Hong Kong – The Peak Tower (Madame Tussaud & Sky Terrace)
Selepas menyediakan breakfast
roti dan tuna untuk dimakan dalam train ke Hong Kong iaitu Train (T802) dari
Guangzhou East Railway Station, kami
check out awal sekitar jam 6.00pagi. Luggage kami tinggalkan di hotel (boleh
minta pihak hotel simpankan) memandangkan kami akan bermalam semula di hotel
yang sama sebelum pulang ke Malaysia. Kami hanya membawa 2 bagpack sahaja untuk
2 hari berada di Hong Kong. Adalah dinasihatkan berada 40 min sebelum masa bertolak
untuk urusan imigresen. Train bertolak pada pukul 8.09am dan tiba di Hung Hom
Station pada pukul 10.03am. Sesampainya di station, kami membeli kad Octopus dari kaunter
tiket di Hung Hom Station dengan kadar harga Adult : Deposit HK$50 (RM20.00) + Stored Value
HK$100 (RM40) = Price HK$150 (RM60.00), Child
: Deposit HK$50 (RM20.00) + Stored Value HK$20 (RM8) = Price HK$70 (RM28.00). Kad Octopus ini berfungsi
seperti Touch n Go di setiap train station dan lebih menjimatkan.
Q semasa beli tiket tram
Bersesak di atas tram
Kami menaiki train MTR untuk ke station
MTR Central yang merupakan station terdekat dengan The Peak Tower dan ke stesen
terminus untuk mengambil tram naik ke The Peak Tower/Sky Terrace. Di station MTR Central Exit
J2, belok kanan melalui Chater Garden, cross Queen's Road Central menghala ke
Garden Road dan akan melalui Bank of China (BOC) Tower & Citibank Plaza di
sebelah kiri dan St John Cathedral di sebelah kanan, kemudian sampai ke terminus
tram station di sebelah kiri jalan iaitu di Peak Tram Lower Terminus - 33,
Garden Road, Central. Kami beratur di kaunter tiket untuk membeli tiket kombo.
Harga tiket kombo return - Peak Tram + Madame Tussauds + Sky Terrace untuk Adult
- HKD235 (RM96) dan Child - HKD131 (RM54). Kekerapan Tram adalah setiap 10 -
15min tetapi kena beratur panjang sehingga 15-30min dan lebih lama sekiranya
hari cuti. Waktu tram beroperasi adalah dari jam 10am-11pm (Mon - Fri) dan 8am-
11pm (Sat & Sun). Sesampainya di puncak dengan menaiki tram yang mendaki
bukit seperti di Bukit Bendera Pulau Pinang, kami berlegar-legar di kedai untuk
membeli sedikit souveniers dan fridge magnets. Setelah itu, kami terus ke Madame Tussaud terletak di P101, The Peak
Tower yang beroperasi dari jam 10am - 10pm. Di setiap negara yang kami kunjungi, Madame Tussauds adalah antara a must go place sebab anak-anak
amat gemar mengunjunginya.
Bergaya dengan artis
Gaya adik pula bersama artis
Along dan Andy
Gaya orang pintar
Astro Boy
Pasukan pilihan WC
Setelah puas bergambar, kami naik
ke aras puncak iaitu ke Sky Terrace. Terasa takut dan gayat juga apabila
menaiki tangga ke platform tetapi pengunjung akan dipakaikan tali pencangkuk
keselamatan semasa menaiki tangga tersebut. Semasa kami sampai di platform
terdapat ramai pengunjung dan di sebahagaian lagi platform ditutup untuk
pengambaran iklan rasanya. Sky Terrace dibuka mulai jam 10am - 11pm (Mon - Fri)
/ 8am - 11pm (Sat & Sun). Pemandangan di sini amat indah dan nyaman.
Aktiviti terakhir di The Peak
Tower adalah semestinya membeli t-shirt di HRC (kami adalah pengumpul tegar
t-shirt HRC!).
View Hong Kong dari Sky Terrace
Pelancong bergambar di Sky Terrace
Adik teruja tunjuk isyarat luv juga
Untuk turun semula, pintu masuk
ke tram terletak di luar bangunan dan sekali lagi kena beratur panjang sekitar
15-30min.
Untuk ke hotel kami memilih untuk
menaiki teksi memandangkan masing-masing sudah kepenatan. Option lain adalah untuk
berpatah balik ke train station. Amaran : Tambang teksi di HK adalah
menggunakan meter tetapi kadarnya sangat mahal dan meternya bergerak sangat
laju hinggakan boleh terjojol mata! Jadi sekiranya tidak emergency, silalah
gunakan perkhidmatan train mereka.
Tak berdaya untuk beratur panjang menuggu tram
Sesampainya di Tsim Sha Sui, kami
terus ke Loi Loi Guest House, Miramar Mansion, untuk check-in. Sebaik sahaja
keluar dari lif, tuan rumah sudah
tercegat sambil tersenyum menuggu ketibaan kami. Setelah memberi tuala dan
toiletries dia beredar dari bilik apartment tersebut. Tips : Kebanyakan
accommodation di HK adalah sangat kecil keluasannya.
Bilik yang kami dapat agak kecil
tetapi bolehlah untuk kami 4 beranak merehatkan diri. Ketika di tingkat bawah
tadi kami melihat terdapat restoran halal Pakistan. Tips : Di kawasan Tsim Sha
Tsui terdapat banyak restoran makanan halal dan juga terdapat sebuah masjid .
Hong Kong - Ocean Park
Untuk ke Ocean Park pula dari Loi
Loi Guest House, Miramar Mansion, naik train di MTR Tsim Sha Tsui station ke Admiralty
Stn (Line Red) dan Exit B or Central Pier no. 7. Tiket Bas dijual di luar station dengan harga - Adult
HKD10.60 (RM4.50) dan Child HKD5.30 (RM2.10). Untuk makluman, waktu bas beroperasi dari MTR Admiralty
adalah dari jam 9.00am - 4pm (kekerapan bas 10min) atau bas beroperasi dari Central
Pier dari jam 9.35am – 3.45pm (kekerapan bas 20min) dengan perjalanan : Method
1 - Citybus Route 629 dari Admiralty Stn
(i) 9.00am - 9.20am, melalui Tai Shue Wan Entrance via the Main Entrance
(ii) manakala dari jam 9.20am, bas hanya akan terus ke Tai Shue Wan Entrance
untuk ke Ocean Park. Atau boleh juga guna Method 2 - Citybus Route 629 dari Central Pier terus
ke Ocean Parks. Bas akan berhenti betul-betul depan Ocean parks dan ambil
escalator untuk ke kaunter tiket atau pintu masuk. Untuk makluman tiket masuk ke Ocean
Park adalah untuk Adult HKD280/RM115 dan Child HKD140/RM58. (Boleh dibeli di
Bus Station di MTR Admiralty atau di kaunter). Ocean Park akan dibuka mulai jam
- 10.00am - 6.00pm (Mon - Fri). 10.00am - 7.00pm (Sat), 9.30am - 7.00pm (Sun). Ocean
Park terbahagi kepada Head Land &
Low Land di mana terdapat pelbagai Thrill Ride Activity di Head Land manakala
para pengunjung boleh ke taman haiwan di Low Land pula untuk melihat panda,
akuarium ikan dan sebagainya.
Adik di halaman pintu masuk Ocean Park
Air pancutan di Ocean Park
Bergambar sebelum masuk ke akuarium
Teruja sangat melihat ikan berwarna warni
Landskap berbentuk dolphin dan bunga yang cantik
Panda sedang lepak
Untuk ke aras yang lebih tinggi
di atas bukit iaitu bahagian Middle
Kingdom, Ocean Park kami menaiki kereta kabel selama 15min. Di Middle Kingdom terdapat
berbagai aktiviti seperti miniature, Empress Theatre, Lion Dance, acrobatics,
cultural dances & magic show (4x/day).
Kereta kabel untuk ke Middle Kingdom, Ocean Park
Terjumpa si comel yang sama hobi
Wira kanak-kanak
Setelah seharian berjalan-jalan
sambal bermain berbagai aktiviti, kami pulang semula ke Station Admiralty
dengan menggunakan bas yang sama. Pada petang itu kami hanya berehat di hotel
kerana terlalu penat dan hanya tapau makanan dari kedai Pakistan di tingkat bawah
apartment.
Ikuti kemeriahan kami berkunjung
ke Disneyland, Hong Kong dalam entri seterusnya………….
No comments:
Post a Comment