Tuesday, 14 August 2018

Family Trip Kawan-Kawan ke Kemaman & Kuantan 2018


Day 1 – Perjalanan ke Kuantan/Kemaman, Lunch di Warung Pak Su & Mak Su & Dinner di Restoran Tusuk Foumous

Kisah ini adalah memori family trip bersama kawan-kawan Aakif dan Geng Sejid kawan-kawan pejabat Mama yang menjadi acara tahunan sejak 2 tahun lepas bermula di Pulau Perhentian, Terengganu dan Janda Baik, Pahang. Pada tahun ini trip memilih destinasi ke Kuantan, Pahang sempena cuti CNY dan jalan-jalan cari makan dii sekitar Kemaman dan juga Kuantan.

Pada pagi Khamis tanggal 15 February 2018 kami sekeluarga bertolak menuju ke Kemaman menggunakan Lebuhraya LPT tetapi singgah di Kuantan untuk makan tengahari di Warung Pak Su dan Mak Su yang terletak di No. 1 , Jalan Tanjung Lumpur, Taman Tunas Jaya, 25300 Kuantan, Pahang, Jalan Tanjung Lumpur, Taman Tunas Jaya, 25300 Kuantan, Pahang. Mengikut perkiraan masa Waze perjalanan akan mengambil masa sekitar 2-3jam mengikut keadaan trafik di lebuhraya tersebut di mana berlaku pertambahan akibat musim cuti CNY. Dalam perjalanan kami hanya singgah sebentar minum kopi O di hentian R&R untuk menghilangkan rasa mengantuk dan mengembalikan kesegaran untuk meneruskan pemanduan ke Kuantan. Setibanya di Warung Pak Su dan Mak Su kami melihat ramai orang memenuhi ruang kedainya dan nasib kami agak baik kerana terdapat satu family yang baru siap menikmati makanan di situ. Kami duduk menggantikan mereka dan memesan menu seafood bakar yang fresh seperti ikan, udang, sotong dan sebaginya. Menu di warung ini lebih kurang yang tedapat di warung-warung di tepi pantai Penarik, Terengganu dan PCB, Kelantan. Setelah selesai menjamu selera kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Kemaman mengikut jalan persisiran pantai.     

Kami menghampiri Hotel Kemaman Sands yang ditempah di web Booking.com dan beralamat di 1403, Jalan Geliga Pantai 3, Kampung Geliga Besar, 24000 Chukai, Terengganu. Kami memilih hotel ini kerana terdapat swimming pool untuk memenuhi hasrat anak-anak yang suka mandi-manda. Setelah checkin kami masuk ke bilik untuk berehat tetapi mendapati air-cond di bilik tersebut rosak. Selepas mandi dan solat kami pergi semula ke kaunter untuk meminta penukaran bilik dan diberi kunci untuk berpindah ke bilik yang baru dan tiada masalah lagi untuk kami berehat setelah kepenatan dalam perjalanan yang agak jauh.



Mandi-manda di kolan Kemaman Sands

Kami mengambil keputusan untuk keluar makan malam di restoran yang berdekatan dengan hotel sahaja untuk menjimatkan masa dan dapat cepat kembali berehat di bilik. Kami memilih restoran Tusuk Foumous yang hanya jarak lebihkurang 200 meter dari hotel tersebut. Restoran itu sungguh unik kerana dibina dan diubahsuai di antara rumah kediaman di dalam taman.

Semasa kami tiba hanya ada beberapa orang pelanggan dan kami pun terus memesan menu makanan dan minuman mengikut pilhan masing-masing.




Hiasan di Restoran Tusuk Foumous






Menu-menu yang terdapat di Restoran Tusuk Foumous

Pelangan sedang memesan menu makanan

Setelah menikmati makanan yang enak, kami pun kembali semula ke hotel untuk berehat dan tidur.


Day 2 -  Mandi Manda di kolam Kemaman Sands, Santai di menikmati Kek Kula Cakes dan Makan Seafood di Restoran Ana Ikan bakar Petai, Kuantan

Pada pagi Jumaat 16 February 2018, kami bangun dan mencari breakfast di warung di Jalan Geliga menghala ke Chukai/Kemaman untuk membungkus nasi lemak dan kuih muih dan makan di bilik hotel. Selepas breakfast baby Aakif dan Kak Damia terus meluru ke kolam untuk mandi-manda di bahagian kanak-kanak.    

Lebih kurang jam 11.00am kami meninggalkan hotel Kemaman Sands menuju ke pekan Kuantan untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang baru tiba dari Kuala Lumpur. Kami berkumpul di kedai Kula Cake yang beralamat di 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang. Semasa kami tiba di kedai tersebut sudah ramai pelanggan beratur untuk order kek pilihan masing-masing. Ada pula yang memenuhi ruang makan di luar kedai kelihatan berborak sambil makan kek dan minum kopi.



Pelanggan yang beratur di Cula  Cakes




Sebiji Kek Cula Cakes yang ditapau  




Kek pilihan kami di Cula Cakes




Ruang lepak di Cula Cakes 

Sementara yang lain makan kek dan minum kopi, kaum lelaki berduyun-duyun berjalan menuju ke masjid negeri Pahang yang terletak hanya 500 meter dari kedai tersebut untuk solat Jumaat. Setelah selesai solat, kami kembali ke kedai untuk berborak sambil makan kek dan minum kopi. Kedai kek ini sangat kreatif kerana konsepnya yang open tiada berbumbung hanya ditutupi tumbuhan menjalar sebagai bumbung dan dindingnya pula dihiasi lukisan mural dan digantung basikal lama dan barang-barang recycle.


Mesjid Negeri Kuantan

Di dalam perjalanan ke Hotel Swiss-Garden Resot & Spa kami singgah di kedai makan di tepi pantai untuk lunch bagi mengisi perut yang hanya dialas dengan kek sahaja. Kedai makan itu hanya menyediakan nasi campur dan tanpa berlengah lagi kami mengambil menu-menu yang terhidang di rak-rak yang disediakan.     


View dari parking Hotel Swiss-Garden Resort & Spa, Kuantan


Lobby hotel diceriakan dengan warna-warni bunga

Setelah selesai lunch, masing-masing meneruskan perjalanan ke hotel Swiss-Garden Resort & Spa, Kuantan yang terletak di alamat 2656-2657, Mukim Balok Beach, Beserah, 26100 Kuantan, Pahang Daru, Pahang. Kami disambut dengan meriah sekali bersempena sambutan CNY di mana kanak-kanak diberi ais krim, pop corn dan gula-gula. Setelah selesai urusan di kaunter pendaftaran masuk kami pun masuk ke bilik masing-masing dan terpegun dengan sambutan sempena CNY di mana dibekalkan buah limau dan coklat berbentuk wang emas di dalam bilik.



Makan aiskrim, coklat dan limau mandarin cenderahati 


Bilik yang luas dan selesa dan dekat dengan swimming pool 

Setelah berehat sebentar, kanak-kanak excited untuk keluar ke kolam sebaik sahaja kelihatan hari mulai redup dan tidak panas. Masing-masing berlari ke kolam yang dah mula diserbu oleh pengunjung hotel tersebut.





Mandi-manda di swimming pool hotel

Dalam pukul 7.30pm kami berkonvoi menuju ke Restoran Seafood Ana Ikan bakar Petai yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan yang mengambil masa pemanduan kira-kira 20-30 minit sahaja. Terdapat ramai pelanggan sudah memenuhi meja makan dan masing-masing sudah mula memasan menu makanan masing-masing. Terdapat berbagai jenis ikan dan hidupan laut yang lain kelihatan fresh dan enak untuk dimasak mengikut selera masing-masing.

Ramai pengunjung mencari meja kosong

For Sale - macam-macam ikan ada.....

Memesan menu pilihan yang enak dan sedap






Menikmati dinner seafood yang enak dan sedap belaka


Day 3 – Melayan kanak-kanak mandi manda di kolam renang Hotel Swiss-Garden Resort & Spa, Kuantan dan lunch di Restoran Mabiq, Kuantan

Pada pagi hari Sabtu tanggal 17 February 2018 kami bangun awal dan breakfast di cafeteria hotel sambil melihat kanak-kanak mula memenuhi swimming pool. Baby Aakif pun tidak sabar lalu berpakat dengan kawan-kawanya untuk cepat-cepat breakfast dan segera kembali ke bilik untuk menukar pakaian mandi.

Breakfast sambil memerhati kanak-kanak di swimming pool


Terdapat kolam untuk dewasa dan juga kanak-kanak yang hanya bersebelahan shaja memudahkan lagi keluarga mengawasi anak masing-masing. Kelihatan beberapa keluarga warga China yang menyambut CNY di hotel tersebut mungkin dari beberapa projek pembangunan milik China di sekitar Kuantan. 





Riang ria mandi manda bersama rakan-rakan 



Mujurlah semasa mandi manda awan menyelubungi langit dan mendung apabila menjelang tengahari dengan tiupan angin yang mengasyikkan. Ramai juga pengunjung hotel dan orang awam kelihatan berjalan-jalan di tepi persisiran pantai sambil menikmati deruan ombak dan angin.



Zoom ombak dan awan mendung 

Menjelang tengahari, selepas checkout kami menuju ke pecan Kuantan untuk makan tengahari di Restoran Pondok Agama Mabiq yang terletak tidak bberapa jauh dari Kuantan. Restoran ini menghidangkan menu nasi bakar dengan pelbagai pilihan menu yang sangat enak dan menarik. Restoran Mabiq ini sangat fames sehinggakan kelihatan kawan lama yang menuntut di universiti dahulu makan bersama-sama keluarganya namun kesuntukan masa untuk bertegur sapa kerana terlalu ramai pelanggan mundar-mandir di setiap ruang restoran.



Sejarah penubuhan Sekolah Pondok dan Restoran MABIQ 


Hidangan nasi campur dengan pelbagai menu pilihan


Pengunjung yang datang dari jauh

Begitulah kisah trip perjalanan santai family dan anak-anak sempena cuti CNY. Sesungguhnya masa bersama keluarga amat bermakna dan menjadi kenangan indah sampai ke akhir hayat nanti. Jadi, luangkanlah masa yang sesuai dan bawalah keluarga bercuti…… Ikutilah kisah jalan-jalan kami di zoomdglobe ke destinasi seterusnya. Jom….!!

No comments:

Post a Comment