DAY 1 – PESAWAT DARI KL KE DA NANG, VIETNAM
Pada pagi Isnin bertarikh 9 Dec
2019, kami melangkah lagi di awal pagi dengan penuh kesyukuran kerana kali ini
kami bermusafir ke Vietnam plan akan start dari bahagian utara turun ke selatan
iaitu bermula dari Da Nang, Hoi An, Da Lat, Mui Ne dan Ho Chi Minh City. Oleh
itu, kami mula merangka perjalanan yang agak jauh dari suatu bandar ke bandar
yang akan mengambil masa sehingga 8-15 jam perjalanan darat. Kami juga terbaca
tentang sleeper bus yang popular untuk perjalanan yang agak jauh kerana selesa
dan boleh tidur baring. Kami telah membuat tempahan tiket flight pergi dari KL
ke Da Nang dengan Malindo Air berharga RM1400, flight balik dari HCM ke KL dengan
VietJet berharga RM975 di web flight masing-masing. Sementara itu, setelah
mengambil kira jarak dan perjalanan yang jauh sehingga 15 jam dengan sleeper
bus, kami menempah tiket flight flight dari Da nang ke Da Lat berharga RM895 di
web Trip.com . Seperti biasa hotel pula kami tempah melalui web di Booking.com
dan Agoda.com .
Oleh kerana takut susah untuk
mendapatkan masakan halal di Vietnam kami telah berkunjung ke Brahim's Bangi pada 1 December 2019 kerana pada hari itu mereka sedang mengadakan promosi jualan. Kami membeli beberapa paket
nasi goreng yang beraneka rasa dan juga masakan daging, ayam dan juga nasi
putih sehingga berbelanja sekitar RM150 untuk dibawa ke Vietnam.
Promosi paket makanan Brahim's
Kami bertolak dari rumah selepas
solat subuh dalam jam 6.00am melalui highway MEX menuju ke Putrajaya Sentral
untuk ke Park n Ride. Di situ, kami parking kereta dengan caj bayaran berharga
RM2 siang & malam RM6. Setelah itu, kami menaiki lift untuk ke kaunter ERL
lalu membeli tiket ERL ke KLIA berharga dalam lingkungan RM10 seorang. Kami
akan ke negara Vietnam dengan pesawat Malindo yang baru memulakan penerbangan
terus ke Da Nang dan ada ketika menyediakan tiket promosi yang murah.
Terminal ERL di Putrajaya Sentral
Setibanya kami di KLIA dlam jam
8.00am, kami langsung ke kaunter boarding kerana trip kali ini kami hanya
membawa begpack sahaja. Perjalanan kali ini terasa mudah dan ringkas tanpa
menarik luggage. Masing-masing membawa beg galas terus melalui immigration dan
pemeriksaan keselamatan lalu masuk gate untuk berehat sambil menunggu kaunter dibuka
untuk ke pintu pesawat.
Gate Open KUL-DAD
Pesawat Malindo OD502 Boeing
737-800 Jet berlepas mengikut jadual pada pukul 9.35am dan terbang meninggalkan
KLIA. Setelah hampir 3 jam berada dalam pesawat, kami selamat mendarat sekitar
jam 11.30am di Da Nang International Airport, Vietnam.
Kami lihat ramai beratur di
kaunter immigration untuk pelancong tetapi prosesnya agak cepat sahaja lalu
kami keluar ke arrival hall tanpa perlu menunggu luggage kerana kami hanya
membawa begpack sahaja. Kami singgah di kaunter mobile di arrival hall untuk
membeli simcard berharga VD180k untuk penggunaan selama lebih seminggu di
Vietnam nanti sementara anak-anak singgah di toilet.
Setelah mendapatkan simcard, kami
keluar ke gate untuk berjumpa dengan driver dari huracars.com yang kami tempah
untuk perjalanan Da Nang Airport ke Hoi An berharga VD600k/RM107 manakala
esoknya perjalanan dari Hoi An – Marble Mountain – Ba Na Hills – Hotel di Da
Nang berharga VD1.4juta/RM250. Kami mengikut driver Mr Kim ke kereta lalu meninggalkan
airport dan terus menuju ke Simpur Restoran (Berunai) (Halal) di 165 Đường Trần
Hưng Đạo, Nại Hiên Đông, Sơn Trà, Đà Nẵng 550000, Da Nang untuk makan tengahari. Restoran tersebut terletak tak jauh dari jambatan Dragon Bridge yang menjadi tumpuan pelancong di Da Nang. Kami memilih menu masakan brunai yang tidak pernah kami rasa sebelum ini walau
pun bukan di negara Berunai…. Rasanya memang kena dengan citarasa nusantara
sesuai jugalah untuk orang Melayu. Terbaik dan syukur Alhamdulillah………. Sambil
menunggu masakan dan hidangan kami bergilir-gilir untuk solat jamak di surau
yang disediakan. Menu makanan yang kami tempah untuk lunch kesemuanya berharga
VDD645k.
Van transit Hurucars yang selesa
Dragon Bridge, Da Nang
Setelah kekenyangan, kami dibawa
oleh driver meninggalkan Da Nang menuju ke Hoi An dan berpandukan itinerary dan
alamat kami sampai ke Hoi An setelah menempuhi perjalanan yang agak santai
selama hampir 2 jam. Kami checkin di Hotel Kiman Old Town beralamat di 626 Hai
Ba Trung, Cam Pho Ward, Cam Pho, Hoi An, Vietnam. / T : +84 90 586 14 30 / N
015° 52.946, E 108° 19.497 / fasiliti-Refrigerator + private bathroom + 2
larges double beds yang kami tempah di web Booking.com berharga VD341k/RM61 semalam. Kami amat berpuas hati dengan bilik yang
sesuai untuk kami berlima walaupun bilik airnya biasa-biasa sahaja. Pekerja di
hotel tersebut boleh berbahasa Inggeris lalu kami meminta kettle untuk memasak
air dan merendam bekalan paket Brahim's yang kami bawa untuk makan malam dan
breakfast nanti.
Setelah berehat kami keluar
berjalan kaki berpandukan map yang kami print dan bawa serta map yang diambil
di kaunter hotel menuju ke Hoi An Ancient City. Bandar ini merupakan bandar lama
yang masih mengekalkan design yang tersendiri dan pemuliharaan tersebut
menjadikan Hoi An pusat tumpuan pelancong dari negara Eropah dan sekitarnya di
akhir-akhir ini. Kami berhenti menikmati kopi asli Vietnam di Faifo Coffeé yang
mempunyai ruang di rooftop untuk best views of Hoi An di mana kedainya terletak
di 130 Trần Phú, Phường Minh An, Hội An, Quảng Nam, Vietnam (jarak 750m dari Hotel
Kiman Old Town) sambil menikmati permandangan dan matahari tenggelam. Terdapat
beberapa kedai kopi di sekitarnya yang famous seperti Rosie’s Café, Cocobox,
Hoi An Roastery dan The Hill Station yang boleh dicuba sekiranya anda singgah
lama di Hoi An City dan penggemar kopi asli.
Aakif bergambar dengan penduduk Hoi An
Lepak minum kopi di Faifo Coffe
Menjelang malam, kelihatan bangunan-bangunan dan jalan di Hoi An Ancient City meriah diterangi warna cahaya lampu tanglung sehinggakan di permukaan air sungai juga dilepaskan bekas yang berisi cahaya dan berwarna-warni. Ramai pengunjung yang membanjiri jalan-jalan di Hoi An Ancient City dan juga berpusu-pusu ke pasar malam yang terletak di sepanjang sungai.
Jambatan menjadi spot untuk bergambar dan menjadi semakin sibuk apabila terdapat kumpulan pelancong yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar masing-masing. Ada juga yang menyewa sampan untuk mengambil gambar view dari bahagian tengah sungai pula.
Setelah mundar-mandir di beberapa
jalan di Hoi An Ancient City serta berat dengan buah-buahan seperti limau,
anggur dan pisang serta keropok yang kami beli di pasar, kami pun bergerak
balik ke hotel untuk berehat kerana esok kami akan menghabiskan masa explore
tanah tinggi dan perlu memanjat tangga di MarbleMountain dan juga Ba Na Hills. Keadaan
cuaca sangat sejuk menjelang malam dan kami tidur nyenyak sekali sehingga ke
pagi. Ada sebuah restoran halal sederet dengan Hotel Kiman Old Town hanya
beberapa meter sahaja jaraknya. Oleh kerana cuaca sejuk kami mengambil
keputusan untuk makan makanan yang kami bawa.
DAY 2 – MARBLE MOUNTAIN & BA
NA HILLS
Pada pagi Selasa 10 Dec 2019,
kami keluar sekitar jam 8.00am dan checkout awal setelah breakfast menu yang kami
bawa sendiri dan turun ke lobby sambil menghirup udara pagi yang sejuk serta masing-masing memakai jaket. Pada jam
8.30am driver huracars sampai dan membawa kami terus ke Marble Mountain mengambil
masa sekitar 30 minit sahaja dari Hoi An City. Di dalam perjalanan kami terlihat bas berwarna kuning yang selalu digunakan oleh pelancong dengan tambang bas sekitar VND20-50k dari Da Nang ke Hoi An.
Di awal pagi kami melihat ramai orang berkumpul di tempat letak kereta dan bas masing-masing, di mana kesemuanya teruja untuk mendaki Marble Mountain. Kami diberi masa selama 1 jam di Marble Mountain lalu kami membeli tiket masuk dan tiket lift di kaunter untuk ke bahagian atas Marble Mountain. Setelah tiba di atas kami bergambar di depan pagoda dan juga beberapa bangunan yang ada di sekitar Marble Mountain. Ada spot yang memerlukan tenaga untuk mendaki dan ada juga tangga yang curam untuk turun. Setelah sampai di bahagian tengah Marble Mountain, kami berpecah kerana Along dan Mama ingin meneruskan pendakian ke bahagian lain manakala yang lain berehat di kerusi sambal menunggu mereka menghabiskan misi untuk merakam gambar. Setelah mundar-mandir di beberapa bahagian Marble Mountain kami pun menuruni anak tangga yang curam untuk ke kawasan parking lalu membeli air mineral sambal menunggu Mr Kim selama 15 minit.
Bas Kuning Da Nang - Hoi An

Membeli tiket di Marble Mountain
Map Marble Mountain
Keadaan jalan berbukit, gua batu dan
bangunan-bangunan di Marble Mountain
Setelah itu, kami menuju ke Ba Na
Hills yang mengambil masa sekitar 1 jam lebih dan terus ke kaunter agen untuk
menukarkan printed voucher Ba Na Hills di kaunter khas namun apabila sampai di
situ kami dibenarkan menggunakan printed voucher untuk terus masuk ke station
cable car. Kami telah menempah tiket Ba Na Hills dan cable car di klook.com
berharga RM625.
Sepanjang jalan ke Ba Na Hills
Van transit menunggu di Ba Na Hills parking
Setelah itu, kami berjalan hampir
300m dari parking dan bangunan kedai di mana terletaknya pejabat agen tadi menuju ke station cable
car serta pengunjung bolehlah memilih laluan cable car dari station Suoi Moi yang
terus ke puncak atau station Hoi An yang akan berhenti di Golden Bridge atau station
Toc Tien yang akan berhenti di Flower Garden dan Linh Un Pagoda. Permandangan
dari kapsul cable car sungguh mempersonakan dengan views dataran gunung-ganang
sehingga ke pantai dan lautan yang terbentang luas. Gayat juga apabila kapsul
mendaki semakin tinggi dan apatah lagi bila terdapat angin kuat atau melalui
tiang yang tinggi sehinggakan bergoyang ayunan kapsul tersebut.
Kami berjalan-jalan dalam cuaca sejuk dan berkabus sambal meninjau rekabentuk bangunan kebanyakkan ala-ala Perancis dan Eropah. Kami hanya makan bekalan roti di kerusi rehat yang disediakan kerana tidak berjumpa restoran halal di puncak. Terdapat restoran arab tapi menunya yang pelik mengikut resepi Vietnam juga tidak berapa menyakinkan kami. Terdapat indoor theme park di bahagian basement Ba Na Hills tetapi anak-anak tidak berapa minat dan lebih teruja untuk berjalan-jalan santai melihat rekabentuk bangunan. Kadang-kadang terserempak dengan badut-badut yang berjalan kaki dan ada yang berbasikal yang menceriakan lagi keadaan dan menghiburkan kanak-kanak. Selepas penat berjalan-jalan lagi kami berhenti minum kopi di Starbuck sambil menunggu jam 3.30pm untuk ke station cable car L’Indochine yang akan terus membawa kami turun ke station cable car di bawah.
Setelah sampai di parking kami menaiki kereta menuju ke Da Nang dan driver tersebut menurunkan kami betul-betul di hadapan Hotel Rainbow yang terletak di alamat 220 Bach Dang Street, Hai Chau District, Da Nang City, Hai Chau, Da Nang, Vietnam 590000 / Fasiliti - Refrigerator + bathroom + 2 queens beds dan di hadapan lobbynya terdapat sungai luas iaitu Con River. Hotel tersebut kami tempah di Agoda.com berharga RM84 semalam. Kami terpaksa menggunakan Bahasa isyarat di mana pekerja tersebut tidak tahu berbahasa Inggeris dan kami mengagak bahawa dia meminta passport kami dan akan memulangkannya dalam pukul 8 malam apabila dia menunjukkan jam di dinding. Memang betul tekaan kami…… hehe
Kapsul cable car
Cable car ke Ba Na Hills

Rekabentuk France Village di Ba Na Hills
Lepak di Starbuck Cafe, Ba Na Hills
View air terjun semasa turun dari puncak Ba Na Hills
Setelah sampai di parking kami menaiki kereta menuju ke Da Nang dan driver tersebut menurunkan kami betul-betul di hadapan Hotel Rainbow yang terletak di alamat 220 Bach Dang Street, Hai Chau District, Da Nang City, Hai Chau, Da Nang, Vietnam 590000 / Fasiliti - Refrigerator + bathroom + 2 queens beds dan di hadapan lobbynya terdapat sungai luas iaitu Con River. Hotel tersebut kami tempah di Agoda.com berharga RM84 semalam. Kami terpaksa menggunakan Bahasa isyarat di mana pekerja tersebut tidak tahu berbahasa Inggeris dan kami mengagak bahawa dia meminta passport kami dan akan memulangkannya dalam pukul 8 malam apabila dia menunjukkan jam di dinding. Memang betul tekaan kami…… hehe
Menjelang malam kami turun dan
pekerja tersebut memulangkan passport kami lalu kami menuju ke Restoran Namaste
Omar Restaurant hanya beberapa meter sahaja dari hotel di 6 Thái Phiên, Phước Ninh, Hải Châu, Đà Nẵng 550000, Vietnam (Buka
- 10.30am-10.30pm) untuk dinner menu masakan mamak total VD641k. Setelah
selesai dinner, kami pun melangkah menuju ke Han Market dan membeli makanan dan
minuman untuk dibawa ke hotel. Terdapat beberapa lagi restoran halal di Da Nang
tetapi agak jauh dari hotel kami seperti Mumtaz Restaurant di 69 Đường Hoài
Thanh, Street, Ngũ Hành Sơn, Đà Nẵng 550000, Vietnam / 10.30am-10.30pm (3.5km
fr hotel) dan Thien Ly Vietnam Cuisine terletak di tengah bandar Da Nang.
Dari Han Market kami melintas
jalan ke tepi sungai untuk mellihat Dragon Bridge yang berwarna-warni di waktu
malam. Terdapat ramai juga pelancong yang bersiar-siar di tepi waterfront
tersebut sambal menghirup udara nyaman dan sejuk. Kelihatan juga cruise yang
membawa pelancong menyusuri sungai tersebut. Setelah sampai di depan hotel,
kami melintas jalan dan balik ke bilik untuk berehat dan berkemas kerana pagi
esok kami akan ke airport Da nang semula untuk meneruskan perjalanan ke Da Lat
dengan menaiki pesawat Vietnam Airlines.
Ninght zoom di waterfront Da Nang
Jom.. ikuti pengembaraan kami di tanah tinggi Da Lat pula.... Refer blog Vietnam December 2019 (Road To Vietnam 1) – Menerokai Tanah Tinggi Da Lat
No comments:
Post a Comment