Sunday, 5 December 2021

Zoom Pantai Cherating, Teluk Cempedak & Kuantan : Trip Oktober 2021 – Jalan-Jalan Cari Makan Sempena Rentas Negeri 2021


 Hari 1 – Trip KL ke Cherating

Pada hari Sabtu 23 Oktober 2021, kami bertolak menuju ke Cherating dengan perasaan yang sungguh gembira setelah sekian lama berada spertinya terkurung di dalam rumah sepanjang tempoh PKPD selama lebih kurang 6 bulan bermula dari bulan Mac hingga September 2021 dan kenganan yang pastinya diingati adalah terpaksa beraya di rumah masing-masing. Trip kali ini Along tidak dapat ikut serta kerana telah mendaftar masuk ke Kampus UiTM Dengkil pada pertengahan September 2021. Sebelum bertolak ke Cherating, kami singgah di Petronas R&R Highway Karak untuk membeli roti dan air sebagai bekalan dalam perjalanan ke sana dari Kuala Lumpur ke Cherating akan mengambil masa sekitar 3 ½ jam lebih mengikut masa yang diberikan oleh Waze. Keadaan jalan adalah lancar dan tidak banyak kereta di lebuhraya memandangkan ramai yang telah rentas negeri di awal bulan September apabila dibenarkan oleh Kerajaan memandangkan golongan dewasa telah mencapai 90% divaksin. Namun SOP dan kawalan penjarakan sosial masih dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi memastikan orang ramai mematuhinya terutama mengamalkan cuci tangan, mengelak tempat sesak dan penjarakan sosial sejauh 1 meter.   

 

Suasana perjalanan di highway ke Cherating 

Setelah menempuhi perjalanan hampir selama lebih kurang hampir 3 jam kami sampai ke Kuantan iaitu melalui Lebuhraya Karak dan LPT Fasa 1 lalu keluar di Tol Kuantan dan mengukut Waze menuju ke Restoran Akub Ikan Patin 2 yang terletak di 36, Jalan Kuantan Sungai Lembing, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. Jam menunjukkan pukul 11.00am dan kami merupakan pelanggan pertama yang masuk ke restoran tersebut lalu memilih hidangan-hidangan menu yang masih panas dan berasap lagi kerana baru sahaja selesai dimasak. Selepas kami memesan hidangan lauk-pauk termasuk menu ikan patin, sayur dan sebagainya kelihatan beberapa pengunjung telah mula masuk dan memenuhi meja-meja di dalam restoran tersebut. Kami sempat berbual dengan staf di restoran tersebut yang peramah dan menceritakan keda-kedai makan di sekitar Kuantan dan juga Cherating yang perlu singgah oleh pengunjung terutama food hunters di mana kebanyakan kedai-kedai yang disarankan telah pun berada di dalam list itinerary kami dalam trip kali ini.



Menu pilihan selera ikan patin di Restoran Akub

Setelah selesai lunch special menu ikan patin, kami mengikut Waze yang telah ditetapkan menuju ke Cendol Mustafa Kuantan yang terletak di Lot 9744, Jalan Teluk Sisek, Taman Selamat, 25000 Kuantan, Pahang sejauh 6km dengan masa pemanduan sekitar 15minit. Kami hanya memesan 2 mangkuk menu cendol sahaja untuk dikongsi kerana masih terasa kekenyangan. Terdapat kawasan parking yang luas di hadapan kedai cendol tersebut dan banyak kerusi dan meja yang disusun memanjang sesuai menjadi tempat lepak group-group konvoi motor, basikal, kereta dan sebagainya.




Cendol Mustafa Kuantan

Setelah menghabiskan masa beberapa jam di sekitar Kuantan, barulah kami meneruskan perjalanan menuju ke Cherating mengikut Waze dengan masa pemanduan 50minit sejauh 41km dari Kuantan untuk sampai ke spot lokasi pertama di Cherating iaitu Café Marion, Cherating beralamat di 1011, Jalan Kampung Cherating Lama, Cherating, 26080 Balok, Pahang. Mengikut staf Restoran Akub ramai pengunjung yang singgah membeli kopi dan kek di café tersebut. Nasib menyebelahi kami kerana setibanya di situ kelihatan ramai pengunjung yang sedang beratur dan menurut Kakak Rela yang mengawal lalulintas di situ memberitahu nombor Q sudah pun kehabisan namun kami antara yang terawal sampai sedudah kehabisan nombor, tetapi kebiasaannya masih lagi berpeluang untuk mendapat dan memilih menu-menu yang menjadi pilihan pengunjung. Di belakang kami masih kelihatan ramai pengunjung yang baru tiba dan turut beratur bagi mencuba nasib masing-masing.





Cubaan grab kopi dan kek Cafe Marion 


Setelah Berjaya grab kopi dan kek di Marion Café kami dengan hati yang gembira mengikut Waze menuju ke Hotel Samsuria Beach Resort & Residence, Cherating yang terletak di Jln Sg Ular Damar 1, Balok, Cherating, Pahang untuk checkin dan berehat. Kami berhenti di Warung Keropok Lekor Pok Dee untuk cuba keropok lekor yang digoreng panas dan juga membungkusnya untuk dimakan di bilik hotel nanti. Hotel Samsuria kami book melalui Booking.com berharga RM252 semalam sahaja. Hotel tersebut mempunyai kawasan private parking yang luas jadi tidak perlu risau tentang parking kereta sehinggakan terdapat petak parking kereta mengelilingi setiap block hotel. Setelah mendaftar masuk, kami memandu kereta menuju ke kawasan parking berhampiran block yang terletak di belakang hotel tersebut dan betul-betul mengadap swimming pool lalu mengambil semua beg dan berjalan masuk ke bilik. Hotel tersebut mempunyai bilik studio yang sangat selesa dan amat sesuai untuk kami sefamily dilengkapi 1 katil queen, sofa, meja study dan ruang memasak dan meja makan serta fridge dan juga TV. Bilik hotel tersebut sesuai untuk seisi keluarga dan bilik airnya pun bersih.


Gambar bilik apartment Hotel Samsuria Resort & Residence, Cherating (Rating – 8.5/10)

Pada petang itu kami menghabiskan masa berehat di bilik sambil makan puding diraja yang dibeli di Restoran Patin Akub di Kuantan dan juga menghabiskan keropok lekor yang dibeli di Warung Pok Dee tadi. Kami keluar ke pantai untuk mandi-manda dan Aakif teruja dan gembira mandi di pantai dan bermain ombak yang semakin kecil menghampiri pantai. 

Puding diraja Restoran Akub, Kuantan










Kak Damia gigih zoom view pantai yang indah
 




Aakif gembira mandi-manda dan bermain ombak pantai Samsuria

Selepas solat jamak Maghrib dan Isyak, kami keluar untuk mencari makan di restoran yang terletak di sekitar Cherating dan menu seafood menjadi pilihan pengunjung yang sampai ke Cherating. Terdapat banya restoran yang beroperasi di waktu malam, kami mengambil keputusan untuk mencari restoram berdekatan dengan Café Marion di Kampung Cherating Lama namun kelihatan restoran ada yang madih belum beroprasi dan ada beberapa restoran yang kami lihat telah penuh dengan pelanggan dan sudah tentulah pasti mengambil masa yang lama untuk memasak menu pilihan pelanggan masing-masing. Justeru itu, kami berpatah balik menuju ke hotel dan mengambil keputusan untuk berhenti di restoran tepi jalan yang kurang pelanggan. Setelah melepasi Warung Pok Dee kami lihat sebuah restoran yang terdapat hanya 2-3 buah kereta pelanggan yang parking di depannya lalu kami membelok dan parking kereta untuk makan di restoran tersebut. Restoran tersebut adalah Restoran Sri Baging yang terletak di Kampung Baging (Jalan Kemaman – Kuantan) 26080 CheratingPahang Malaysia. Kami memesan beberapa menu seafood dan specialnya Menu Ikan Siakap 3 stim yang sangat sedap dan recommended namun pelanggan perlu bersabar kerana kekurangan pekerja dalam tempoh pembukaan rentas negeri ini. Kami sangat berpuas hati tentang menu masakan dan recommended untuk singgah makan di Restoran Sri Baging, Cherating. Setelah selesai menjamu selera, kami baik semula ke hotel dan makan nasi kandar yang ditapau di bilik hotel sambil berehat dan menonton TV. 

 


Menu hidangan makanan di Restoran Sri Baging (Rating – 4.8/5.0)

Setelah selesai dinner seafood, kami memandu balik ke hotel Samsuria hanya 5 min pemanduan dengan jarak sekitar 6 km sahaja. Setelah sampai ke parking, hotel kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di tepi pantai sambil menyaksikan cahaya bulan penuh yang terang. Sebelum masuk ke bilik untuk berehat dan tidur.  




Zoom cahaya bulan di tepi pantai

 

Hari 2 – Jalan-Jalan Cari Makan Cherating dan Kuantan

Pada pagi Minggu hari Ahad, 24 Oktober 2021, kami bangun awal untuk mengerjakan solat subuh dan keluar ke tepi pantai untuk melihat suasana panorama awal pagi ketika sang mentari mula menyinari cahaya. Subhanallah syukur dan puji-pujian kepada Pencipta Allah S.W.T dan selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kami sempat merakamkan panorama pagi sepanjang persisiran pantai yang hanya bebeberapa meter dari bilik hotel. Setelah berlegar-legar di tepi pantai sambil melihat panorama yang indah itu kedengaran deruan ombak yang membelah pantai dan terasa desiran angin yang amat nyaman sekali. Terhibur rasa hati sambil bernyanyi kecil alunan lagu….

Antara Anyer dan Jakarta by Dato Shiela Majid

Deru sang ombak bersilir ke pantai

Disambut alunan nyiur melambai

Rembulan megah di atas mahligai

Tersenyum melihat kita berdua

Angin membawa lagu cinta

Sejuta bintang bermain mata

Seakan rela dua insan

Di dalam senarionya

Antara Anyer dan Jakarta

Kita jatuh cinta

Antara Anyer dan Jakarta

Kisah cinta tiga malam

Kan kuingat selamanya

Antara Anyer dan Jakarta

  









Zoom panorama pagi di pantai Samsuria, Cherating

Setelah langit cerah, kami meninggalkan kawasan pantai tersebut untuk balik ke bilik dan untuk berehat dan mandi-manda sebelum keluar breakfast. Pada pagi ini, kami plan untuk breakfast di Ombok Cherating Surf Café yang terletak di No 1006-1 , Kedai Jalan Kemaman, Jalan Kampung Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang iaitu bertentangan dengan Café Marion yang kami datang semalam. Kami parking di tepi jalan lalu masuk ke Ombok Café yang berkonsepkan design klasik. Kami antara pelanggan yang awal memasuki Café tersebut kerana banyak meja yang belum penuh lagi. Sekiranya anda berkunjung ke Cherating, silalah datang awal ke Café tersebut kerana mejanya yang limited agar tidak perlu menunggu Q lama yang akan menggangu plan itinerary nanti. Kami terpesona dengan design Café dan juga keramahan staf yang sentiasa melayani pelanggan. Kami memesan menu breakfast yang terdapat di dalam senarai buku menunya untuk dicuba. Kebanyakan menu di Café tersebut adalah masakan barat seperti checken chop, fish and fries dan lain-lain lagi.

 







Breakfast di Ombok Café

Selepas kami memesan beberapa menu hidangan breakfast, kelihatan pelanggan lain mula masuk dan memenuhi meja di dalam Café tersebut. Terdapat ramai juga pengujung yang terpaksa beratur sementara menanti meja kosong.

 Setelah selesai breakfast, kami terus menuju ke Hotel Samsuria semula mengambil masa sekitar 15 minit jarak lebih kurang 14km untuk berkemas dan bersedia untuk check-out dan menyambung percutian kami di Kuantan pula.

Setelah checkout dan memulangkan kunci bilik, kami memandu mengikut Waze sejauh 33km mengambil masa sekitar ½ jam menuju ke Berjaya Megamall, Kuantan yang terletak di G33, (Ground Floor), Berjaya Megamall, Jalan Tun Ismail, 25000, Kuantan, Pahang untuk mencari filem kamera adik yang telah kehabisan akbibat dari shoot panorama yang cantik di pantai Cherating.














Zoom shoot view dan lepak di pantai Teluk Cempedak

Setelah berjaya membeli filem kamera kami menuju ke Pantai Teluk Cempedak  yang terletak sejauh 5.km mengambil masa sekitar 10 minit sahaja. Kami measuki Kawasan parking setelah scan MySejahtera di pondok laluan yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Kuantan. Kelihatan ramai pengunujung yang beratur membeli makan di McD dan sekitar kiosk gerai di tepi pantai. Terdapat juga kanak-kanak yang berlari gembira di atas pasir sambil meniup belon, bermian layang-layang dan sebagainya. Kami sempat memasuki toilet sebelum turut beratur untuk masuk ke Starbuck bagi memsan kopi dan mencari meja untuk lepak sambil menikmati panorama di pantai tersebut dari cermin dinding Starbuck yang terletak di tepi pantai Teluk Cempedak. Selepas itu, kami berlegar-legar di Kawasan kiosk jualan dan juga menghampiri tepi pantai Teluk Cempedak sementara Aakif membeli dan bermain air belon. Kami juga berjalan melewati sekumpulan monyet yang melepak di atas tiang dan penghadang jambatan di sepanjang Kawasan berbukit di sebelah hujung pantai Teluk Cempedak. Hati-hati apabila anda enghampiri sekawan monyet-monyet ini yang sentiasamenumpukan perhatian kepada barang-barang yang dibawa oleh pengnjung, jadi dinasihatkan agar pengunjung lebih berhati-hati atau pun simpan barang-barang di dalam beg dan sebagainya.

 Setelah berpatah balik ke kawasan parking, kami pun meninggalkan kawasan pantai itu untuk menuju ke tengah bandar semula. Ketika itu hari sudah menjelang tengahari kami memandu menuju ke Restoran Jaman Tory yang terletak di Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan yang mengambil masa selama 20 minit sejauh 12km dari pantai Teluk Cempedak. Kelihatan ramai orang sedang makan tengahari di restoran tersebut. Ada kemudahan surau di sebelah restoran tersebut. Setelah memesan menu special iaitu ikan patin dan beberapa menu yang lain kami mengambil beberapa pilihan spot gambar di dalam ruang-ruang yang dihiasi cantik sekali bertemakan konsep melayu tradisi dan diletakkan basikal dan vespa lama di bahagian hujung restoran tersebut. Menu ikan patin dibakar panas-panas menambahkan selera makan tengahri di situ. Recommended resepi ikan patin terbaik…. Rating 4.8/5.0




Zoom menu pilihan di Restoran Jaman Tory

Setelah menghabiskan makanan tengahri di restoran tersebut, kami baru memulakan perjalanan untuk checkin hotel di Swiss Belhotel Kuantan yang terletak di Jln Tanjung Lumpur 1, Kuantan Waterfront Resort City mengambil masa selama  20 minit dengan jarak pmanduan sekitar 10 km. Kami telah tempah bilik hotel di Agoda.com dengan harga RM570 semalam (SeaView Room). Kami checkin di bilik tingkat 17 yang mempunyai 2 bilik yang luas bilik utama katil bersaiz king dan bilik ke2 pula 2 katil singgle yang dilengkapi kemudahan sofa, meja makan, fridge dan TV di ruang tamu yang sangat luas dan selesa.




Zoom bilik Swiss-Belhotel Kuantan



Ibubapa perlu awasi SOP di swimming pool di musim Covid19

Gym di Hotel Swiss-Belhotel Kuantan

Sesampai di bilik hotel, kami mandi manda dan berehat memandangkan Kak Damia ad akelas tuisyen di sebelah malam dan ujian secara online keesokan harinya. Kami meninjau-ninjau swimming pool yang terletak di tingkat 5 dan mendapati terlalu ramai kanak-kanak yang sedang mandi-manda di swimming pool tersebut dan kurang pematuhan terhadap SOP di musim Covid-19. Jadi kami membuat keputusan agar anak-anak hanya berehat di dalam bilik sahaja ye. Tunggulah sehingga keadaan kes Covid19 reda atau pun kesempatan untuk bercuti di Lexis Hibiscus di Port Dickson mengikut plan sudah dibook dan ditunda selama hampir setahun kerana kes Covid19. Jangan lupa ikuti kisah percutian kami nanti di Lexis Hibiscus di Port Dickson. 


Tapau pizza di the 92's Cafe Kuantan

Menjelang senja kami keluar ke pekan Kuantan untuk tapau pizza di & beli roti kedai runcit bersebelahan Pizza The 92’s Café yang terletak di A7, Transit Point, Jalan Dato Lim Hoe Lek, Taman Union, 25200 Kuantan, Pahang dengan pemanduan Waze selama 11 minit sejauh 5km. Setelah memsan menu pizza di situ, kami pergi ke kedai runcit di sebelah kafe tersesebut untuk membeli roti, air mineral dan keropok untuk dimakan di bilik hotel. Kami menunggu pizza di dalam kereta yang diparking di depan kafe sehingga staf mereka menghantar pizza yang telah siap ditapau. Kami balik ke hotel untuk berehat sambil Kak Damia mengikuti kelas tuisyen dan mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pagi esok.

 

Hari 3 – Minum Kopi O di Kuantan Sebelum Kembali ke KL

Pada pagi Isnin 25 Oktober 2021, kami breakfast di Cafe lobby hotel yang menyediakan banyak pilihan menu seperti nasi lemak, nasi goreng, mee, roti canai, kuih-muih dan salad serta pelbagai lagi menu yang lain. Sementara itu, Kak Damia pula brekfast roti yang dibeli semalam dan membancuh air kopi yang disediakan di meja hotel bagi menghadapi test secara online pada pagi itu. 






Zoom sunrise dari Swiss-Belhotel Kuantan


Breakfast di Lobby Hotel

Selesai sahaja breakfast, kami keluar menuju ke bahagaian pantai di belakang hotel dan melihat seorang pak cik cleaner yang gigih membersih pantai agar tidak tercemar dengan sampah-sarap di tengah-tengah terik mentari pagi. Pak cik kelihatan cerai dan sihat, kami doakan agar dia diberi ganjaran setimpal atas segala usahanya untuk memastikan negara bersih dan penduduk sihat serta memajukan industri pelancongan negara.   


Cleaner yang gigih menjaga pantai.... Budimu tetap dikenang.



Zoom hari yang indah dari jendela bilik hotel

Menghampiri tengahari setelah Kak Damia selesai test kami pun checkout hotel lalu menuju ke MiCasa Café by the River di tepi Sungai Pahang yang terletak di sebelah hotel Mega View Hotel, Lot 567, Jalan Pasar, 25000 Kuantan, Pahang sejauh 6km dengan masa pemanduan lebih kurang 4 minit. Apabila memasuki kafe tersebut kami memesan menu yang menajdi pilihan masing-masing. Kafe tersebut berada di ruang terbuka namun perlu memasukinya dari pintu hotel. Dari ruang dalam kafe terebut  kelihatan jelas signboard bersaiz besar zoom KUANTAN di tepi tebing sungai.









Zoom menu di MiCasa Cafe

Setelah siap makan tengahari di kafe tersebut kami menuju pula ke Restoran Mabiq 2 yang terletak di 2, Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang dengan masa perjalanan 5 minit sejauh 3.5 km untuk tapau menu ikan patin untuk dibawa balik ke KL dan juga dihantar kepada Along di kampus UITM Dengkil.  Di dalam perjalanan balik kami singgah juga di Gerai Pak Su Mak Su yang terletak di Jalan Tanjung Lumpur, Kampung Peramu Maju, 26060 Kuantan, Pahang sebelum meneruskan perjalanan memasuki tol LPT Fasa 1 untuk menuju ke Kuala Lumpur menempuh perjalanan sejauh 235km dengan masa pemanduan hampir 2 jam 45 minit.

Kami sampai di Kuala Lumpur sekitar jam 7pm singgah untuk solat Maghrib lalu keluar untuk menghantar ikan patin dan keropok lekor tapau kepada Along di UiTM Dengkil. Beginilah kisah trip jalan-jalan cari makan di sekitar tepi pantai di Cherating dan Kuantan yang singkat tetapi bermakna buat family kami. Ikuti kisah trip jalan-jalan cari makan yang tertumpu di negeri-negeri Malaysia mungkin ke Port Dickson pula selepas ini memandangkan dunia masih dibelenggu kes Covid19 yang bervarian baharu dan entah bila boarder international akan dibuka….. jom bercuti di dalam negara dahulu ye dengan pematuhan SOP yang ketat dan penjarakan sosial….. Jomlah…! 

No comments:

Post a Comment