Day 1 (17 Mac 2017) Ke Pulau Lagenda Langkawi & Makan Laksa Sekoq
dekat pantai tepi Airport Langkawi
Syukur Alhamdulillah, sekali lagi
kami berkesempatan untuk mengunjungi Pulau Lagenda Langkawi di Kedah Darul Aman
setelah hampir lebih 5 tahun tidak mengunjunginya. Kami menempah pesawat AirAsia
yang berharga sekitar RM500/family (3A2C). Sementara itu, kami membuat tempahan
hotel di Booking.com dengan memilih Hotel Belukar Lodges dengan bayaran sekitar
RM400 untuk 4 hari 3 malam. Kami juga telah menghubungi En Tengku Zamri whatsapps
no. 019-9119428 yang menyediakan servis kereta sewa di mana kami hanya membuat
booking kereta MyVi dengan bayaran sekitar RM300 selama 4 hari berada di Pulau
Langkawi.
Map Spot pelancong di Langkawi
Pada tengahari Jumaat itu sekitar
jam 11.00 pagi lagi pada 17 Mac 2017, kami dah berkemas begpack setiap orang
dan bersiap sedia turun dari rumah ke LCCT dengan memandu kereta dan parking
kenderaan di Park n Ride Putrajaya Sentral. Setelah memulakan perjalanan
sekitar jam 12.00 tengahari dan memandu selama 30 minit melalui highway kami
pun selamat sampai ke Putrajaya Sentral. Setelah meletakkan kenderaan di
parking P2, kami ke kaunter ERL untuk membeli tiket ke KLIA2. Setibanya di LCCT
kami terus sahaja ke kaunter Air Asia kemudiannya kami beratur untuk check-in
luggage serta boarding pada jam 2.00pm lalu menaiki Flight AK 6310 pada jam 2.50am akhirnya mendarat di Langkawi
International Airport ((LIA) pada jam 3.30pm. Semasa menghampiri LIA pilot
memberitahu terdapat beberapa pesawat tempur pertunjukan LIMA 17 yang sedang
membuat latihan di udara mungkin akan kelihatan melintas hampir dengan pesawat
Malindo Air tersebut.
Makan & lepak di airport sebelum menaiki flight
Setelah melewati gate arrival
kami terus ke kaunter kereta sewa untuk berjumpa dengan En Tengku Zamri bagi
mengambil kunci kereta dan membayar tempahan kereta sewa bersama deposit.
Setelah itu, kami memandu keluar airport dan mencari stesen minyak untuk
mengisi full tank. Di stesen minyak kami terpaksa beratur panjgang kerana
terdapat banyak kereta team LIMA 17 Langkawi.
Setelah itu kami memandu ke untuk
menikmati makan tengahari laksa famous ikan sekoq di tepi pantai Jalan Kuala Muda, 07100
Langkawi, Kedah tak jauh dari
airport tersebut. Kami menghubungi wakil Homestay Belukar Lodge untuk
memberitahu kami akan check-in lewat petang selepas makan dan telah menduga
akan berlaku kesesakan lalulintas kerana terdapat acara raptai LIMA 17 sedang
dijalankan.
Zoom jet raptai LIMA17 melintasi ruang udara Langkawi
Belukar Lodge adalah merupakan
sebuah bilik dilengkapi 1 katil Quuen dan 1 katil 3 tingkat dengan 1 bilik air terletak
di alamat Km 11 Jalan Padan
Matsirat,, Kampung Bayas, 07000 Langkawi, Kedah yang sesuai untuk
keluarga muslim yang ingin singgah bercuti di Pulau lagenda Langkawi. Kepada
sesiapa yang berminat untuk menginap di Belukar Lodge bolehlah Whatapps pengurusnya
Pn Fatimah di 012-6727825/012-6727850 atau booking di web Trivago.com.
Silakanlah yeee……
Anak-anak kami memang
excited untuk menginap di Belukar Lodge
kerana teruja dengan katil 3 tingkat di mana dari rumah lagi masing-masing
telah memilih untuk mendapatkan katil idaman di setiap tingkat. Hehe
Setelah melalului beberapa
lencongan jalan terutamanya di sekitar LIA, kami mengikut route di Waze
handphone untuk ke Belukar Lodge. Setelah sampai di gate Belukar Lodge kami
menghubungi wakilnya untuk mendapatkan kunci bilik. Sambil menunggu beliau kami
melihat beberapa pesawat LIMA 17 Langkawi beberapa kali melintasi ruang angkasa
untuk raptai dan latihan.
Papan tanda di pintu masuk ke Belukar Lodge
Kaunter dan pejabat Belukar Lodge
Kawasan parking luas di depan Belukar Lodge
Katil 3 tingkat yang disukai kanak-kanak
Setelah mengambil kunci dan
mendaftar, kami pun masuk ke bilik untuk berehat sebentar sambil menunggu masa
yang sesuai untuk keluar mencari restoran makan malam nanti.
Setelah siap menikmati makanan menu di restoran tak berapa jauh dari hotel tersebut kami mula menguatkan semangat untuk menuju ke Kompoleks HIG (Haji Ismail Group) di Kawasan Bebas Cukai pekan Langkawi yang famous dengan aktiviti jualan borong berbagai jenis coklat, jam, hand beg dan macam-macam lagi. Selain daripada shopping kompleks terdapat juga rangkaian hotel HIG untuk pengunjung menginap.
Hasil serbuan di Supermarket HIG
Shopping Mall HIG
Setelah puas bershopping beberapa
pek coklat kami pun beransur pulang ke hotel untuk berehat setelah seharian
penat memandangkan perjalanan yang jauh dari rumah dan airport lagi.
Day 2 ( 18 Mac
2017) Menaiki cable car SkyCab Langkawi,
Water Duck bus, Mardi Agrotechnology Park…
Pada pagi Sabtu 19 Mac 2017,
setelah mandi dan bersolat subuh kami tak sabar menunggu hari terang untuk keluar breakfast. Kami akan
breakfast special pada pagi itu di mana famous diviralkan di FB dan laman
social tentang keunikan Warung Pak Malau yang terletak tak jauh dari Makam
Mahsuri di alamat Warung Nasi Dagang Pak Malau, Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi,
Kedah. Yang uniknya, warung itu didirikan di sebelah rumah tradisional
yang dijadikan muzium oleh tuan rumah. Menurut kisahnya tuan rumah adalah
merupakan penduduk asal Langkawi yang pernah berhijrah ke beberapa buah negeri semasa bertugas.
Di Warung Pak Malau juga terdapat
menu masakan Kelantan yang famous iaitu nasi dagangnya selain daripada menu
tempatan. Kami sangat berselara menikmati breakfast di tepi rumah tradisonal
berlatarbelakangkan sawah padi dan gunung-ganang yang menghijau sambil dihembus
bisikan angin yang tentunya fresh serta siulan burung-burung yang berkicauan
menambahkan lagi ceria suasana pagi yang sungguh riang.
Rumah tradisional yang cantik
Ruang info di sudut atas rumah Pak Malau
Rumah tradisional yang luas dan damai
Makan di Warung Nasi Dagang Pak Malau
Zoom sekitar Warung Nasi Dagang Pak Malau
Reban itik di tepi sawah dekat Warung Nasi Dagang Pak Malau
Setelah selesai breakfast, kami
menuju ke Langkawi SkyCab yang terletak berdekatan Pantai Kok, Langkawi. Kami
parking di ruang parking yang dibuka dan berjalan masuk ke kawasan kaunter
jualan tiket cable car untuk menuju ke puncak pelantar platform SkyCab
tersebut. Sky Cab Langkawi beroperasi dari jam 9.30am hingga 7.00pm setiap
hari.
Entrance ke SkyCab Terminal Station
Bangunan terminal station dan kaunter SkyCab
Kapsul SkyCab Langkawi
Zoom puncak dari kapsul SkyCab
Perasaan berdebar dan gementar
SkyCab mula mendaki Gunung
Zoom ke pulau-pulau dari tingkap kapsul SkyCab
Menghampiri station SkyCab di puncak
Alhamdulillah..... Selamat sampai di puncak
Zoom permandangan yang indah
Lepak santai @ Cafeteria di platform puncak
Kapsul SkyCab Langkawi
Zoom puncak dari kapsul SkyCab
Perasaan berdebar dan gementar
SkyCab mula mendaki Gunung
Zoom ke pulau-pulau dari tingkap kapsul SkyCab
Menghampiri station SkyCab di puncak
Alhamdulillah..... Selamat sampai di puncak
Zoom permandangan yang indah
Lepak santai @ Cafeteria di platform puncak
Setelah beratur hampir 20 minit
kami pun sampai ke kapsul cable car dan apabila pintu dibuka kami seramai 5
beranak terus menyerbu masuk ke dalam kapsul cable car tersebut. Kami teringat
kenangan indah sewaktu menyerbu masuk ke cabsul car di Bursa, Turkey. Memori
indah menaiki cable car di Bursa, Turkey boleh dicapai di link Cable Car Bermain Salji di Uludaq
Setelah menahan perasaan cemas
dan gayat kami pun sampai di steseyen puncak cable car dan berjalan di platform
sambil meninjau permandangan sejauh mata memandang kea rah lembah dan gunung
yang menghijau dan juga laut yang membiru terdampar indah. Kami berlegar-legar
di atas platform sambil merakam gambar view yang sungguh mempersonakan. Kami
sempat meredakan perasaan cemas dan lelah ketika di dalam kapsul cable car tadi
dengan berehat sambil menghirup kopi, jus dan ais krim. Tidak banyak aktiviti
yang dibuat di atas platform tersebut, lalu kami mengambil keputusan untuk
turun semula ke stesyen utama SkyCab di bawah.
Setelah sampai di bawah, kami
meninjau beberapa seksyen di sekitar steseyen SkyCab tersebut seperti kandang
arnab, kapal angkasa 3D dan lain-lain sebelum memasuki Studio 3D pula. Di dalam
Studio 3D terdapat ramai pengunjung yang bersilih ganti mengambil gambar di
segmen-segmen 3D yang unik dan cantic sekali. Di tengah-tengah bahagian laluan
studio tersebut ramai pengunjung berkumpul untuk menantikan tayangan layar 3D setelah pengumuman dibuat. Beberapa
minit kemudian kami duduk di celah-celah pengunjung yang ramai untuk
menyaksikan juga tayangan layar 3D yang menarik bersertakan sound effect yang
bagus.
Memberi makan arnab
Sayap ala angel
Ombak besar
Along imbangkan diri takut terbalik
Gaya seperti di Surfers Paradise
Cool......
Mangsa ujikaji
Comelnyalah
Kami keluar menuju ke kaunter Water DuckTour Bus untuk membeli tiket dan menanti bas tersebut di hentian yang disediakan. Setelah penuh, bas tersebut berjalan meyusuri jalan raya menuju ke tepi pantai tak berapa jauh dari stesyennya tadi. Kami dibawa menyusuri hotel dan resort mengadap laut, jeti kapal-kapal ekslusif dan juga perkampungan nelayan. Suasana laut dan permandangan tersebut amat menarik dan mempersonakan semua pelancong yang menaiki bas tersebut.
Bersedia untuk bergerak ke laut
Zoom kampung nelayan di tepi pantai
Berselisih dengan kapal layar
Zoom dari dalam Water DuckTour Bus
Kami lansung meuju ke Mardi Agrotechnology
Park yang merupakan kawasan tapak tanah di bawah seliaan Mardi namun mempunyai
pakej agro tourism yang dibuka untuk lawatan kepada orang awam yang terlatk di
No. 1, Jalan Padang
Gaong, Lubuk Semilang, Ulu Melaka Kuah, 07000, Langkawi, Kedah. Usaha
murni Mardi ini sungguh baik demi menyemai daya tarikan kepada orang awam untuk
mengetahui usaha-uasaha kerajaan untuk meningkatkan perusahaan pertanian agar
terus berkembang maju menjadi business dan manfaat kepada semua.
Kami bercadang untuk makan menu
seafood yang fresh dan terkenal dengan harga yang berpatuatan di Langkawi. Kami
menuju ke Restoran Nelayan Bukit Malut, Langkawi yang terletak tak jauh dari
Hospital Langkawi dan beberapa meter sahaja dari jeti nelayan. Semasa kami
sampai hanya terdapat beberapa oranng pelancong mat saleh yang sedia untuk
memesan menu makan malam. Begitu juga kami meninjau-ninjau kaunter ikan, udang,
ketam dan hidupan laut yang lain untuk memesan ikan bakar, sotong, ketam dan
lain-lain yang perlu dimasak menu mengikut selera kami oleh chefnya.
Sementara menunggu masakan
terhidang kami sempat berjalan ke jeti nelayan sambil memerhatikan deretan
perahu yang tersusun di tepi jeti tersebut. Kami juga terpesona dengan
keakraban kaum nelayan yang membantu rakannya menurunkan perahu baru yang
sampai ke dalam sungai tersebut.
Beberapa minit kemudian kami
kembali ke restoran dan kebetulan menu makanan yang dipesan tersedia untuk
dihidang dan tibalah masa kami untuk menjamu selera.
Setelah kekenyangan kami meneruskan perjalanan balik ke
hotel yang jaraknya dalam 2-3km sahaja dari situ untuk berehat.
Day 3 ( 19 Mac
2017) Menaiki bot ke Gua Kelawar &
Sangkar Ikan di Kilim Geoforest Park dan menziarahi Makam Mahsuri…
Pada pagi minggu kami keluar
lewat sedikit sekitar jam 9.00am langsung ke Restoran Kak Yan Nasi Campur yang
terkenal untuk breakfast. Restoran tersebut terletak di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi,
Kedah. Restoran tersebut menjadi pilihan utama penduduk tempatan dan
juga para pelancong kerana menu hidangannya yang pelbagai dan enak-enak belaka
mengikut selera masing-masing.
Selesai breakfast kami pun
bertolak menuju ke Kilim Geoforest Park terletak di Jalan Ayer Hangat, Langkawi.
Setibanya di entrance kami melihat sudah ramai pengunjung yang berduyun-duyun
menanti perahu masing-masing. Kami pula baharu mencari kaunter pertanyaan untuk
mendapatkan pakej yang disediakan. Setelah berlegar-legar di kawasan tersebut
kami dioffer suatu pakej yang berbaloi oleh sekumpulan pengusaha perahu/bot
yang kebanyakannya terdiri dari penduduk tempatan. Kami akan dibawa ke Gua
Kelawar, Sangkar Ternakan Ikan, Pulau Helang dan beberapa gunung-gunung di
sekitar Kilim Geoforest Park. Setelah menanti bot beberapa minit kami pun
dijemput ke jeti untuk mememulakan pengembaraan kami di sekitar Kilim Geoforest
Park tersebut.
Jeti Kilim Geoforest Park
Map pulau-pulau di kawasan Kilim Geoforest Park
Ruang menunggu bot
Sudut info di jeti Kilim Geoforest Park
Setelah kami sekeluarga
masing-masing mengambil tempat di dalam bot, kami dibawa menyusuri sungai ke
Gua Kelawar yang terletak sekitar 5-10 minit perjalanan dari jeti utama. Kami
turun di jeti Gua Kelawar. Kami diminta berjalan kaki di atas laluan khas yang
disediakan melalui gua-gua terdapat samar-samar lampu di mana terdapat banyak
kelawar yang bergantungan di bahagian atas gua. Selain daripada itu, kami juga
dapat melihat tumbuhan paya bakau yang tumbuh di sekitar gua-gua tersebut.
Bot mula membawa pengunjung dari jeti
Jeti Gua Kelawar
Bot menurunkan pengunjung di jeti Gua Kelawar
Di atas jeti Gua Kelawar
Jambatan menuju ke Gua Kelawar
Zoom kelawar di dalam gua
Bot menurunkan pengunjung di jeti Gua Kelawar
Di atas jeti Gua Kelawar
Jambatan menuju ke Gua Kelawar
Zoom kelawar di dalam gua
Info hutan kayu bakau
Jambatan melintasi kawasan hutan kayu bakau
Para pengunjung diberi taklimat berkenaan hutan kayu bakau
Jalan ke jeti Gua Kelawar
Info berkenaan Gua Kelawar
Jambatan melintasi kawasan hutan kayu bakau
Para pengunjung diberi taklimat berkenaan hutan kayu bakau
Jalan ke jeti Gua Kelawar
Info berkenaan Gua Kelawar
Setelah sampai ke penghujung
jalan yang menghubungkannya ke jeti tadi, kami menaiki bot semula untuk ke
destinasi seterusnya iaitu meninjau kawasan ternakan ikan, udang dan hidupan
laut yang lain. Kami dibawa ke beberapa sanngkar yang khas menempatkan ternakan
hidupan laut yang diusahakan di situ. Yang uniknya pengunjung boleh memilih
ikan, udang dan hidupan laut yang lain dan boleh menikmatinya dengan menu
masakan mengikut selera masing-masing di restoran terapung hanya bersebelahan
dengan sangkar-sangkar ternakan tersebut.
Bot membawa pengunjung ke Kolam Ternakan
Kolam ternakan
Di atas platform kolam ternakan
Sangkar ternakan ikan
Pekerja menyauk ikan
Pekerja memberi makan ikan pari
Sangkar ternakan udang
Oleh kerana kesuntukan masa kami
meneruskan perjalanan menyusuri gua-gua dengan bot tersebut yang hanya boleh
dilalui ketika air surut. Ketika melalui kawasan ini kelajuan bot diperlahankan
ditakuti tersangkut dengan bumbung gua dan pelancong pula dapat melihat dengan
teliti permukaan batu gua yang akan ditenggelami air ketika air pasang.
Kami berpatah balik melalui
kawasan sangkar ternakan tadi untuk ke gua Helang. Apibila menghampiri kawasan
tersebut kelihatan dari jauh kumpulan burung helang berwarna warni terbang
mundar mandir sesekali menjunam ke permukaan air untuk mendapatkan makanan yang
dibunag oleh beberepa tekong bot yang membawa penumpang masing-masing. Kami
juga tidak ketinggalan untuk merakamkan foto di saat burung helang terbang di
gigi air.
Zoom dari dalam bot
Helang terbang mundar-mandir mendeekati bot
Helang terbammg mmenjunam untuk mendapatkan makanan di permukaan air
Setelah itu, kami dibawa ke
kawasan gunung yang tertulis abjad besar ‘Kilim Geoforest Park’ dan
masing-masing telah bersiap sedia untuk bergambar berlatarbelakangkan abjad
besar tersebut.
Menjelang tengahari kami berpatah
balik ke jeti utama setelah melawati lokasi-lokasi yang ditawarkan dalam pakej
lawatan kami ke Kilim Geoforest Park tersebut. Kami langsung mencari stesen
minyak di jalan Ayer hangat tersebut menghala ke Langakwi Wildlife Park
memandangkan penanda aras minyak kereta sewa tersebut sudah merah dan perlu
diisi segera.
Setelah mengisi minyak kereta, kami
menuju ke Restoran Kak Yan Nasi Campur semula untuk makan lunch di situ. Hujan
mula turun dan nasib kami sangat beruntung
kerana kereta Axia yang kecil dan comel tersebut dapat menghampiri
kawasan ruang makan jadi tidaklah kami basah kuyup meredah hujan lebat. Hujan
semakin reda sebaik sahaja kami selesai meanimati lunch dan ingin beredar ke
Makam Mahsuri yang tidak berapa jauh dari restoran tersebut.
Menu makan lunch di Restoran Nasi Campur Kak Yan
Kami melalui jalan yang sama
menuju ke Warung Pak Malau dan membelok ke kiri mengikut signboard tanda arah
ke Jalan Makam Mahsuri lalu masuk ke kawasan parking yang disediakan untuk
pengunjung.
Setelah membeli tiket masuk kami
pun berjalan ke bahagian bangunan yang merupakan muzium yang memaparkan
maklumat berkenaan sejarah Mahsuri dan keluarganya.
Pintu masuk ke Makam Mahsuri
Muzium Kota Mahsuri
Kolam ikan di bahagian depan bangunan ke Makan Mahsuri
Telaga Mahsuri
Jika anda inginkan penjelasan
yang lanjut eloklah anda menyaksikan persembahan drama berkenaan kisah Mahsuri
di Panggung Drama mengikut jadual yang diatur oleh pengurusan Makam Mahsuri.
Drama ringkas itu hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam tetapi membolehkan
para pengunjung lebih mengenali Mahsuri dan lagenda yang menjadi sejarah zaman
berzaman di Pulau Lagenda Langkawi sehingga ke hari ini.
Selepas persembahan tersebut kami
singgah di beberapa buah rumah tradisional kayu yang utuh yang ada di sekitar
kawasan tersebut. Apabila berada di situ, pengunjung boleh menyingkap suasana
kehidupan sebenar di kampung suatu ketika dahulu.
Sebaik sahaja berehat di
cafeteria di sebelah rumah tradisional tersebut kami beredar dari Makan Mahsuri
menuju ke tepi pantai Cenang. Kami parking kereta di depan barisan kedai-kedai
yang banyak menjual souveniour, pakaian, restoran, chalet dan sebagainya.
Sementara menanti makan malam dan menjelang waktu senja kami berjalan-jalan di
atas pasir di tepian Pantai cenang sambil memerhatikan para pengunjung bermain
laying-layang, bersukan bola sepak pantai, berkayak, speed boat dan berbagai
aktiviti lagi. Angin kuat bertiup nyaman sunggub mengasyikkan membuatkan para
pengunjung tidak mahu berganjak dari pantai tersebut.
Bercanda di pasiran pantai.....
Papan tanda info pakej-pakej aktiviti di Pantai Cenang, Langkawi
Mentari merah di ufuk Pantai Cenang, Langkawi
Warna langit kemeraha-merahan dan
suasana semakin gelap membuatkan kami mengambil keputusan untuk beredar menuju
ke Restoran Seafood untuk memesan makan malam. Kami singgah di Restoran Telaga Seafood
di Jalan Pantai
Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah yang tak berapa jauh
dari pantai tersebut dan tanpa berlengah memesan menu makan malam.
Gazebo di Restoran Telaga Seafood
Pengunjung mula memesan menu seafood
Menu mee goreng udang seafood
Setelah kekekenyangan menikmati
menu makanan seafood kami pun beredar kembali ke hotel sesekali masih kedengaran
deruman pesawat Lima 17 yang sedang membuat latihan. Kami berehat setelah
kepenatan berjalan-jalan seharian sementara menunggu untuk menyambung
perjalanan bagi aktiviti selanjutnya esok.
Day 4 (20 Mac 2017) –
Berjalan ke Langkawi Wildlife Park dan Underwater World Langkawi
Pada pagi hari Isnin kami
breakfast ala kadar biskut dan sebagainya di hotel dan bersiap-siap untuk
checkout dan meninggalkan kunci kepada wakil homestay sebelum menuju ke Langkawi
Wildlife Park berkonsepkan Mini Zoo tertutup dan Kandang Haiwan. Kami telah
menempah tiket masuk ke Langkawi Wildlife Park bersama pakej Underwater World
Langkawi (Aquarium) di web www.mylangkawideals.com
dan hanya print digital tiket untuk masuk ke tempat-tempat tersebut.
Terdapat banyak kandang haiwan
termasuklah burung, monyet, kuda, buaya, burung dan bermacam-macam lagi species
hidupan yang lain. Kami memberi makanan kepada monyet, arnab, ikan dan beberapa
haiwan yang dibenarkan sahaja di mana makanan haiwan ini boleh dibeli di
kaunter tiket. Langkawi Wildlife Park terletak
di Lot 1485, Kampung
Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah manakala dibuka
dari jam 8.30am hingga 7.00pm setiap hari.
Setelah puas berlegar-legar di
dalam zoo tersebut kami pun berpatah balik ke arah Pantai Cenang untuk ke Laman
Padi dan Underwater World Langkawi (Aquarium) yang terletak di Jalan Pantai Chenang, 07000
Langkawi, Kedah dengan meredah hujan yang mulai turun. Sebaik sampai di
Laman Padi kami meredah hujan rintik-rintik menuju ke Restoran Laman Padi untuk
memesan makanan masakan ala kampong yang sangat enak. Terdapat gazebo di tengah
sawah padi yang mengingatkan kami suasana makan semasa berkunjung ke Sapulidi,
Bandung. Boleh klik memori itu di Trip Makan di Sapulidi Sawah di Bandung
Terdapat lkemudahan surau untuk
solat dan tandas awam di sebelah restoran tersebut. Sementara yang lain
beribadah, kanak-kanak boleh melihat ikan berenag di dalam kolam tak berapa
jauh dari surau tersebut.
Setelah selesai bersolat, kami
bertolak ke Underwater World Langkawi (Aquarium) pula hanya mengambil masa 5
sekitar minit dari Laman Padi yang terlatak di Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah. Kanak-kanak
sangat teruja kerana dapat masuk ke aquarium untuk melihat spesis ikan dan
hidupan laut yang lain. Sangat berbaloi walaupun memerlukan kos tiket yang agak
mahal. Hehe
Ikan besar di dalam aquarium
Penguin di sudut ais Aquarium
Ikan jerung berlegar-legar ke setiap ruang
Setelah menjelajah di setiap
sudut aquarium sambil membaca keterangan berkenaan hidupan laut itu kami
berehat seketika di café sambil menikmati ais krim. Terdapat bilik animasi di
sebelah café di mana kanak-kanak boleh melukis di skrin computer dan memilih
design-design landskap yang tersedia di skrin computer tersebut.
Kami menaiki tangga untuk ke
tingkat atas yang menyediakan game 3D di
mana Along dan Kakak Damia mencuba game mengikut pilihan situasi adventure,
horror dan sebagainya.
Kami bertolak dari parking
Underwater World Langkawi dan bergegas ke airport untuk menghantar kereta sewa
kepada staff En Tengku Zamri yang menanti kami di parking LIA. Selepas urusan pendaftaran masuk, pemeriksaan imegresen dan keselamatan,
kami pun boarding sekitar jam 7.00pm untuk menunggu flight dan solat di ruang
pelepasan. Kami menaiki pesawat Air Asia AK 6315 dari Langkawi ke Kuala Lumpur
yang mengambil masa sekitar 45min yang berlepas tepat jam 7.25pm.
Trip kami pada kali ini
hanyalah trip santai menikmati alam sekitar di samping membeli belah di Pulau
Lagenda Langakwi. Ke manakah destinasi selepas ini? Jangan lupa untuk terus
mengikuti entri kami seterusnya walaupun jarang-jarang bersiaran kerana
kekangan masa dan juga tugasan. Jumpa lagi & jom bercuti …….
No comments:
Post a Comment