Mulanya Destinasi Di Sini, kami bersyukur kerana kami sefamili
berkesempatan merangka percutian ke Guangzhou dan Hong Kong untuk jalan-jalan
sambil membeli belah dan mengunjungi kota Disneyland Hong Kong. Tempahan tiket
dibuat beberapa bulan sebelumnya untuk memberi masa kami merangka perjalanan
dengan teliti. Hotel pula ditempah melalui Agoda.com di mana kami memilih Hotel
Grand Continental Service Apartment, Guangzhou di kawasan Gongyuanguan/Haizhu
selama 4 hari kami di Guangzhou dan Loi Loi Guest House, Miramar Mansion, Tsim
Sha Tsui berdekatan stesen MTR Tsim Sha Sui Stn selama 2 hari di Hong Kong.
Kami bertolak dari rumah sekitar
jam 3.30pm untuk flight AK1018 jam 8.25pm ke Guangzhou. Pada jam 1.00am kami
telah selamat mendarat di Baiyun International Airport, Guangzhou. Selepas
urusan imegresen dan pemeriksaan keselamatan,
kami menaiki teksi dari Airport membelah kepekatan awal pagi dan
kesejukan menuju ke Hotel di Beijing Road (RMB100/cab atau RM49/cab). Untuk
memudahkan berkomunikasi, kami telah siap-siap menyediakan alamat hotel yang
akan kami duduki dalam Bahasa cina memandangkan mereka boleh dikatakan langsung
tidak tahu berbahasa Inggeris. Pemandu teksi tersebut terus angguk kepala tanda
faham. Kalau di siang hari teksi tersebut akan menggunakan meter iaitu katanya
‘Da Biao' bermakna 'count by meter'.
Selain daripada teksi, ada juga pilihan samada menaiki Airport Bus atau
train di Line 1, 2 & 3 untuk ke pusat bandar yang beroperasi dari jam
6.00am sehingga 11.30pm.
Beratur membeli tiket
ke Hong Kong
Baiyun World Leather Trading Centre & Guangzhao Railway Station,
Exit B
Selepas breakfast dgn nasi goreng
bekal yang dibawa dari Malaysia, kami berjalan ke station MTR Gongyuangqian
Metro Station yang terletak hanya 5 minit dari hotel kami utk ke Baiyun world
leather trading centre. Di dalam perjalanan kami menaiki MTR line 2 (blue) ke
Guangzhao Railway station dan ambil Exit B. Sebelum keluar dari station, kami
membeli tiket train untuk ke Hong Kong terlebih dahulu (G-HK : T801 bertolak 8.19 a.m., dan dijangka sampai pada pukul 10.12
a.m. dan return ticket HK-G : T824 bertolak 8.18 a.m. dan sampai 10.09 a.m.)
berharga Adult - HK190/MYR75.60 (one way) & Child - HK95/MYR37.80 (one way).
Di kaunter ini kita boleh memilih untuk membayar dalam matawang yuan atau HKD.
Apabila keluar dari station
tersebut, ambil laluan belok ke kiri dan
akan kelihatan ramai manusia bersesak dengan beg besar masing-masing menunggu
train dan kami terus berjalan selama 5 mins. Sampai sahaja di simpang
empat, kelihatan Masjid Saad Abi Waqas
di sebelah kanan jalan dan di sebalah kiri pula ada 2-3 kedai makanan halal
muslim (di sini terdapat satu kedai muslim yang menyediakan mee Tarik). Apabila
sampai di padang rekreasi kami berhenti sebentar menikmati jagung bakar dan
buah-buahan yang dijual oleh peniaga
muslim. Di simpang empat masjid Saad Abi Waqas, belok ke kiri dan akan
kelihatan kedai-kedai menjual baju, beg dan barangan kulit. Teruskan berjalan
sehingga sampai di underpass bawah laluan train dan di sini terdapat penjual
buah-buahan, tali pinggang, mainan dengan harga yang agak murah. Selepas itu
barulah sampai ke Baiyun world leather trading centre yang kelihatan banyak
block bangunan yang menjual barangan kulit. Kami berjalan dari satu block ke
satu block dan sempat shopping beg, kasut dan barangan kulit yang lain. Di sini
terdapat peniaga yang menjual fresh orange juice yang sangat sedap dan murah! Tips : Silalah bargain harga barangan yang
hendak dibeli sehingga separuh daripada harga asal. Jika rezeki anda, dapatlah
barangan yang dikehendaki dengan harga yang sangat berbaloi-baloi!
Penjaja makanan halal
di sekitar Masjid Saad Abi Waqas
BaiMa Wholesale Garment (White Horse), Zhan Nan Road #16 melalui GuangZhou Railway Station, Exit G
Untuk ke Baima Wholesale Garment,
boleh menaiki Metro line 2 atau line 5, dan menuju ke Guangzhou Railway
Station, kemudian keluar di Exit G. Baima bertentangan dengan railway station
saja. Baima/White Horse terkenal dan popular dengan pakaian dan boleh dibeli
samada secara retail atau borong. Terdapat kedai sehingga ke tingkat 6 daripada
10 tingkat bangunan keseluruhannya.
Basement floor adalah untuk women’s pants, shirts, skirts dan
accessories yang boleh didapati dengan harga dari serendah 5-100 RMB. Tingkat
1, 4 dan 5 juga terdapat women’s clothing tetapi kebanyakkannya adalah Korean
fashions with better quality dan agak trendy.
Tingkat 1 is the cheapest among them, manakala tingkat 4 dan 5 berharga sekitar
hingga 500 RMB. Tingkat 2 dan 3 menjual women’s clothing dan aksesori untuk
adults yang terdiri dari local brands. Tingkat 6 hanya menjual baranagan khusus
untuk lelaki. Boleh didapati men’s clothing termasuk jeans keluaran local dan
international brands dengan harga antara 50-300 RMB.
Shangxiaju Road dan Shopping Barangan baby & Maternity di Liwan
District
Memandangkan kami akan menimang
cahayamata ketiga dalam masa beberapa bulan lagi, maka semestinya barangan bayi
antara a must buy item dalam list. Untuk ke sini pula dari Gongyuangqian Metro
Station, ambil line 1 (Yellow) ke Huangsha, dan ambil Exit D. Jalan melalui
Dishipu Lu.
Sebelum membeli, eloklah bertanya
dengan penjual samada mereka menjual secara retail atau pukal. Komunikasi
hanyalah dengan menggunakan sign language atau kalkulator memandangkan
sebahagian besar peniaga langsung tidak tahu berbahasa Inggeris.
Untuk shopping barangan baby
& maternity, terdapat beberapa pilihan di mana anda juga boleh ke Liwan
District dengan menaiki Metro Line 5, Zhongshanba Station atau Metro Line 1,
Chen Clan Temple Station untuk ke Fuli Kids City (富力儿童世界),
No.61, Zhongshan Eighth Road, Liwan District (di sini terdapat high quality
product), atau ke Zhongba Plaza, No.97-101,
Zhongshan Eighth Road, Liwan District (terdapat lebih daripada 300 kedai),
ataupun ke Jinsheng Baby Infants Wear Discount Store (Life Baby), No.59-2,
Liwan Road, Liwan District (menjual banyak barang branded) dan juga boleh ke Guangdong Plaza (广东童装妇婴用品广场), 97-101,
Zhongshan Ba Lu, Liwan District (Tingkat 1 & 2 jualan dengan harga biasa
tetapi tingkat 3 jualan degan harga borong).
Tempat lepak di
dataran Shangxiaju Road
Ikuti perjalanan kami dari Guangzhou ke Hong Kong dalam entri selanjutnya......
No comments:
Post a Comment