Monday 8 August 2016

Europe Trip 3 : (Part 5) – Pengalaman menyaksikan lagenda Kuda Kayu Troia, Canakkale & Drive back to Istanbul serta ke Mesjid Biru, Istanbul

Pengalaman ke kota lagenda Kuda Kayu Troia

Pada pagi 20 Mac 2016, kami bangun di awal pagi kerana seperti biasa kami akan menempuh jarak pemanduan antara Izmir ke Troia kira-kira 380km mengambil masa sekitar 4 jam 15 min melalui jalan highway Canakkale-Izmir (D550/E87).Setelah mengangkut beg masing-masing ke dalam kenderaan, lalu kami pun menikmati breakfast di restoran hotel Olympiat Izmir bersebelahan dengan lobbynya sahaja.
 
Map dari Izmir ke Canakkale (refer Map Bursa) 

Breakfast di restoran hotel Olympiat Izmir
Kemudian kami bergerak meninggalkan pekan Izmir setelah menetapkan hala GPS ke koordinat Troia City dan kami pun tiba di Troia City yang terletak di tengah-tengah kawasan lapang di Troia Park, Çanakkale - İzmir Karayolu 17. Km, 17060, Turkey atau di Troia, Çanakkale Merkez/Çanakkale, Turkey. Di sepanjang jalan menuju ke Troia City, kami agak kecewa kerana tiada lagi gerai-gerai menjual buah-buahan di tepi jalan kerana ada di antara kami yang masih ingin menikmati jus pomegranate yang fresh dan enak maka terpaksalah menyimpan hasrat tersebut sehingalah sampai di kota Istanbul nanti. Jadi, pesanan kami kepada sesiapa yang mengunjungi Pamukkale silalah berhenti di gerai-gerai buah-buahan bermula dari Konya, Pamukkale dan Izmir ye. Sementara untuk menjamu selera pula silalah pilih menu mengikut selera masing-masing di restoran-restoran yang banyak sepanjang jalan di Turkey...
Antara zoom view dan panorama sepanjang perjalanan dari Izmir ke Troia;












Menjamu selera di sebuah restoran dalam perjalanan ke Troia City....



Setelah sampai di parking berhadapan Troia City lalu kami beratur di kaunter untuk membeli tiket yang berharga TL15/entry. Waktu operasi kaunternya adalah dari jam 8.00am - 7.00pm (5.00pm@winter). Setelah mendapatkan tiket, kami berjalan kaki sambil berlegar-legar di dalam kawasan Troia City sejauh kira-kira 2-3km dari entrancenya. Troia City mempunyai kisah lagendanya tersendiri dan sesiap yang gemar membaca bolehlah menelaah kisahnya melalui buku novel atau google sahaja di internet. Selepas melepasi entrance kami dapat menyaksikan sendiri salah satu struktur kuda kayu yang besar dengan ketinggian sekitar 3 tingkat bangunan. Berdekatan dengan kuda kayu tersebut terdapat lemudahan tandas yang bersih dan percuma. Sementara menunggu kanak-kanak ke tandas, kami tidak melepaskan pelaung snap gambar berlatarbelakangkan kuda kayu Troia tersebut.

Beratur mendapatkan tiket di kaunter Troia City

Mula melangkah mencari kuda kayu Troia
Info berkenaan lagenda kuda kayu Troia
Antara gambar-gambar kuda kayu Troia yang sempat disnap...




Setelah semua ahli keluarga berkumpul semula, kami meneruskan perjalanan melalui track-tracklaluan dan ada ketikanya melalui jambatan kayu yang dibina untuk menyeberangi kawasan tanah tinggi dan berbukit. Kami juga melalui di celah-celah bekas runtuhan beberapa struktur yang masih utuh berkurun usianya yang masih tertinggal di tapak Troia City tersebut.

Gambar berjalan-jalan menjejaki laluan track di dalam kawasan Troia City....



















Setelah berjalan melalui track yang mengelilingi tapak Troia City, akhirnya kami sampai semula ke struktur kuda kayu Troia City semula. Kami tidak melepaskan peluang untuk memanjat tangga untuk ke ruang atas kuda kayu tersebut sambil bergambar.

Singgah di gerao souveniours di Troia City

Bergambar kenang-kenangan bersama kuda kayu Troia......






Setelah beberapa jam menerokai tapak Troia City tersebut kami keluar dan berkumpul semula di parking dan menetapkan hala GPS ke Hotel Troia Anzac di Canakkale. Kami berhenti di gerai menjual souveniours tidak jauh dari tapak Troia City tersebut untuk membeli arca kuda kayu Troia City yang diukir cantik oleh penduduk tempatan. Perjalanan kami dari Troia City ke Canakkale akan melalui jalan D550/E87 serta mengambil masa pemanduan lebih kurang 25 min dengan jarak sekitar 21 km. Ada ketikanya kami akan menghampiri pekan-pekan di tepi laut dan panoramanya sangat indah dan cantik.
Berhenti di gerai souveniours di tepi jalan ke Troia City
Gerai souveniours di tepi jalan ke Troia City

Silalah bargain untuk mendapatkan harga souveniours yang murah & free je for kids......
Baby Aakif memegang kuda kayu Troia.....
Akhirnya kami sampai berhampiran Hotel Troia Anzac yang beralamat di Kemalpasa Mah. Kizilay Sok. No:11, 17100 Canakkale, Turkey. Phone +902862172900. GPS - N 040° 9.007, E 26° 24.222. Kami telah tempeh hotel ini di Booking.com berharga RM809/night untuk 4 bilik (harga termasuk breakfast). Kami cuba mencari parking di sekiitar hotel tersebut namun semuanya dipenuhi kenderaan yang diletakkan sangat rapat dan sesak. Kami pun menelefon hotel tersebut dan mereka membenarkan kami memberhentikan kereta sementara untuk memunggah beg sahaja kemudiannya staff hotel tersebut membawa kereta ke parking area kepunyaan hotel yang jaraknya sekitar 500m dari hotelnya. Kami sengaja memilih untuk menginap di hotel tersebut kerana jaraknya berdekatan denga jetty Canakkale untuk ke Kilitbahir.

(Tips Info : Pada kebiasaanya feri akan mula beropreasi dari jam 7.00am - 10.00am. Namun kepada sesiapa yang mengejar masa terdapat satu lagi jetty tak berapa jauh dari pusat bandar di Kayserili Ahmet Pasa Cd yang berdekatan Truva Turizm, di mana ferry akan berlepas dari Çanakkale ke Eceabat seawal jam 01:00 am, 03:00 am and 05:00 am, then every hour, on the hour, kemudiannya bermula 07:00 am until 24:00 (midnight). In summer, there are sailings every 30 minutes between 07:00 am and 24:00 (midnight). Caj ferry adalah sekitar TL25x2 (car+driver) + pasengger(7*TL2.5).

Setelah membawa beg masing-masing ke bilik kami berehat sebentar sementara menunggu waktu dinner. Setelah bertanyakan staff hotel tersebut kami berjalan ke restoran yang tak berapa jauh dari hotel dan juga jetty untuk menikmati makan malam yang sedap dan enak. Selepas makan ada juga di antara kami yang berjalan-jalan sambil bersiar di bandar Canakkale sementara ada juga yang langsung ke hotel untuk berehat terutamanya pemandu kereta.


Drive back to Istanbul

Seawal jam 6.00am pada 21 Mac 2016, kami telah bangun dan menikmati sarapan di restoran roof top hotel tersebut sambil menikmati dan zoom permandangan di tepi laut yang damai dan cantik. Kelihatan sekumpulan burung-burung camar berterbangan ke sana ke mari kadang-kadang disusuIi dengan siren ferry dari jetty dan deruan enjin bot dan kapal.
Gambar breakfast di rooftop hotel dengan backgroud kapal dan ferry........

Setelah selesai breakfast staff hotel tersebut membawa kereta ke depan hotel dan kami langsung bergerak ke jetty yang hanya beberapa meter sahaja dari pintu hotel untuk menaiki ferry sekitar jam 8.00am. Perjalanan kami ke Istanbul akan mengambil masa lebih kurang 3 jam 45 min dengan jarak pemanduan hampir 300 km yang akan melalui jalan E84 dan juga highway bertoll. Sementara itu, kami juga perlu menaiki ferry selama lebih kurang 30min untuk sampai ke Kilitbahir sebelum meneruskan pemanduan kami balik ke Istanbul. Tambang ferry tersebut adalah sekitar TL35/car sahaja.
Map dari Canakkale ke Istanbul

Kami memandu berpandukan GPS yang membawa kami melalui jalan yang mempunyai laut samada di kiri atau kanan sehingga ke pekan Gelibolu dan kemudiannya menyusuri jalan sempit yang merentasi kawasan ladang yang luas di Sarkoy sehinggakan kami terpakasa berhenti beberapa kali untuk bertanyakan arah dan mendapat kepastian bahawa jalan tersebut menuju ke Istanbul. Tambahan pula minyak kereta hanya bertahan untuk beberapa kilometer sahaja lagi. Setelah mendapat pengesahan dari beberapa orang tempatan kami mula berasa lega dan nasib kami bertambah baik apabila terdapat station minyak yang agak besar sebelum sampai ke jalan utama menuju ke Tekirdag dan juga Istanbul.

Gambar sepanjang pemanduan kami balik ke Istanbul.....














Sekitar jam 12.00 tengahari kami telah sampai di toll akhir menuju ke Istanbul tetapi tersekat dalam kesesakan jalan raya yang amat teruk. Kami mendapati bahawa anggaran budget toll kami dari Istanbul-Bursa-Gerome-Pamukkale-Izmir-Cankkale-Istanbul adalah lebih kurang TL100 sahaja dan masih dalam jumlah yang seperti yang dianggarkan sejak mula lagi. Kami menelefon syarikat Active Rent Car dan meminta mereka menunggu di hotel Old City Sultanahmet dan menjangkakan akan sampai sebelum jam 2.00pm. Setelah mengharungi kesesakan jalan raya kami berjaya tiba di depan hotel sekitar jam 3.00pm dan mengembalikan kereta tersebut kepada wakil syarikat Active Rent Car. Mereka semacam tidak berpuas hati di atas kelewatan kami tetapi setelah kami mengungkit kesalahan mereka yang sengaja lewat menghantar kereta serta ketiadaan barangan yang kami tempah dahulu semasa pengambilan tempohari mereka pun mengakui kesalahan mereka juga dan meninggalkan perkarangan hotel tersebut.

Kesesakan jalan menghampiti toll masuk ke Kota Istanbul.....







Kami check in di hotel Old City Sultanahmet dan selepas itu makan petang di restoran bersebelahan hotel tersebut sahaja. Kami telah menempah 4 bilik di hotel Old City Sultanahmet di laman Booking.com berharga sekitar RM350/room. Selepas makan kami berehat setelah seharian berjalan jauh sementara menunggu hari malam. Ada di anatara kami yang keluar bersiar-siar di kota Istanbul manakala keluarga saya membawa ibu untuk makan malam di restoran yang sama bersebelahan hotel sahaja. Sementara di kaca TV hotel terpapar berita terkini mengenai keaadaan kucar kacir di bahagian timur dan selatan Turkey dengan langkah keselamatan pihak berkuasa Turkey. Selepas makan malam kami terus pulang ke bilik untuk berkemas dan update beg untuk meyambung perjalanan kami ke Amsterdam sementara group family kami yang lain akan pulang ke tanah air tercinta.
Dinner di restoran sebelah hotel Old City Sultanahmet
Menu ikan dan sotong....
Berita terkini di kaca TV hotel Old City Sultanahmet memaparkan keadaan keselamatan di Turkey ....







Sepagi di Mesjid Biru, Istanbul

Pada 22 Mac 2016 kami bangun awal dan menikmati breakfast di rooftop sekitar jam 8.00am. Ada di anatara kami yang ingin berehat di bilik dan ada juga yang ingin bersiar-siar sendirian di kota Istanbul. Kami pula akan menziarahi Mesjid Biru yang terletak hanya beberapa ratus meter sahaja dari hotel. Kami keluar berjalan kaki berpandukan peta yang diambil di reception hotel dan sebaik sampai kami sangat teruja apaibila terpandang banyak bunga tulip yang mekar di sekitar taman berhampiran Mesjid Biru. Kami tidak melepaskan peluang merakamkan gambar-gambar berlatarbelakangkan bunga tulip yang berwarna-warni dan sangat cantik.



Gambar bunga tulip asli di Istanbul...............





Setelah itu kami masuk ke perkarangan Mesjid Biru dan bergambar di bahagian luar masjid tersebut. Baby Aakif berlari di kawasan luar masjid yang sangat luas sambil mengejar pigeon yang kadang-kadang kelihatan turun ke lantai. Sementara itu, ada juga yang memasuki Mesjid Biru dan mengerjakan solat sunat tahyatul masjid bagi menghormati rumah Allah. Rekaan dan ukiran senibina Islam di dinding dan juga bumbung masjid teramatlah cantik dan sungguh mengkagumkan. Kami terserempak dengan beberapa kumpulan pelancong dari Malaysia dan Asia di sekitar kawasan masjid tersebut. Oleh kerana kami akan ke airport sekitar jam 2.00pm kami pun berpatah balik menuju ke hotel untuk menunggu shuttle bas yang akan membawa kami ke Sabiha Airport bagi meneruskan perjalanan ke Amsterdam. Sementara group family kami yang lain akan bertolak sekitar jam 3.00pm dengan shuttle yang lain menuju ke Istanbul Airport bagi menaiki flight Emirates untuk pulang ke Malaysia. Maka berkahirlah episod travelog kami di bumi Turkey namun kami berhasrat akan menjejakinya lagi di masa hadapan.....

Panorama sekitar perkarangan Mesjid Biru.....

















Gambar view di dalam dewan solat di Mesjid Biru.....











Ikutilah sambungan percutian kami di Amsterdam, Netherlands buat kali ke-2 bagi mengunjungi kampong air Giethoorn yang bersih, Perkampungan Zaanse Schan yang cantik, taman tema miniature Madurodam yang memukau hati kanak-kanak dan juga kesegaran menghirup udara fresh sambil melihat bunga tulip mekar dan berwarna-warni di Keukenhof………. Nantikan kisah percutian kami ini nanti…… Jom!

Sebelum itu, zoomdglobe ingin memaklumkan bahawa kami akan menunda siaran kisah percutian di Amsterdam untuk trip kali ini memandangkan ini adalah trip ke-2 kami ke sana. Kami telah pun menyiarkan kisah kami bercuti di Amsterdam di dalam edisi Trip 1 dahulu. Sila klik Trip 1 untuk mengimbau kembali Trip 1 kami di Amsterdam pada tahun 2014. Dengan penundaaan tersebut, maka zoomdglobe akan menyiarkan siaran khas kisah percutian di Padang, Indonesia setelah beberapa tahun tertunda akibat kehilangan kad micro SD kamera DXLR Canon yang menyimpan gambar-gambar kenangan. Syukur Alhamdulillah kerana semasa berkemas stor untuk berpindah ke rumah baru, kami telah terjumpa micro kad tersebut dan ini membolehkan kami meneruskan hasrat untuk berkongsi cerita travelog kami ke Padang iaitu salah satu destinasi yang amat kami gemari dan akan diulangi nanti. In sha Allah….. Nantikan kisah percutian kami di Padang untuk siaran khas akan datang…… Jom!

No comments:

Post a Comment