Thursday, 11 August 2016

Trip ke Padang & Bkt Tinggi, Indonesia (Trip 1)

Day 1 – Ke Padang & Bukit Tinggi

Dari lagu dan lirik yang pastinya anda pernah dengari ini sangat sinonim dengan destinasi zoom kami kali ini.
Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan kayujati
Dimahati indak karusuah
Awak takicuah
Ai ai ayam den lapeh
Mandaki jalan Pandai Sikek
Manurun jalan ka Biaro
Dima hati indak ka maupek
Ayam den lapeh
Ai ai ayam den lapeh
Sikua capang sikua capeh
Saikua tabang saikua lapeh
Lapehlah juo nan ka rimbo
Oi lah malang juo
Pagaruyuang Batusangka
Tampek bajalan urang Baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Ayam den lapeh
Ai ai ayam den lapeh


Destinasi kami kali ini adalah ke Padang & Bkt Tinggi, Indonesia. Sebelum ke sana kami telah buat booking untuk tiket flight AirAsia di web, mencari quotation Pak Supir dari kenalan yang pernah berkujung ke sana, menempah hotel di Agoda.com untuk 2 malam di Bkt Tinggi dan 1 malam di Padang dan menyediakan budget yang ringkas.

Kisah trip kami ke Padang tertangguh gara-gara terlupa di mana tersimpannya SD Card 8GB untuk Kamera DXLR Canon setelah menggantikannya dengan kad 16GB untuk persiapan trip ke Eropah. Syukur setelah sekian lama mencari akhirnya terjumpa kad tersebut semasa mengemas rumah dan menyusun barang-barang di dalam stor untuk berpindah ke rumah baru.

Sebelum berangkat kami menelefon Pak Unchu yang akan membawa kami ke destinasi zoom terpilih sepanjang berada di kota Padang dan Bukit Tinggi nanti. Pak Unchu sangat pro & meminati kerjayanya sebagai ‘pak duta’ yang banyak mempromosi dan menceritakan daerah kelahirannya kepada para pengunjung. Kami sangat berbesar hati atas segala jasa serta bantuan Pak Unchu dan kenangan zoom Padang & Bukit Tinggi tidak akan luntur terutama bila teringat karenah Pak Unchu yang baik hati melayan anak-anak kami. Pak Unchu boleh dihubungi melalui no. telefonnya atau WhatsApp +6285263 050669 atau facebook Pa’unchu Aulia.

Pagi-pagi lagi pada 1 Mac 2014, kami dah berkemas dan bersiap sedia turun seawal jam 3.00am dari rumah ke LCCT dengan menaiki teksi. Setibanya di LCCT terus sahaja ke kaunter AirAsia dan check-in luggage dan boarding pada jam 6.00am dan sempat solat subuh sebelum naik flight ke Padang pada jam 7.50am.

Baby Aakif good je semasa atas flight
Flight AK1370 mendarat di Minangkabau Airport pada jam 8.05am waktu tempatannya dan selepas imegresen dan pemeriksaan keselamatan kami berjumpa dengan Pak Unchu Aulia yang sudah pun tercegat di pintu arrival airport dan telah bersedia untuk membawa kami putar-putar di Padang & Bkt Tinggi. Suasana sangat meriah di sesetengah tempat dengan pelbagai poster calon parti dan slogan-slogan bagi persiapan menghadapi Pemilunya untuk memilih Presiden dan pimpinan yang lain. Oleh kerana belum breakfast kami meminta Pak Unchu membawa kami ke restoran untuk mengisi perut kosong. Pagi-pagi lagi kami dihidangkan dengan masakan nasi padang yang kelihatan sungguh enak. Kami hanya pilih makanan yang ringkas sahaja dan minumam air avocado kerana masih awal untuk makan tengahari.

Baby Aakif berehat semasa breakfast
Berehat sambil breakfast menikmati air avocado

Selepas makan, destinasi kami adalah langsung ke hotel di Bukit Tinggi. Dalam perjalanan kami singgah di air terjun di Lembah Anai Air Mancur untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan air terjunnya yang jernih dan sejuk.

Desiran air terjun yang menenangkan
Bergambar kenangan background air terjun
Kolam air terjun yang sejuk dan jernih
Bergambar kenangan di entrance ke air terjun

Kemudian kami juga singgah di Rumah Minang Padang Panjang yang mempunyai beberapa binaan rumah tradisional Mingakabau yang sungguh unik dan cantik. Identiti binaan dan ukiran yang terdapat di rumah Minagkabau menunjukkan ciri-ciri keaslian dan budaya tersendiri penduduknya yang pastilah mesti dipelihara dan diwarisi oleh generasi mendatang.

Rumah Minang Padang Panjang
Di hadapan Rumah Minang Padang Panjang
Keunikan rekabentuk bumbung Rumah Minang
Sususatur beberapa Rumah Minang Padang Panjang
Landskap yang indah sekitar Rumah Minang Padang Panjang
Zoom panorama Rumah Minang Padang Panjang
Dinding Rumah Minang Padang Panjang yang dipenuhi ukiran
Keuinikan tersendiri Rumah Minang Panjang

Setelah menikmati keunikan tersendiri budaya Minangkabau di Rumah Minang Panjang, kami meneruskan perjalanan ke Bkt Tinggi dan sebelum sampai ke hotel kami berhenti makan tengahari di sebuah hotel yang menyajikan nasi padang yang enak. Pelbagai jenis lauk pauk terhidang di depan mata untuk menjamu selera dan juga jus avocado juga tidak ketinggalan untuk menghilang haus.

Menikmati lunch masakan padang
Bersantai sambil menjamu selera
Setelah kekenyangan barulah kami bergerak ke Hotel Prima Dini Bukit Tinggi sekitar jam 4.00pm dan check-in dua bilik masing-masing bersaiz Deluxe dan Standard di mana pintunya bertentangan sahaja. Kerana keletihan kami mengambil keputusan untuk berehat sahaja di hotel dan akan berjumpa semula dengan Pak Unchu pada keesokan harinya. Sebenarnya pada malam itu hati kami tidak tenteram sebab baby Aakif demam panas dan terpaksalah bergilir-gilir berjaga malam untuk memastikan suhu badan baby Aakif terkawal. Alhamdulillah menjelang subuh keadaan baby Aakif bertambah baik dan kami bolehlah meneruskan aktiviti kami tetapi dengan lebih santai sahaja bagi memberi keselesaan kepada baby Aakif.


Day 2 – Danau Maninjau, Kelok dan Canyon

Seawal jam 8.00 pagi kami telahpun menjamu selera dengan sarapan yang disediakan Hotel Prima Dini Bukit Tinggi. Sebaik sahaja kami selesai bersarapan Pak Unchu telah sedia menanti kami untuk aktiviti liburan pada hari ke2 berada di Padang.

Setelah itu, kami dibawa oleh Pak Unchu ke jalan-jalan berliku yang dinamakan Kelok. Jika anda kurang selesa dengan jalan berliku silalah pasang sepada dan mengunyah asam agar anda berada dalam suasana terkawal. Lagipun, semasa melalui kawasan gaung berliku Pak Unchu semestinya akan melekakan anda dengan pelbagai cerita dan jenaka yang bisa melupakan seketika bahawa kita sedang melalui kawasan kelok yang cerun dan berliku.

Panaorama pagi yang berkabus

Suasana nyaman dan sejuk
Bergambar kenangan di Kelok
Duduk sebentar menikmati udara fresh

Panaroma indah di Kelok

Kemudian, kami mula bergerak ke Danau Maninjau dan juga Panorama Ngarai Sianok (Sianok Canyon) yang juga adalah kawasan lembah yang terdapat air terjun yang sangat tinggi seperti air terjun Si Piso-Piso yang terdapat di Medan. Dalam perjalanan kami singgah minum kopi di kawasan tanah tinggi sambil menikmati permandangan gunung gananang dan lembah yang sangat indah dan permai. Kami juga singgah untuk makan tengahari di sebuah restoran di tengah sawah padi yang direcommend oleh Pak Unchu. Kami sangat berpuas hati dengan masakan yang enak dan lokasi restoran di tengah sawah yang sangat mendamaikan. Memang berbaloi dan kenangan itu menjadi suatu memori indah. Jika anda ke Padang silah zoom ke restoran sedemikian…………………..

Zoom danau dari kejauhan
Berehat sebentar sambil minum kopi
Bergambar kenangan di kedai kopi ke Danau Maninjau
Kenangan di hentian ke Danau Manijau
Zoom danau yang indah dan cantik
Tanah tinggi yang tenang dan damai
Permndangan sepanjang perjalanan ke Danau Maninjau

Kami juga singgah di perusahaan kopi Kiniko untuk minum kopi dan kami tidak melepaskan peluang membelinya kerana kami sekeluarga adalah penggemar kopi tegar.
Perusahaan Kopi Koniko

Danau yang menghijau saujana mata memandang
Tanah tinggi yang subur dengan bunga dan tumbuh-tumbuhan
Bersantai sambil melihat bunga-bungaan
Dangau untuk berehat sambil menikmati view lembah menghijau
Zoom lembah yang subur dengan pelbagai tanaman
Pepohon avacado
Kemudagan ruang solat disediakan untuk pengunjung

Kolam untuk bermandi manda di Danau Maninjau

Zoom panorama Danau Maninjau

Kami juga dibawa meninjau jambatan tinggi yang baru dibina oleh Kerajaan Indonesia yang melintasi kawasan lembah tersebut.
Bergambar kenagan di jambatan Kelok 9
Pak Unchu yang ramah dan sporting
Rekabentuk jambatan di tanah tinggi

Dalam perjalanan balik, Pak Unchu memberitahu kami bahawa keesokannya kami akan ditemani oleh rakannya iaitu Pak Dani kerana Pak Unchu terpaksa menjemput tetamu pelancongnya yang juga dari Malaysia. Sementara itu hati kami semakin lega kerana keadaan baby Aakif semakin baik dan juga trip kami hanya tinggal dua malam sahaja lagi. Kami telah bercadang dari awal-awal lagi untuk terus sahaja membuat appointment dan berjumpa doktor sebaik sahaja tiba di Kuala Lumpur nanti. Kami tidak henti-henti berdoa agar baby Aakif tidak meragam dan keadaan demamnya terkawal serta bersyukur kerana kesihatannya semakin beransur baik pada ketika itu. Kami juga berasa amat bertuah dan selesa dengan layanan tour Pak Unchu di samping mengambil berat tentang kesihatan anak-anak kami dan beliau sendiri bersedia membantu sekiranya anak kami memerlukan rawatan segera di klinik sekitar Padang dan Bukit Tinggi. Terima kasih ya Pak Unchu. Syukur Alhamdulillah, baby Aakif beransur sembuh.....


Day 3 –Istana Minagkabau, Pagar Ruyung

Pada pagi-pagi hari lagi kami telah check out dan breakfast bagi meneruskan perjalanan ke Pagar Ruyung dan terus bertolak balik ke kota Padang. Destinasi pertama sekali pada hari ke3 adalah ke Lubang Jipang yang tak berapa jauh letaknya dari hotel Prima Dini. Dapatkan tiket di pintu masuk dan selepas itu boleh bergambar di sekitar tamannya yang agak luas dipenuhi bunga-bungaan dan terdapat monyet yang jinak di situ. Jangan melepas peluang untuk bergambar bersama-sama kumpulannya ye. Dari bahagian bukit di taman tersebut pelancong dapat zoom panorama sebahagaian danau maninjau dan kawasan Lembah Sianok.
Bergambar di pintu Lobang Jepang

Selepas bergambar di sekitar taman Lobang Jepang kami dibawa oleh Pak Dani menempuhi jalan yang agak jauh dan lama iaitu untuk ke Istana Basa Minangkabau Pagaruyung, Batu Sangkar. Tetapi perjalanan kami tidaklah terasa membosankan apabila dihidangkan dengan lagu dangdut asli tanah Minang iaitu lagu ‘ayam den lapas’ dan juga mendengar cerita Pak Dani dan isteri yang mengusahakan perusahaan kopi asli.

Setelah membeli tiket, kami masuk ke Istana Basa Minangkabau Pagaruyung, Batu Sangkar dan berjalan-jalan sekitarnya sambil bergambar. Kami juga terserempak dengan pak Unchu yang juga membawa sekumpulan pelancong yang baru tiba dari Malaysia.

Setelah menghabiskan masa meninjau senibina Istana tersebut dan mendapat sedikit penerangan dari penjaga Istana kami melangkah keluar untuk meneruskan perjalanan menuju ke bandar Padang.
Istana Basa Minangkabau Pagaruyung, Batu Sangkar

Rumah kecil di dalam kawasan istana
Ukiran dan hiasan di dalam istana
Rekebentuk budaya asli nusantara
Bergambar di depan Istana Basa Minangkabau Pagaruyung, Batu Sangkar
Senibina bumbung istana yang sungguh unik
Adat dan budaya Minang kini diwarisi hingga ke Malaysia

Kami melalui tasik yang sangat luas dan Pak Dani memberhentikan keretanya agar kami dapat menyaksikan panorama tasik yang mendamaikan sambil menghilangkan haus serta menikamati makan tengahari di situ.

Setelah melihat penduk tempatan mandi manda sambil berkelah kami meneruskan perjalanan semula. Sesampainya di Padang kami meminta Pak Dani berhenti di sebuah kedai serbaneka bagi membeli selipar kerana bercadang untuk ke pantai malim keesokannya. Kami check in pada jam 9.00pm di Mercure Hotel Padang yang ditempah di web Agoda.com. Pak Dani memberi sepeket kopi asli buatannya sendiri dan juga CD lagu ‘ayam den lapeh’ sebagai tanda hati dan kenang-kenangan kami bersama beliau di Padang. Terima kasih ya Pak Dani. Kasihan juga kepada Pak Dani kerana terpaksa balik ke Bukit Tinggi pada malam itu juga. Harap perjalanan Pak Dani selamat dan akan berjumpa lagi di waktu mendatang. Insha Allah.


Day 4 – Ais Krim Durian & Ikan bakar di Padang

Pada awal pagi 4 Mac 2014 itu, kami breakfast di Mercure Hotel sambil menikmati panorama pantai yang indah serta melihat-lihat tetamu hotel yang lain mandi manda di kolam renag yang luas. Anak-anak kelihatan teruja tetapi apakan daya mereka tidak membawa pakaian mandi. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan kami terpaksa membatalkan niat untuk berjalan-jalan di tepi pantai malim dan hanya berehat di hotel sambil mengemas beg kerana kami akan meninggalkan kota Padang pada petang nanti. Sekitar jam 10.00am kami checkout dari Mercure Hotel dan Pak Unchu telah pun sedia menuggu kami dan bersiap sedia untuk menghantar kami ke airport. Pak Unchu pula ingin membawa kami untuk mencuba ais krim durian yang masyhur di Padang. Kami tapau aiskrim untuk dibawa ke restoran bagi menikamati makan tengahari iaitu ikan bakar di Restoran Lapau Nasi Fuja yang terletak di Jalan Samudra Purus II betul-betul di tepi laut tidak jauh dari kota Padang.
Lihatlah sajian menu ikan bakar yang special di Restoran Lapau Nasi Fuja
Lunch di Restoran Lapau Nasi Fuja, Padang
Menu ikan bakar yang marvelous di Restoran Lapau Nasi Fuja, Padang

Damia menikmati ais krim duriannya

Setelah selesai berehat sambil menjamu selera kami terus ke airport dan check in luggage yang patut. Setelah urusan kaunter tiket dan luggage kami segera ke kaunter imegresen dan kawalan keselamatan untuk boarding ke gate flight Airasia.

Penerbangan kami pada Isnin 4 Mac 2014 flight Airasia AK1375 pada pukul 2.25pm dan kami selamat mendarat di LCCT pada jam 4.30pm. Selepas urusan imegresen dan luggage serta berehat sebentar untuk solat, kami book teksi untuk balik ke rumah dengan penuh syukur kepadaNya. Kami sekeluarga sangat girang dengan destinasi di Padang & Bukit Tinggi dan pastinya suatu masa nanti kami akan kembali ke tanah Minang dan zoom lagi tempat-tempat menarik sekitar Padang & Bukit Tinggi. Kepada sesiapa yang masih terfikir dan merancang untuk bercuti sendirian atau group jangan ragu-ragu untuk ke Padang - Bukit Tinggi, silalah hubungi Pak Unchu di telefonnya atau WhatsApp +6285263 050669 dan juga facebook Pa’unchu Aulia. Anda pasti tak akan kecewa. Yang penting book tiket flight dan mendarat sahaja di Padang keana penginapan tidak menjadi masalah kerana banyak hotel sekitar Padang & Bukit Tingi. Insha Allah. Amin

Ikuti pengembaraan kami dan zoom tempat-tempat menarik lain di Asia dan juga Eropah…… Jom!

Zoomdglobe akan menyambung semula episod Europe Trip 3 ke Amsterdam pada siaran yang akan datang. Kepada yang ingin flash back untuk zoom Europe Trip 3 ke Athens, Santorini dan Turkey bolehlah mula klik Europe Trip 3 (Part 1). Jom......!

No comments:

Post a Comment