Tuesday, 21 April 2015

Guangzhou - Shopping Part 1

Mulanya Destinasi Di Sini, kami bersyukur kerana kami sefamili berkesempatan merangka percutian ke Guangzhou dan Hong Kong untuk jalan-jalan sambil membeli belah dan mengunjungi kota Disneyland Hong Kong. Tempahan tiket dibuat beberapa bulan sebelumnya untuk memberi masa kami merangka perjalanan dengan teliti. Hotel pula ditempah melalui Agoda.com di mana kami memilih Hotel Grand Continental Service Apartment, Guangzhou di kawasan Gongyuanguan/Haizhu selama 4 hari kami di Guangzhou dan Loi Loi Guest House, Miramar Mansion, Tsim Sha Tsui berdekatan stesen MTR Tsim Sha Sui Stn selama 2 hari di Hong Kong.
Kami bertolak dari rumah sekitar jam 3.30pm untuk flight AK1018 jam 8.25pm ke Guangzhou. Pada jam 1.00am kami telah selamat mendarat di Baiyun International Airport, Guangzhou. Selepas urusan imegresen dan pemeriksaan keselamatan,  kami menaiki teksi dari Airport membelah kepekatan awal pagi dan kesejukan menuju ke Hotel di Beijing Road (RMB100/cab atau RM49/cab). Untuk memudahkan berkomunikasi, kami telah siap-siap menyediakan alamat hotel yang akan kami duduki dalam Bahasa cina memandangkan mereka boleh dikatakan langsung tidak tahu berbahasa Inggeris. Pemandu teksi tersebut terus angguk kepala tanda faham. Kalau di siang hari teksi tersebut akan menggunakan meter iaitu katanya ‘Da Biao' bermakna 'count by meter'.  Selain daripada teksi, ada juga pilihan samada menaiki Airport Bus atau train di Line 1, 2 & 3 untuk ke pusat bandar yang beroperasi dari jam 6.00am sehingga 11.30pm.

Beratur membeli tiket ke Hong Kong

Baiyun World Leather Trading Centre & Guangzhao Railway Station, Exit B

Selepas breakfast dgn nasi goreng bekal yang dibawa dari Malaysia, kami berjalan ke station MTR Gongyuangqian Metro Station yang terletak hanya 5 minit dari hotel kami utk ke Baiyun world leather trading centre. Di dalam perjalanan kami menaiki MTR line 2 (blue) ke Guangzhao Railway station dan ambil Exit B. Sebelum keluar dari station, kami membeli tiket train untuk ke Hong Kong terlebih dahulu (G-HK : T801 bertolak  8.19 a.m., dan dijangka sampai pada pukul 10.12 a.m. dan return ticket HK-G : T824 bertolak 8.18 a.m. dan sampai 10.09 a.m.) berharga Adult - HK190/MYR75.60 (one way) & Child - HK95/MYR37.80 (one way). Di kaunter ini kita boleh memilih untuk membayar dalam matawang yuan atau HKD.

Apabila keluar dari station tersebut, ambil laluan belok ke kiri  dan akan kelihatan ramai manusia bersesak dengan beg besar masing-masing menunggu train dan kami terus berjalan selama 5 mins. Sampai sahaja di simpang empat,  kelihatan Masjid Saad Abi Waqas di sebelah kanan jalan dan di sebalah kiri pula ada 2-3 kedai makanan halal muslim (di sini terdapat satu kedai muslim yang menyediakan mee Tarik). Apabila sampai di padang rekreasi kami berhenti sebentar menikmati jagung bakar dan buah-buahan  yang dijual oleh peniaga muslim. Di simpang empat masjid Saad Abi Waqas, belok ke kiri dan akan kelihatan kedai-kedai menjual baju, beg dan barangan kulit. Teruskan berjalan sehingga sampai di underpass bawah laluan train dan di sini terdapat penjual buah-buahan, tali pinggang, mainan dengan harga yang agak murah. Selepas itu barulah sampai ke Baiyun world leather trading centre yang kelihatan banyak block bangunan yang menjual barangan kulit. Kami berjalan dari satu block ke satu block dan sempat shopping beg, kasut dan barangan kulit yang lain. Di sini terdapat peniaga yang menjual fresh orange juice yang sangat sedap dan murah!  Tips : Silalah bargain harga barangan yang hendak dibeli sehingga separuh daripada harga asal. Jika rezeki anda, dapatlah barangan yang dikehendaki dengan harga yang sangat berbaloi-baloi!


Penjaja makanan halal di sekitar Masjid Saad Abi Waqas

BaiMa Wholesale Garment (White Horse), Zhan Nan Road #16 melalui GuangZhou Railway Station, Exit G      

Untuk ke Baima Wholesale Garment, boleh menaiki Metro line 2 atau line 5, dan menuju ke Guangzhou Railway Station, kemudian keluar di Exit G. Baima bertentangan dengan railway station saja. Baima/White Horse terkenal dan popular dengan pakaian dan boleh dibeli samada secara retail atau borong. Terdapat kedai sehingga ke tingkat 6 daripada 10 tingkat bangunan keseluruhannya.  Basement floor adalah untuk women’s pants, shirts, skirts dan accessories yang boleh didapati dengan harga dari serendah 5-100 RMB. Tingkat 1, 4 dan 5 juga terdapat women’s clothing tetapi kebanyakkannya adalah Korean fashions with  better quality dan agak trendy. Tingkat 1 is the cheapest among them, manakala tingkat 4 dan 5 berharga sekitar hingga 500 RMB. Tingkat 2 dan 3 menjual women’s clothing dan aksesori untuk adults yang terdiri dari local brands. Tingkat 6 hanya menjual baranagan khusus untuk lelaki. Boleh didapati men’s clothing termasuk jeans keluaran local dan international brands dengan harga antara 50-300 RMB.

Shangxiaju Road dan Shopping Barangan baby & Maternity di Liwan District

Memandangkan kami akan menimang cahayamata ketiga dalam masa beberapa bulan lagi, maka semestinya barangan bayi antara a must buy item dalam list. Untuk ke sini pula dari Gongyuangqian Metro Station, ambil line 1 (Yellow) ke Huangsha, dan ambil Exit D. Jalan melalui Dishipu Lu.

Sebelum membeli, eloklah bertanya dengan penjual samada mereka menjual secara retail atau pukal. Komunikasi hanyalah dengan menggunakan sign language atau kalkulator memandangkan sebahagian besar peniaga langsung tidak tahu berbahasa Inggeris.

Untuk shopping barangan baby & maternity, terdapat beberapa pilihan di mana anda juga boleh ke Liwan District dengan menaiki Metro Line 5, Zhongshanba Station atau Metro Line 1, Chen Clan Temple Station untuk ke  Fuli Kids City (富力儿童世界), No.61, Zhongshan Eighth Road, Liwan District (di sini terdapat high quality product), atau ke Zhongba Plaza, No.97-101, Zhongshan Eighth Road, Liwan District (terdapat lebih daripada 300 kedai), ataupun ke  Jinsheng Baby Infants Wear Discount Store (Life Baby), No.59-2, Liwan Road, Liwan District (menjual banyak barang branded) dan juga boleh ke Guangdong Plaza (广童装妇婴用品广), 97-101, Zhongshan Ba Lu, Liwan District (Tingkat 1 & 2 jualan dengan harga biasa tetapi tingkat 3 jualan degan harga borong). 


Tempat lepak di dataran Shangxiaju Road
Ikuti perjalanan kami dari Guangzhou ke Hong Kong dalam entri selanjutnya......

No comments:

Post a Comment