Monday, 4 November 2024

Korea : 25 August 2023 – 5 September 2023 (Trip 1 - Road To Korea 2023 - Part 2) – Korea, Joseon Kami Datang… Seongsan City, Jeju City dan Seoul City

DAY 6 – JALAN-JALAN DI JEJU – Jalan-jalan dari Seogwipo ke Seongsang

Pada awal pagi Rabu 30 Ogos 2023, kami solat subuh dan masak nasi goreng untuk breakfast pagi itu sementara hujan yang turun semula di awal pagi mula reda. Sambil makan kami juga bersiap dan berkemas untuk keluar checkout lebih kurang pukul 9.00am. Kami berjumpa penjaga rumah pension tersebut di kaunter hotel sebelum meninggalkan Seogwipo untuk menuju ke arah Seongsang. Pada pagi itu kami akan singgah di Jeju Folk Village terelebih dahulu yang alamatnya terletak di 631-34 Minsokhaean-ro, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea di mana berada di tengah perjalanan menuju ke Seongsang. Kami memandu berhati-hati kerana jalan licin di dalam keadaan hujan yang renyai-renyai sedari awal pagi dan seaik tiba di parking, masing-masing memakai raincoat yang nipis (mudah dibeli di kedai serbaneka) dan payung plastik (juga dibeli di kedai serbaneka).

Kami berjalan masuk menuju ke kawasan kaunter untuk membeli tiket untuk masuk dan diberi voucher untuk membeli minuman di café yeng terletak di situ. Kami berjalan masuk ke perkampungan tersebut dan mengambil gambar berhadapan dengan air terjun.  Café tersebut terletak bertentangan dengan air terjun itu tetapi kami mengambil keputusan untuk singgah di café bagi membeli minuman kopi dan air mineral semasa keluar di waktu balik nanti.    

 


Bergambar air terjun di jalan masuk ke Jeju Folk Village

Terdapat kemudahan tram yang menunggu para pengunjung berhampiran dengan kaunter tiket tersebut. Kami memilih untuk berjalan kaki sahaja untuk masuk ke kampung tersebut agar dapat sampai ke semua kawasan perumahan di situ. Semua rumah di situ hanya diletakkan model-model dan tidak didiami oleh manusia seperti rumah di Seongeup Village Folk.
















Suasana model di Jeju Folk Village


Mencuba model di Jeju Folk Village

Kami berjalan menyusuri jalan utama di kampung tersebut yang merupakan jalan utama berbentuk satu pusingan mengelilingi kampung sambil berhenti di rumah-rumah yang dahulu dirikan bagi tujuan berfungsi sebagai kedai, sekolah, pejabat dan sebagainya. Kami juga berhenti di toilet sebelum melangkah keluar dan singgah di café untuk membeli air mineral dan kopi.

Kami meneruskan pemanduan menuju ke Seongsang dan masuk ke arah bandar untuk singgah di Goseong 5-days Market yang terkenal dengan lokasi shooting k-drama Our Blues. Pasar tersebut terletak di Seogwipo-si, Seongsan-eup, Goseong-ri 1188-2. Namun kami dapati bahawa pasar tersebut tidak beroperasi pada hari itu dan hanya beroperasi dan dibuka 5 kali sahaja dalam sebulan. Kami meninjau-ninjau di dalam pasar yang kosong di mana hanya terdapat rak-rak untuk penjaja meletakkan barang-barang jualan masing-masing.


Our Blues - kisah persahabatan akrab orang Jeju & Haenyeo







 Pasar Goseong (Lokasi shooting K-drama Our Blues)

Setelah berlegar-legar di sekitar pasar yang kosong sambil mengambil gambar, kami meneruskan pemanduan dengan merujuk kepada apps Naver menuju ke arah kawasan berbukit Seopjikoji yang terletak di Seopjikoji-ro, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea. Kalau di Malaysia kita boleh menyamakan kawasan ini seperti di Tanjung Simpang Mengayau (Tip of Borneo) di Kudat, Sabah.      

 







Keindahan Laut Yang Sungguh Memukau di Seopjikoji

Setelah keletihan memanjat bukit di Seopjikoji, kami pun turun dan berehat sekejap di kawasan parking kereta sebelum meneruskan pemanduan menuju ke jalan tepi pantai view terus ke lautan luas yang melalui kawasan Field of Rapeseed (Yellow flower). Kawasan ini juga merupakan spot utama dalam beberapa k-drama kerana pada musim bunga terdapat banyak bunga-bungaan kekuningan yang mekar dan sangat cantik permandangannya.

Dari jalan tepi pantai tersebut kami memandu menuju ke sebuah restoran seafood yang tersenarai di dalam Muslim Friendly Restaurant oleh KTO iaitu Restoran Seafood Jeju Ttukbaegi (제주뚝배기) yang terletak di 255, Ilchul-ro, Seogwipo-si, Jeju-do. Kami masuk dan cepat-cepat pekerjanya membawa menu untuk kami pilih lalu kami pun memesan menu yang famous dan nampak sedap di restoran itu.  

 


Abalone yang menjadi tangkapan Haenyeo






Menu Korean style untuk lunch di Seongsan

Setelah pesanan dihidangkan penuh meja, kami mengambil gambar menu-menu masakan seafood Korean style tersebut. Memang sedap dan enak masakan Korean style bagi penggemar makanan korea yang selalu kelihatan di dalam k-drama series hinggakan banyak restoran korea telah pun dibuka di Malaysia dan di sekitar Greater KL.

Setelah siap menjamu selera kami pun memandu dalam jarak tak sampai pun 500m dari restoran tersebut untuk ke Seongsan Ilchibong. Kami parking kereta secara percuma dan berjalan menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket. Terdapat juga kiosk di mana menerima pembayaran secara kad kredit. 
























The top of Seongsang Ilchibong

Kami melalui kaunter pemeriksaan tiket untuk terus ke laluan menuju puncak gunung tersebut. Ada juga laluan percuma yang hanya boleh sampai ke kawasan di mana Haenyeo membuat pertunjukan pada jam 2.00 pm. Kami menguatkan semangat untuk memanjat tangga-tangga yang agak curam untuk sampai ke puncak bukit Seongsan Ilchibong. Akhirnya kami berjaya juga menakluki puncak Seongsan Ilchibong setelah beberapa kali berhenti rehat mengambil kudrat dan semangat sehinggakan kebasahan baju akibat peluh yang keluar mencurah-curah. Kami berada di pelantar tinjau (platform) sekitar 15 minit di puncak bukit tersebut sambil mengambil beberapa gambar view ke arah bandar Seongsan dan juga ke lautan yang luas terbentang. 

Setelah hilang rasa kepenatan, kami pun berjalan menuruni tangga di laluan yang khas untuk turun sahaja dan juga terpaksa berhenti rehat beberapa kali sebelum sampai ke bahagian bawah lantas terus menuju ke kawasan haenyeo show pula. Oleh kerana faktor cuaca dan ombak bergelora show tersebut terpaksa dibatalkan. Kami hanya mengambil gambar sahaja di situ sebelum berjalan keluar menuju ke parking kereta.

Kami memandu meninggalkan bandar Seongsan untuk menuju ke Yongnuni Oreum yang terletak di 39 Jongdal-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do, South Korea. Yongnuni Oreum adalah merupakan kawasan padang rumput berbukit yang luas dan menghijau. Kami hanya meninjau dari parking sahaja tanpa memasuki kawasan tersebut kerana masih keletihan mendaki gunung Seongsan Ilchibong tadi. Kami juga hanya melintas kawasan track railbike Jeju yang terletak tak jauh dari Yongnuni Oreum.     

Kami memandu menuju jalan pantai Woljeongri Beach di mana pantai ini juga terkenal sebagai salah satu lokasi shooting k-drama Our Blues dan juga beberapa k-drama yang lain. Kami juga melihat ramai pengunjung  melepak di tepi pantai sambil berkelah dan juga ada yang gembira bermandi-manda.   

Kami meneruskan pemanduan dari pantai tersebut menuju ke Jeju City untuk check-in di Hotel Tong Yeondong Jeju yang terletak di 28, Sajang 1-gil, 63133 South Korea. Kami menempah hotel ini dengan harga RM203.00 / 1 Nights (Booking.com). Kami mengangkut luggage dari kereta menuju ke bilik dan bersolat jamak sebelum turun untuk menghantar kereta kembali ke pejabat Tamra Rental Car. 

Kami berhenti mengisi minyak agar penuh bagi memastikan pemulangan kereta nanti berjalan lancar dan tiada caj tambahan dikenakan. Semasa menghantar kunci kereta techniciannya akan membuat pemeriksaan dahulu dan setelah selesai barulah kami beredar ke bus stop untuk menuju ke shopping mall.

Kami menggunakan apps Naver untuk menaiki bas dengan kad T-Money menuju ke Jungang Underground (UG) shopping Mall yang terletak di South Korea, Jeju-do, Jeju-si, 특별자치도, Ildo 1(il)-dong, 1425-3 KR. Kami sampai ke shopping mall tersebut dan turun ke bahagian UG dan mendapati hanya beberapa kedai sahaja yang masih dibuka sementara rata-rata kedai telah ditutup seawal jam 7 petang tadi.  Sebenarnya tujuan kami adalah untuk membeli t-shirt Jeju, kemeja dan souveniours. Kami berjalan ke pasar Dongmun Traditional Market yang berdekatan dengan salah satu exit 3 UG Shopping Mall tersebut. Kami berjalan-jalan sambil memerhati pengunjung lain membeli makanan dan ada juga gerai buah-buahan di pasar tersebut lalu kami hanya membeli sedikit buah-buahan untuk dimakan di bilik hotel.

 


Jungang UG Shopping Mall dan Dongmun Traditional Market, Jeju

Kami menaiki bas untuk kembali semula ke bilik hotel. Kami masak dinner di bilik hotel sebelum berehat dan berkemas beg untuk bersedia ke airport pada keesekonnya bagi meneruskan pengembaraan kami ke Seoul pula.

 

DAY 7 – JALAN-JALAN DI JEJU & SEOUL - Flight T-Way Jeju ke Seoul & Kemeriahan Jalan-Jalan Bershopping di Seoul

Pada pagi Khamis 31 Ogos 2023, kami bangun awal solat subuh dan menyediakan breakfast sebelum checkout untuk pergi ke airport dengan bas dengan menggunakan kad T-Money yang masih ada bakinya. Setelah sampai di Jeju Airport kami berjalan menuju ke terminal domestik. Kami check-in di mesin kiosk T-Way dan terus ke kaunter untuk drop luggage. Seperti di Busan Airport, di terminal ini juga terdapat mesin kiosk untuk memudahkan penumpang check-in sebelum drop luggage di kaunter. Tiket flight T-Way kami tempah di websitenya dengan harga RM630 sehala (4 Adult 1 Child).  


31 OGOS 2023 - SELAMAT HARI MERDEKA BUAT SEMUA WARGA MALAYSIA



Di Jeju Airport

Kami boarding dan melalui pemeriksaan keselamatan untuk menaiki Flight T708 T'way dari Jeju Airport (CJU) ke Gimpo Airport (GMP), Seoul yang terbang meninggalkan Jeju pada jam 9.45am dan mengambil masa sekitar 1 jam 10 minit untuk sampai ke Gimpo, Seoul. Kami selamat mendarat di Gimpo, Seoul dan mengutip luggage sebelum menuju ke train station.  

Train dari Gimpo Airport ke Seoul City



Simpan Beg at Yellow@Itaewon Guesthouse

Kami menaiki train Line Blue (4001) via 4 menuju ke Gondeok, dan transit train Gondeok Line Brown (647) untuk ke Itaewon (Exit via 3). Kami turun di station Itaewon untuk ke hotel dan meninggalkan luggage kami di hotel tersebut sebelum kembali untuk check-in lewat petang nanti. Dalam perjalanan ke hotel kami ternampak kedai kebab Halal Kebab Sultan yang terletak di 126 Bogwang-ro, Yongsan District, Seoul, South Korea dan kami singgah untuk order kebab bagi melapik perut kerana perlu mengumpulkan tenaga di Seoul untuk berjalan kaki dan mendaki anak tangga dan bukit terutamanya di Itaewon. Kebanyakan konsep restoran kebab di Seoul ini adalah sama seperti kebab di Bukit Bintang di mana kita boleh order di kaunter atau pun di kiosk dengan bayaran cash atau kad kredit.  

Sepanjang di Seoul kami akan check-in di Hotel Yellow@Itaewon Guesthouse, Itaewon yang terletak di 3, Bogwang-ro 51-gil, Yongsan-gu, 04391, Itaewon, Seoul, South Korea, 04391. Kami telah menempah hotel ini dengan harga RM1,242.00 (5 Nights) di website Agoda.com .

Setelah menyimpan luggage di hotel tersebut, kami berjalan kaki semula menuju ke station Itaewon dan singgah di kedai ayam Halal Guys yang terletak di 187 Itaewon-ro, Yongsan District, Seoul, South Korea tak jauh dari stesen tersebut. Sama seperti di kebab, bolehlah order pilihan ayam di kaunter atau pun di kiosk dengan bayaran cash atau kad kredit.  

 




The Halal Guys @ Itaewon

Setelah kekenyagan, kami masih keletihan dan ingin berjalan-jalan santai sahaja di Seoul untuk hari-hari yang berbaki ini. Kami berjalan dengan berpandukan apps Naver lalu menaiki bas menuju ke Myeondong Underground Shopping (UG) Centre, Namdameum Market dan Dongdameum Market. Pada hari pertama kami hanya meninjau-ninjau kedai-kedai yang banyak menjual pakaian, t-shirt, baju kanak-kanak, permainan, kasut, kosmetik, souveniours dan sebagainya. Kami balik ke hotel di Itaewon untuk mengambil luggage dan check-in serta berehat pada petang itu.

Pada sebelah malam kami hanya berjalan-jalan di sekitar Itaewon dan berkesempatan singgah di restoran yang menjadi lokasi shooting k-drama Itaewon Class sebagai Restoran Danbam. Terdapat ramai orang ramai berkerumun di kedai-kedai makan dan pub di sekitar Itaewon. Dari restoran tersebut kami balik ke hotel untuk berehat setelah seharian keletihan berjalan dari Jeju ke Seoul.

 


Itaewon (Lokasi shooting K-drama Itaewon Class)



Lokasi shooting Itaewon Class


DAY 8 – JALAN-JALAN DI SEOUL - Bershopping di Seoul

Pada pagi Jumaat 1 September 2023, kami bangun awal untuk solat subuh dan sambung berehat kerana masih keletihan berjalan-jalan di Seoul. Kami perlu mengumpulkan tenaga memandangkan masih ada beberapa hari lagi baki perjalanan kami di Seoul ini. Kami bangun semula sekitar jam 9.00am dan mandi manda sebelum keluar untuk breakfast di Sultan Kebab yang terletak berhampiran Itaewon Station. Selepas kekenyangan kami berpatah balik semula ke bilik masing-masing kerana ada yang ingin menggunakan toilet sebelum keluar semula menuju ke bus stop. Dengan berpandukan apps Naver kami menuju ke Myeondong untuk jalan-jalan di area tersebut yang menjadi salah satu lokasi tumpuan kaki shopping apabila bertandang ke Seoul.     

 




Sultan Kebab

 

Menaiki bas ke Myeondong

Di Myeondong Underground Shopping (UG) Centre terdapat banyak kedai menjual pakaian seperti T-Shirt, kemeja, stokin dan CD k-pop serta pelbagai barang-barang yang menjadi pilihan para pelancong. Kami berhenti di kedai CT Record yang menjual CD & DVD artis-artis k-pop dengan harga yang amat berbaloi.







Lokasi Bershopping di Myeondong


Kedai CT Record di Myeondong









Namdameum Shopping Street

Setelah berlegar-legar sambil bershopping di Myeondong UG Shopping Center, kami pun berjalan melintasi Myeondong Street mengarah ke Namdameum Market. Setibanya di sana kami solat di Surau Adenan Kebab yang diuruskan oleh peniaga kebab, Adenan Kebab. Setelah bersolat jamak, kami berlegar-legar di Namdameum Street Market untuk membeli pakaian kanak-kanak dan juga souveniours. Di hujung jalan kami singgah di kedai Kristal Benny yang menjual design jarum bunga-bunga kristal untuk tudung Wanita. Menurut Benny kedai dia menjadi tumpuan pelancong wanita dari Malaysia, Singapura dan Indonesia… wah betul-betul terlajak laris….  

Lebuh kurang jam 5 petang kami menaiki train balik ke Itaewon semula dan berjalan menuju ke Restoran Eid Halal Korean Food dan menempah menu-menu masakan Korean style yang enak dan menyelerakan. Kepada penggemar Korean food disaran untuk mencuba menu-menu Korean style bila berada di bumi Korea (Joseon)….







Menu Halal di Restoran Eid, Itaewon

Dari restoran tersebut kami berjalan kaki ke Mesjid Seoul yang terletak beberapa meter sahaja untuk berhenti solat jamak sebelum berjalan ke bus stop untuk ke Namsam Tower, Seoul. Masjid Seoul ini tersegam indah di atas kawasan berbukit di Itaewon dan menjadi persinggahan muslim di Seoul. Semasa kami sampai ke mesjid terdapat juga beberapa orang tempatan yang datang untuk mencari info dan melawat Mesjid Seoul. 







Masjid Seoul di Itaewon

Selepas bersolat, berpandukan apps Naver kami berjalan kembali ke bus stop di Itaewon untuk menuju ke Myeondong. Dari bus stop berdekatan Myeondong Station, kami berjalan mendaki bukit menuju ke stesen kereta kabel dalam jarak sekitar 700 meter. Kami membeli tiket dan beratur di atas tangga ke stesen kereta kabel untuk naik ke puncak gunung di mana tersergam Menara Namsam Tower, Seoul. Terdapat ramai pengunjung di dalam sinaran lampu street lighting dan juga spotlight di kaki Menara Namsam tersebut. Kelihatan banyak keylock yang dipasang oleh pengunjung terutamanya golongan remaja diletakkan di pagar di keliling gunung tersebut. Kenangan kami menaiki kabel car(ropeway) di Nagano, Jepun di link - Cable car  Ryuoo Ski Park, Nagano





Perjalanan ke Seoul Tower di Myeondong


Menaiki cable car ke Namsam Tower









N Seoul Tower

Kami menaiki semula kereta kabel untuk turun semula ke Myeondong lalu menaiki train untuk balik ke Itaewon. Setibanya di bilik hotel kami hanya makan makanan yang dibawa untuk mengalas perut ketika berehat sebelum nyenyak tidur akibat keletihan berjalan dan bershopping di Myeondong dan Namdameum, Seoul. 

 

DAY 9 – JALAN-JALAN DI SEOUL – Bersiar-Siar di Seoul City

Pada pagi Sabtu 2 September 2023, kami bangun solat subuh dan berehat di bilik lagi untuk mengumpul tenaga dan semangat bagi meneruskan aktiviti selanjutnya memandangkan banyak menggunakan tenaga berjalan kaki menapak untuk ke sesuatu destinasi. Kami menyediakan breakfast untuk menghabiskan bekal yang kami bawa. 

Setelah selesai breakfast kami berjalan menuju ke train station Itaewon untuk ke Gyeongbokgung Palace. Kami memasuki pintu gerbang istana tersebut dan meluru ke kaunter tiket. Setelah membeli tiket kami pun masuk ke kawasan istana di celah-celah pengunjung yang ramai berduyun-duyun dan ada juga yang baru sampai dan masuk bersama-sama kami ke dalam kawasan istana. Masing-masing sibuk snap gambar istana dan juga bangunan-bangunan lain yang terdapat di dalam kawasan itu.

 




















Berkunjung ke Gyeongbokgung Palace

Dari Gyeongbokgung Palace kami berjalan kaki keluar dari gate sebelah kiri sekali dan berjalan jauh lebih kurang lebih 1 km untuk ke Bukchon Hanok Village. Kami sempat singgah di Café Osulloc, Seoul di dalam perjalanan menuju ke Bukchon Hanok Village. Setelah sampai kami beratur membeli tiket dan masuk di celah-celah pengunjung yang berkerumun di pintu utama masuk ke kampung tersebut. Ada beberapa pekerja yang memakai vest memantau setiap check point untuk memastikan pengunjung yang ramai itu tidak membuat bising dan menganggu ketenteraman penduduk di situ. Kami berjalan ke setiap lorong di celah-celah rumah sambil mengambil gambar di bangunan-bangunan yang kebanyakannya mempunyai design kebudayaan ala zaman Joseon.











 Meninjau kebudayaan Korea di Bukchon Hanok  Village

Menjelang waktu petang kami menuju ke Restoran Halal BusanJib dan memesan menu-menu ayam goreng mengikut selera budak-budak. Kelihatan kebanyakan meja tersebut dipenuhi oleh pengunjung muslim kerana restoran ini menjadi pilihan utama pelancong Asia dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Berunai. 





Manikmati ayam goreng BusanJib

Setelah itu, kami menaiki train dari Myeondong menuju ke train Samseong (World Trade Center) dan berjalan kaki berpandukan apps Naver menuju ke bangunan World Trade Center dan COEX Mall. Kami teruja apabila sampai di kawasan Gangnam yang merupakan tempat elit dipenuhi dengan bangunan pencakar langit. Kami terus masuk ke Starfield Library yang terletak di aras bawah bangunan Starfield COEX Mall tersebut. Kelihatan banyak buku-buku tersusun sama tinggi dengan ketinggian ruang library tersebut…. Nahhh…. Inilah tempat yang dikatakan hanya menjadi tumpuan untuk ulat-ulat buku sahaja…..




Starfield Library, Gangnam

Setelah membelek-belek beberapa buah buku sambil bersandar di kerusi empuk serta sesekali bangun untuk mengambil beberapa buku-buku yang lain, kami pun mengambil keputusan untuk keluar dan menaiki bas untuk balik ke Itaewon. Kami masak makanan yang dibawa dan berehat memandangkan esok kami perlu bangun awal untuk menerokai Nami Island yang famous sebagai lokasi shooting k-drama Winter Sonata.

 

DAY 10 – JALAN-JALAN DI SEOUL – Welcome to Nami Island Country

Pada hari Ahad 3 September 2023, kami bangun awal solat subuh dan sambung berehat memandangkan masih terasa keletihan dan kelesuan sebelum bangun sekitar jam 9.00am untuk menyediakan breakfast. Setelah breakfast kami turun berjalan menuju ke stesen Itaewon untuk menaiki train ke Nami Island. Kami menaiki train di Itaewon Station menuju ke Sinnae Station (6hoseon648) dan transit di stesen itu menuju ke Gapyeong (gyeongchunseon1830). Semasa di transit stesen tak ramai orang yang menunggu train di platform memandangkan stesen ini terletak di pinggir Seoul City. Apabila sampai di Gapyeong Station, kami melintas jalan untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke Station Nami Island. Ada beberapa bas yang menuju ke sana dan ditunjukkan di dalam apps Naver. Ada juga pengunjung yang mengejar masa boleh sahaja menggunakan teksi yang lalu lalang di hadapan station tersebut. 









Train ke Gapyeong Station

Kami turun dari bas tersebut apabila sampai di station berdekatan dengan terminal ferry ke Nami Island. Kelihatan terdapat pengunjung yang berani menggunakan tali luncur sedang menjerit sambil menyeberangi tasik untuk ke Nami Island. Terdapat kemudahan membeli tiket secara tunai di kaunter atau secara kad kredit di kiosk bersebelahan kaunter. Setelah mendapatkan tiket, kami beratur untuk menaiki ferry yang tiba beberapa minit selepas menunggu. 





Feri ke Nami island

Kami menaiki ferry yang mengibarkan bendera-bendera negara dan kami berdiri dengan kagum bergambar berdekatan dengan Jalur Gemilang yang berkibar megah ditiup angin di sepanjang ferry bergerak meninggalkan terminal menuju ke Nami Island.

Apabila tiba di jetty Nami Island, kami langsung ke pusat informasinya untuk mengambil peta lokasi kerana kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja walaupun ada perkhidmatan tram yang tersedia menanti para pengunjung.  

Kami berjalan di antara pokok-pokok pine yang tersusun berbaris melalui taman-taman bunga, anak-anak sungai dan kolam yang dipenuhi bunga-bunga seperti lotus dan sebagainya. Nami Island terkenal sebagai lokasi shooting beberapa k-drama seperti Winter Sonata dan banyak lagi.


Nami Island (Lokasi shootingk-drama Winter Sonata)













Keindahan Nami Island


Railbike di Nami Island

Kami menempah basikal untuk berkayuh di jalan-jalan sekitar Nami Island dan juga menaiki railbike bagi menyaksikan view dari atas terasa sangat gayat di mana aras railbike itu setinggi pokok pine. Haha….

Setelah kepenatan mengayuh basikal dan railbike, kami memasuki Restoran Dongmun (Asian Cuisine Restaurant) yang mempunyai sijil halal untuk menempah makanan korean style dari list yang tersedia di dalam menunya.

 





Menu halal Korean style di Restoran Dongmun (Asian Cuisine Restaurant)

Selepas menjamu selera kami solat jamak di surau yang terletak di sebelah restoran tersebut. Surau di Nami Island sangat selesa dan ada dipamerkan Cenderahati penghargaan kepada Malaysia atas sumbangan menjayakan surau tersebut. Jika diperhatikan bendera Nami Island yang dikibarkan di ferry mempunyai bulan sabit.

 


Bilik air yang bersih di Surau Nami Island



Surau Nami Island yang sangat selesa

Selepas bersiar-siar di sekitar Nami Island kami pun menaiki ferry untuk balik ke bus stop dan terus menuju ke train station. Memandangkan lewat petang dan masa yang diambil untuk kami ke Seoul, kami tidak sempat untuk singgah di Morning Calm Garden dan Gapyeong Railbike. 

Kami balik ke hotel awal untuk keluar ke kedai laundry di Itaewon untuk membersihkan baju yang sudah berkurangan. Pada malam itu kami hanya makan Sultan Kebab yang ditapau dan berehat setelah seharian keletihan berjalan-jalan di Nami Island.

 

DAY 11 - JALAN-JALAN DI SEOUL – Bersiar-Siar Dan Repeat Shopping di Seoul

Pada hari Isnin 4 September 2023, seperti biasa kami bangun awal solat subuh dan sambung berehat lagi sebeleum breakfast di bilik hotel. Pada hari ini kami menuju ke train station Itaewon untuk ke Ehwa Women University yang terletak di 52 Ewhayeodae-gil, Seodaemun-gu, Seoul, South Korea. Kami amat kagum dengan keindahan dan kehijauan universiti tersebut yang memelihara alam sekitar dengan pembinaan bangunan yang mesra dengan alam sekitar dan bentuk mukabumi yang beralun dan berbukit itu. Jarak bangunannya pula jauh antara satu sama lain dan pelajar perlu gigih berjalan untuk ke kuliah…..

 

Kedai di hadapan jalan ke Ehwa Women University










Ehwa Women University

Setelah berlegar-legar dan snap gambar persekitaran universiti itu, kami menaiki bas untuk balik ke Myeondong. Kami berjalan santai di kawasan shopping street tersebut sambil memerhatikan gelagat pengunjung yang mundar-mandir ke destinasi masing-masing dan ada juga yang kelihatan keluar masuk setiap kedai di deretean tersebut. Kami menuju ke Restoran Halal Busanjib untuk mencuba menu di kedai bersebelahannya di mana sebelum ini kami masuk ke kedai yang menyajikan ayam goreng Korean style. Tanpa melengahkan masa apabila duduk kami terus memesan menu masakan korean style yang nampak sedap.  




Restoran Korean style BusanJib

 

Menu Raw Crab yang ada juga rasa menyesal…. tak percaya? Silalah mencuba..... haha

Setelah kekenyangan lunch menu Korean style dan terpaksa juga menghabiskan raw crabnya kami keluar untuk menruskan shopping di kawasan Myeondong sehinggakan ke Namdameum. Kami singgah di Surau Adenan Kebab yang terletak di 46-14 Hoehyeon-dong, Jung District, Seoul, South Korea untuk solat jamak sebelum meneruskan aktiviti berjalan-jalan dan bersiar-siar santai di kawasan tersebut. 

Solat di Surau Adenan Kebab, Namdameum 

Kami sekali lagi kami ke Namdmeum Market untuk menukar baju kanak-kanak yang tersalah saiz dan shopping lagi di Kedai Benny.

 

Shopping di Kedai Benny @ Namdameum dan sekitar Myeondong

Sebelum balik ke Itaewon kami singgah di Kedai Kebab Alpedo Turkish yang terletak di 1F, 176 Itaewon-ro, Yongsan District, Seoul, South Korea untuk tapau kebab sebagai dinner kerana kami perlu mengemas dan menyusun barang-barang di dalam beg untuk flight balik ke Kuala Lumpur dan transit di Manila.  

Tapau kebab Alpedo, Turkish sebelah Itaewon Station 

 

DAY 12 – JALAN-JALAN DI JEJU – Bye-bye Seoul… Jumpa lagi Joseon…

Pada pagi Selasa 5 September 2023, kami bangun untuk solat subuh dan breakfast ala-kadar sahaja berbaki bekal yang kami bawa mujurlah kesemuanya sudah habis. Alhamdulillah…. Kami berkemas bilik dan juga mengasingkan sampah 3R lalu menarik luggage masing-masing menuju ke hadapan jalan utama di mana van carter telah pun menunggu. Kami telah menempah van carter ke Incheon Airport dengan harga special di Booking.com… memang berbaloi dan servis memuaskan.    

Kami menaiki van tersebut seawal pagi memandangkan flight awal yang kami book tiket flight Cebu Pacific Air di websitenya dengan harga RM2,511.39 (KRW739,500) / 3bag 20kg chkin. Flight kami ini akan singgah transit hampir lebih 6 jam di Manila. 

Setelah sampai di Incheon International Airport - Terminal 1, kami solat subuh di satu sudut bahagian hujung airport sebelum check-in di mesin kiosk dan drop luggage. Perkhidmatan wrap luggage belum dibuka lagi dan kami tawakal sahaja untuk drop luggage ke pesawat di mana luggage tersebut akan dikutip di Kuala Lumpur nanti.   



Ke Incheon Airport





Flight Cebu Pacific

Setelah selesai menghantar luggage di kaunter, kami terus boarding dengan melalui kawalan keselamatan yang cepat dan berehat sementara menunggu pesawat. Pesawat Cebu Pacific Air Flight No. 5J 185 yang meninggalkan Incheon International Airport - Terminal 1 pada jam 7.55am dan setelah menempuh penerbangan yang hanya sekitar 3 jam lebih kami pun selamat mendarat di Ninoy Aquino International Airport - Terminal 3, Manila. Kami keluar dari pesawat hanya membawa hand carry luggage dan berjalan menuju ke meja khas untuk mengisi form kemasukan ke Filipina sebelum melalui kaunter immigration dan keselamatan.  

Memandangkan transit yang lama dan kami pula mempunyai masa lebih 6 jam di kota Manaila, kami mengambil keputusan untuk keluar dari airport menuju ke HRC Manila yang terletak di Level 2, S Maison, Conrad Manila, Seaside Boulevard, 1300 Coral Way, Pasay, Metro Manila, Philippines. Kami memesan kereta grab dengan menggunakan apss Grab yang membawa kami ke HRC Manila.

Di HRC Manila kami terserempak dengan pegawai kedutaan Malaysia yang mesra dan peramah memberitahu selok belok shopping mall tersebut dan restoran untuk lunch. Jasamu dikenang…..  

Melewati waktu lunch tengahari, kami pun mencari restoran yang disarankan untuk lunch di mall bersebelahan HRC Manila.

Pekena nasi lemak dan teh tarik di Manila

Setelah selesai lunch di mall tersebut, kami pun keluar semula menuju HRC Manila untuk menempah grab car melalui apps Grab. Kami balik awal ke airport untuk mengelakkan waktu puncak di mana pekerja-pekerja di kota Manila akan balik selepas waktu bekerja mereka.

Kami sampai di airport dan mencari surau untuk solat jamak sebelum masuk semula ke gate departure melalui pemeriksaan immigration dan keselamatan yang cepat dan teratur.

Pesawat Cebu Pacific Air Flight No. 5J 501 meninggalkan Ninoy Aquino International Airport - Terminal 3, Manila pada jam 8.50 pm dan menempuh penerbangan sekitar 3 jam lebih sebelum selamat selamat mendarat di KLIA2, Kuala Lumpur. Alahamdulillah...

Kami keluar dari pesawat dan berjalan melalui kaunter auto immigration dan keselamatan kemudian mengutip beg lalu keluar ke Hub Terminal untuk memulangkan Roaming Man yang sangat berjasa di Hotel Capsule. Sementara itu, kami memesan grab car yang akan membawa kami ke Putrajaya Sentral untuk mengambil kereta dan terus memecut laju ke Kuala Lumpur.

 

Hantar semula Roaming Man di Capsule Hotel, Hub Termminl KLIA2 

(Recommended.... setia menemani kami sepanjang perjalanan)




Beg yang tercedera roda akibat jauh berjalan

Ikutilah kisah selanjutnya perjalanan kami mungkinkah ada repeat tentang perjalanan Trip Korea 2 nanti di coretan blog seterusnya….. InshaAllah…                              




No comments:

Post a Comment