Sunday, 16 November 2025

Family Trip Road To Balkan : 5 September 2025 – 21 September 2025 : Part 1 – Flight MAS ke Sarajevo & Pengalaman Drive dari Sarajevo (Bosnia Herzegovina) ke Kotor (Montenegro)

DAY 1 – Trip to Balkan - Flight MAS ke Sarajevo & Berjalan Di Kota Sarajevo dan Drive Menyusuri Sungai dan Lake di Jacje, Bosnia hingga ke Kotor dan Cross Border ke Mostar, Montenegro

Alhamdulillah, destinasi kami seterusnya adalah menjelajah dan zoom ke Balkan salah satu destinasi wishlist yang sekian lama tertunda. Sehingga ke saat terakhir pada bulan Ogos kami terpaksa mengikuti perkembangan akibat pergolakan antara IsraXXel dan IrAAn. Apabila keadaan mulai tenang kami pun cepat-cepat membuat itinerary dan persediaan awal kali ini untuk Trip ke Balkan. Alhamdulillah, kami mula membuat pembacaan dengan merujuk kepada Google dan FB mencari-cari idea untuk trip ke Balkan pada kali ini. Dengan cuti tahunan yang berbaki kami perlu memilih negara-negara Balkan yang tertentu sahaja untuk Trip kali ini agar dapat explore secukupnya dan akan merangka trip lain selepas ini untuk ke negara-negara Balkan yang lain pula. InshaAllah…..

Setelah merangka itinerary kami memilih tarikh iaitu hampir dengan musim cuti persekolahan dan juga ketika itu juga banyak Public Holiday sempena menyambut bulan kemerdekaan dan juga Hari Malaysia nanti.   Syukur Alhamdulillah, dengan hanya mengambil cuti Annual Leave 8 hari sahaja kami dapat merangka trip bercuti selama hampir 17 hari. Kami menempah penerbangan MAS di web Expedia yang berharga RM12,700 (4pax/2 way) untuk 4 Adults open jaw perjalanan pergi dari Kuala Lumpur (KUL) – Sarajevo (SJJ) manakala perjalanan balik pula dari Istanbul (IST) – Kuala Lumpur (KUL) di mana akan transit di Doha, Qatar. Kalaulah angkara si IsraXXel Laknatulah tidak mengganas dan mencari hal dengan IrAAn kami dah pun booking lebih awal dan grab harga yang lebih murah lagi…. Kami mendoakan agar saudara-saudara kita di Gaza sentiasa di bawah pelihraan Allah dan suatu hari nanti dengan pertolongan tentera Allah bumi Gaza akan bebas Merdeka dari cengkaman dan keganasan IsraXXel Laknatullah. Amin3x….

Untuk pergerakan di bumi Balkan dari Sarajevo ke bandar-bandar lain di di Bosnia Herzegovina, kami menempah kereta sewa jenis Dacia Logan Automatik melaui wazzap Mr. Denis Rustemovic (no. hp +00620001111) setelah merujuk FB sahabat group Road to Balkan iaitu FB Puan Redziah Mohamad yang pernah menempah kereta sewa dari Trio.com rent a car, Sarajevo. Kami mendapat harga istimewa setelah beberapa kali diberi pilihan jenis kereta berserta harganya, akhirnya kami bersetuju menempah kereta tersebut dengan harga EUR550 (RM1,707.34) untuk tempoh 12 hari. Paling terkejut kerana apabila sampai di Sarajevo Airport kami diberikan kereta Toyota Yaris Hybrid dengan harga yang sama.

Setelah itu, kami mula membuat research dengan merujuk kepada katalog dan brochure dari kawan-kawan yang pernah ke Balkan dan juga berpandukan FB, Google dan Instagram untuk mendapatkan maklumat tentang tempat-tempat menarik di Balkan secara khususnya terutama berkenaan tempat-tempat tumpuan, aktiviti, hotel, kulinari, transport, cuaca dan sebagainya.

Setelah itu, kami merangka itinerary di sepanjang pengembaraan kami selama 16 Hari 16 Malam dan tanpa berlengah terus membuat tempahan hotel dan plan method perjalanan di dalam bandar-bandar utama di Balkan bermula dari Sarajevo menggunakan public transport sehingga ke Kawasan pedalamannya yang bergunung-ganang dengan memandu kereta sewa.

Setelah menjelajah negeri-negara Balkan iaitu Bosnia Herzegovina, Montenegro, Albania, Macedonia, Bulgaria dan Kosovo, kami akan menaiki flight Anadolu Jet (Ajet) iaitu kapal terbang domestik tambang murah milik Turkish Ailines dari Sarajevo (SJJ) – Istanbul Sabiha Gocken (SAW). Kami telah menempah tiket melalui Agoda.com dengan harga EUR337.00 (RM1,652.00) untuk 4 Adults dengan hand carry dibenarkan 4kg personal + 8 kg small bag dan check-in luggage hanya 1 beg besar dengan berat 20kg. 

Google Map – Route Trip to Balkan 1 (September 2025)

Pada malam cuti Mauludir Rasul Nabi Muhammad SAW pada 4hb September 2025, kami keluar sekitar jam 8.30 malam dengan masing-masing membawa beg yang telah dikemas beberapa hari lepas dan memesan perkhidmatan e-haling Grab kereta Alza untuk membawa kami menuju ke KLIA airport Terminal 1. Grab tersebut memecut laju membawa kami melalui highway SPE, MEX dan NKVE dan sekitar jam 10 malam kami telah pun sampai ke KLIA. Setelah tiba di KLIA, kami langsung ke aras Departure Hall berjalan menuju ke kaunter Roaming Man di hujung kaunter R untuk mengambil Portable Wifi yang kami telah tempah di web Roaming Man berharga RM188.10 + RM100 depo pakej 15 hari di Balkan 45GB.  Pakej 45GB yang dikongsi 4 peranti gadjet mengcukupi untuk trip di Balkan ini namun semakin slow apabila menghampiri hari ke 15 ketika penggunaannya telah melepasi limit 45GB. Kami menyarankan agar kepada pengguna internet yang tegar atau kumpulan yang lebih 4 pax supaya memesan pakej yang lebih besar untuk memastikan internet dapat diaksess di sepanjang pengembaraan nanti. Lagi pun pengembara akan menghadapi masalah coverage internet di negara Kosovo dan pada ketika itu kami hanya bergantung kepada internet di bilik sewaan sahaja.      

Kepada pengembara yang ingin selesa berhubung internet sepanjang pengembaraan silalah buat booking Roaming man di mana kami sangat recommend berdasarkan pengalaman kami di beberapa buah negara dunia yang kami telah kunjungi. Untuk mendapatkan diskaun silalah guna promosi kod iaitu RM407978.

 

Roaming Man

Berdasarkan pengalaman kami di Taiwan, pada trip kali ini kami hanya membawa power bank yang bersaiz kurang 20,000mAh untuk mengelakkan ianya dirampas semasa pemeriksaan keselamatan di airport. Bagi pengembara yang menaiki pesawat, sudah pasti ingin membawa peralatan bateri powerbank untuk mengecas handpone, portable wifi dan sebagainya. Power banks yang dibenarkan adalah berkapasiti tidak melebihi 100Wh / 20,000mAh (seperti  peraturan IATA) dan seseorang hanya dibenarkan membawa kuantiti terhad sebanyak 2 sahaja. Adalah dilarang dan ditegah sama sekali untuk menggunakan perlatan bateri power banks tersebut di sepanjang penerbangan bagi memastikan keselamatan semua penumpang dalam penerbangan terjamin. 

Melalui pencarian di google, power bank yang dibenarkan adalah seperti berikut;

Power bank/spare dry batteries - < 100Wh, < 2g

  • Each person is allowed to carry a maximum of 2 power banks.
  • Batteries must be individually protected to avoid short circuit.
  • DO NOT place power bank in hand carry or checkin baggage
  • Power bank MUST ALWAYS BE CARRIED ON-PERSON
  • The use of power banks within aircraft cabin is strictly prohibited under all circumstances
  • Power banks must not exceed 100Wh / 20,000mAh (as per IATA regulations)

 

Sementara menunggu ketibaan flight MAS MH164, kami sempat solat jamak Isyak dan Magrib di surau berdekatan lalu menunggu di pintu flight sehinggalah pengumuman dibuat untuk boarding masuk ke pesawat. Pesawat MAS MH164 flight dari Kuala Lumpur (KUL) – Doha Hamad Airport (DOH) berlepas sekitar jam 2.55 pagi dan mengambil masa lebih kuran 7 jam 20 min di mana kami akan transit selama 1 jam 55 min di Doha. Setelah itu, kami akan menaiki connecting flight MH4388 dari Doha (DOH) – Sarajevo (SJJ) mengambil masa sekitar 5 jam 50 min akan mendarat di Sarajevo International Airport di Bosnia Herzegovina.

Di sepanjang pernerbangan MAS kami disajikan dengan layanan Malaysia Hospitality menu-menu makanan dan minuman mengikut kegemaran masing-masing. Kami dijamu makan sebanyak 2 kali dan selepas itu sesekali kami tertidur dan berehat setelah keletihan bergegas menuju ke KLIA1. Menjelang masuk waktu subuh kami solat subuh di atas flight apabila diberitahu oleh pramugara telah masuk waktu subuh dan beliau juga menyediakan sejadah.   

 


Flight MAS MH164 Kuala Lumpur – Doha - Sarajevo




Menu hidangan di atas awan


Gate to Sarajevo


Passport dah ready jom boarding... ayuh Rajawali terbang tinggi......  

Setelah mendarat di Doha Hamad Airport (DOH), kami melalui pemeriksaan keselamatan untuk transit ke connecting flight share code bersama di antara MAS dan Qatar Air yang akan berlepas sekitar jam 6.50am dari Hamad International Airport menuju ke Sarajevo Airport mengambil masa selama lebih 5 jam selamat mendarat sekitar jam 11.10 pagi. Di Sarajevo Airport kami menyediakan dokumen-dokumen berkaitan seperti passport, itinerary, hotel dan juga lain-lain dokumen keselamatan sebelum beratur di kaunter immigration. Alhamdulillah, proses mendaftar masuk tersangatlah mudah dan cepat di Sarajevo Airport berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain.  

Setelah selesai proses tersebut kami berjalan sambil mengambil gambar di luar Sarajevo Airport tersebut sambil menunggu Bas Centrotrans Eurolines - Aerodrom di depan pintu keluar Arrival di Sarajevo Airport. Untuk mendapatkan info lanjut berkenaan bas dan juga hotel kami segera mengaktifkan portable Wifi Roaming Man. Setelah connecting wifi selesai kami berjaya mengaksess internet di mana proses pengaktifan Roaming Man tersangatlah mudah dan sangat membantu untuk pengembara… recommended.  

Setelah menunggu hampir 20 minit kelihatan muncul bas berwarna biru dengan sign Aerodrom dan kelihatan ramai penumpang turun dengan bagasi masing-masing di hujung pintu Departure di Sarajevo Airport. Setelah penumpang semua turun barulah bas tersebut bergerak dan berhenti tepat betul-betul di hadapan pintu Arrival di Sarajevo Airport dan ramai juga penumpang dengan bagasi masing-masing beratur untuk menaiki bas tersebut. Tambang bas tersebut adalah sebanyak KM5 seorang dan boleh dibayar secara cash terus kepada driver. Berikut adalah jadual yang kami snap di tiang berhampiran parking dan lokasi penumpang menunggu bas.

 

Jadual bas Aerodome Sarajevo Airport – Sarajevo City

Setelah semua penumpang naik di situ bas tersebut bergerak menuju ke kawasan parking iaitu lokasi di mana bas akan berhenti lama bagi menunggu penumpang-penumpang yang lain yang akan meninggalkan airport mengikut jadual yang tertera di tiang berdekatan parking tersebut.

Setelah sampai tepat waktunya, bas pun mula bergerak menuju ke Sarajevo City dan berhenti di setiap bus stop di sepanjang route perjalanannya bagi menurunkan penumpang dan juga mengambil penumpang.  


Sarajevo Airport

Bas Aerodome

Sepanjang perjalanan mengambil masa kira-kira hampir 30-45 minit, kami menikmati permandangan dari jendela bas tersebut yang berhenti di beberapa bus stop bagi mengambil penumpang dan sesekali ada kereta berhenti bersebelahan bas. Kami juga terpesona dengan kemesraaan penduduk Sarajevo di mana kebanyakannya akan tersenyum menyambut kedatangan pengembara Malaysia sehinggakan ada yang melambai-lambai tangan.

Setelah sampai ke Bascarsija iaintu bus stop terakhir di Sarajevo City, kami menarik bagasi masing-masing menuju Restoran Steakhouse kerana pada masa itu jam baru menunjukkan sekitar pukul 1.00 tengahari. Kami berjalan berpandukan Google Maps ke restoran halal Restoran Bosnian House - Bosanska Kuca/Steak house yang terletak di Bravadziluk 3, Bashcarsija, 71000 Sarajevo (Opn-24hrs). Akhirnya setelah berjalan beberapa minit sahaja menyusuri jalan di Sarajevo Old Town kami pun sampai di hadapan restoran tersebut. Cuaca di Sarajevo sekitar 20 degree walaupun cuaca panas terasa selesa namun tidaklah terasa keletihan sangat semasa berjalan menuju ke restoran tersebut.

Kami disambut mesra oleh pekerja yang menghulurkan menu untuk kami teliti dan berdasarkan review di media sosial kami membuat tempahan mengikut selera masinh-masing. Restoran tersebut menyajikan menu halal masakan steak untuk pengembara Muslim.


Kopi Bosnia di Restoran Bosanska Kuca/Stea

Restoran Bosnian House - Bosanska Kuca/Steak





Menu steakhouse (Rating : 4.4/5)

Di sepanjang jalan Sarajevo Old Town terdapat juga beberapa restoran Halal yang boleh menjadi pilihan pelancong Muslim untuk bertukar menu dan selera. Di antara restoran yang halal dan terkenal adalah Restoran Cafe Fast Food Alo Alo yang terletak di dalam Kawasan Sarajevo Old City tersebut. Jadi tak perlu risau jika berkunjung ke Sarajevo usahlah risau tentang makanan halal kerana ada sahaja restoran termasuklah menu fast food.    








View sekitar Sarajevo Old Town



Penjaja di Sarajevo Old Town yang sentiasa mesra dengan Malaysia

Suhu sangat selesa jalan-jalan di Sarajevo Old Town




View sekitar Sarajevo City Hall

Sambil menunggu pesanan makanan siap dimasak, kami menghantar wazzap kepada hotel yang kami tempah di iaitu Studio - Cozy Apartment in heart of Sarajevo yang terletak di Brodac Brodac 2 3rd Floor, 71000 Sarajevo, Bosnia and Herzegovina - Whatsapp/call +971507502565.  Kami telah menempah bilik di web Booking.com dengan harga EUR44 (RM218.00) untuk bilik Studio untuk penginapan semalam sahaja. Hotel ini sungguh selesa dan recommended untuk family trip. Anda juga boleh melihat review yang kami tinggalkan di Booking.com sebagai panduan anda untuk membuat tempahan agar mendapat bilik yang sesuai bagi percutian anda. Sementara menunggu makanan tiba, kami meninggalkan meja tempahan tersebut dan bergegas untuk mengambil kunci setelah bilik tersedia.

Setelah kekenyangan lunch menu steak masing-masing, kami pun menarik bagasi masing-masing menuju ke bilik dan berehat serta solat jamak. Kami keluar semula berjalan-jalan ke Sarajevo Old Town dan mengikut schedule itinerary sekitar bandar Sarajevo iaitu singgah ke masjid, city hall dan lain-lain.  

Setelah kembali semula ke bilik, kami masak makanan pack Brahim yang dibawa sambil berehat setelah seharian menempuh perjalanan jauh menaiki pesawat seawal pagi dari Kuala Lumpur, transit di Doha dan juga sempat menerokai beberapa tempat menarik di sekitar Kota Sarajevo.

 

DAY 2 – Trip to Balkan - Drive Dari Sarajevo, Bosnia singgah di Life Tunnel, Menyusuri Sungai dan Lake serta Pliva Waterfalls di Jacje

Pada pagi Sabtu 6 September 2025, kami bangun solat subuh dan menyediakan sarapan ala-kadar dari bekal yang kami bawa serta berehat sebentar sebelum check-out dan turun ke hentian bus shuttle Sarajevo-Airport. Setelah bertanyakan salah seorang driver bas yang berhenti menunggu di bus stop Bascarsija, dia menunjukkan hentian bas shuttle yang tak jauh dari junction City Hall Sarajevo dan berdekatan dengan bilik Studio kami sahaja. Oleh kerana jadual bas tidak kerap untuk weekend, kami terpaksa menunggu hampir 1 jam lebih dalam kesejukan pagi untuk menaiki bas pada jam 7.45am menuju ke Sarajevo Airport. Setelah menaiki bas hampir 35 minit kami pun sampai ke Sarajevo Airport lalu dan berjalan menuju ke kaunter Trio Rental Cars yang terletak di hujung kawasan parking kereta. Kami berjumpa dengan Mr. Dennis (Contact No. ; +38765657301) yang menguruskan tempahan melalui wazzap untuk kereta jenis Dacia Logan Automatik berharga EUR550 selama 12 hari bermula dari 6 September hingga 17 September 2025. Kami amat gembira kerana Mr. Dennis telah menawarkan dan menyediakan kereta Toyota Yaris Hybrid tanpa sebarang perubahan harga.

Untuk memandu di Balkan, memerlukan International Driving Licence (IDL) dan jangan lupa membbawa lessen fizikal Malaysia. IDL pula boleh dipohon di mana-mana pejabat JPJ dengan bayaran RM150 yang valid hanya setahun sahaja. Lesen memandu fizikal Malaysia hanya boleh dipohon di Ibu Pejabat JPJ Negeri yang memerlukan bukti pembelian tiket ke luar negara.

Semasa mengambil kereta sewa, kami perlu membuat pemeriksaan terlebih dahulu dan snap gambar keliling kereta wlaupun kami mengambil insuran yang melindungi kemalangan dan kerosakan sepenuhnya. Mr Dennis menunjukkan kad-kad minyak yang boleh digunakan di mana-mana petrol pump dokumen insuran untuk cross border ke negeri-negeri Balkan sementara tol lebuhraya pula boleh dibayar cash atau kad kredit. Untuk perjalanan kami keseluruhannya sejauh lebih kurang 2,500km memerlukan minyak sebanyak RM830 manakala tol pula sekitar RM100 sahaja.

 







Gambar snap semasa checking kereta

Pemanduan di Balkan memerlukan skill dan tumpuan namun sesiapa yang pernah memandu di Taiwan akan berasa lebih senang untuk memandu di Balkan. Purata speed limit di Balkan sekitar 50-80km/h di jalan Persekutuan manakala speed limit 110-130km/h di highway. Hanya di Albania dan Bulgaria perlu lebih teliti dan berhati-hati di mana system traffic light sama seperti di Taiwan di mana agak mengelirukan kerana kesemua kereta berebut jalan sama ada untuk laluan terus atau membelok, kena pandai-pandai mengagak kelajuan kereta yang datang agar tidak berlaku kemalangan ya…. Kebanyakan jalan di Tirana terutamanya di pusat bandar iaitu di kawasan perumahan jalannnya adalah sangat sempit dan usah percaya 100% kepada Google Maps kerana ia boleh membawa anda ke lorong-lorong yang terlalu sempit serta jalan mati…... berwaspadalah ya…….. 

Kebanyakan tempat tumpuan pelancong akan disediakan tempat letak kereta yang mempunyai kaunter bayaran dan ada juga yang menyediakan kemudahan bayaran di mesin kiosk secara tunai atau kad kredit.

 

Kemudahan parking kereta di Balkan

Setelah membuat pemeriksaan bersama  ke atas kereta Toyota tersebut dan membuat bayaran sewa tanpa deposit kami pun meninggalkan kawasan parking tersebut sengan gembiranya.

Setelah proses pengambilan kereta sewa selesai, kami pun menyimpan begpack di bahagian bonet dan berpandukan Google Maps menuju ke destinasi bermula setelah setting perjalanan Google Maps menuju ke destinasi pada hari itu iaitu ke Tunnel of Salvation yang terletak di BA 1, Sarajevo 71000, Bosnia & Herzegovina hanya beberapa minit sahaja pemanduan dari Sarajevo Airport. 

Kami membayar parking lalu bergegas ke kaunter tiket untuk membeli tiket masuk ke Tunnel tersebut berharga KM20 (4 pax). Bersama kami di pintu masuk Adalah sekumpulan pelancong dari negara China. Mereka masuk Bersama-sama kami dan masing-masing berpecah setelah leka melihat gambar-gambar yang dipaparkan di dinding luar tunnel tersebut. Kami juga meneliti gambar-gambar dan video yang terdapat di beberapa section dalam tunnel tersebut.
















Tunnel of Salvation, Sarajevo

Setelah siap berjalan ke setiap sudut di dalam tunnel tersebut, kami pun mengambil keputusan untuk keluar dan meneruskan perjalanan menuju ke Vesno Bosna terletak di Ilidža, Sarajevo 71000, Bosnia (Open-24hrs). Di sini juga kami perlu membayar parking manakala tiada sebarang bayaran masuk ke taman Vesno Bosna tersebut. Kami berjalan menyusuri sungai dan terpukau dengan kejernihan air yang mengalir deras. Kami snap beberapa gambar sambil berjalan menuju ke dalam kawasan taman tersebut. Akhirnya kami pun sampai ke kawasan tasik yang menjadi hot spot pelancong mengambil gambar berlatarbelakangkan tasik yang jernih dan berwarna warni. Terdapat playground kanak-kanak yang menjadi perhatian mereka manakala tidak jauh dari situ terdapat juga café di mana pengunjung boleh berehat.







Vesno Bosna

Setelah membeli ais krim di café tersebut, kami berjalan perlahan-lahan sambil menikmati ais krim tersebut dan duduk berehat sebentar sementara menunggu ada yang ingin singgah ke toilet. Kami meneruskan pemaduan mengikut setting Google Maps ke kota Travnik Fortress (Castle) - Old Town yang terletak di 6MJC+286, Travnik, Bosnia / (Open: 8.00am-8.00pm). Kami terus ke kawasan parking persendirian di halaman sebuah rumah dan berjalan hanya beberapa meter untuk mendaki ke kota Travnik Fortress (Castle) - Old Town. Sambil berlegar-legar snap gambar boleh singgah untuk try sewa main game memanah dan juga kostum ala-ala Barbarian suit serta meninjau wanita tempatan menyulam batik.   

 









Kota Travnik Fortress (Castle) - Old Town



Aktiviti di Kota Travnik Fotress

Setelah itu, kami meneruskan perjalan sejauh lebih kurang 3 km menuju pusat bandar Travnik dan singgah di masjid Turki Masjid Sulejmaniye/Ornamented Mosque. Kami masuk ke café turki dan memesan menu yang ada hanya minuman dan dessert sahaja di mana kami dibenarkan tapau makanan dari restoran berdekatan dengan masjid tersebut.   

  






Masjid & Café di Turkeye Mosque di bandar Travnik

Setelah kekenyangan kami meneruskan pemanduanmengikut Google Maps dan singgah di Džamija Malezija (Masjid Malaysia) yang terletak di 6HRG+55R, Bosanska ulica, Turbe 72283, Bosnia. Kami singgah solat jamak sambil meninjau-ninjau Kawasan sekitar. Terdapat juga café halal di tingkat bawah bahagian hadapan masjid tersebut.  Kami juga melihat rekabentuk beberapa buah rumah di sekitar masjid tersebut menyerupai rekabentuk rumah-rumah di Malaysia.

 



Masjid Jamek Malaysia di Turbe menghala ke Mlincici/Jacje

Setelah selesai beribadah di masjid Malaysia, kami meneruskan perjalanan dengan berpandukan Google Maps menuju ke North Sarajevo (Mlincici) / Sipovo. Jalan menuju ke situ agak jauh dan berhati-hatilah memandu di jalan yang banyak selekoh seperti ular kena palu……. Hati-hati juga dengan speed limit kerana terdapat banyak CCTV dan speed trap.

Setelah sampai di pelan Jacje, kami menuju ke parking dan berjumpa dengan host iaitu Madam Sabina yang sangat mesra dan melayan kami dengan memberi maklumat lanjut tentang tempat-tempat menarik di Jacje. Pada malam itu kami akan menginap di Three Bedroom Apartment iaitu Apartman Centar Jajce teretak di Vodopad centar, 70101 Jajce, Bosnia and Herzegovina. Keadaan rumah apartment itu sangat luas dan memiliki fasiliti yang secukupnya sesuai untuk percutian family yang boleh memuatkan sehungga maksimum 10-12 orang.  









Bilik yang sangat selesa - 3 bedroom Apartman Centar Jacje

 




View sekitar Apartman Centar Jajce

Kami keluar semula berjalan menuju ke Pliva Waterfalls hanya sekitar 300m dari bilik apartment. Cuaca mulai sejuk dan nyaman semasa kami sampai di air terjun tersebut dan berlegar-legar sambil snap gambar dan menikmati desiran dan keindahan air terjun tersebut. Kami berjalan perlahan-lahan sambil menghirup udara petang dan sesekali bergambar di spot yang cantik.

Kelihatan juga ramai pengunjung lain yang duduk di kerusi-kerusi yang disediakan di dalam taman itu dan ada juga yang berdiri sambil berbual-bual. Setelah menjelang senja, kami pun berjalan meninggalkan kawasan taman dan air terjun berpatah balik semula melalui kawasan deretan kedai-kedai, restoran dan pub-pub sebelum sampai ke bilik apartment. Pada malam itu kami masak nasi goreng pack Brahim sambil berehat.   

 






Pliva Waterfalls

 

DAY 3 – Trip to Balkan - Drive Dari Jacje, Bosnia dan singgah di Kota Kotor Serta Cross Border Menuju ke Kota Mostar, Montenegro

Pada pagi Ahad 7 September 2025, kami bangun seawal pagi untuk solat subuh dan sediakan breakfast sebelum meneruskan aktiviti selanjutnya pada hari ke-3 di Bosnia & Herzegovina. Kami turun membawa bagasi masing-masing dan memuatkannya ke dalam boot kereta sebelum setting Google Maps untuk ke Mlincici (Lake) /Watermills yang terletak di Malo Plivsko Lake, Mlinčići dengan jarak sejauh 5km dari pekan Jacje. Kami berhenti di Gas Station untuk mengisi angin tayar sebelum meneruskan perjalanan ke tasik tersebut.

 



Malo Plivsko Lake, Mlinčići

 




Mlincici Watermills

Kami terpegun dengan biasan pohon-pohon menghijau di dalam air tasik tersebut seakan-seakan lukisan yang terpampang luas. Kami berhenti di tepi tasik untuk merakamkan beberapa spot yang amat cantik. Setelah itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Mlincici Watermills dan meletakkan kereta di tepi jalan. Keadaan cuaca amat sejuk di awal pagi dan terdapat banyak petak-petak parking dan hanya sesekali kelihatan kereta dan caravan berhenti untuk mengambil gambar. Kami meniti laluan kayu di celah-celah rumah kayu sambil mendengar desiran air di bawah laluan jambatan kayu dan juga di antara celah-celah rumah tersebut. Kami teringat windmill yang terdapat di Zaan Schan, Belanda….

Kenangan berjalan di Windmill di Zaan Schan…. klik

Setelah berjalan berlegar-legar di setiap sudut sambil mengambil gambar di Mlincici Watermills tersebut kami pun kembali ke parking kereta untuk meneruskan perjalanan kami ke destinasi berikutnya iaitu ke Blue Water (Plava Voda). Kami setting Google Maps untuk memandu menuju ke Blue Water Spring yang terletak di Blue Water (Plava Voda) 6M. JC+5MV, Travnik, Bosnia & Herzegovina. Terdapat deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai souveniour, t-shirts dan bendera. Kami terserempak dengan beberapa orang pelancong dari Malaysia semasa kami berpatah balik menuju ke kereta.

 



Blue Water (Plava Voda)

Dari kami memandu mengikut Google Maps menuju ke Restoran Kovacevic - Jablanica yang terletak di Donja Jablanica 88420, Bosnia (Open - 7.00am-11.00pm). Dalam perjalanan ke restoran tersebut kami terpukau dengan keindahan dan tekstur gunung-ganang batuan yang berlapis-lapis dan tanpa melepaskan peluang berhenti di tepi jalan seketika untuk snap gambar.

Jalan menuju ke Jablanica

Setelah memandu hampir lebih 2 jam kami pun sampai ke restoran tersebut dan mencari parking yang kelihatan penuh sesak dan terpaksa menunggu beberapa minit setelah ada pengunjung yang siap lunch dan ingin beredar. Restoran tersebut sungguh luas dan besar terletak di tepi sungai dan menyediakan view gunung-gunang yang memukau. Setelah masuk dan duduk di meja yang masih kosong, kami memesan menu special yang viral iaitu kambing bakar golek.

 



Restoran Kovacevic  (Rating: 4.8/5)


View dari balcony Restoran Kovacevic

Serlain menu kambing bakar, pengunjung sudah semestinya akan mencari meja-meja di tepi tingkap mengadap air yang biru kehijauan dengan biasan gunung-ganang yang memukau. Namun, oleh kerana meja di spot sebegitu sudah penuh kami cuba mendapatkan meja yang paling hampir ke tingkap. Namun jangan risau dan gundah gulana jika anda tidak berjaya mendapat meja-meja itu kerana anda boleh turun ke tingkat bawah berhampiran toilet di mana terdapat balkoni yang luas untuk anda snap gambar-gambar view yang cantik.

Setelah siap menjamu selera, pengunjung boleh membuat bayaran secara cash atau kad kredit. Dari situ kami berpatah balik ke pekan Jablanica untuk singgah di pekan Konjic. Menurut maklumat di group RTB, daerah Konjic adalah kawasan di mana askar Malaysia ditempatkan sebagai tentera pengaman semasa perang dahulu. Kami singgah di pekan Konjic berjalan-jalan view jambatan dan sungai setelah parking berdekatan sebuah masjid dan cafeteria. Setelah snap beberapa gambar kami pun berpatah balik menuju ke Mostar. Di dalam perjalanan ke Mostar kami melintasi salah sebuah restoran yang viral juga dan terkenal dengan menu kambing goleknya yang juga viral menjadi tumpuan dan kesukaan pengembara Malaysia iaitu Restoran SEDMICA, Jablanica yang terletak di Gornje Paprasko BB, 88420, Bosnia & Herzegovina (Open - 7.00am-11.00pm).


View di Pekan Konjic

Kami memandu berhati-hati menyusuri jalan-jalan yang bengkang-bengkok dan sesekali mendaki dan sesekali menuruni bukit untuk menuju ke Mostar. Setelah memandu sekitar 45 minit perjalanan, kami pun tiba di bilik apartment di Mostar iaitu The Jewel of Mostar yang terletak di 46 Rade Bitange, 88000 Mostar, Bosnia & Herzegovina. Kami telah pun tempah apartment tersebut di Booking.com berharga EUR88.40 (RM432) untuk bilik 1 x  Apartment with Balcony, 3 adults, 1 child dan memberitahu owner tersebut agar menyediakan kemudahan parking lot untuk kami park kereta sewa. Dalam perjalanan tadi, owner apartment tersebut telah menghantar wazzap memberitahu kaedah mengambil kunci secara self-service dari kotak kunci berpassword dan lokasi parking percuma hanya lebih kurang 300m dari apartment tersebut.






View sekitar Mostar Bridge

Setelah solat jamak, kami pun turun semula berjalan ke Mostar Old Town dan kelihatan sangat ramai pengunjung yang sesak lalu-lalang berselisih di Mostar Old Bazaar sambil kami berjalan-jalan perlahan-lahan meninjau jambatan Mostar dan view pekan Mostar tersebut.

Setelah kepenatan, kami pun balik untuk masak bekalan yang dibawa dan berehat setelah kepenatan menjalankan aktiviti seharian perjalanan dari Jacje hingga ke Mostar.

 

DAY 4 – Trip to Balkan - View Kota Mostar, Montenegro (Rumah Sufi Tekija Blagaj / Dervish House, Air Terjun Kravica Waterfall & Jambatan Old Arch Mostar)

Pada pagi Isnin 8 September 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan breakfast bekalan yang kami bawa sahaja untuk menghabiskan stok. Bagi menjimatkan masa serta agak susah untuk mendapatkan restoran halal di kawasan pedalaman seperti Mostar dan juga di Kotor, Montenegro nanti maka kami memastikan dibawa bekalan seperti biskut dan mee segera.

Pada pagi itu kami keluar di awal pagi menuju ke pekan Mostar dan singgah di Money Changer untuk mendapatkan sejumlah wang Bosnian Mark yang semakin berkurangan akibat gigih berbelanja sehingga hari ke-4 kini. Setelah selesai menukar wang, kami memandu kereta mengikut Google Maps yang mengarahkan kami menuju ke bangunan Tekija Blagaj / Dervish House yang terletak di 7W43+V7H, Blagaj bb, 88000, Bosnia & Herzegovina (Open - 8.30am-8.30pm – Entrance Fee EUR5/pax). Kami mengambil gambar di bebrapa spot menarik dalam bangunan tersebut dan juga di luar kawasan berhampiran gunung-ganang batuan dan juga sungai yang jernih airnya. Kami juga singgah di salah sebuah restoran di tepi sungai dan memesan menu breakfast serta set teh dan kopi sambil mengambil gambar view spot dari restoran tersebut zoom ke bangunan Tekija Blagaj / Dervish House tersebut. 

 













Tekija Blagaj / Dervish House


Coffee time (Rating: 4.4/5)

Setelah selesai makan dan minum, kami pun memandu meneruskan perjalanan ke Počitelj Fotress yang terletak di PMJ+J9X, Počitelj 88300, Bosnia & Herzegovina. Kami memandu berhati-hati mendaki jalan berbukit sehingga betul-betul sampai ke parking dan sangat dekat dengan kaunter bayaran masuk ke kota tersebut. Setelah membayar tiket, kami berjalan mendaki perlahan-lahan masuk untuk meninjau-ninjau kota tersebut sambil  mengambil gambar view ke arah bandar Mostar dari jauh. 









Počitelj Fotress

Setelah itu, kami meneruskan pemanduan pula ke destinasi berikutnya iaitu ke Kravica Waterfall yang terletak di 5J55+595, Studenci, Bosnia & Herzegovina (Open - 7.00am-10.00pm & Entrance Fee KM20/pax). Kami mengambil gambar di sekitar waterfall tersebut dan kelihatan juga ada pengunjung yang mandi-manda di situ.

 



Kravica Waterfall

Kami berpatah balik menuju ke bilik apartment dan singgah solat jamak sebelum keluar semula untuk berjalan-jalan di sekitar Mostar Old bridge / Ancient Arch Bridge dan juga shopping di Mostar Old Bazar. Dari maklumat Mostar Old bridge (dikenali juga sebagai Ancient Arch Bridge / Stari Most) tersebut dibina sejak zaman kerajaan Uthmaniah iaitu pada tahun 1556 di atas perintah Sultan Sulaiman pada ketika itu.

 




Mostar Old bridge / Ancient Arch Bridge / Stari Most

Kami singgah untuk tapau dinner di Restoran Tima Irma yang terletak di Mostar Old Bridge Bazar beralamat di Onešćukova 7, Mostar 88000, Bosnia (Open - 9.00am-11.00pm). Terdapat banyak menu halal yang boleh dicuba seperti cevapi, pizza dan sebagainya.  

Menu tapau dari Restoran Tima Irma (Rating: 4.6/5)

Pada malam itu kami berehat sambil berkemas bagasi masing-masing memandangkan pada pagi esok kami akan keluar check-out awal untuk meneruskan perjalan ke Kotor, Montenegro dan perlu bersiap sedia dengan dokumen-dokumen berkenaan bagi memudahkan checking di cross border antara Bosnia & Herzegovina dan Montenegro nanti.

 

DAY 5 – Trip to Balkan – Memandu Dari Bosnia & Herzegovina ke Kota Kotor, Montenegro Via Trabinje, Bosnia serta Border Crossing di Zupci/Sitnica (BIH/MNE)

Pada pagi Selasa 9 September 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan sediakan breakfast dengan memanaskan nasi goreng ala Brahim pack yang kami beli menerusi shopee. Kami makan sambil menyemak senarai aktiviti-aktiviti dari itinerary dan juga menyusun dokumen supaya teratur di dalam folder memandangkan pada hari itu kami akan cross border antara Bosnia & Herzegovina dan Montenegro. Kami singgah di petrol pump bersebelahan parking untuk mengisi minyak penuh tangki kereta sekitar EUR50 memandangkan perjalanan kami akan melalui kawasan berbukit-bukit sehingga ke Kotor, Montenegro.

Setelah memandu dengan berpandukan Google Maps setting ke Kotor, Montenegro berjarak 187km mengambil masa lebih 3 jam di mana akan melalui bandar Trebinje, Bosnia & Herzegovina. Kami akan singgah di bandar Trabinje, Bosnia & Herzegovina sebentar untuk berehat sambil view pekan tersebut.


Pasar pagi di pekan Trebinje













 Singgah view pekan Trabinje, Bosnia & Herzegovina

Kami meneruskan pemanduan perjalananan menaiki dan menuruni bukit menghampiri border bagi pemeriksaan keselamatan immigration dan kastam di Zupci/Sitnica yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, kami pun dibenarkan meneruskan perjalalan ke Kotor, Montenegro. Ucapan Zdravo! dobro jutro adalah dalam Bahasa Montenegrin yang bermaksud Hai! Selamat Pagi…..



Cross border ke Montenegro

Kami terus memandu menghampiri pusat bandar Kota Kotor dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas menuju ke pusat bandar tersebut. Kami juga diarahkan oleh polis untuk berpatah balik sebaik sahaja kami sampai di parking berhampiran pusat bandar tersebut kerana telah pun penuh. Kami berlegar-legar di sekitar jalan-jalan utama namun tidak berjaya untuk masuk ke kawasan parking.

Kami berpatah balik menuju semula ke bilik apartment Sole Apartmant's  yang terletak di Dobrota BB Kod Studentskog Doma, 85331 Kotor, Montenegro. Kami menghubungi owner apartment tersebut untuk meminta check-in dan beliau akan memberitahu apabila bilik telah siap dikemaskan. Kami sampai awal sekitar jam 2.30pm dan menunggu di parking sebelum check-in masuk ke bilik family di Apartment with Sea View Lokasi terletak berdekatan atau opposite Maria 2 apartments atau 20 meters above C-Group apartments (Rujukan Google earth maps: Radovic Sole apartments, dobrota, Kotor) di mana bilik kami nanti terletak di tingkat 2 di atas rumah host/owner tersebut. Kami telah menempah apartment tersebut di web Booking.com yang berharga EUR144.00 (RM712.00) untuk 2 malam untuk 3 Adults & 1 Child.  



Bilik di apartment Sole Apartmant's, Kotor



View sekitar Apartment Sole, Kotor

Kami sangat berpuas hati keadaan bilik dan sangat recommended untuk family trip 4-5 orang. Tambahan pula, bilik tersebut mempunyai balcony dan boleh buka sliding door untuk view direct ke laut/selat yang luas dipenuhi kapal dan boat serta view persekitaran gunung-ganang yang sangat menakjubkan. Kami sempat solat jamak dan juga membasuh baju kerana rumah tersebut dilengkapi dengan peralatan memasak dan juga washing machine. Setelah memasukkan baju ke dalam washing machine, kami bergegas keluar dan memandu semula menuju ke pusat bandar Kotor dan syukur Alhamdulillah nasib kali ini menyebelahi kami apabila berjaya masuk ke parking dekat Town Gates bersebelahan Kotor Old Town. Kelihatan ramai pengunjung yang berlegar-legar di tepi Kotor Bay dan keluar masuk ke Kotor Old Town sambil mengambil gambar di beberapa spot yang view kesemuanya cantik-cantik belaka.












View Kotor Old Town

Dari parking kami dapat melihat dari kejauhan sayup-sayup ramai pengunjung yang memanjat tangga berbukit untuk ke Kotor Fortress & Ladder of Kotor. Oleh kerana terlalu tinggi kami hanya mampu melihat dari Kotor Old Town sahaja sambil zoom dari bawah untuk merakamkan gambarnya.

Kami berjalan di celah-celah pengunjung yang ramai untuk menuju ke Bucko Halal Restaurant yang terletak di 213 Njegoševa, Škaljari 85330, Montenegro. Berdasarkan menu di paparan skrin dan buku menu kami membuat pesanan di mana terdapat juga menu set beberapa ketul ayam goreng Hot & Spicy dan juga Original seperti KFC. Selain itu terdapat juga menu style ala resepi negara Timur Tengah.



Menu di Bucko Halal Restoran (Rating: 4.7/5.0)

Setelah kekenyangan, kami pun berjalan berpatah balik dan masuk melalui gate berhampiran roundabout ke bas station meninjau lorong-lorong sempit dan bangunan-bangunan di dalam Kotor Old Town. Sesekali kami snap gambar spot di depan bangunan-bangunan yang kebanyakan design roman klasik.

Ketika kami berlegar-legar di dalam Kotor Old Town kelihatan awan mendung dan sesekali terasa gerimis dengan angin kencang menandakan hujan akan turun. Kami keluar melalui Sea Gate dan singgah di Kotor Bay untuk view kapal dan juga boat. Setelah itu kami singgah di mart untuk membeli air minuman dan juga buah-buahan lalu menuju ke parking untuk berpatah balik semula menghala ke bilik apartment untuk singgah sebentar. 






Kotor Bay

Setelah itu, kami keluar berpatah balik menuju ke Perast dan kelihatan awan gelap masih di langit serta angin kencang bertiup apabila kami sampai di parking dermaga boat untuk ke pulau Sveti Stefan, Kotor dan pulau Our Lady if the Rocks. Tuan punya boat memberitahu boat untuk ke pulau itu terhad pada hari itu kerana mengjangkakan ribut akan berlaku pada sebelah malam dan hujan lebat akan turun. Tetapi masih ada juga kelihatan beberapa kumpulan pelancung yang menyewa boat untuk pergi ke pulau Sveti Stefan, Kotor dan pula Our Lady if the Rocks, Kotor.   

 






View pulau Our Lady of the Rocks dan Sveti Stefan di Kotor

Setelah snap beberapa gambar view berlatarbelakngkan selat dan pulau Sveti Stefan, Kotor dan pulau Our Lady if the Rocks, Kotor kami pun berpatah balik menuju ke apartment di dalam hujan yang mulai turun dan semakin lebat.

Pada malam itu kami makan menu ayam goreng dan pizza berbaki yang ditapau dari Restoran Bucko Halal Restaurant.  Sambil menyidai kain di ampain dalam rumah, dari jendela bilik dan balcony kelihatan lampu-lampu dari kapal dan juga kedengaran angin bertiup kencang. Betullah jangkaan pengemudi boat tadi yang mengatakan ribut dan angin kencang akan bertiup di sebelah malam itu. Kami berehat dan terus tertidur berselimut akibat kesejukan pada malam itu dan bangun di awal keesekannya untuk meneruskan aktiviti di Kotor.

 

DAY 6 – Trip to Balkan – View Kota Kotor & Budva Montenegro (Jalan-jalan ke Kotor Old Town & zoom Budva City)

Pada pagi Rabu 10 September 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan breakfast bekalan yang kami bawa sahaja bagi mengumpulkan tenaga untuk aktiviti hari ke-2 di Kota Kotor, Montenegro.  Oleh kerana semalam hujan ribut dan angin yang kuat, cuaca agak sejuk di Kota Kotor pada pagi itu kelihatan diselubungi kabus tebal menutupi kawasan pergunungan tersebut manakala suhu mencecah 12 degree. Kami berehat sebentar sambil berkemas bilik dan keluar untuk meneruskan aktiviti ke Budva City yang terletak sejauh 70km dengan masa pemanduan 1 jam 30 min. Gerimis yang masih renyai-renyai di luar dan cuaca pagi yang sangat sejuk tidak mematahkan semangat kami untuk keluar memandu menuju ke Budva City. Setelah sampai di Budva City, kami mencari parking dan berjalan menuju ke Budva Old Town lalu singgah di café untuk membeli kopi sebelum berlegar-legar di dalam deretan kedai Bdva Old Town tersebut.

Kami sampai ke kedai Luffy’s yang merupakan karaktor animasi Jepun yang terkenal di dalam drama Netflix siri terkini 750 - One Piece. Terdapat kad Wanted Luffy dan team termasuk souveniour lain seperti mug, t-shirts, key-chain, topi dan sebagainya. Kepada peminat fan Luffy dan team janganlah skip Budva Old Town dan singgahlah ke kedai Luffy’s sebagai tanda anda juga mampu belayar sehingga ke Budva dan mengumpul koleksi souveniour Luffy and team. Ingatlah pesanan Chopper ayuh minnaa……

 

Kedai Luffy’s






Meronda-ronda di Budva Old Town

Kami teruskan berlegar-legar di Budva Old Town untuk membeli souveniour dan juga koleksi barang-barang lain. Setelah keletihan, kami keluar menuju ke parking dan singgah di public toilet berbayar EUR1 tak jauh dari parking.

Serelah itu kami setting Google Maps yang mengarahkan kami menuju ke Sveti Stefan View Point di Budva yang terletak di 7V2W+3WV, Sveti Stefan, Montenegro dengan mengambil masa pemanduan selama 25 min sejauh 11km. Kami parking dan berjalan menghampiri Pantai untuk zoom dan view bagi mengambil gambar di beberapa spot yang berlatar-belakangkan Sveti Stefan Budva dan juga Pantai yang berombak dan kebiru-buruan airnya yang sangat cantik dan menakjubkan. 

 




Sveti Stefan View Point di Budva

Setelah itu, kami memandu berpatah balik menuju ke parking berdekatan roundabout restoran Bucko Halal Restaurant yang terletak di 213 Njegoševa, Škaljari 85330, Montenegro.Dari parking tersebut kami berjalan masuk melalui gate berdekatan menuju ke kedai Hard Rock Café Kotor untuk membeli t-shirts dan juga singgah di beberapa kedai souveniour untuk membeli mug, tumblers dan juga souveniours yang lain. Kami berlega-legar sambil merakamkan gambar di spot-spot yang cantik dan menarik di dalam Kotor Old Town. Setelah hari hampir petang kami pun berpatah balik ke parking dan singgah ke restoran Bucko Halal Restaurant sekali lagi untuk tapau makanan. Kami memandu balik ke bilik apartment untuk berehat, berkemas bagasi, mandi manda dan solat jamak. Selepas itu kami makan makanan yang ditapau tadi sambil berehat dan tertidur di mana kami akan meninggalkan Kota Kotor Montenegro seawal pagi untuk cross border esoknya menuju ke Tirana, Albania pula.

Ikuti perjalanan kami di Family Trip to Balkan – part seterusnya Memandu ke Tirana, Albania - Ohrid, Macedonia – Sofia, Bulgaria dan Pristina, Kosovo zoom negara-negara Balkan……… Jom….

No comments:

Post a Comment