Thursday, 13 August 2026

Family Trip Winter at Kazakhstan : 14 Februari 2026 – 21 Februari 2026 (Winter at Kazashtan 2026 - Part 1) – Jalan-jalan view Almaty City dan ekstrim aktiviti DIY di Snow Park Gorki & Oi-Qaragai

 DAY 1 – FLIGHT KE ALMATY, KAZAKSTAN – Jalan-Jalan Di Kota Almaty

Alhamdulillah, destinasi kami seterusnya adalah menjelajah dan zoom ke Kazakshtan. Trip kali ini excited juga kerana jatuh di musim winter, apatah lagi sudah lama tidak bermain salji setelah reda endemik Covid 19. Kami pernah ke Taiwan di penghujung Winter di mana cuacanya masih sejuk.

Seperti biasa kami merangka itinerary dengan memilih tarikh di bulan Februari kerana sekolah dan universiti bercuti kebetulan sambutan CNY juga. Kami menempah penerbangan Air Asia X ke Almaty, Kazakhstan di web Treveloka yang berharga lebih kurang RM11,000.00 (4pax/2 way) untuk 4 Adults.

Untuk pergerakan di sekitar bandar Almaity, kami plan menggunakan kereta sewa grab iaitu dengan downlod apps YandexGo dan juga maps 2GIs yang merupakan kemudahan grab dan peta di sekitar bandar Kazakstan.

 Seperti biasa kami membuat research dengan merujuk kepada Tiktok, youtube channel, FB, Instagram, katalog dan bronchure untuk mendapatkan maklumat tentang tempat-tempat menarik di Almaty & Kazakshtan secara khususnya terutama berkenaan tempat-tempat tumpuan, aktiviti, hotel, kulinari, transport, cuaca Winter dan sebagainya.

Setelah itu, kami merangka itinerary di sepanjang pengembaraan kami selama 8 Hari 7 Malam dan tanpa berlengah membuat tempahan hotel dan merangka method perjalanan di dalam bandar Almaty dan juga merangka transport untuk ke tempat-tempat yang agak jauh dari Almaty dengan menggunakan public transport YondexGo, maps 2GIS dan menempah Daytrip ke 6 lokasi Lake dan Canyon dari Agen K.K.Tours, Almaty.

Pada awal pagi Sabtu 14 Februari 2026, sekitar jam 8.00 am kami membawa 4 begpack masing-masing yang telah dikemas semalam dan bergerak dengan kereta menuju ke KLIA Long Term Car Parking (LTCP). Sebelum ini kami selalu menggunakan kemudahan parking kereta di Putrajaya Sentral dengan caj RM12/day cashless parking yang boleh dibayar dengan Touch N Go, Kredit Kad dan Debit Kad dan perlu menaiki ERL Transit dari Putrajaya Sentral menuju ke airport. Semenkak trip ke Tiwan dahulu kami mula memandu dan park di LTCP KLIA yang agak berbaloi sekiranya parking melebiihi 4-5 hari.Boleh rujuk website MAHB, LTCP yang memaparkan caj hanya RM32/day cashless parking yang boleh dibayar dengan Kredit Kad dan dari situ kami perlu menaiki free shuttle bas (24 jam beroperasi) untuk transit menuju ke airport KLIA1 & KLIA2. Kami mendapati bahawa LTCP ini sangat berbaloi dan amat recommended kepada pengembara yang memerlukan kemudahan parking kereta dan berjimat. 

Power bank / bateri kering tambahan – < 100Wh, < 2g

· Setiap penumpang dibenarkan membawa maksimum 2 unit power bank.

· Bateri mestilah diletak secara berasingan bagi mengelakkan litar pintas.

· JANGAN letakkan power bank di dalam bagasi kabin (hand carry) atau bagasi daftar masuk (check-in).

· Power bank MESTI SENTIASA DIBAWA BERSAMA PENUMPANG.

· Penggunaan power bank di dalam kabin pesawat adalah dilarang sama sekali dalam apa jua keadaan.

· Power bank mestilah tidak melebihi 100Wh / 20,000mAh (mengikut peraturan IATA).

Bagi pengembara sudah pasti ingin membawa peralatan bateri powerbank untuk mengecas handpone, portable wifi dan sebagainya. Power banks yang dibenarkan adalah berkapasiti tidak melebihi 100Wh / 20,000mAh (seperti  pereturan IATA) dan seorang dibenarkan membawa bersamanya kuantiti maksima hanya 2 sahaja. Adalah dilarang dan ditegah sama sekali untuk menggunakan perlatan bateri power banks tersebut di sepanjang penerbangan bagi memastikan keselamatan semua penumpang terjamin.  

Setelah memandu kebih kurang 1 jam dari rumah, kami pun sampai di LTCP berhampiran Hotel Sama-Sama, Sepang lalu kami mencari parking kereta yang berbumbung yang selesa serta selamat untuk park kereta beberapa hari di situ. Kami membawa begpack masing-masing menuju ke bus stop shuttle yang bersedia untuk bergerak ke KLIA. Setelah shuttle bas melalui KLIA T1, kami pun sampai ke hentian bus di KLIA T2 dan menaiki escalator langsung ke aras 3 Departure Hall dan ke kaunter Roaming Man di Pintu 2 bahagian Mall untuk mengambil portable wifi yang telah ditempah. Setelah itu kami masuk ke gate International Departure serta melalui pemeriksaan immigration dan keselamatan untuk boarding.

 


KLIA T2 

Sekitar jam 9.00am kami boarding dan berjalan perlahan-lahan menuju ke gate.  Sekitar jam 12.35pm kami masuk ke pintu pesawatAir Asia X D7 600  direct flight mengambil masa lebih kuran 7 jam 30 min perjalanan dari KLIA T2 menuju ke Almaty International Airportdi Kazakstan.

Kami telah pun menempah pre-order makanan mengikut kegemaran masing-masing termasuk Nasi Lemak, Nasi Beryani, spagheti dan Nasi Ayam. Kami dijamu makan setelah flight berlepas dalam masa beberapa jam sahaja dan selepas itu kami tidur dan berehat kerana letih bergegas di awal pagi menuju ke KLIA T2. Kami solat jamak zohor dan asar di atas flight memandangkan kami akan sampai agak lewat di Almaty sekitar jam 6pm di mana telah masuk waktu magrib di Almaty.    

 











Flight Air Asia X Almaty (view awan & juga litupan salji yang putih bersih….)

Setelah mendarat kami menyediakan dokumen-dokumen berkenaan terutamanya passport dan dokumen hotel sebelum beratur ke kaunter immigration. Alhamdulillah, proses mendaftar masuk tersangatlah mudah dan cepat di Almaty International Airport berbanding dengan negara-negara Asia Timur yang lain.

Setelah selesai proses tersebut kami berjalan sambil mengambil gambar di beberapa sudut airport tersebut sambil menuju ke arah pintu keluar dari arrival hall tersebut. Gambar-gambar ini adalah sebagai tanda kenangan menjejaki kaki ke Almaty International Airport. Di pintu keluar telah terpampang nama kami di mana Booking.com menyediakan pick-up free trasnfer secara percuma dari airport ke hotel. Setelah berjumpa dengan driver kereta sewa Booking.com, kami menuju ke kaunter sim card, ATM machine dan juga Money Changer yangterdapat di arrival hall.  Matawang negara Kazakhstan adalah Kazakstan Tenge (KZT) di mana MYR 1 =  KZT125 atau MYR8 = KZT1000.  

Setelah itu, kami membawa begpack masing-masing mengikut driver menuju ke parking kereta dalam cuaca malam yang sangat sejuk.. Setelah itu kami meningglakan Almaty Airport menuju ke kota Almaty dengan menempuh beberepa kesesakan jalan raya untuk menuju ke hotel.

  






Salji di sekitar Almaty City 

Sepanjang perjalanan mengambil masa kira-kira hampir 45 minit, kami menikmati permandangan malam dari airport  menuju ke pusat bandar Almaty.

Driver tersebut membawa kkami betul-betul di hadapan hotel/homestay (2 Bilik Apartment), Almaty / Прекрасная квартира на Арбате в Алматы yang terletak di 71 улица Желтоксан, 050004 Almaty, Kazakhstan / +7 7024538955. Kami telah menempah bilik hotel/homestay tersebut di web Booking.com dengan harga KZT 206,500.00 (RM1,648.00) untuk 2 Room Apartment yang complete fasiliti bagi penginapan selama 8 malam. Hotel ini sumngguh selesa dan recommended untuk Family Trip. Anda juga boleh melihat review yang kami tinggalkan di Booking.com sebagai panduan anda untuk membuat tempahan agar mendapat bilik yang sesuai bagi percutian anda.

Untuk memudahkan perjalanan dengan grab, kita perlu download apps Yandex Go manakala untuk merujuk peta kita perlu download apss 2GIS.

Dengan merujuk kepada apss 2GIS, kami keluar dari bilik dan melalui jalan-jalan yang masih putih dipenuhi salji untuk menuju ke Restoran Navat yang terletak kira-kira 600m dari apartment di alamat Abylai Khan Ave 58А, Almaty 050012, Kazakhstany. (Open-24hrs). Kami mencari arah ke restoran tersebut berpandukan arah 2GIS kerana Google Maps tidak berfungsi di sini dengan berjalan kaki dalam cuaca kesejukan hampir 1 degree menuju ke Restoran Navat untuk mengisi perut yang dah terasa lapar.  

Kami disambut mesra oleh pekerja yang menghulurkan menu dan membawa kami ke meja untuk kami meninjau-ninjau menu sebelum membuat tempahan. Restoran tersebut terdapat di dalam senarai Best Halal Restaurant di Kazakstan dan mempunyai sijil pengesahan halal Kazakstan yang yang menjadi pilihan pengembara muslim kerana menyajikan pelbagai menu halal.








 Menu di Restoran Navat (Rating : 4.7/5)


Persembahan tarian traditional di Navat

Semasa menjamu selera kami, tiba-tiba ada show tarian Kazakstan oleh pekerja-pekerja restoran Navat tersebut. Terhibur juga para pengunjung yang sedang menjamu selera termasuklah kami yang kali pertama menyaksiakan tarian tradisional Kazakstan tersebut.

Di kawasan Abylai Khan Street tersebut terdapat beberapa restoran Halal yang boleh menjadi option pilihan pelancong Muslim untuk bertukar menu dan selera. Jadi, kalau ke Almaty usahlah risau tentang makanan halal kerana ada sahaja restoran termasuklah menu kebab arab.    

Setelah kekenyangan dinner yang sangat enak dan portion yang besar, kami pun menggunakan 2GIS untuk berjalan balik menuju ke Hotel dan singgah di mart untuk membeli air mineral, keropok dan air karbonat. 

Sampai shaja di bilik, kami sempat bersolat jamak Isyak dan Magrib kemudian berehat sebelum tidur kerana kepenatan berjalan seharian serta menempuh perjalanan jauh menaiki pesawat seawal pagi dari Kuala Lumpur.

  

DAY 2 – MAIN SALJI DI SNOW PARK Mountain & Outdoors Theme Park di Symbulak Snow Park, Almaty (Menaiki Yandex Go).

Pada pagi Ahad 15 Februari 2026, kami berehat sebentar sebelum turun untuk mengumpulkan tenaga dan semangat bagi meneruskan aktiviti kerana masih terasa keletihan manakala cuaca di luar pula sangat sejuk. Setelah cukup rehat kami turun sekitar jam 9 pagi dan setting 2GIS berjalan menuuju ke station Metro Zhibek Zholy (Gogol St) - untuk menaiki train menuju ke Metro Station Baikonur tujuan ke office K.K Tour Agency yang hanya terletak lebih kurang 800km  sahaja dari station metro tersebut. Kami sampai ke block D dan masuk ke pejabat K.K Tour Agency untuk menempah Daytrip ke 6 Lokasi iaitu Canyon dan Tasik pada hari Rabu 18 Februari 2026 nanti


Yandex Go & 2GIS






Metro Zhibek Zholy
.  

K.K. Tour Agency

Setelah urusan tempahan dan bayaran selesai di K.K. Tour Agency, kami berehat sebentar di ruang tamu pejabat kerana cuaca yang sejuk ada sahaja antara kami yang ingin mengambil kesempatan untuk masuk ke toilet terlebih dahulu. Setelah itu, kami menempah YandexGo untuk menuju ke Shymbulak ski resort area yang terletak di Daerah Medeu. Dalam perjalanan kami rty check di Google dan mendadati bahawa resort tersebut ditutup kerana aisnya yang sedang mencair. Kami mengambil keputusan untuk pergi ke snow resort yang berdelkatan iaitu Gorki Almaty. Sangat senang menggunkan Yandex Go iaitu apps seakan Grab di Malaysia.       

Setibanya kami di snow park tersebut, kelihatan ramai pelancong dari luar negara dan tempatan beratur panjang di kaunter untuk membeli tiket cable car. Selepas mendapatkan tiket masing-masing tanpa berlengah lagi kami terus beratur pula untuk menaiki cable car menuju ke puncak snow park.

 










Symbulak Cable Car

Setelah tiba di puncak kami beratur pula di stesen cable car ke-2 untuk naik ke puncak yang lebih tinggi di mana diselaputi salji tebal dan terdapat ramai pengunjung yang bermain ski. Dari jauh kelihatan pengunjung dewasa dan kanak-kanak mmeluncur laju dari puncak gunung salji dengan pelbagai aksi. Kami berjalan-jalan di kawassan itu dan singgah di kedai souveneouur dan juga ke toilet memandangkan suhu di situ sangat sejuk. Kami berehat di cafe sambil memesan menu dan kopi sambil memerhatikan gelagat para pengunjung yang lain dan view ke arah gunung-gananag putih bersih dilitupi salji di setiap sudutnya.   

 


 




Salji di Symbulak Snow Park



Minum kopi di Snow Park Cafe (Rating: 4.5/5)

Setelah kepenatan bermain salji di snow park tersebut, kami turun menaiki kapsul Cable car menuju ke station bawah. Dari situ, kami menempah Yandex Go dan menunggu kereta Yandex Go di bus stop di hadapan station cable car tersebut untuk bali semula ke Almati City. Kami sampai ke bilik apartment untuk mandi, solat jamak dan berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti di sebelah malam.   



Restoran Rumi (Rating: 4.5/5)

Kami berjalan keluar menuju ke restoran Rumi yang terletak di Abylay Khan Avenue 92a, Almaty, Almaty.  Setelah kekenyangan kami pun berjalan balik menuju ke bilik apartment untuk berehat sebelum tidur.

 

DAY 3 – MENEROKAI GUNNY ETHNIC VILLAGE Sehari mendalami budaya Kazakstan, aktiviti memasak dan pertunjukan berkuda  

 

Pada pagi Isnin, 16 Februari 2026, kami bangun awal untuk solat subuh dan keluar awal breakfast sebelum meneruskan aktiviti selanjutnya pada hari ke-3. Kami berjalan dari bilik apartment ke restoran yang dibuka 24 jam yang tak jauh sekitar 500m sahaja menuju ke Tagam untuk breakfast di situ alamatnya di Abylai Khan Ave 81, Almaty 050000, Kazakhstan.



Restoran 24hrs Tagam, Almaty (Rating: 4.4/5)

Kami keluar dan berhenti di depan restoran tersebut untuk menempah Yandex Go untuk menuju ke Gunny Ethnic Village yang terletak di 78FJ+JH Talgar, Kazakhstan.

Di dalam perjalana menuju keluar dari pusat bandar Almaty kami menikmati permandangan bandar-bandar kecil, kawasan perumahan, ladang-ladang dan juga gunung ganang yang dilitupi salji putih. Kelihatan pemandu Yandex Go berhati-hati memandu kerana kami dapati system traffic light agak mengelirukan di mana kesemua kereta boleh berjalan sama ada untuk laluan terus atau membelok, seperti sistem traffic di Taiwan. Boleh rujuk trip pemanduan kami di Taiwan di Trip Memandu Salam Taiwan.

 

Setelah memandu selama lebih kurang sejam perjalananan kami pun sampai di hadapan gate Bunny Ethnic Village namun pintunya dibuka sebelah sahaja dan tiada kelihatan pengunjung lain lag. Kami memasuki kawasan terebut untuk medapatkan maklumat berkenaan masa kaunter dibuka, urusan pembelian tiket dan juga aktiviti-aktiviti yang berlangsung pada hari itu. Setelah berjumpa dengan wanita muda yang boleh berbahasa English kami pun keluar semula dari Ethnic Village ddaan berjalan berlegar-legar di kawasan kampung tersebut sambil bermain salji putih bersih.    

Menjelang jam 11.00am kelihatan beberapa van dan kereta sewa pengunjung lain terutamanya yang menggunkan khidmat travel agensi yang agak mahal untuk sampai ke perkampungan tersebut. Pada mulanhya kami berasa agak cuak memikirkan bagaimana kami ingin memesan YandexGo dari kampung tersebut dengan keadaan lokasinya yang agak jauh dari Almaty City dan juga akses internet yang agak terhad. Kami dipelawa oleh perkerja di kaunter tersebut di mana beliau menawarkan bantuan untuk memesan kereta sewa sekiranya tiada YandexGo nanti. Sebelum kaunter dibuka kelihatan seorang travel influencer dari India yang berjalan kaki dari jalan utama sedang membuat live tentang pengembaraannya. Dia memberitahu kami ada perkhidmatan bas dari Almaty City ke jalan utama yang terelatak kira-kira lebih 1km. Kami merasa lega setelah diberitahu ada perkhidmatan bas dan juga kereta sewa sebagai option sekiranya tiada YandexGo nanti. Kami mendapatkan tiket di kaunter berharga RM1,880/4 Adults (termasuk lunch).      

Sekiranya anda berkunjung ke Almaty dan mempunyai banyak masa dan hati kental, silalah berkunjung ke Gunny Ethnic Valley bagi mengenal denngan dekat budaya etnik Kazakhstan. Banyak aktiviti sperti seorang warrior dengan mengunakan senjata pedang dan tombak serta teknik-teknik menaiki kuda. Kami diberi penerangan tentang menu makanan ruji, khemah kediaman dan aktiviti-aktviti warrior etnik Kazakhstan. Kami diberi makan lunch dengan masakan traditional etnik tersebut yang snagat sedap.   

 


Bermain salji di luar kawasan Gunny Ethnic Village







Menaiki kuda di Gunny Ethno Village






Pertunjukan berkuda






Aktiviti memasak makanan asli




Kisah budaya kehidupan di Etnic Village

Setelah selesai lunch dan aktiviti tamat, kami bergegas keluar mencari lokasi yang ada aksess internet sekitar 300m dari gate perkampungan tersebut. Nasib sangat menyebelahi kami apabila terdapat satu kereta yang kelihatan di dalam maps YandexGon yang menghantar penduduk di kawasan berdekatan kampung tersebut. Kami pantas membuat pesanan YandexGo di mana driver tersebut menerima pesanan kami sebaik sahaja menghantar penumpangnya. Setelah kami menunggu sekitar 5 mint, muncul YandexGo lalu kami menaiki untuk membawa kami ke Alamaty City. Di dalam perjalanan kami melambai-lambai tangan kepada Travel Influencer dari India yang berjalan kai balik ke jalan utama bagi menunggu bas untuk balik ke Almaty City.  

YandexGo membawa kami balik ke bilik apartment untuk mandi dan solat jamak sebelum keluar berjalan-jalan di sekitar Almaty City.

 




Cafe di Almaty untuk lepak santai 





Menu di Restoran Halal Cicek Mangal (Rating : 4.6/5)

Setelah singgah dinner di restoran Cicek Mangal yang terletak di alamat Kunaev St 64, Almaty 050000, Kazakhstan, kami pun balik dan berkemas serta berehat dan masing-masing terlelap akibat kepenatan berjalan-jalan di Almaty City dan juga berkunjung ke Gunny Ethnic Village, Kazakshtan.

 

DAY 4 – MENGUNJUNGI SNOW PARK OI-QAIRAGAI Aktiviti bermain salji dan menaiki cable car.

Pada pagi Selasa 17 Februari 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan breakfast makanan yang kami tapaus semalam bagi menjimatkan masa. Kami berkemas bilik dan meninggalkan bilik untuk turun bagi memesan YandexGo untuk ke snow park lagi untuk bermain salji memandagkan trip kali ini di musim Winter.

Dalam kedinginan pagi kami gigih menunggu YandexGo yang akan membawa kami selama 45 minit denga jarak sejauh 30km menuju ke Snow Park Oi-Qairagai yang terletak di алгарский район, Бескайнарский с.о., c. Бескайнар 225, Almaty 041600, Kazakhstan. Terdapat pemlbagai cara untuk sampai ke snow park ini selain menempah YandexGo, pengunjung juga boleh memandu sendiri atau meaniki bas 210 dari Almaty City. Sesampai di snow park tersebut terdapat aktiviti di banyak lokasi secara outdoor and indoor dan pengunjung boleh menaiki shuttle bas yang disediakan di dalam kawasan snow park tersebut yang menghubungi lokasi-lokasi tersebut.     

 

 


Cable Car

Kami sampai awal di snow park tersebut dan kelihatan ada bebrapa pengunjung dari korea yang sedang menunggu shuttle bas. Kami berjalan menuju ke kaunter tiket untuk menaiki cable car dan singgah di toilet kerana cuaca yang sejuk.

 

Kami berjumpa dengan beberapa orang Malaysia yang berkunjung dan bermalam di snow park tersebut. Kami juga view kawasan puncak Oi-Qaragai yang dilitupi salji putih dan juga berkabus tebal. Namun kelihatan ada juga pengunjung yang mahir bermain ski di dalam cuaca sebegitu.  

Sekali lagi kami singgah di toilet di puncak Oi-Qaragai sebelum berlegar-legar view aktiviti dan gelagat para pengunjung di snow park tersebut.

 



View salji di Oi-Qaragai Snow Park

Setelah berlegar-legar di puncak Oi-Qaragai dan cuaca berkabus serta sangat sejuk sehinggakan beberapa kali kami terpaksa berulang alik masuk toilet, kami pun mengambil keputusan untuk menaiki cable car berpatah balik turun ke bawah. 

Kami menunggu shuttle bas setelah sampai di aras bawah Oi-Qaragai dan cuaca di siini tidaklah sejuk sangat jika dibandingkan di aras puncak snow park tersebut. Kami menunggu shuttle bas yang akan membawa kami ke beberapa lokasi mengiku pilihan masing-masing. Kami menuju ke lokasi ski untuk kanak-kanak dan meninjau-ninjau aktiviti yang sesuai untuk beginner. Terdapat juga akademi yang melatih kanak-kanak dan dewasa mengikut pakej-pakej tertentu secara group atau personel.    



 Aktiviti di Oi-Qaragai

Kami ke kaunter untuk mendapatkan tiket bagi permainan ice-skating dan ice-sliding. Pada masa itu hanya group kami sahaja yang bermain permainan tersebut dan tidak perlu beratur dan berebut. Kemudian, datang pula group yang lain yang menunggu giliran masing-masing untuk bermain.

Setelah siap bermain dan keletihan berlegar-legar di kawasan tersebut, kami pun berteduh di bus stop area sambil menunggu YabdexGo yang membawa kami balik ke bilik apartment di Almaty City. Sampai di bilik, kami bersolat jamak dan berehat sebentar sebelum bersiap untuk berjalan-jalan di Almaty City dan diner di Restaurant Tagam yang terletak di Abylai Khan Ave 81, Almaty 050000, Kazakhstan.



Mangal Doner yang menjadi pilihan local (Rating: 4.7/5)

Dalam perjalanan balik pula kami sempat tapau berger di kiosk Mangal Doner yang terletak di Zheltoksan St 111, Almaty 050000, Kazakhstanx sebagai persiapan untuk keluar awal pada pagi esok bagi mengikuti trip K.K. Tour dan view Canyon dan Lake. Menurut salah seorang pengunjung di situ dia menyukai kiosk doner tersebut kerana baginya kebab/doner yang dijual di situ sangat sedap dan recommended. Kami balik ke bilik dan berehat setelah keletihan beraktiviti di snow park Oi-Qaragai dan berjalan-jalan di sekitar Almaty City.

Ikuti pula kenangan kami view Canyon dan Lake bersama K.K. Tour dan juga pengalaman bersahur dan menunaikan puasa Ramadhan di Almaty di slot elanjutnya…. Jom….   

No comments:

Post a Comment