Sunday, 5 March 2017

Japan Dec 2016 (zoomdglobe : Road To Japan - Part 1) - Zoom kotaraya Tokyo dan Mount Fuji

Day 1 – Pesawat dari KL ke Haneda, Tokyo

Pada pagi Khamis bertarikh 15 December 2016, kami melangkah dengan penuh kesyukuran kerana berkesempatan untuk bermusafir ke negeri matahari terbit dan melihat Gunung Fujisan di Negara Jepun. Kami bertolak dari rumah jam 8.30am melalui highway MEX untuk  keluar di Putrajaya ke Park n Ride. Di situ, kami parking kereta dengan caj bayaran berharga RM2 siang & malam RM6. Setelah itu, kami menaiki lift untuk ke kaunter ERL lalu membeli tiket ERL ke KLIA2 berharga dalam lingkungan RM10 seorang. Kami akan ke negara Jepun dengan pesawat AirAsia X yang ditempah di webnya berharga RM1,100 per pax termasuk luggage dan makan malam.
 
Ceria menaiki ERL ke KLIA

Set Samurai Wifi 
Setibanya di KLIA2, kami langsung ke kaunter Luggage di Arrival Hall KLIA2 untuk mengambil Samurai Wifi yang telah siap ditempah di web berharga RM259/12day (Portable Wifi, charger & aksesori) dan naik escalator untuk ke kaunter T AirAsia X . Kami menimbang dan mengemas kembali beg agar beratnya tak melebihi 45kg mengikut berat yang kami telah tempah di web dahulu. Kami terpaksa mengeluarkan beg yang berisi kasut boot anak-anak seberat 3 kg sekiranya tidak kami akan dikenakan caj tambahan RM150 utk 3 kg tu. Setelah selesai urusan di kaunter kami masuk ke pintu pelepasan antarabangsa untuk pemeriksaaan imigration dan keselamatan. Kami terus boarding ke Gate P12 di hujung terminal di mana perlu berjalan jauh tetapi kami tidak perlu rushing memandangkan kami tiba awal di terminal tersebut. Kami solat jamak di surau berdekatan Gate P9 sambil berehat menunggu kaunter ke pintu pesawat dibuka.

Pesawat AirAsia X D7 522 yang sepatutnya berlepas pada pukul 2.30pm tetapi pilot membuat pengumuman memberitahu pesawat dibenarkan berlepas pada jam 3.15pm. Setelah menaiki pesawat selama hampir 6 jam lebih, kami selamat mendarat sekitar jam 11.00pm di Haneda Tokyo International Airport.


Baby Aakif berkongsi seat bersama Gian the Travelling Beruang
Kami lihat ramai beratur di kaunter immigration tetapi prosesnya agak cepat sahaja lalu kami ke kaunter kastam yang hanya membelek hand carry beg berisi boot yang dikeluarkan tadi seberat 3 kg. Kami terpegun dengan kegigihan pekerja di kaunter tuntutan luggage yang menyusun beg-beg penumpang dengan teratur untuk memudahkan penumpanng mengambil beg masing-masing. Setelah mendapatkan beg, kami meninggalkan airport dan terus berjalan menuju ke station train untuk naik Yamanote Line sekitar pukul 11.55pm. Kami membeli tiket di Ticket Vending Machine (TVM) yang sangat mudah untuk digunakan. Alhamdulillah, masih sempat mengutip tiket train anak yang tertinggal di mesin auto gate di station airport. Kami bergegas naik train Yamanote Line yang membelah kesejukan malam untuk ke Harajuku.
Tips : Train terakhir Keikyu Line dari airport akan bertolak pada pukul 12.01am dan sampai ke station Shinagawa pada jam 12.22am dan perlu transit ke train Yamanote Line yang beroperasi dari 4.30am hingga 1.00am. Bagi yang ada wifi bolehlah merancang route perjalanan dan menyemak train di Jepun melalui web http://www.hyperdia.com/en/ yang sangat membantu sepanjang perjalanan bagi menjimatkan masa dan tidak tersesat arah halatuju ke sesuatu destinasi di sini.

Perkerja gigih menyusun beg-beg penumpang di Haneda

Takeshita Street dekat station Harajuku, Yamanote Line
Di station Harajuku kami berpandukan map yang telah dihantar melalui email oleh tuan rumah Cozy Apartment. Setelah berjalan selama 20 minit kami pun sampai di apartment tersebut walaupun terlajak beberapa meter dan setelah merujuk peta semula kami pun berpatah balik untuk mendapatkan simpang yang betul ke apartment tersebut. Oleh kerana berjalan dalam kesamaran cahaya street lighting membelah kegelapan malam roda sebuah beg besar kami mengalami kerosakan mungkin terlanggar batu atau bonggol di tepi jalan namun kami gagahi juga menariknya hingga ke apartment. Cozy Apartment beralamat di 2-30-8, Jingumae, Shibuya-ku, Tokyo terletak berhampiran Kita-Sando Station, MeijiJingu-Mae Station dan Harajuku Station serta Takeshita Street, Harajuku yang kami tempah di web agoda.com berharga Y42900/RM1,800 untuk 4 malam. Kami mengambil kunci di dalam peti surat yang dilock dengan password yang telah dihantar melalui email oleh tuan rumah bernama Mr Toru. Kami amat berpuas hati dengan bilik yang sememangnya luas dan besar dengan peralatan rumah yang lengkap untuk kemudahan kami sepanjang berada di kotaraya Tokyo ini.

 
Bilik di Cozy Apartment
Map direction ke Cozy Apartment yang diemail

Contact Owner Cozy Apartment, near Takeshita Street, Harajuku


Day 2 – Tsukiji Market, Ginza dan HRC Roppongi
Pada pagi Jumaat 16 December 2016, kami keluar sekitar jam 7.00am berjalan menuju ke station Subway MeijiJingu-Mae dengan keadaan cuaca sejuk sekitar 5 degree manakala angin bertiup kuat untuk ke Tsukiji Market.  Kami membeli tiket manual di station MeijiJingu-Mae memandangkan kami belum menukarkan voucher 72hrs Tokyo tiket lagi. Di awal pagi kami melihat ramai orang berjalan menuju ke pasar Tsukiji dalam keadaan tiupan angin yang amat sejuk itu. Di pasar, kami membeli ikan salmon berharga Y600 sebanyak 2 ketul dan 3 bungkus ikan bilis untuk dimasak sepanjang perjalanan seterusnya nanti.

Jalan menuju ke MeijuJingu-Mae Station
Bangunan Sumitomo Office, Harajuku
Signboard Tsukiji Market
Pasar tertutup di Tsukiji Market
Tanda harga di pasar tertutup Tsukiji Market

Zoom makanan laut yang fresh dijual di Tsukiji Market....


 


Setelah itu, kami menaiki train menuju ke station Ginza di mana kami akan menukarkan voucher kupon ticket Osaka Amazing & printed voucher 72hrs Tokyo Tiket di bangunan EXITMELSA yang tak jauh dari station Tokyo Metro iaitu hanya beberapa langkah sahaja dari exit A2. Waktu operasi kaunter adalah dari 11.00am – 8.00pm (Mon – Fri) tetapi tutup awal pada jam 4.00pm pada hari Ahad dan cuti umum Jepun. Kami membeli tiket Osaka Amazing 2 days berharga RM508/family di booth HIS (Matta Fair) dan 72hrs Tokyo pula berharga RM225/3Adult dibeli dari web klook sementara untuk tiket Child kami membelinya secara manual di TVM nanti. Kami terpaksa menunggu lama kerana masalah teknikal data tiada dalam system gara-gara masalah komunikasi pengurusan HIS dengan kaunter agen tersebut. Walaupun terpaksa menunggu lama, petugas di kaunter tersebut membantu sedaya upayanya dan akhirnya dapat jugaklah kami menukarkan voucher dengan tiket-tiket tersebut. Nasihat kami agar berhati-hatilah memilih agen atau syarikat untuk membeli tiket atau khidmat travel kerana ramai juga yang tertipu oleh agen pelancongan yang kini sering tular di Facebook dan media sosial.
Kaunter di EXITMELSA untuk menukar tiket dibeli dari agen HIS dan klook

Replika rail di station Ginza

Setelah itu, kami menuju ke station untuk ke Akhibara Digital City. Kami makan tengahari di kiosk kebab Turkish di Akhihabara Digital City dan mengerjakan solat jamak di Pasaraya Laox yang menyediakan kemudahan surau di tingkat 4. Kami juga membeli beg luggage besar baru berharga Y1500 untuk menggantikan beg kami yang kerosakan rodanya.  
Setelah itu kami menuju ke station Asakusa pula untuk ke Nakamise Shopping Street. Sebenarnya Sensoji Temple juga tidak jauh dari station ini tapi kami hanya bergambar di depan pintu gerbang ‘berloceng besar’ dan berlegar di sekitar market tersebut sahaja. Kami berjalan di deretan kedai sambil melihat souveniour, pedang samurai dan juga t-shirts sahaja.
Zoom pintu gerbang di Nakamise Shopping Street......


Kedai-kedai di Nakamise Shopping Street

Menjelang malam pula kami menuju ke HRC Roppongi yang terletak 5-4-20 Roppongi, Minato-ku, Tokyo 106-0032 Japan. Dari station kami berjalan menuju arah HRC dan kelihatan bercahaya Menara Tokyo Tower megah dalam kegelapan neon-neon lampu malam. Setelah shopping dan bergambar di sekitar HRC Roppongi serta beberapa zoom berlatarbelakangkan Tokyo Tower, kami pun melangkah menuju ke station semula lalu berhenti di 7 eleven untuk membeli makanan dan minuman halal sebagai bekalan.  
Mencari google map dari Roppongi station ke HRC Roppongi

Zoom Tokyo Tower
Warna-warni Tokyo Tower
Di depan HRC Roppongi
Sale di HRC Roppongi
Semasa berjalan balik dari station MeijiJingu-Mae menuju ke apartment kami melalui Harajuku & Takeshita Street di mana kelihatan sangat meriah tetapi apakan daya kami terpaksa terus balik ke bilik untuk berehat memandangkan seharian kepenatan berjalan dan juga kami perlu bangun awal pagi esok untuk menaiki bas ke Mount Fuji pula.  Di simpang menuju ke apartment terlihat ada signboard ke Kita-Sando Station (Subway)  yang hanya 400m dari apartment lebih dekat untuk mendapatkan train nanti. 

Day 3 – Zoom Mount Fuji, Icon Negara Jepun
Pada awal pagi Sabtu 17 December 2016, kami keluar berjalan ke Kita-Sando station untuk menaiki train menuju ke Shinjuku Station di mana kami masuk melalui laluan Exit 2 di station subway Kita-Sando. Perjalanan kami pada pagi itu memang tergesa-gesa memandangkan kami terpaksa mengejar waktu bas bertolak ke Mount Fuji tepat pada pukul 7.15am. Reservation untuk bas tersebut kami tempah di web https://www.highwaybus.com/gp/foreign/frgReserveComplete di mana pembayaran akan dibuat secara tunai di kaunter Shinjuku dan hanya print slipnya sahaja. Kami sampai di South Exit Shinjuku Station sekitar jam 7.10am tetapi mengambil masa yang agak lama untuk mencari terminal bus ekspress, rupa-rupanya kena melintas Koshu-kaido Street dan menaiki escalator atau lift kerana terminal terletak di tingkat 3 bangunan new South Entrance station tersebut.
 
Laluan Exit 2 Station Subway Kita-Sandao
Train awal pagi dari station Kita Sando ke Shinjuku
Di kaunter terminal bas Shinjuku
Bas dari Shinjuku melalui taman tema Fuji-Q ke Station Kawaguchiko
Gara-gara mengambil masa mencari terminal bas Shinjuku, kami telah terlepas bas jam 7.15am dan kelihatan ketika itu ada dua remaja perempuan dari Malaysia juga mengalami nasib yang sama. Petugas di kaunter itu memberitahu cuma ada kekosongan untuk bas pada jam 12.00 tengahari sahaja. Kami melihat kedua remaja perempuan tersebut beredar meninggalkan terminal setelah diberitahu waktu bas berikutnya yang hanya boleh dinaiki sekitar tengahari dan petang sahaja. Pada mulanya kami juga hendak balik serta meninggalkan terminal bas tetapi kami mengambil keputusan untuk bertanya di kaunter yang lain pula dan petugas di kaunter tersebut memberitahu masih ada kekosongan untuk kami 5 orang bagi bas pada jam 7.45am. Kami terus membeli tiket pergi balik berharga Y12,260/RM515. Kami amat bersyukur dan bertuah kerana hajat kami untuk sampai dan melihat Mount Fuji icon negara Jepun akhirnya tertunai juga, Alhamdulillah.

Bas mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai di station Kawaguchiko. Terdapat kemudahan storage luggage, toilet, kedai serbaneka dan juga Tourist Centre juga. Kami mengambil beberapa keping map dan berjalan dalam cuaca sejuk dan berangin ke Lake Kawaguchi sambil berfoto di beberapa zoom yang cantik. Setelah menuruni jalan berbukit dan agak menghampiri kawasan tasik, kami singgah di restoran Aladin untuk menikmati roti nan dan nasi briyani yang sering mendapat pujian di laman facebook. Terdapat kemudahan kedai serbaneka (mart) berhadapan dengan restoran tersebut untuk mendapatkan makanan dan minuman.
Map di Tourist Centre untuk Kawaguchiko Station area
Baby Aakif teruja melihat train di depan Station Kawaguchiko


Signboard di pekan menuju Lake Kawaguchiko


Alladin Indo Restaurant di tepi Lake Kawaguchiko
Menu enak dan memang selera di Alladin

Baby Aakif makan roti nan

Setelah menikmati makan tengahari dan menghirup kopi panas, kami berjalan menuju tasik dan melintasi parking, kaunter sewa boat, menara pandang & tunnel untuk terus berjalan sehingga kelihatan jelas Mount Fuji. Pada pukul 3.00pm kami berpatah balik dan solat di area menara pandang. Kami melihat ada satu keluarga Jepun sedang berkelah di sebuah meja di tepi tasik dan kebetulan ada pula sebuah lagi meja yang kosong jadi kami pun berhenti untuk menikmati makan makanan yang dimasak sendiri di apartment. Selepas itu kami meneruskan perjalanan balik ke station bas dan sempat berfoto zoom di sekitarnya sementara menunggu bas balik ke Shinjuku.
Lake Kawaguchiko

Welcome To Lake Kawaguchiko

Zoom Mount Fuji dan Lake Kawaguchiko ............






Picnic di tepi tasik di Lake Kawaguchiko...



Zoom sekitar Station Kawaghuciko....






Sesampainya bas kami di Shinjuku, kami menaiki train dan transit di Shibuya untuk ke Euno Station. Kami berjalan menuju ke HRC Uyeno-Eki Tokyo, Japan, 〒110-0005 Tokyo, 台東区上野7−1−1 アトレ上野1階 yang terletak di dalam bangunan shopping complex di seberang jalan. Setelah membeli beberapa helai t-shirts, kami berehat sebentar di sekitar shopping complex di mana terdapat kemudahan toilet sambil berlegar-legar meninjau kedai-kedai pakaian, elektronik, café dan berbagai lagi yang ada antaranya sedang menawarkan promosi diskaun. Setelah itu, kami keluar menuju ke arah pasar malam Ameyoko lalu makan di kedai makanan arab yang menjual  kebab daging dan ayam halal. Setelah selesai makan kami berjalan ke station untuk pulang ke apartment.

Day 4 –Tiket Hokuriku di Tokyo Station, Kemeriahan taman tema Disneysea dan berjalan di Takesheta Street, Harajuku

Pada pagi cuti hari minggu 18 December 2016, kami bangun awal pagi dan menyediakan sarapan dan bekal untuk dibawa ke Disneysea. Sebelum itu, kami perlu singgah di Station Tokyo untuk menukarkan voucher tiket Hokuriku-Takayama Tourist Pass. Tiket Hokuriku-Takayama dibeli di Matta Fair dari booth HIS berharga RM1796 (2A2C) untuk kegunaan di daerah Takayama (Nagano, Takayama, Shirakawago, Karuzawa) sehingga Kansai (Osaka & Kyoto) valid selama 5 hari. Station Tokyo sangatlah besar hinggakkan kami terpaksa berjalan jauh apatah lagi banyak laluan ditutup untuk renovation. Setelah selesai menukarkan voucher yang dikeluarkan oleh agen HIS dengan kad pass tersebut kami bergesa naik train untuk ke DisneySea.

Tiket 72hrs Tokyo Pass kami hanya valid sehingga station Shin-Kaba sahaja. Manakala dari station tersebut kami perlu membeli manual tiket di Ticket Vending Machine (TVM) untuk perjalanan ke Maihama Station. Setibanya di Maihama Station, kami berjalan menuju ke arah station Resort Gateway untuk membeli tiket di Ticket Vending Machine (TVM) berharga Y260/pax untuk menaiki train dihiasi warna-warni background Mickey Mouse ke Disneysea station.
Zoom castle dari jalan utama ke Tokyo Disneyland
Laluan ke Tokyo Disneyland Station
Tokyo Disneyland Station
Ceria menunggu train Mickey Mouse
Train Mickey Mouse circle lane next station - Bayside Station
Di dalam train Mickey Mouse
Zoom the globe di depan Disneysea, Tokyo .....
Pada mulanya kami gementar dan teragak-agak ketika melalui entrance ke taman tema tersebut memandangkan kami ada membawa bekalan makanan yang dimasak sendiri dan juga serunding serta makanan ringan yang lain, namun berasa lega setelah melepasinya tanpa pemeriksaan yang ketat. Setelah masuk kami terkejut melihat ramai pengunjung duduk mengadap tasik rupa-rupanya mereka menanti special event sempena menyambuit krismass. Kami berehat sebentar di bangku di hujung tasik sambil makan bekalan yang dibawa sambil berehat setelah kepenatan berjalan. Setelah itu kami  menuju ke kawasan gua batu dan sampai ke depan station train elektrik. Kami melayan permintaan Baby Aakif yang teruja untuk menaiki train tersebut yang membawa kami ke stationn di Hollywood Town. Di situ kami lihat ramai pengunjung berkerumun menyaksiakan pertunjukan live & komedi dari krew kapal di kawasan lapang dan tidak berapa jauh dari kapal besar mereka. Setelah berlegar-legar menyaksiakn aktiviti di sekitar kawasan itu kami menuju ke Wonderland di mana giliran Along dan adik pula bermain roller coaster. Kami solat di ruang bahagian kerusi mengadap sungai di bawah pokok-pokok yang agak privacy tanpa kelibat orang lalu lalang. 
Pengunjung lepak menunggu special event sempena krismass

Laluan tunnel di kawasan bergua batu
Train elektrik baru tiba di station
Train elektrik membawa kami ke Hollywood Town
Taman zoom the globe di Disneysea.....
 
Tasik Disneysea yang luas
Ais krim Disneysea
Baby AAkif dilema untuk menghabiskan aiskrim
Gian the Travelling Beruang from Malaysia
Baby AAkif dan Gian
Street art lukisan air dilukis spontan oleh pekerja Disneysea
Lampu warna-warni menghiasi kapal berlabuh di Disneysea
Dalam perjalanan dari station subway ke Takeshita Street di Harajuku, kami singgah di sebuah kedai kasut yang tertera banner SALE dan along membeli kasut futsal Nike di kedai tersebut. Setelah sampai di Takeshita Street masing-masing merungut keletihan dan kelaparan lalu kami terlihat signboard kedai makan halal iaitu kedai kebab king di 2nd Floor Foodcout (Halal Chicken Only). Di Takehita Street, kami membeli biskut kapal Y55 limited 20 kotak seorang di mana terpaksalah kami bertiga bergilir-gilir memborong biskut tersebut.  Selepas itu, giliran adik pula untuk memesan gula kapas bersaiz medium tetapi memandangkan waktu perniaagaannya yang hampir tamat peniaga itu dengan ikhlasnya menyediakan gula kapas yang bersaiz extra large special untuk adik. Kami berjalan pulang meredah kesejukan malam dengan perasaan yang sungguh gembira sambil menghabiskan gula-gula kapas tersebut beramai-ramai.
Jangan lupa borong sabun wangian di Lush shop

Sale di kedai kasut
Takeshita Street, Harajuku
Gula-gula kapas giant di Takeshita Street

Willy Wonka choc
Promosi biskut kapal hanya Y55 di Takeshita Street, Harajuku

Pada malam itu kami berehat sambil mengemas barang untuk meneruskan perjalanan dan percutian kami dengan menaiki bas dari Shinjuku ke Nagano pula. Nantikan sambungan keceriaan perjalanan kami seterusnya menuju ke Nagano yang terkenal dengan kolam air panas (Onsen), bermain salji di Ryoo Ski Resort dan melihat Snow Monkey berendam dalam kolam air panas Yamanouchi. Jom……     

No comments:

Post a Comment