Friday, 11 November 2016

Europe Trip 3 : (Part 7) – Netherland : Berkunjung ke Giethoorn dan menyaksikan warna-warni bunga tulip mekar di Keukonhof

Pengalaman berkunjung ke Giethoorn (Perkampungan air tanpa jalanraya)

Pada pagi 24 Mac 2016, kami bangun awal serta breakfast ala kadar di bilik hotel memandangkan kami akan berjalan jauh ke Giethoorn dengan menaiki train dan transit beberapa buah bas untuk sampai ke sana. Kami membeli tiket train di kaunter dan petugas di kaunter memberitahu beberapa alternative route sama ada dengan train dan juga bas kerana perkampungan Giethoorn agak jauh dan memerlukan beberapa pertukaran train mahu pun bas. Kami memilih untuk menaiki train di Amsterdam Central menuju ke Zwolle (Train 12617 toward Groninjen) yang akan mengambil masa perjalanan sekitar 2 jam setengah. (Tips : Salah satu route untuk sampai ke Giethoorn adalah menaiki train 12517 toward Leeuwarden dan turun di Meppel, berjalan ke Meppel bus station & naik bas 79). Sebaik sahaja train sampai di station Zwolle, kami turun dan menuju ke terminal bas hanya beberapa langkah sahaja dari station train Zwolle tersebut.

 Ruang menunggu dan kaunter tiket di Amsterdam Central

Train 12167 dari Amsterdam Central ke Zwolle
Di terminal bas Zwolle tersebut kami bertanyakan seorang wanita yang sedang menunggu bas untuk mendapat kepastian nombor bas dan arah perjalanan menuju ke Giethoorn. Seperti maklumat asal yang kami sedia search di internet dan juga penerangan dari petugas kaunter station Amsterdam central serta disahkan oleh wanita di terminal bas Zwolle itu, kami pun menyambung perjalanan dengan menaiki Bas nombor 71 hingga bus station berikutnya iaitu Terminal Bas Station Zwartsluis. Kami turun di bas station itu dan menaiki Bus nombor 70 pula untuk sampai ke lokasi perkampungan Giethoorn dan turun di bas station Giethoorn Dominee Hylkemaweg. Sepanjang jalan ke Giethoorn menyediakan permandangan yang sungguh cantik dengan deretan rumah-rumah di tepi laut dan kapal-kapal kecil tersusun di dermaga. Sesekali kelihatan kincir angin yang sangat sinonim dengan negara Belanda.

Signboard arah di tepi jalan menuju Giethoorn

Permandangan indah sepanjang jalan ke Giethoorn

Baby Aakif ceria di dalam bas ke Giethoorn

Kapal-kapal kecil tersusun di dermaga

Turun di Bas stand Giethoorn Dominee Hylkemaweg

Jadual & route Bus nombor 70

Setelah sampai di jalan masuk ke perkampungan Giethoorn kami singgah di kaunter yang menyediakan perkhidmatan sewa boat dan pandu sendiri di laluan canal sepanjang kampung Giethoorn. Kadar sewa untuk 2 jam belayar menyusuri kampung bagi 1 kapal kecil adalah sekitar Eur25 yang boleh diniaki seramai 7 orang penumpang. Sementara kadar sewa bagi boat kecil pula adalah sekitar Eur15/jam (Tips : Kadar sewa boat yang ditawarkan oleh penyewa adalah berbeza dan mungkin juga akan berubah mengikut waktu cuti umum dan hari minggu). Kadar sewa van tour ke Giethoorn yang dikendalikan oleh tourist-shuttle.com berharga sekitar Eur79per pax. Terdapat juga kedai-kedai makan, souveniours, muzium dan kawasan letak kereta yang luas di pintu masuk ke kampung Giethoorn tersebut.

Jalan masuk ke Giethoorn

Map route boat di Giethoorn

Jalan pejalan kaki dan juga canal masuk ke Giethoorn
Penduduk Giethoorn gemar ber-recycle
Jambatan di Giethoorn
Patung penduduk Giethoorn yang gemar berjalan dari menaiki kenderaan

Oleh kerana boat yang disewa tidak dibenarkan dan dilarang sama sekali berhenti di tepi laluan canal maka kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja mengelilingi perkampungan Giethoorn sambil snap gambar dan zoom spot yang cantik-cantik di perkampungan Giethoorn tersebut. Untuk makluman, terdapat hotel dan homestay yang boleh disewa bagi sesiapa yang berminat untuk tinggal lebih lama di perkampungan Giethoorn.

Rumah dan canal

Menikmati suasana tenang dan udara segar
Boat dan canal
Kakak posing di atas jambatan masuk ke rumah
View jambatan, canal dan rumah di Giethoorn
Bayang rumah dalam air tenang 
Nature view
Senibina dan susunatur rumah yang cantik
Rumah bertingkap merah yang cantik dan unik
 
Berjalan keliling kampung Giethoorn
Taman di halaman sebuah rumah di Giethoorn
Kandang kambing di tepi sebuah rumah


Lepaking......
Boat parking di dermaga dekat sebuah rumah
Pokok menghijau dan view cantik
Restoran yang beroperasi sebelah malam
Feeling air fresh.....

Canal yang bersih dan terurus
View suasana sepi yang indah.....
Spot yang nampak damai....
Arca di halaman rumah

Laluan bersih di tepi rumah

Pencinta alam yang bersih dan aman

Continue feeling air fresh lagi......

Setelah berlegar-legar dan berjalan-jalan mengelilingi perkampungan Giethoorn selama lebih kurang 2-3jam dan masa pun sudah melepasi waktu tengahari kami pun berpatah balik ke bas station untuk kembali ke station train Zwolle semula.

Boat parking di tepi canal

Boat for rent....
Boat yang disewa dan dipandu sendiri di Giethoorn
Boat yang bersih dan selesa
Boat tour keliling Giethoorn
Boat tour melepasi kami menuju ke jalan masuk utama
Boat yang disewa kembali ke jeti di jalan masuk utama
Deretan boat di jeti menanti para pengunjung

Sesampai sahaja ke terminal Amsterdam central kami pun berjalan ke tram station dan menaiki tram untuk ke Hard Rock Café, Amsterdam yang lokasinya terletak di kawasan belakang Rijksmuseum Amsterdam untuk membeli t-shirts. Seperti biasa, HRC akan dibuka mulai jam 11.30am - 1.00am. Masih kelihatan ramai orang berkerumun di depan HRC untuk bermain catur gergasi di ruang luas di tengah-tengah kawasan tersebut. Di HRC kami disapa oleh warga Malaysia berbangsa India yang sama-sama memilih t-shirts sebagai tanda kenang-kenangan di mana mereka akan berlepas pulang keesokan harinya. Selepas selesai bershopping kami menaiki semula tram untuk balik ke hotel. Sebelum itu, kami singgah di Supermarket Albert Heijn untuk membeli biskut dan air mineral untuk dimakan sambil berehat atau sebagai bekal semasa berjalan-jalan nanti. Sebaik tiba di station tram Amsterdam central kami singgah makan di sebuah restoran halal yang terletak tidak jauh dari Amsterdam Central. Sambil berehat kami berkemas dan update bagasi untuk perjalanan balik serta transit di Istanbul sebelum meneruskan flight ke KL nanti.


Mengunjungi Keukenhof
Pada pagi 25 Mac 2016, setelah breakfast kami mula melangkahkan kaki keluar dari hotel sekitar jam 7.00am untuk mengambil tram di Amsterdam Central menuju ke station Rijkmuseum. Dari hentian tram tersebut kami akan menaiki bas CombiticketBus / Connexion Ams-Schpoll-Keukenhof no. 197 yang akan membawa kami ke airport. Tiket bas tersebut telah kami tempah di web www.keukenhof.nl dengan harga Eur60.50 / MYR278.00 (2A2c). Penumpang hanya perlu menunjukkan e-ticket yang telah diprint kepada pemandu bas semasa menaiki bas tersebut.

e-ticket bus ke Keukenhof
Sesampainya di station airport kami meluru menuju ke bas khas untuk ke Keukenhof. Cuaca sungguh sejuk dengan hujan yang mulai turun membasahi bumi Amsterdam. Kami beratur untuk menaiki bas no. 858 yang mempunyai gambar bunga tulip dari bus stand di Schpoll Plaza berhampiran exit Arrival Hall 4 (bersebelahan Starbucks) untuk ke Keukenhof.
Di depan pintu utama Keukenhof
Pemeriksaan keselamatan dijalankan di pintu masuk
Layout map Keukenhof
Pintu gerbang Keukenhof

Setelah bas meninggalkan Schpoll Plaza dan melalui highway yang menyediakan permandangan tanah dataran yang indah kami pun tiba di pintu utama Keukenhof. Di pintu utama setelah mendapatkan tiket di kaunter tiket (bagi yang belum menempah tiket masuk), pengunjung perlu melalui permeriksaan keselamatan di mana pengawal akan memeriksa beg yang dibawa masuk. Keukenhof akan dibuka pada jam 8.00am – 7.30pm bermula pada tarikh 24 Mac sehingga 16 May setiap tahun.
Hujan rintik-rintik menyambut ketibaan kami di Keukenhof

Terpesona melihat bunga tulip kuning Keukenhof

Cuba memetik sekuntum tulip Keukenhof....

Bunga-bunga Cinta kami di Keukenhof

Setelah melalui pintu utama kami singgah di kedai souveniours untuk membeli FM dan payung. Setelah itu kami pun bergerak masuk ke taman bunga tulip yang menyediakan suasana ceria dengan pelbagai warna-warni bungaannya. Pengunjung juga boleh singgah di Oranje Nassau Pavilion dan juga Willem-Alexander Pavilion untuk menyaksikan pameran gubahan bunga tulip yang cantik dan berwarna-warni. Pengunjung juga boleh berehat sambil menikmati kopi di setiap café di pavilion tersebut.

Tulip yang sedang mekar di Keukenhof

Lepak sebentar di Keukenhof
Dinding pavilion dipenuhi bunga

Bahtera bunga....
Pon-pon... naik vespa mengelilingi Keukenhof
Tulip dalam pasu besar
Canal di Keukenhof
Jom naik Vespa keliling Keukenhof

Berehat sebentar setelah penat berjalan

Kinci angin di Keukenhof

Gubahan bunga di sebuah pavilion di Keukenhof
Gubahan bunga-bungaan yang cantik
Kepenatan berjalan dalam kawasan Keukenhof
Bunga-bunga tulip pelbagai warna di Keukenhof
Deruan air tasik di Keukenhof

Zoom bunga tulip merah.....
 
Posing di celah bunga tulip Keukenhof
Kami dan bunga tulip Keukenhof
Kerusi berbentuk bunga tulip Keukenhof
Menikmati suasana indah dan damai di Keukenhof

Rehat sambil minum kopi panas

Setelah berjalan mengelilingi taman kami tiba semula ke pintu utama tadi dan berehat sebentar di hadapan kedai souveniours. Setelah hilang penat berjalan kami keluar menunggu bas untuk balik semula ke Schpoll Plaza dan juga ke Amsterdam Central.

 
Spot foto booth di Keukenhof

Sebaik tiba di Amsterdam Central kami singgah di restoran halal dalam untuk menikmati makan tengahari yang agak lewat. Selepas makan kami berjalan-jalan sekejap di sekitar Damrak untuk membeli souveniours, t-shirts dan FM sebelum kemabali ke hotel untuk berehat sementara menanti waktu sesuai untuk keluar ke Schpoll Airport.


Flight Turkish Airlines dari Schpoll transit di Istanbul untuk kembali ke KLIA

Kami berjalan menuju ke Amsterdam Central di dalam cuaca sejuk sementara rintik-rintik hujan mulai turun. Kami akan menaiki Train NS Hispeed dari Amsterdam central menuju ke Schpoll Airport. Setelah menaiki train kami dimaklumkan bahawa train tersebut tidak dapat meneruskan perjalanan kerana ada train di hadapannnya yang mengalami masalah. Kami dinasihatkan untuk mendapatkan train di platform lain yang akan menuju dan melalui Schpoll Airport. Nasib baik kami keluar agak awal dan tidak perlulah bergegas dan panik sangat. Sebaik tiba di Schpoll Airport kami terus ke kaunter Tax untuk menyelesaikan urusan VAT kastam untuk claim VAT memandangkan kami banyak juga membeli t-shirts HRC (Tips : Sila berurusan di kaunter refund desk dengan meyerahkan VAT refund forms di kaunter tersebut untuk disahkan dan perlu bersabar jika terdapat giliran yang panjang di kaunter tersebut. Sila pastikan VAT refund form number diambil untuk memudahkan penyemakan refund status dari Global Blue website jika diperlukan kemudian. Letakkan form di dalam envelope dan poskan).
Sebaik selesai urusan tuntutan VAT kami terus ke kaunter Turkish Airlines untuk check-in luggage. Sementara menunggu boarding kami berehat di suatu sudut menanti sambil berbual-bual dengan seorang pekerja di Schpoll Airport yang tertarik dengan baby Aakif. Setelah boarding dibenarkan kami terus masuk ke pemeriksaan keselamatan dan imegresen untuk masuk ke dalam pesawat. Akhirnya Flight TK1956 - Airbus Industrie A321 selamat terbang dari Schpoll Airport, Amsterdam pada jam 11.55 pm menuju ke Istanbul Ataturk Airport, Turkey (IST) yang mengambil masa perjalanan selama 3 jam 25min di mana akhirnya kami selamat mendarat di Istanbul pada jam 4.20am keesokannya. Kami mencari sudut yang berdekatan dengan plug elektrik untuk berehat sambil mengecaj handphone dan perkakas elektrik yang lain. Kami tidur-tidur ayam menjelang pagi sementara masih berbelah bahagi untuk keluar dari terminal memandangkan keadaan keselamatan di Istanbul yang semakin tegang. Setelah solat subuh di surau kami membuat keputusan untuk berehat di terminal Istanbul Ataturk Airport, Turkey sementara menunggu masa transit selama 7 jam lagi untuk meneruskan flight kami balik ke KLIA. Kami memperuntukkan masa yang agak lama semasa membuat booking dahulu kerana ingin kembali bersiar-siar di sekitar Istanbul sambil shopping last minute namun terpaksa membatalkan hasrat tersebut demi keselamatan diri dan family. Dari dinding kaca terminal kami dapat melihat dari kejauhan beberapa anggota keselamatan Turkey membawa senjata sambil berkawal di setiap sudut dan jalan masuk ke airport. Kami mendoakan agar semuanya berjalan lancar dan bumi Turkey akan kembali aman. Amin.
Setelah melalui kaunter keselamtan dan imegresen kami memasuki pintu flight TK62 - Airbus Industrie A330-300 yang terbang ke KLIA pada jam 6.15pm. Alhamdulillah, kami tetap bersyukur walaupun seharian berada di terminal Ataturk Airport akhirnya kami telah selamat mendarat di KLIA pada jam 10.35am. Di sepanjang perjalanan kami berbual dengan seorang warga Malaysia yang singgah berjalan-jalan di Turkey setelah menghadiri upacara konvokesyen anaknya di sebuah university di Mesir. Sepanjang perjalanan selain pengalaman kita juga dapat mengenali dan bertukar-tukar cerita dengan sesiapa sahaja.
Route dari istanbul ke KLIA
Skrin info pesawat Turkish Airlines ke KLIA
Night flight ke KLIA..... zzzzzz.......
Baby Aakif penat namum masih ceria
Turkish Airlines bawalah kami terbang....
Goodbye Istanbul.... Semoga berjumpa lagi...

Beginilah kisah kemeriahan kami menjelajah Europe Trip 3 ke bumi Turkey dan Amsterdam. Kami menyimpan hasrat untuk terbang lagi ke Asia, Eropah, Australia, New Zealand dan tidak lupa juga ke destinasi-destinasi menarik lain di Malaysia dalam zoomdglobe seterusnya …………. Jom…!

2 comments:

  1. Brp kos menaiki tren dan bas pergi dan balik dr amsterdam central ke giethoorn?

    ReplyDelete
  2. Dari hentian tram Rijkmuseum kami akan menaiki bas CombiticketBus / Connexion Ams-Schpoll-Keukenhof no. 197 yang akan membawa kami ke airport. Tiket bas tersebut telah kami tempah di web www.keukenhof.nl dengan harga Eur60.50 / MYR278.00 (2A2c). Sesampainya di station airport kami meluru menuju ke bas khas untuk ke Keukenhof. Kami beratur untuk menaiki bas no. 858 yang mempunyai gambar bunga tulip dari bus stand di Schpoll Plaza berhampiran exit Arrival Hall 4 (bersebelahan Starbucks) untuk ke Keukenhof.

    ReplyDelete