HARI 1 – TRIP MEMANDU KE PERLIS – Mengunjungi Restoran Laksa Kuala Perlis, Ladang Harumango, Pasar Padang Besar dan Tasik Timah Tasoh…..
Pada hari Jumaat 24 Mei 2024,
kami memulakan perjalanan ke Perlis bagi menghadiri majlis pertunangan anak
buah yang akan diadakanPada hari Ahad 26 Mei 2024 di Jitra, Kedah sambil
berjalan-jalan cari makan di Perlis dan Kedah melalui Pulau Pinang. Sebelum
bertolak ke Perlis, kami singgah di R&R bersolat jamak, makan dan memandu
santai ke arah utara. Dari Kuala Lumpur akan mengambil masa sekitar 5-6 jam lebih
mengikut keadaan dan kesesakan dalam perjalanan nanti. Perjalanan dari Kuala
Lumpur ke Perlis berjalan lancar kerana tidak banyak kenderaan menggunakan
lebuhraya memandangkan tiada cuti umum.
Setelah menempuhi perjalanan yang
agak lama dan beberapa kali berhenti, kami sampai ke Perlis iaitu melalui Tol
Jalan Duta, Tol Juru, Tol Sg Dua dan ke Tol Alor Setar. Dari situ kami setting
Waze untuk menuju ke Restoran D’Adna Laksa House Kuala Perlis yang famous viral
laksa dan pulut panggang lokasinya terletak di 41, Jalan Sarawak, Taman Bukit
Kubu Jaya, 02000 Kuala Perlis, Perlis.
Laksa beras di Perlis masih
mengekalkan cara pembuatan secara tradisional dengan menggunakan mesin laksa
atau 'gebok'. Ramuan laksa beras ialah tepung tepung beras, ubi kayu dan beras
kisar. Manakala kuahnya pula adalah merupakan proses yang dihasilkan dari ikan
segar iaitu ikan temenung/kembong/selayang merupakan hasil laut yang segar terus
didapati daripada nelayan dan peniaga di sekitar Jeti Kuala Perlis. Kuah
laksanya berlemak, pedas dan manis terhasil daripada rasa ikan yang segar ini.
Ia menjadi lebih istimewa jika menikmati laksa di restoran D’Adna Laksa House di
mana laksanya akan dihidangkan bersama-sama pulut udang. Selain itu ada juga dijual
kuih lain dan juga keropok lekor yang boleh dicuba.
Laksa menjadi salah satu makanan
pilihan orang utara dan menjadi semakin laris permintaannya pada hujung minggu
dan juga musim cuti sekolah. Sudah semestinya pelancong-pelancong tidak akan
melepaskan peluang untuk menyerbu restoran laksa ini untuk mencuba keenakan
laksa beras asli.
Kepada penggemar-penggemar laksa,
silalah terjah restoran-restoran laksa yang menjadi salah satu Lokasi pilihan
kami;
Laksa saranghae Meru, Ipoh… link Laksasaranghae terbaik di Meru Ipoh
Laksa sekoq sebelah Langkawi
Airport…. link di Laksa Sekoq di dekat Airport Langkawi
Menjelang solat jumaat, kami
terus memandu menuju ke masjid terapung iaitu Masjid Al-Hussain yang terletak
hanya lebih kurang 2.5 km sahaja dari restoran tersebut di lokasinya No. 1,
Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis, Perlis bersebelahan jeti Kuala
Perlis.
Masjid Terapung
Al-Hussain, Kuala Perlis
Ciri luaran utama Masjid Al
Hussain ialah kubahnya yang berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang
sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis dan juga menara yang tinggi boleh
kelihatan sejauh 10km. Menara ini juga akan diterangi lampu warna-warni yang
sekaligus menjadi lighthouse dan pedoman pada waktu malam kepada
nelayan-nelayan sekitar Kuala Perlis.
Bagi mewujudkan sentuhan alami
yang bercirikan faktor persekitarannya dan berlatar-belakangkan pantai dan
lautan, dinding masjid itu tidak dicat malah kekal menggunakan warna-warna batu-batuan
sahaja. Sebelum sampai ke ruang dalam masjid para jamaah akan melintasi sebuah
jambatan sepanjang 50 meter yang menghubungkan daratan dan bangunan ruang solat
masjid tersebut.
Setelah selesai mendirikan solat
jumaat dan berehat di gazebo depan masjid tersebut, kami menuju ke kereta untuk
meneruskan perjalanan ke Bukit Chuping untuk singgah menikmati mangga harumanis
dan ais krim di café Harumango, Bukit Chuping. Café Harumango tersebut terletak
di Harumango, Kampung Chuping Bawah Bukit, 02500 Kangar, Perlis iaitu di depan ladang
tanaman mangga harumanis yang sangat luas di kaki Bukit Chuping.
Buah-buah mangga harumanis ini ditanam
di ladang Harumango di situ sesuai dengan tanah yang subur di kaki Bukit
Chuping yang rata dan luas. Sudah semestinya buah-buah mangga Harumanis gred
premium dipetik dengan tangan untuk memastikan kesegaran dan sedia dinikmati
segera oleh pengunjung-pengunjug. Kelihatan banyak kereta diletakkan di depan café
tersebut manakala pengunjung-pengunjung boleh menikmati menu-menu berasaskan
mangga di café tersebut yang lapang. Sementara itu pengunjung-pengunjung juga
boleh bergambar di dalam Kawasan ladang mangga di belekang café tersebut. Jomlah
ke sini untuk menikmati Harumanis yang segar, sedap dan sekaligus boleh
menghirup udara yang segar dan menikmati alam sekitar sekiranya datang ke Harumango,
Bukit Chuping. Ramai pengunjung yang berpuas hati menikmati menu pulut mangga
dan juga ais krim.
Ladang Mangga Haromango di Kaki Bukit Chuping
Sekitar jam 3 petang kami bertolak ke Homestay Heaven Republic Studio yang terletak di No. 26, Kampung Oran, Mata Ayer, 01000 Kangar, Perlis untuk check-in dan berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti berikutnya. Homestay itu terletak di tepi jalan dan berdekatan Kawasan kampung yang terdapat sawah padi yang luas sejauh mata memandang. Setelah menghunbungi pemilik homestay itu yang keluar dari rumahnya bersebelahan homestay itu bagi menunjukkan bilik dan kunci, kami pun memindahkan beg ke dalam bilik. Homestay tersebut mempunyai bilik yang sangat luas dilengkapi 2 katil queen, meja study dan TV serta juga dapur dilengkapi peralatan memasak dan peti ais. Kami perasan di sekeliling homestay tersebut ada sahaja pokok buah mangga harumanis yang berbuah lebat dan juga kelihatan di sepanjang jalan di negeri Perlis.
Pokok mangga yang berbuah lebat
Kami mengikut Waze melalui jalan
ke ladang Harumango menuju ke boarder Padang Besar, Perlis dengan mengambil
masa sekitar lebih 30 minit. Kami tiba di Kawasan parking dan berjalan menuju
ke kedai-kedai di Padang Waremart, Padang Besar di mana di situ banyak dijual makanan
kering dan juga produk-proudkmakanan dari negara Thailand.
Kami singgah di foodcourt
bersebelahan Padang Waremart di sebelah parking untuk makan pulut ayam di Restoran
Mak Teh Pulut Ayam yang terleak di Tingkat 1, Plaza Niaga, Padang Besar, 02100
Padang Besar, Perlis. Petang tadi kami makan pulut Bersama mangga di Café Harumango
manakala kali ini kami makan pulut Bersama ayam pula di sini. Memang tidak
dapat dinafikan rasa pulut dan ayam goreng yang sedap terigat kenangan di zaman
80an di mana pada ketika itu ramai orang-orang kampung terutamanya pesawah padi
membuat jamuan pulut dimakan dengan ikan masin. Memang sedap dan menjadi
kenangan terindah sehingga kini….
Pulut Ayam Mak Teh di
Padang Besar, Perlis (Rating : 3.9/5)
Sekitar jam 6.00 petang kami
meninggalkan pasar tersebut memecut laju untuk melihat suasana sunset di Tasik Timah
Tasoh, Perlis pula. Dalam perjalanan kami kami singgah di gerai jualan air jus
nuah mangga di tepi jalan yang fresh dan pekat untuk menghilangkan haus setelah
berjalan-jalan di pasar tadi.
Setelah memandu hampir lebih 30 minit kami pun sampai ke Tasik Timah Tasoh yang terletak di Lot 3082, Jalan, Kampung Buit Manek, 02200 Kaki Bukit, Perlis. Bersempena Tahun melawat Perlis 2024-25, Kerajaan giat mempromosikan Tasik Timah Tasoh sebagai salah satu Lokasi tumpuan pelancong jika berkunjung ke utara Malaysia. Tasik Timah Tasoh ini bukanlah sekadar tasik biasa tetapi ianya sebuah tasik yang sangat indah sehingga dijadikan lokasi pergambaran muzik video dan drama kerana keindahannya alam semulajadi. Di sekitar tasik ini penunjung dapat melihat dusun buah-buahan yang subur seperti buah durian, rambutan, mangga dan durian Belanda, malah jika berbuah dibenarkan pengunjung untuk memetik terus sahaja dari pokok sekiranya membuat tempahan untuk menginap di Tasoh Lake Resort & Retreat.
Taman Tasik Timah Tasoh
Untuk
merasai pengalaman kehidupan di desa yang sebenar, pengunjung juga contohnya kaki
pancing boleh merasai pengalaman memancing di tasik ini merupakan habitat
kepada pelbagai jenis ikan air tawar seperti Gelang Pam, Haruan, Ubi, Talapia
dan Keli. Ikan-ikan yang ditangkap itu nanti boleh terus sahaja dibakar di tepi
tasik ini serta boleh dinikmati segar-segar sambil bersantai di gazebo Tasik
Timah Tasoh. Harus diingat terdapat papan-papan tanda dan tong-tong sampah
disediakan supaya para pengunjung tidak mengabaikan kebersihan bagi mengekalkan
keindahan alam semulajadi di tasik tersebut.
Selain daripada aktiviti-aktivit
tersebut ada kelihatan juga pengunjung yang berkelah, menaiki tram, berbasikal dan
berkayak atau berperahu mengelilingi tasik yang luas itu serta aktiviti memanah.
Terdapat juga spot-spot yang dihiasi dengan pelbagai bentuk street art di mana
menjadi rebutan para pengunjung merakamkan gambar dengan aksi masing-masing. Memang
berbaloi juga sekiranya berkunjung di Taman Tasik Timah Tasoh untuk
menghabiskan masa seharian di sini beriadah bersama keluarga tercinta.
Aktivit-aktiviti
riadah di Tasik Timah Tasoh
Setelah hari beransur gelap, kami
memandu meninggalkan kawasan parking Tasik Timah Tasoh balik ke homestay. Kami
singgah di kedai runcit untuk membeli air minuman dan makanan ringan buat
bekalan di homestay malam nanti. Setelah
solat jamak di bilik, kami berehat sambil menonton TV dan minum serta makan
makanan ringan tadi. Kami juga makan buah-buahan dan makanan yang dibeli di
ladang Harumango dan juga di pasar Padang Besar sebelum nyenyak tidur.
HARI 2 – JALAN-JALAN PERLIS - Pekena
Kopi O Arau, Melawat Ladang Superfruits Valley, Jalan-jalan Taman Tasik Melati dan
Lunch di Restoran Anjung Keli……
Pada pagi Sabtu 25 Mei 2024, kami
mengambil keputusan untuk terus berehat di bilik homestay setelah bangun awal
untuk solat subuh. Kami bangun semula sekitar jam 8.30am lalu bersiap untuk try
menu di Kedai Kopi Arau yang terletak di 136, Jalan Chin Ali, Kubang Gajah,
02600 Arau, Perlis. Kami bertuah kerana dapat parking di tepi jalan menuju ke
kedai kopi tersebut. Kedai kopi tersebut terletak di dalam Kawasan perumahan
kampung dan pengunjung haruslah berhati-hati memandu masuk melalui Lorong yang
agak sempit ke depan kedai kopi tersebut. Kami nasihatkan agar pengunjung dating
awal atau datang pada waktu yang bukan waktu puncak untuk mengelakkan kesesakan
berselisih kereta di lorong sempit itu atau menunggu untuk mendapatkan parking.
Setelah mendapat parking, pengunjung juga perlu bersabat untuk mendapatkan meja
pula. Kami juga berlegar-legar mencari meja dan duduk di salah sebuah meja setelah
sekumpulan pengunjung sudah siap breakfast. Kami duduk lalu memesan menu air kopi,
nasi lemak, roti canai dan sate. Oleh kerana pengunjung yang ramai maka
servisnya pun slow dan makanan lain telah pun sampai untuk dimakan cuma menunggu
menu sate yang boleh tahan lamanya untuk menunggu. Ada juga pengunjung yang
membawa kanak-kanak kecil berlelegar-legar di Kawasan kedai kopi o itu bagi
meredakan anak-anak kecil yang puas bersama keluarga berada di situ bagi
menunggu pesanan….
Kedai Kopi Arau
Setelah bersantai minum kopi o dan
menghabiskan sate yang baru dihidangkan, kami pun meninggalkan parking Kedai
Kopi Arau untuk memandu berpatah balik semula ke homestay untuk berkemas dan checkout.
Kami menelefon owner homestay tersebut memberitahu kami telah check-out dan
meninggalkan kunci di pintu bilik homestay tersebut. Owner tersebut keluar dari
pintu rumahnya untuk melambaikan tangan kepada kami dan mempelawa lagi kami
untuk singgah di situ apabila berkunjung lagi ke Perlis.
Kami memecut meninggalkan
homestay itu menuju ke bahagian utara mengarah ke Superfruits Valley yang
terletak di Lembah Chuping, 02450 Padang Besar, Perlis yang merupakan satu kawasan
perindustrian yang baru dimajukan oleh kerajaan. Kelihatan banyak tanah yang
masih lapang dan hanya beberapa bangunan sahaja yang sedang dibina di tanah
lapang tersebut. Kami memandu di jalan yang telah siap dibina hingga ke
penghujung jalan dan mengikut tanda arah ke Superfruits Valley. Kami sampai di
depan bangunan komersial Superfruits Valley sekitar jam 12.15pm lalu disambut
dan diberi penerangan oleh owner ladang tersebut, Mr Robin Lim. Ladang ini mula
diusahakan sejak tahun 2016 lagi dan tidak dibuka kepada umum pada ketika itu
kerana pokok-pokok yang ditanam masih belum mencapai usia matang. Kini, ladang
ini mula dibuka secara kecil-kecilan untuk kunjungan umum dan ladang ini
berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu tarikan utama bagi agro
pelancongan di Negeri Perlis.
Jalan ke Chuping Valley
Menurut Mr Robin, Superfruits
Valley adalah bukti yang dibina atas keazaman semata-mata dalam membina
ekosistem yang mampan di ladang seluas 50 hektar itu sambil menghasilkan 4 jenis
superfruits termasuk buah gac, lemon, markisa dan buah tin (nama saintifiknya
Ficus Carica) pada harga yang berpatutan untuk pengguna. Jika kita berkunjung
ke ladang, kitab oleh me;ihat sendiri pemandangan yang mengagumkan dengan
kesungguhan pekerjanya mengerjakan ladang etsrebut dengan menjaga alam semula
jadi.
Selain dijual secara segar, buah
tin juga turut diproses bagi menghasilkan 12 jenis produk hiliran seperti
kaspul untuk penyakit kencing manis, pati untuk cergaskan minda, minyak untuk
penyakit ekzema, jus dan sebagainya. Begitu jugalah dengan superfruits yang
lain. Pengunjung boleh membeli produk-produk ini terus dari ladang tersebut.
Superfruits Valley
Merasa buah-buah yang ditanam di Superfruits Valley
Buah Gac yang baik untuk kesihatan jantung
Ais krim perisa buah
Dari Superfruits Valley kami berpatah
balik menuju ke arah bandar Kangar dan memlaui kawasan sawah padi yang luas
untuk singgah ke Tasik Melati Recreational Park yang terletak di Jalan Tasik
Melati, Tasik Melati, 02400 Kangar, Perlis. Tasik tersebut dipenuhi dengan
bunga-bunga lotus dan pengunjung boleh jalan-jalan ke tengah tasik dengan
jambatan yang menghubunginya. Kelihatan ramai keluarga yang lepak santai sambil
makan-makan dan jalan-jalan di sekitar taman tersebut. Terdapat juga beberapa
gerai makanan yang dibuka untuk menyediakan makanan bagi pengunjung yang ingin
makan atau tapau dan makan di sekitar tasik etsrebut.
Taman Tasik Melati
Oleh kerana sudah terasa
kelaparan dan jarum jam menunjukkan hampir lebih pukul 2 petang kami meninggalkan
kawasan taman tasik tersebut untuk lunch di Restoran Anjung Keli yang terletak
di Jalan Padang Behor, Kangar, Perlis itu. Menu utama restoran ini seudah
semstilah ikan keli dengan berjenis menu masakannya yang menyediakan lebih 12
jenis sambal dan air asam serta berpuluh jenis ulam-ulaman sebagai pembuka
seleranya yang boleh dicuba mengikut selera pengunjung masing-masing. Selain
daripada itu terhidang juga berbelas jenis kerabu termasuk kerabu tradisional
yang enak-enak kita sediakan dulu seperti pucuk paku, kerabu pucuk selom,
kerabu kaki ayam serta banyak lagi.
Selain menu ikan bakar keli
terdapat juga jenis ikan bakar seperti selar, pari, haruan, terubuk dan
bermacam jenis lagi. Sudah semstinya konsep restoran sebegini adalah sesuai
dikunjingi seisi keluarga di mana dapat pelbagai menu masakan mengikut citarasa
tua, muda, kanak-kanak dan sebagainya.
Bagi yang berusia sememangnya keenakan
masakan tradisional Melayu asli dicari seperti menu di Restoran Anjung Keli ini
yang beroperasi seawal jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dan ditutup pada
hari khamis minggu pertama dan ketiga sahaja.
Setelah kekenyangan menikmati
menu ikan keli, kami memandu ke rumah abang di Jitra untuk bermalam di sana
bagi majlis pertunagan pada keesokannya.
Menu di Restoran Anjung Keli (Rating : 3.9/5)
HARI 3 –MEMANDU BALIK KE KL – Menghadiri
Majlis di Jitra & Lunch Tapau Nasi Kandar Bawah Pokok Ketapang, Penang……
Pada pagi Ahad 26 Mei 2024, kami bangun
seawal pagi untuk soolat subuh dan bersiapsedia Bersama-sama menghadiri Majlis Pertunagan
anak abang. Kami doakan majlis berjalan lancar dan dirahmati. Bermacam-macam
menu yang dihidangkan di majlis tersebut dan kami mencuba kesemua hidangan sambil
melihat gelagat dan melayan tetamu serta berborak dengan family. Majlis selesai
sekitar jam 12 tengahari dan ramai ahli keluarga mula beransur meninggalkan
majlis. Kami pun mengemas beg dan bergerak meninggalkan pekan Jitra pada jam 1
petang menghala masuk ke PLUS highway menuju ke arah selatan.
Nasi Kandar Bawah Pokok Ketapang, Butterworth
Kami singgah di Butterworth, Pulau Pinang dan singgah di Restoran Nasi Kandar Bawah Pokok Ketapang yang terletak di Jalan Telekom, Kampung Benggali, 12200 Butterworth, Pulau Pinang. Kami memasan makanan untuk lunch dan tapau untuk dibawa balik ke KL. Setelah siap makan, kami pun memandu ke arah Kuala Lumpur dan setelah beberapa kali berhenti di R&R kami pun sampai di KL sekitar jam 9 malam. Kami juga pernah makan di Restoran Nasi Kandar sekitar Pulau Pinang, kisah lanjut di - Jalan-jalan makan nasi kandar di Pulau Pinang
Ikutilah kisah kami selanjutnya zoom ke lokasi-lokasi
terpilih… Jomlah….