Day 5 – Menaiki Bas dari Shijuku Station ke Nagano Station dan Melihat Snow Monkey di Yamanouchi, Nagano
Pada pagi Isnin 19 December 2016, kami bangun awal pagi untuk menyediakan bekal dan berkemas bilik apartment serta membuang sampah-sarap mengikut tong recycle yang disediakan. Setelah memulangkan kunci di dalam peti pos, kami pun keluar mengheret beg menuju ke laluan Exit 2 di Kita-Sando station untuk menaiki train menuju ke Shinjuku. Perjalanan kami pada pagi itu tidaklah tergesa-gesa seperti sebelumnya kerana boleh merancang perjalanan dan route ke Terminal Bas Shinjuku di new South Entrance Station. Kami akan menaiki bas dari Shinjuku menuju ke Nagano Station yang akan mengambil masa sekitar 4 jam. Reservation untuk Highway bus ekspress tersebut juga kami telah tempah di web https://www.highwaybus.com/gp/foreign/frgReserveComplete dan print slipnya. Kami terus ke kaunter untuk menukarkan printed reservation dengan tiket bas dengan membayar harga Y3900 (Adult) dan Y2900 (Child). Bas kami akan bertolak ke Nagano Station tepat pada pukul 6.45am di pintu C7.
Tiba awal di Terminal Bas Shinjuku
Ramai penumpang sedang menunggu bas
Koridor platform bas di Terminal Bas Shinjuku
Bangunan JR Station Shinjuku South Entrance
Platform C7 untuk naik bas menuju ke Nagano Station
Bas ekspress dari Terminal Bas Shinjuku ke Nagano Station
Bas berhenti di R&R yang mempunyai kedai serbaneka, café,
toilet dan kemudahan lain untuk pengguna highway. Setelah bas berhenti di
beberapa hentian, akhirnya kami sampai ke Nagano Bus Terminal (Bus Stand) yang
bersebelahan dengan Nagano Station. Cuaca di Nagano sangat sejuk walaupun telah
menjelang tengahari sekitar jam 10.30am. Dari bus stand kami melintas jalan
menuju ke Nagano Station yang agak besar. Kami mencari signboard ke arah train Nagaden
Nagano Station terletak di aras bawah tanah/subway.
Bas akan berhenti di hentian terakhir bus stand Nagano Station
Nagano Station
Setelah membeli tiket pergi balik Nagano Electric Railway
(Nagano Dentetsu line) dari Nagano Station ke Yudanaka Station di Ticket Vending
Machine (TVM) berharga Y1260/RM40/pax, kami pun bergegas masuk ke terminal dan
kebetulan siren train berbunyi menandakan ia akan bertolak beberapa saat sahaja
lagi sekitar jam 10.46am. Di gerabak kami terdapat seorang Mat Saleh mungkin
solo traveller yang juga meluru masuk ke dalam train. Kami disajikan
permandangan ladang yang luas dan di kejauhan kelihatan gunung yang tinggi dan
kelihatan ada bahagian yang diseliputi salji putih. Setelah sampai di station Shinshu
Nakano, ada pengumuman dalam Bahasa Jepun dan kami telah ketahui dari awal lagi
melalui maklumat di internet yang penumpang perlu transit ke train lain untuk
meneruskan perjalanan ke Yudanaka. Kami memberitahu Mat Saleh tersebut yang
train itu akan stop dan sekiranya ingin ke Yudanaka perlu transit ke train di
terminal sebelah sahaja. Beberapa minit kemudian train tersebut memulakan
perjalanan menuju ke Yudanaka Station.
Di dalam train Nagano Electric Railway (Nagano Dentetsu line)
View rail track dari dalam Nagano Electric Railway (Nagano Dentetsu line)
Setibanya train di Yudanaka Station, kami mencari locker
untuk meninggalkan beg kami sementara menunggu waktu check-in ke hotel sekitar
jam 3.00pm nanti. Di station Yudanaka terdapat kemudahan locker (caj min. Y300),
Tourist Centre , kedai kiosk serbaneka, café dan toilet manakala terminal bas
dan teksi hanya di depan station sahaja. Kelihatan bas menuju ke Snow Monkey
telah pun sedia untuk bertolak pada jam 1.21pm. Pekerja di Tourist Centre
menawarkan agar kami meninggalkan beg di dalam bilik Tourist Centre sahaja dan
menyuruh kami terus menaiki bas ke Snow Monkey dan meminta kami mengambil
luggage di Tourist Centre sebelum ditutup sekitar jam 6.00pm nanti. Kami terus
membeli tiket berharga Y210/pax di kaunter dan menaiki bas yang telah sedia
untuk bertolak.
Map hotel-hotel di sekitar Shibu Onsen, Yudanaka
Timetable bas dari Yudanaka Station ke Kanbayashi via Snow Monkey/Shibu Onsen
Map laluan pejalan kaki dari bus stand A ke Snow Monkey Park
Setelah melalui jalan yang kecil di pekan Yudanaka tanpa
sebarang kesesakan lalulintas kami pun sampai di bus stand A. dari situ kami
perlu berjalan sejauh lebih kurang 2km untuk sampai ke Snow Monkey Park. Kami
berjalan dalam keadaan cuaca yang sejuk menaiki bukit dan menyusuri jalan tanah
becak dan ada ditakungi air selepas hujan. Kami perlu berhati-hati dengan
keadaan jalan yang licin dan melangkah lopak air yang berselut. Kelihatan juga
di bahagian atas bukit dan daun-daun pokok ditlitupi salji yang putih.
Signboard Snow Monkey Park
Jalan-jalan menuju ke Snow Monkey Park...
Antara aksi-aksi di Snow Monkey Park...
Setelah sampai di kaunter tiket di puncak bukit kami pun
membeli tiket masuk berharga Y500/RM15/pax. Setelah itu kami menuju ke kolam di
mana terdapat banyak Snow Monkey berendam sementara ada juga kelompok yang
menguis-nguis salji kecil untuk dimakan. Setelah merakan dan zoom gelagat dan
aksi Snow Monkey berendam di dalam kolam air panas kami pun beredar semula ke
kedai souveniour berhampiran kaunter tiket tadi untuk membeli beberapa
souveniour dan juga poskad untuk dikirimkam buat anak rakan. Sorry sis... kami terlupa menulis nama pengirim dan menjadi suatu tanda tanya sehingga kini....
Dalam perjalanan balik menuju ke bas stand kami singgah di Enza
Café untuk menghirup kopi panas terlebih dahulu dan di café ini juga ada dijual
makanan halal yang boleh dicuba untuk mengalas perut setelah penat berjalan
naik dan turun bukit.
Stop dan minum kopi di Cafe Enza
Memandangkan kami terpaksa menunggu lama sekiranya ingin
menaiki bas kembali ke Yudanaka Station kami mengambil keputusan untuk berjalan
sahaja menuju ke hotel Nozaru yang hanya 20 minit sahaja dari bus stand
tersebut. Kami check in hotel Nozaru yang terletak di 2034
Hirao, Yamanouchi, Shimotakai District, Nagano Prefecture, Japan yang berkonsepkan gaya hidup rumah
ninja. Bilik tersebut telah kami tempah di Booking.com berharaga Y19,200/RM773
(Family) untuk 2 malam. Pengunjung dikehendaki membayar city tax sekitar
Y150/pax di sesetengah pekan dan bandar di Jepun dan pastikan semasa anda
membuat tempahan lagi. Kami terserempak dengan Mat Saleh yang menaiki train ke
Yudanaka Station tadi rupa-rupanya dia pun menginap di hotel tersebut. Setelah
berehat, kami turun ke kaunter reception dan meminta staff hotel memanggil
teksi untuk membawa kami ke Yudana Station bagi mengambil beg yang ditinggalkan
di Tourist Centre tadi. Setibanya di station, kami berjumpa pekerja di Tourist
Centre teresebut dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menawarkan tempat
simpanan percuma serta menjaganya. Arigatou gozaimasu Sis… Jasa baik anda tetap
dikenang…..
Bilik ala ninja di Hotel Nozaru
Hentian bas di jalan utamaa berdekatan Hotel Nozaru
Setelah sampai di perkarangan hotel Nozaru kami membayar
tambang teksi pergi balik sekitar Y2100. Kami makan masakan yang dimasak
sendiri kerana susah mencari kedai makanan halal di pekan Yudanaka. Setelah itu
kami berehat setelah mengharungi perjalanan lama menaiki bas dan mendaki bukit
ke Snow Monkey Park namun kami tidak sabar menunggu keesokan harinya untuk
bermain salji di Ryoo Ski Park pula.
DAY 6 –Bermain salji di Ryoo Ski Park
Pada pagi Selasa 20 December 2016, kami bangun awal pagi dan
menyediakan sarapan dan bekal untuk dibawa ke Ryoo Ski Park. Kami berjalan menuju ke jalan utama untuk menaiki bas menuju ke Yudanaka Station. Bas di pekan Yudana bersaiz comel-comel belaka dan kita merasa amat selamat dengan kaedah pemanduan yang santai (tambang bas Y210/pax sehala). Terdapat kemudahan
shuttle bas secara percuma membawa kami dari Yudanaka Station ke Ryoo Ski Park yang
mengambil masa hanya sekitar 30 minit sahaja.
Timetable shuttle bas dari Yudanaka Station ke Ryuoo Ski Park
Setelah sampai di bangunan pengurusan Ryoo Ski Park, kami
langsung ke kedai peralatan sukan di sebelah bangunan tersebut yang menjadi
kaunter pertanyaan juga kerana pekerjanya boleh berbahasa Inggeris. Kami
membeli pakej untuk naik ropeway ke puncak gunung di park tersebut berharga Y9,000
untuk 1-Day Ticket (Family 2A2C). Terdapat juga Adventure Kid Park tetapi
ditutup pula di mana tiketnya berharga Y800/pax. Terdapat kemudahan toilet,
café, kedai-kedai peralatan sukan dan kedai souveniour di bangunan pengurusan
utama 2 tingkat tersebut. Setelah berehat kami naik ski bus yang beroda kabel
untuk membawa kami ke station ropeway yang tidak berapa jauh dari bangunan
pengurusannya. Setelah beberapa minit menunggu kami pun menaiki ropeway yang
bersaiz agak besar dan kelihatan ramai pelancong asing juga membawa peralatan
ski yang lengkap untuk bermain ski di beberapa lokasi yang disediakan di puncak
park tersebut. Semasa menaiki ropeway kami disajikan dengan permandangan tanah
tinggi yang kesemuanya diselaputi salji putih dan tebal dan kelihatan ramai
pengunjung yang bermain ski.
Ski bas yang membawa kami ke station ropeway
Menunggu kereta ropeway untuk naik ke atas
View sekitar Ryuoo Ski Park
Timetable ropeway turun ke station bawah
Setelah hampir 15 minit menaiki ropeway kami pun tiba di
station puncak park tersebut dan terdapat juga menara platform untuk meninjau
dan melihat aktiviti ski di lereng bukit dan kawasan yang lebih rendah. Tidak
berapa jauh dari station tersebut terdapat cafeteria tertutup yang luas untuk
kemudahan para pengunjung. Kami berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut
sambil zoom foto keluarga berlatarbelakangkan salji dan binaan snow man.
Detik-detik keriangan bermain salji di Ryuoo Ski Park......
Kami berehat sambil minum kopi refill yang dibeli di café
sambil melihat salji yang mula turun manakala anak-anak keluar masuk café untuk
bergilir-gilir bermain salji di luar. Setelah puas bermain salji kami pun turun
semula ke station ropeway di bawah dan menunggu ski bus untuk membawa kami ke
bangunan pengurusan Ryoo Ski Park semula. Kami menunggu shuttle bas dan menaikinya pada jam 4.00pm untuk balik
ke Yudanaka Station. Sesampainya di station, kami menaiki teksi untuk balik ke
hotel Nozaru dengan tambang sekitar Y1100/RM20. Kami sempat solat jamak di
bilik hotel dan meminta staff hotel membuat reservation teksi yang akan membawa
kami awal pagi esok ke Yudanaka Station untuk menaiki train yang paling awal menuju
ke Nagano Station. Kami tidur nyenyak dalam cuaca sejuk malam itu bagaikan masih
terasa berada di kawasan salji Ryoo Ski Park…… Hehe. Kepada yang teringin berendam di kolam air panas (onsem) di hotel Nozaru carilah masa yang sesuai ye kerana anda hanya boleh bertuala di tempat tertentu sahaja. Hmmmm......
Day 7 – Perjalanan train dari Nagano Station ke Matsumoto
Station dan bas dari Matsumoto Station ke Takayama serta berjalan menghirup
udara nyaman di Hida Furukawa, Takayama
Pada pagi Rabu 21 December 2016, kami keluar awal pagi dan
teksi telah pun sedia menanti kami dengan caj Y1100 sehala. Kami membelah cuaca sejuk pagi itu tanpa
kesesakan lalulintas pun dan sampai awal di Yudanaka Station. Kami menaiki
train setelah gate dibuka dan semakin mendekati Nagano Station semakin ramai
penumpang memasuki train sehinggakan bersesakan di mana masing-masing ingin ke
tempat kerja atau sekolah.
Platform train di Nagano Station
Permirksaan tiket train (Wide-View) shinano
Di Nagano Station kami membeli tiket berharga Y3480(Adult) & Y1240(Child) untuk train (Wide-View) shinano
No. 2 (Nagano Limited Ekspress) ke Matsumoto dengan bantuan staff yang berdiri di entrance gate lalu bergegas ke Track 6. Train (Wide-View) shinano No. 2 tujuan ke Nagoya membawa kami
meninggalkan Nagano menuju ke Matsumoto Station. Setelah keluar dari Matsumoto
kami berjalan mengikut signboard ke arah jalan besar lalu cepat-cepat melintas ke Terminal Bas
Matsumoto di seberang jalan tersebut.
Matsumoto Bus Terminal
Tiket bas Alpico dari Matsumoto ke Takayama
Ruang menunggu di Matsumoto Bus Terminal
Platform di Matsumoto Bus Terminal
Bas melalui tunnel dalam perjalanan ke Takayama
Setelah membeli tiket bas dari Matsumoto
Station ke Takayama berharga Y3,190 (Adult) dan Y1,600 (Child 6-12 tahun) kami
pun berehat di ruang menunggu bersebelahan kaunter tersebut. Di bangunan
terminal tersebut terdapat hypermarket dan toilet untuk kemudahan awam. Kami menaiki bas di Gate 10 pada jam 11.05am meninggalkan Matsumoto Station menuju ke Takayama
Station mengambil masa perjalanan selama 2 jam setengah. Setelah sampai di Takayama
Station pada pukul 1.30pm kami melintas jalan menuju ke hotel Country Takayama hanya di seberang
jalan sahaja terletak di alamat Hanazatocho 6-38 (花里町6-38), Takayama, 506-0026 (高山市), Japan. Kami menempah hotel
tersebut di Booking.com berharga Y10,800/RM407 (Family) untuk 2 malam. Kami
memilih hotel berdekatan dengan terminal bas untuk memudahkan perjalanan
menaiki bas keesokannya ke Shirakawago pula. Setelah meninggalkan luggage di
kaunter hotel tersebut kami kembali ke train station untuk ke kampung Hida Furukawa
dengan mula menggunakan pass Takayama-Hokuriku Travel valid selama 5 hari.
Station Hida Furukawa
Signboard map Hida Furukawa
Dataran di depan Station Hida Furukawa
Menyusuri Setogawa Canal yang bersih airnya di Hida Furukawa.......
Ikan-ikan koi dipindahkan ke kolam besar dekat Masushima Castle......
Di Station Hida Furukawa, kami mengambil map yang terdapat di
station tersebut lalu keluar menyusuri jalan sambil mencari ikan koi (carp) di Setogawa Canal (longkang)
sejak dari tahun 1968 lagi seperti yang dipaparkan di media sosial. Kami terbaca nota yang diletakkan di
tepi longkang tersebut menyatakan bahawa ikan-kan koi tersebut telah
dipindahkan ke kolam sepanjang musim sejuk dan hanya berenang-renang bebas di canal dari bulan April hingga November sahaja. Mengikut kisahnya 400 tahun lalu air diambil dari air takungan air di parit yang menjadi benteng Masushima Castle untuk mengerjalan ladang-ladang tanaman. Kami tidak melepaskan peluang untuk
mengambil gambar di beberapa view yang cantik di sekitar Hida Furukawa. Setelah
menghampiri kawasan astaka kami solat jamak di suatu sudut astaka tersebut.
Kami berpatah balik ke station dan menuju pula ke arah Masushima Castle dan bertuah kerana dapat melihat ikan-ikan koi bersaiz besar di dalam kolam
besar di tepi castle tersebut. Setelah itu, kami berpatah balik ke station untuk balik
ke hotel lalu check-in dan berehat di hotel tersebut. Sebelum itu kami singgah
di kedai serbaneka yang terletak di bahagian bawah hotel tersebut untuk membeli makanan dan minuman halal.
Menu tomyam di restoran thai Thaniyapon (Halal)
Menjelang malam kami turun semula mencari restoran halal yang
kebanyakan ditutup pula sehinggalah kami sampai ke restoran thai Thaniyapon yang
diusahakan oleh pasangan suami isteri dari Jepun dan Thailand terletak di 1 Chome-15 Hanaokamachi, Takayama, Gifu Prefecture 506-0009, Japan. Menu di hotel tersebut sangat sedap
dan recommended untuk dicuba ye. Restoran itu agak sempit dan kami bertuah
kerana datang awal dan tak perlu menunggu lama kerana ada 2-3 group pelancong
kebanyakannya dari asia perlu menunggu giliran untuk makan malam. Kami langsung
balik ke hotel untuk berehat dan merancang untuk turun awal keesokannya untuk ke
pasar pagi di Takayama.
Day 8 – Bersiar-siar ke Miyagawa Morning Market & Jinya-mae
Morning Market di Takayama dan jalan-jalan di Shirakawago.
Pada pagi Khamis 22 December 2016, setelah bangun breakfast
ala kadar dengan makan onigiri dan
sandwich dibeli di kedai serbaneka. Setelah itu kami keluar berjalan dalam
keadaan cuaca pagi yang cerah dan sejuk menuju ke Miyagawa morning market. Pasar
pagi ini terletak di tepi Sungai Miyagawa di Old Town dan air sungai tersebut
sangat jernih sehinggakan kelihatan dari jauh ikan-ikan koi berwarna warni. Kami
sampai terlalu awal kelihatan peniaga baru mengemas gerai masing-masing sebelum
memulakan perniagaan. Setelah meninjau-ninjau pasar pagi tersebut kami
berrgegas menuju ke pasar pagi Jinya-mae Market di depan Takayama Jinya pula.
Kami singgah untuk bergambar di jambatan merah dalam perjalanan ke situ. Kami
hanya berjalan-jalan di sekitar pasar pagi yang kebanyakannya menjual
hasil-hasil tanaman dan juga barang kraftangan temapatan. Ketika hujan mula
turun rintik-rintik kami bergegas balik ke hotel check-out dan terus ke
terminal bas Takayama. Tips - Pasar pagi dibuka bermula jam 6.00am kebiasaanya tetapi di musim sejuk dibuka bermula jam 7.00am.
Peniaga mula berkemas membuka gerai di pasar pagi
Air sungai Miyagawa yang jernih dan kelihatan ada ikan-ikan koi
Cili kering
Jambatan merah dekat Jinya-mae Morning Market
Di terminal bas Takayama kami adalah antara penumpang yang awal beratur menanti bas Nohi ke Shirakawago kerana tempat duduk bas
tersebut adalah free seat serta first come first serve basis. Bas bergerak
sebaik sahaja bas penuh meninggalkan penumpang yang kelihatan masih ramai dan
terpaksa menunggu bas berikutnya pula. Kami mengambil keputusan untuk membuat
reservation untuk bas seterusnyya ke Kanazawa nanti di terminal bas Shirakawago
bagi melancarkan program percutian kami.
Gambar terminal bas Nohi Takayama
Bas bergerak dengan kelajuan yang sederhana melalui jalan
sempit dan gunung ganang dan berhenti di suatu hentian di pergunungan. Setelah menempuhi
perjalanan bas selama hampir sejam, kami selamat sampai ke Shirakawago dalam
keadaan hujan lebat ketika itu. Setelah itu, kami mencari locker untuk
menyimpan semua luggage dan janganlah gusar sekiranya semua locker penuh kerana
pengujung boleh meninggalkan luggage mereka juga di dalam kawasan pejabat
terminal bas tersebut. Caj untuk locker sekitar Y800. Kami ke kaunter untuk membuat reservation bas yang akan
membawa kami ke Kanazawa petang nanti.
Terminal bas Nohi Shirakawago
Kami telah pun siap membawa payung dan juga ponco dan terus
berjalan-jalan meninjau kawasan Shirakaawago sambil mengambil foto di spot-spot
yang menarik seperti 3 buah rumah beratap jerami yang cantik dan sering dishare
di laman media sosial. Oleh kerana keadaan hujan yang semakin lebat kami
mengambil keputusan berpatah balik ke station lalu ke kaunter untuk menaiki bas
yang lebih awal.
Zoom view menarik di sekitar Shirakawago.......
Menjelang senja kami pun sampai di
Kanazawa station lalu terus berjalan menuju ke hotel di Kanazawa. Rupa-rupanya
kami tersalah hotel kerana pergi ke hotel MYSTAYS Kanazawa Castle yang terletak di alamat 〒920-0852 Ishikawa Prefecture, 金沢市此花町Konohanamachi, 10, 17 manakala hotel yang kami tempah pula adalah
HOTEL MYSTAYS Premier Kanazawa (ホテルマイステイズ金沢) – Kanazawadi, terletak di alamat Hirooka
2-13-5 / 広岡 2-13-5,
Kanazawa, 920-0031, 金沢市, Japan. Hotel Mystays Premier Kanazawa kami tempah di
Booking.com berharga Y9,900/RM388 semalam.
Hotel MYSTAYS Premier Kanazawa
Bilik yang luas dan cantik
Sempat makan ni je sebagai alas perut sebelum tidur
Bilik di hotel tersebut memang cantik dan luas
untuk 4 single bed. Kami check-in lalu makan bekalan yang dibeli di kedai
serbaneka sambil berehat dan tidur nyenyak setelah seharian berjalan. Ikuti
kisah percutian kami lagi ke Kyoto dan Osaka pula di siaran akan datang dengan
pengalaman menaiki romantic train, bamboo grove dan Fushimi Inari Shrine di
Kyoto dan jalan-jalan cari makan di restoran ramen Honolulu yang halal serta keriangan di taman tema USJ Osaka. Jom……
No comments:
Post a Comment