Wednesday, 17 February 2021

Kenangan Di Musim PKP: (Zoom Trip di Gold Coast, Australia Mac 2011) Part 1 – Shopping di Harbour Town Mall & Kemeriahan Taman Tema MovieWorld, Gold Coast Australia

 

DAY 1 – FLIGHT KE GOLD COAST & SHOPPING DI HARBOUR TOWN, GOLD COAST AUSTRALIA

Ini adalah penulisan khas kenangan Memori Perjalanan kami ke Australia pada tahun 2011, di mana semasa musim PKP ini kami berhasil menjumpai file yang tersimpan foto-foto yang menggamit memori kami di Trip Zoomdglobe ke Gold Coast Australia suatu ketika hampir 10 tahun yang lepas telah bermula plan dan gerakerja dalam bulan Mei 2010 sehingga Februari 2011 lagi manakala perjalanan trip pula berlangsung pada 15 Mac 2011 hingga 22 Mac 2011.

Kami menempah penerbangan AirAsia X di website AirAsia pada 18 Mei 2010 lagi dan berjaya mendapat tiket berharga RM2022.00 (2A & 2C) termasuk dengan makanan dan luggage. Meu sajian makanan local dalam perjalanan ke Gold Coast manakala makanan international pula dalam perjalanan balik. Luggage pula kami book seberat 20kg untuk 2 Adult iaitu total 40kg perjalanan pergi dan juga balik.

Setelah itu kami menghubungi travel agensi PNL Travel yang terletak di Cheras di mana mereka mengenakan caj ground sebanyak RM6,834.00 untk 2A2C termasuk menguruskan visa, hotel, ground transport di Australia, tiket masuk ke taman tema iaitu MovieWorld, DreamWorld dan juga SeaWorld. Kami mula membayar depo sebanyak RM1,200.00 pada 1 Oktober 2010 sementara mereka menguruskan visa dan sebagainya. Kami membayar baki depo dan mendapatkan tiket, voucher dan dokumen perjalanan berkaitan pada 14 Februari 2011 dan mula merangka plan-plan sampingan di sana agar tidak terluang masa di dalam trip nanti. PNL Travel mempunyai rakan agensi mereka di sana iaitu Accomodation Down Under Australia (ADU) beralamat di Mawarra Building, 15/3106 Surfers Paradise Blvd QLD 4217 Gold Coast, Australia di mana mereka jugalah yang akan berkhidmat menguruskan ground servis sepanjang percutiaan kami di Gold Coast nanti.   

 

Tiket AirAsia X D7 2702

 

Itinerary ADU Trip ke Gold Coast


Pada petang Selasa 15 Mac 2011, kami berkemas sedari awal pagi dan mendail nombor bagi menempah teksi untuk membawa kami ke airport. Setelah itu kami bersiap dengan beg yang akan dibawa sepanjang percutian kami di Gold Coast Australia. Sekitar jam 5.00 pm teksi yang kami tempah sampai lalu kami memasukkan beg dan menaiki teksi menuju ke KLIA.    

Setelah sampai di KLIA kami menuju ke kaunter check in untuk urusan tiket dan juga penyerahan luggage. Kami boarding ke terminal untuk ke surau bersolat jamak dan juga berehat sambil menunggu masa dan panggilan memasuki pesawat. Kami lihat ramai warga Australia yang turut menunggu pesawat menuju ke Gold Coast. Along dan Adik kelihatan gembira sambil menghabiskan masa bermain game PSP sambil sekali sekala meninjau kapal terbang di landasan. 

 





Zoom karenah menanti Flight AAX di ruang menunggu KLIA


Gambar di atas Flight AAX D7 2702 ke Gold Coast


Setelah agak lama duduk di ruang menunggu KLIA, kami pun diarah untuk memasuki pesawat dan masing-masing bersama ahli keluarga dan beg beratur masuk ke dalam pesawat. Setelah berada di dalam pesawat, masing-masing sibuk pula untuk menyimpan beg dan barang di ruang penyimpanan pesawat. Namun bagi kami yang membawa kanak-kanak seharusnya membawa beg tangan berisi peralatan game PSP, buku dan sebagainya agar mereka tidak bosan di sepanjang perjalanan yang akan mengambil masa sehingga hampir 6 jam lebih. Pesawat AirAsia X bernombor D7 2702 meninggalkan KLIA pada pukul 9.40pm dalam samar-samar cahaya kelihatan di bumi tanahair Malaysia tercinta membawa kami membelah awan yang tinggi menuju ke arah Negara Kanggaruu……

Sepanjang perjalanan kami dan juga penumpang pesawat yang lain juga kelihatan masing-masing berehat dan ada juga yang menikmati permandangan awan dari jendela pesawat tersebut. Kelihatan ada juga penumpang yang nyenyak tidur dan ada juga yang berjaga sambil beberapa orang juga kelihatan membaca buku dan sebagainya di sepanjang perjalanan tersebut. Untuk mengelakkan rasa bosan silalah bawa makanan ringan seperti keropok, jajan atau jeruk, game PSP, bahan bacaan dan sebagainya. Setelah mendapat sajian makanan dan minuman, masing-masing sibuk menikmati makanan yang dipesan dan juga ada penumpang yang bergerak meninggalkan tempat duduk untuk menuju ke toilet.

 






Gembira selamat tiba di Coolongatta Airport Gold Coast

 




View sepanjang perjalanan ke Hotel Mantra Legend, Surfers Paradise, Gold Coast


Sekitar jam 7.50 pagi hari Rabu 16 Mar 2011, setelah hampir 6 jam lebih penerbangan AirAsia X bernombor D7 2702, kami pun selamat mendarat di Coolangatta Airport, Gold Coast, Australia. Kami mengisi borang yang diminta dan juga menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk meuju ke kaunter imigresen dan juga pemeriksaan beg dan luggage yang amat kekali terhadap pelancong yang ingin memasuki Australia. Kami disoalsiasat tentang makanan yang dibawa termasuk makanan anak-anak terutamanya makanan dalam tin dan juga mereka memeriksa dan menyelak beg pakaian dengan amat teliti sekali. Setelah itu barulah kami dibenarkan untuk keluar dari terminal terebut untuk menuju ke kawasan perhentian bas di hadapan airport. Kelihatan ramai penumpang yang keluar dari airport menunggu bas dan menaiki bas untuk ke destinasi masing-masing. Kami terpaksa membuat panggilan telefon ke agen ADU kerana berlaku kelewatan untuk keluar dari terminal kerena terpaksa melalui pemeriksaan yang agak lama. Agen tersebut memberitahu ada van yang akan datang bagi trip seterusnya kerana bas Con-x-ion yang sepatutnya yang kami naiki telah pun berlepas mengikut masa yang tepat.   

Setelah van Con-x-ion yang brekenaan sampai kami pun menaikinya bersama-sama beberapa penumpang yang lain yang akan membawa kami dan drop di hotel masing-masing. Kami menuju ke Hotel Mantra Legend yang terletak di Surfers Paradise Blvd, Surfers Paradise QLD 4217 Tel: 07-5588 7888  yang terkenal dan jadi tumpuan pelancong dari Malaysia kerana terdapat beberapa restoran makanan halal di sekitar hotel tersebut. Kami menikmati permandangan yang indah di sepanjang perjalanan awal pagi itu bermula dari airport menuju ke hotel dan amat kagum sekali dengan tahap kebersihan di Gold Coast. Setibanya di hotel tersebut kami menuju ke kaunter untuk urusan penyimpanan beg luggage kerana kami akan checkin pada waktu tengahari nanti sekitar jam 2pm. Sementara itu, kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi menuju ke Harbour Town iaitu salah sebuah Premium Outlet untuk tujuan shopping.

View laut dalam perjalanan ke Harbour Town

Kami keluar ke depan hotel tersebut dan meniki teksi bermeter yang tersedia menanti. Teksi bergerak meninggalkan hotel tersebut untuk menuju ke Harbout Town yang mengambil masa sekitar 30 minit. Sekali lagi kami disajikan permandangan yang sangat indah di sepanjang perjalanan di mana kami juga melalui kawasan tepi pantai yang kelihatan bot-bot mewah berlabuh di bay masing-masing. Setelah tiba di Harbour Town yang terletak di Biggera Waters QLD 4216, Gold Coast, Australia kami pun menuju ke restoran kebab halal untuk memesan makanan dan makan di meja makan di depan restoran tersebut. Setelah kekenyangan kami menuju ke outlet Adidas, Levis dan bermacam lagi jenama yang terkenal di mana kesemua outlet tersebut menawarkan diskaun yang amat berpatutan. Kami membeli beberapa helai seluar Levis yang memberi potongan harga happy hour yang sangat berbaloi. Begitu juga di outlet Adidas dan outlet-outlet lain juga.

Setelah kepenatan shopping kami berlegar-legar dan membeli buah-buahan yang fresh di salah sebuah kedai. Setelah itu kami berehat di kerusi yang terdapat di dalam Kawasan Harbour Town sambil merhati anak-anak bermain. Kami juga tidak ketinggalan untuk mengambil foto kenangan yang boleh diabadikan kenangan Memori di Australia di dalam blog ini.   Apabila menjelangnya waktu tengahari, kami menaiki teksi bermeter untuk balik semula ke hotel. Kami berhenti di hadapan hotel dan singgah di salah sebuah kedai cenderemata dan baju yang terletak betul-betul di hadapan hotel di mana ia menjadi tumpuan para pelancong terutamanya dari Malaysia. Ini adalah kerana pemilik kedai tersebut merupakan orang Malaysia yang menawarkan harga yang amat-amat berbaloi.



Kedai Kebab Halal di Harbour Town





Shopping di Harbour Town





Berehat sambil memerhati aktiviti kanak-kanak di sekitar Harbour Town


Kami checkin di Hotel Mantra beralamat di Gold Coast, Australia (Fasiliti-Refrigerator + private bathroom + 2 larges double beds). Kami amat berpuas hati dengan bilik yang sesuai untuk kami berempat. Kami mandi dan berehat sebentar setelah menempuhi perjalanan dengan pesawat yang jauh dan juga shopping di Harbour Town.




Hotel Mantra Legend


Setelah solat jamak kami keluar ke lobby hotel sekitar jam 3.30pm untuk membeli kebab halal di salah sebuah restoran hanya berdepan dengan hotel kami. Setelah makan kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar hotel sehingga ke malam hari.  










Shopping di HRC, Surfers Paradise, Gold Coast











Zoom panorama malam di Surfers Paradise





Jalan-jalan dan lepak dekat Night Market, Surfers Paradise, Gold Coast


Setelah berjalan beberapa meter meninggalkan hotel, kami singgah di Hard Rock Café (HRC) Gold Coast yang terletak di alamat Cnr Cavill Ave &, Surfers Paradise Blvd, Surfers Paradise QLD 4217, Australia untuk membeli t-shirt sebagai tanda kenangan dan memori zoom kami di sesuatu tempat. Ini adalah t-shirt HRC yang pertama di dalam koleksi kami yang baru berjinak-jinak dan menyimpan Hasrat untuk berjalan-jalan zoom ke luar negara. Kami memilih beberapa design HRC lalu membayarnya di kaunter. Untuk mendapat t-shirt yang murah pelanggan atau pengumpul koleksi t-shirt HRC boleh mendaftar sebagai ahli dan menguimpul pointmnya. Sekiranya bertuah pelanggan pasti terkejut dengan tawaran harga t-shirt yang amat murah dan ada Ketika akan mendapat t-shirt HRC secara PERCUMA…..


Kami mundar mandir berjalan-jalan meninjau bangunan-bangunan dan view tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong di sekitar bandar tersebut. Kelihatan ramai pelancong yang berjalan-jalan dan ada yang membawa peralatan papan luncur air menuju ke Kawasan pantai. Kami berjalan-jalan di tepi pantai menikmati keindahan ombak dan angin laut. Kami berada di tepi pantai sehingga waktu petang dan menuju ke Night Market yang berada di hujung pantai tersebut.   


Kami berhenti melihat barang-barang yang dijual di pasar malam tersebut dan membeli cenderamata untuk dibawa balik nanti. Kami melihat telatah pelancong-palancong yang menikmati saat-saat manis percutian mereka di tepi pantai Gold Coast sambal berjalan di celah-celah cahaya lampu hiasan di sepanjang jalan menuju ke hotel masing-masing. Setelah berhenti rehat beberapa kali di kerusi dan juga di tepi jalan, kami pun sampai ke hotel sambil menarik nafas lega walaupun termengah-mengah kepenatan berjalan.   

Kami balik berehat di hotel dan makan makanan yang dibeli di kedai serbaneka dan berehat serta solat sementara terlelap keletihan.      

 

DAY 2 – ZOOM KEMERIAHAN DI TAMAN TEMA WARNER BROS MOVIE WORLD, GOLD COAST

Pada pagi Khamis 17 Mac 2011, kami breakfast dengan makanan bekal yang dibawa untuk turun awal ke lobby hotel. Kami menunggu bas Con-x-ion di depan hotel untuk pergi ke Warner Bros Movie World pada hari itu. Setelah bas membawa kami meninggalkan hotel selama hamper 45 min kami pun sampai di Warner Bos Movie World yang terletak di Pacific Mwy, Oxenford QLD 4210, Australia. Setelah menurunkan beg kami berjalan terus ke kaunter untuk mendapatkan tiket masuk. Kami telah menempah tiket bersama pakej agen di Malaysia.





Menaiki bas Con-x-ion ke MovieWorld






Bangga berdiri melihat Jalur Gemilang berkibar di depan Gate MovieWorld

 








Zoom bergaya di Gate masuk ke MovieWorld 


Setelah masuk melepasi gate WB Movie World kami terdengar jeritan pengunjung yang bermain game di kawasan Escape iaitu roller-coaster bertemakan movie superhero Superman yang terbang dan meluncur laju di udara. Kami pula hanya memerhatikan teriakan dan jeritan para pengunjung sambil merakamkan spot gambar-gambar di beberapa zoom menarik di dalam kawasan Escape tersebut. Setelah itu kami juga mengabadikan gambar di spot yang terdapat model kereta canggih kegunaan superhero Batman yang berbakti dan menjadi penyelamat penduduk di Gotham City.      

 









Bergambar di kawasan game Escape Superman dan Batman






 Bergambar dengan kereta Batman

Setelah itu, kami berjalan mengikut peta di laluan utama masuk ke dalam Movie World tersebut. Kelihatan banyak outlet yang menjual cenderemata dan t-shirt bertemakan movie kartun watak-watak yang tertentu seperti Superman, Batman, Harry Potter dan sebagainya. Kami melihat ada pengunjung yang berani masuk ke rumah hantu bertemakan movie kartun Scooby Doo untuk mengalami sendiri suasana kegelapan dan ditambah lagi dengan jeritan yang menyeramkan….. Di saat kami memikirkan keberanian pengunjung-pengunjung tersebut tiba-tiba muncul Catwoman iaitu salah satu watak di dalam movie Batman yang beraksi di atas kereta klasik di Gotham City. Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan watak Catwoman tersebut.    

Kami hanya menyertai permainan yang boleh disertai oleh kanak-kanak dengan memilih game fun car di mana kelihatan anak-anak sangat gembira memandu kereta tersebut di dalam gelanggang yang disediakan.    















Zoom Shopping di Outlet di Sambil Berehat di tepi jalan MovieWorld





Zoom Rumah Hantu Scooby Doo



Kegembiraan menaiki family fun car

Dari situ kami masuk ke bahagian Arena untuk melihat pertunjukan movie aksi lagak ngeri pemanduan kereta di mana dilakonkan oleh beberapa pemandu kereta dan motorsikal stunt yang mempunyai kemahiran yang sangat tinggi. Kelihatan aksi kejar mengejar kereta detektif yang mahir dengan sekumpulan penjenayah. Memang real lakonannya denngan tembakan, kebakaran dan juga dentuman bom yang mengeluarkan asap tebal apabila berlaku letupan.  









Deruman aksi kereta lasak bagaikan dalam movie.....

Selepas terhibur dengan aksi kejar-megejar kereta lasak tersebut hingga ke akhir babak, kami keluar menuju ke laluan utama di dalam Movie World sambil berkumpul di tepi jalan untuk menunggu persembahan watak-watak kartun seperti Bunny, Tweety dan rakan-rakan mereka ada yang nakal dan suka mengusik. Mereka menari sambil menyanyi yang membuatkan kanak-kanak amat teruja sehinggakan ada yang ingin memasuki laluan utama untuk turut serta.   










Pertunjukan Istimewa Bunny, Tweety & Rakan-rakan yang ceria





Bermain game aksi mini & menaiki Merry Go Round di area WB KIDS





Gambar game-game lain yang diminati kanak-kanak

Setelah itu kami berjalan-jalan menuju ke bahagian yang lain pula di mana anak-anak memilih untuk bermain beberapa permainan seperti naik kuda di Merry Go Round, cawan berputar dan sebagainya. Setelah itu anak-anak beratur untuk memandu kereta mengelilingi laluan khasnya di mana kelihatan sesekali pemandu kanak-kanak melambai-lambai tangan kepada ahli keluarga yang menanti di sepanjang laluan khas tersebut.

Setelah selesai sesi memandu kereta, kami menuju ke stesen kereta api untuk menaiki kereta api yang akan tiba. Gerabak-gerabak kereta api yang tersedia boleh dinaiki seisi keluarga yang akan menyusuri track dengan permandangan sekitar Movie World yang indah. 









Memandu Kereta Keliling Taman















Menaiki kereta api bersama family....


Kemudian, kami sampai ke bahagian permainan fun car untuk kanak-kanak pula. Tanpa berlengah lagi anak-anak mengambil keputusan untuk turut serta menaiki fun car tersebut. Kelihatan kanak-kanak sangat ceria.

     



     Zoom fun car kanak-kanak......

Setelah itu, kami berkumpul di tepi laluan utama kerana akan diadakan pertunjukan aksi menyelamatkan orang awam dan juga memcegah jenayah rompakan oleh Batman di Gotham City. Aksi perlawanan mereka sungguh lincah dengan sound effect tembakan, letupan dan aksi-aksi lain yang real dan mendebarkan para penonton. Kelihatan Batman bertungkus lumus berlawan dengan penjenayah dengan dibantu oleh polis metropolitan yang akhirnya mereka berjaya menumpaskan semua penjenayah. 









Aksi-aksi berani Batman menyelamatkan Gotham City


Kami berlegar-legar lagi ke bahagian Adventure Ride yang bertemakan cow boy town dan ada permainan ala-ala di Grand Canyon di mana terdapat roller coaster yang melalui Kawasan gurun, gunung berapi dan meluncur menuruni Kawasan tasik yang berair dan kelihatan penunggangnya riuh rendah berjeritan tatakala roller coaster tersebut menjunam dari gunung yang tinggi. Kami sempat bergambar di beberapa spot di cow boy town tersebut tanpa diganggu oleh kaum red Indian…..

 





Gambar di sekitar Adventure Ride ala-ala Cow Boy Town

 

Kami berkumpul di tepi jalan utama semuloa untuk menyaksikan pertunjukan Scooby Doo Where Are You?.... yang terkenal dengan aksi kelakar ging-ging yang mempunyai kepakaran meyelesaikan misi-misi yang menyeramkan. Sesekali kami tertawa akibat gelagat Scooby Doo dan Shaggy yang pandai berjenaka walau pun pada mulanya apa yang mereka rancangkan memang tidak menjadi hanya mengharapkan keajaiban berlaku….. haha

 










Gambar aksi-aksi kelakar Scooby Doo, Shaggy and geng menyelesaika misteri seram....


Setelah episode Scooby Doo selesai kami berlegar-legar sambil singgah di outlet-outlet yang menjual t-shirt dan cederamata bertemakan movie yang berkaitan. Boleh pilih design mengikut kesukaan masing-masing dan ada juga gera-gerai minuman di sekitar jalan-jalan utama dalam taman tema tersebut untuk menghilangkan haus ketika penat berjalan jauh. 


























Kemunculan watak-watak di MovieWorld semasa Grand Parade

Setelah itu kami bergegas ke jalan utama lagi untuk melihat persembahan yang dinanti-nantikan iaitu Grand Parade merupakan perbarisan watak-eatak utama yang terdapat di MovieWorld. Kanak-kanak sanat teruja apabila melihat hero-hero yang mereka gemari melintasi dan melambai-lambaikan tangan sambal beraksi.    

 


Burung menghirup air pancutan

Setelah itu kami pergi ke kawasan air pancutan di mana terdapat beberapa orang kanak-kanak yang bermain air. Nasib baik kami membawa baju mandi untuk anak-anak di mana mereka juga teruja untuk turut serta bermain di celah-celah pancutan air tesrebut. Di saat inilah kami boleh melepak dan berehat sambal menikmati permandangan di dalam Kawasan taman tema dan juga melihat telatah dan gelagat pengunjung yang kebanyakan dating Bersama rakan-rakan dan juga family.  

 










Lagi Zoom Shopping di Outlet Sambil Berehat Santai di tepi jalan MovieWorld.... 


Setelah menjelang petang sekitar jam 5pm, kami keluar dari taman tema Movieworld tersebut dan menuju ke hentian bas untuk menunggu bas Con-x-ion. Kami menaiki bas yang singgah semula di beberapa hotel untuk menghantar pelancong-pelancong ke hotel masing-masing. Bas bergerak dan berhenti sehingga akhir sekali sampai ke hotel kami. Kami Kembali ke bilik untuk mandi dan berehat sementara menunggu waktu malam untuk turun tapau makanan di Restoran Melayu tidak jauh dari hotel tersebut.






Panorama malam berjalan kaki ke Gold Coast Wax Museum


Selepas makan kami keluar berjalan kaki menuju ke Gold Coast Wax Museum yang terletak di 56 Ferny Ave, Surfers Paradise QLD 4217, Australia hanya sejauh 900m dari hotel dan juga dekat dengan HRC Surfers Paradise. Kami menikmati panorama malam yang indah di sepanjang jalan Surfers Paradise menuju ke Wax Museum yang mengambil masa sekitar 10minit perjalanan. Kami membeli tiket masuk lalu ditemani oleh pekerjanya bermula dari entrance sehingga ke beberapa bahagian di dalam museum tersebut sambal menerangkan serba sedikit berkenaan tema, sejarah dan koleksi yang tedapat di museum tersebut. Museum tersebut juga tidak ketinggalan mempunyai patung meyerupai beberapa personaliti terkenal di dunia seperti para pelakon dan juga pemimpin-pemimpin negara. Kami tidak melepaskan peluang untuk turut bergambar kenang-kenangan bersama selebriti tersebut.






















 








 Bergaya setaraf selebriti terkenal….

Setelah meninjau setiap ruang di Wax Museum tersebut kami berjalan balik ke hotel untuk berehat dan tidak sabar pula untuk menunggu hari esok kerana kami akan meneruskan trip ke taman tema DreamWorld pula.Ikuti sambungan kisah perjalanan kami di Gold Coast untuk ke taman-taman tema terkenal yang lain seperti DreamWorld dan juga SeaWorld serta beberapa lokasi yang menarik di Zoom Trip Gold Coast - Part 2 yang akan datang. Jom.....

   



No comments:

Post a Comment