balik ke KL melalui jambatan Pulau Pinang.  



Signboard Nasi Kandar Line Clear




Menu Nasi Kandar Line Clear (Rating - 4.9/5.0)

 

Setelah melintas jambatan Pulau Pinang kami berhenti rehat di Kawasan R&R Juru untuk membeli air dan mengisi angin tayar kereta. Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan dan setelah menempuhi perjalanan hampir 4 jam kami singgah di asrama Along untuk menghantar dan melapor diri semula ke sekolah. Begitulah kisah kami trip family untuk menghadiri majlis resepsi dan makan-makan nasi kandar di Pulau Pinang.

 

Kami berharap agar diberi peluang untuk bersama-sama lagi menghabiskan masa percutian seisi keluarga dan berharap akan menempuhi perjalanan ke negara-negara lain pula setelah Covid19 lenyap di mukabumi di trip di tahun-tahun akan datang. Amin. Jom……

 

No comments:

Post a Comment