Thursday 11 February 2016

Europe Trip 1 : (Part 2) – London : Menjelajahi Kota London dengan Menaiki Tube/Underground

Hop on Hop Off Bus City Tour - London

Pada pagi Khamis 29 May 2014, kami bangun seawal jam 7.00am. Aktiviti seharian pada hari itu adalah menjelajahi kota London dengan Big Bus London Sightseeing Tour yang sudah kami tempah di web mereka lebih awal lagi. Harga bagi tour tersebut adalah GBP 60.00/Family dan kita boleh naik dan turun sesuka hati di bus stand yang disediakan di sekeling kota London. (Option : Terdapat juga syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan Hop On Hop Off).




On top of HOHO bus

The Famous Palace's Guard

Dari awal lagi kami telah merancang untuk ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong seperti Bakers Street/Sherlock Holmes Museum, Trafalgar Square/National Gallery, Haymarket road, Hard Rock Café London, Marble Arch, Wellington Arch, Westminster Abbey, Big Ben/Parliament, Admiralty Arch, St. Paul Cathedral/ Monument, Tower of London & Tower Bridge & Millenium Bridge dan juga South Bank/London Eye. Bas tersebut mempunyai 2 routes yang berbeza iaitu Red Lane & Blue lane. Kami mengambil bus pada jam 8.30am di bus stand St James Park berdekatan dengan station Tube Green Park. (Tips : Download London tube map/print untuk memudahkan perjalanan, dan sekiranya anda travel on weekends, ada few stations yang tutup, jadi mungkin perlu interchange beberapa kali untuk ke destinasi).




Big Ben & Thames River
St Paul's Cathederal, great architecture

Tower of London


Hujan membasahi dataran di Trafalgar Square 
Trafalgar Square
Nelson Column di Trafalgar Square


Seharian juga kami naik dan turun bas di kota London dan akhir sekali Big Bus yang kami naiki meninggalkan kami di station terakhirnya iaitu Marble Arch di mana kami harus berjalan lebih kurang 1 km untuk ke Hard Rock Cafe London untuk shopping tshirts. Dari HRC London kami melintas jalan untuk berjalan ke station Tube Green Park untuk balik ke hotel. Kami singgah di Crystal Kebab seperti biasa untuk tapau dinner dan berehat di hotel semalaman.

Menaiki Cruise di dalam pakej tiket Hop On Hop Off

Singgah di Platform 9 3/4 di King Cross Tube Station

Crystal Kebab berhampiran St Pancras / King Cross Tube Station

Menyaksikan Change of Guard di Buckingham Palace, Solat Jumaat di Green Park Mosque London dan Shopping di Portobello Market/Nottinghill Gate & Harrods

Pada hari Jumaat 30 May 2014 setelah selesai breakfast, kami bertolak dari hotel sekitar jam 7.30am ke station Tube King Cross sekali lagi menuju ke station Tube Green Park iaitu station terdekat untuk ke Buckingham Palace. Dari station tersebut kami berjalan mengikuti orang ramai yang berpusu-pusu merentasi taman Green Park untuk menuju ke Buckingham Palace. Upacara Change of Guard dimulai dengan acara March Parade pada jam 10.00am sehingga jam 12.30am, manakala acara Queens Life Guards (Mounted on Horses) diadakan di Horseguards pada jam 10.00am. Sejurus selepas acara marching tersebut disusuli pula pada jam 11.30am acara yang dinanti-nantikan iaitu Changing of the Guards di Buckingham Palace. Kelihatan seawal pagi lagi malah sebelum jam 10.00am lagi sudah ramai orang berkerumun di sepanjang pagar istana untuk mendapat view yang jelas dan menarik bagi menyaksikan upacara tersebut. Pada jam 12.00pm sebaik sahaja acara selesai kami ke station Tube Green Park untuk naik train Victoria Lane ke station Tube Oxford Circus dan transit ke Bakerloo Lane untuk ke station Tube Regent Park. Sebaik sahaja turun di station tersebut kami berjalan melewati taman tasik Regent Park dalam keadaan cuaca yang sejuk dan nyaman menuju ke Regent Park’s Mosque untuk bersolat Jumaat. Mama, adik dan baby bersantai di bangku yang terdapat di taman tersebut sementara menanti Abah dan Along selesai solat. Untuk kemudahan Jemaah muslim, terdapat restoran halal di basement masjid yang menjual pelbagai menu yang menyelerakan. Kami membeli ais krim gelato yang sedap dan murah untuk dinikmati semasa berjalan kembali ke station Tube Regent Park semula.


Changing of Guards di Buckingham Palace








Regent Park



Kami meneruskan perjalanan dengan menaiki train Bakerloo Lane dan transit di station Tube Oxford Circus untuk naik train Central Lane ke Nottinghill Gate. Kami teringat sebuah filem yang terkenal berjudul Nottinghill di mana pengambarannnya dilakukan di sekitar kawasan ini. Kami berjalan mengekori orang ramai ke Portobello Market yang beroperasi dari jam 8.00am-6.30pm. Setelah itu, kami kembali ke station Tube Nottinghill Gate untuk menaiki train Central Lane ke station Tube Holborn dan transit ke Picadilly lane untuk ke station Tube Knightsbridge. Kami keluar dari station tersebut untuk ke shopping complex Harrods di West/South London yang eksklusif dan menjadi tumpuan orang ramai untuk shopping. Harrods beroperasi dari jam 10.00am - 8.00pm. Tujuan utama kami ke sini bukanlah untuk bershopping sebaliknya untuk menikmati Laduree. Selepas itu, kami berpatah balik ke station Tube Kinightsbridge menaiki train Picadilly Lane terus ke King Cross Station. Kami balik ke hotel untuk menyediakan dinner dan berehat di hotel.


Kunjungan ke Harry Potter Warner Bros Studio

Main highlight untuk hari ini ialah melawat ke Harry Porter Warner Bros Studio. Salah satu movie yang kami sekeluarga enjoy dan tidak bosan walaupun berulang kali menonton. Kami turun ke station Tube King Cross untuk naik train Victoria lane terus ke station Tube Euston. Di station tersebut kami membeli tiket train Midland Lane untuk ke station train Watford. Sampai sahaja di station tersebut kami menaiki pula Shuttle Bus no. 311 berharga GBP2/pax untuk ke Harry Potter Warner Bros Studio. Selepas keluar dari station, ambil kiri dan berjalan laluan kiri menuju ke bus stand no. 3 di mana terdapat shuttle bas dengan gambar bertemakan filem Harry Potter. Sebaik sahaja menaiki bas tersebut para pengunjung diberikan information dan iklan tentang pembikinan filem Harry Potter. Sungguh menarik dan tidak menjemukan semua lapisan umur pengunjung sepanjang perjalanan. Untuk makluman, Harry Potter Warner Bros Studio dibuka bermula jam 9.00am - 6.30pm. Kami telah menempah tiket online di webnya iaitu Family Ticket Entry berharga GBP89. Semasa di kaunter tiket kami berborak dengan staffnya yang teruja dengan orang Malaysia dan menceritakan detik manisnya bersama keluarga ketika berkunjung ke Kuala Lumpur. Kami dikumpulkan dalam group dan dibawa ke setiap section di dalam studio tersebut dan dibenarkan berfoto di mana-mana sahaja. Pengunjung juga tak perlu risau kerana di dalam studio terdapat kemudahan toilet, café, kedai serbaneka dan juga kedai menjual tshirts dan produk bertemakan Harry Potter.

The Flying Car
Pivet's Drive

The Famous Hogwarts Bridge

Merayau di pekan Daigon Alley



Dolby


The Knight Bus



Warner Bros Studio - Harry Potter

Shuttle bas Warner Bros Studio - Harry Potter

Menjelang tengahari kami berpatah balik ke station train Watford dan naik train balik ke King Cross. Kami balik ke hotel untuk menghantar baju kotor ke kedai dobi berhampiran iaitu The Kings Launderette di 114 Cromer Street London WC1H 8BS. Selepas hampir 2 jam mendobi kami ke station King Cross semula untuk keluar ke station Tube Leicester Sq dengan menaiki train Picadilly Lane. Kami turun di station tersebut untuk berjalan-jalan ke Piccadilly Circus, Leicester Square dan Covent Gardent kerana di sinilah terdapat M&M World dan bershopping di Lilywhites yang beroperasi dari jam 10.00am - 21.30pm. Kami pulang agak lewat pada malam itu dan pulang ke hotel untuk makan malam dan berehat.

Shopping day di Sunday Market (Pettycoat Lane Market), Primarks dan sekitar Bond Street/Oxford Street/Oxford Circuss.

Pada hari Ahad 1 June 2014, setelah breakfast seperti biasa kami ke station King Cross untuk naik train Circle Lane terus ke station Tube Liverpool Street. Sesampainya di station tersebut suhu sangat sejuk dan kami membeli beberapa cawan kopi panas untuk memanaskan badan. Station Liverpool Street agak besar dan terdapat banyak kedai-kedai kerana ia juga merupakan station interchange ke destinasi intercity di UK. Kami keluar menghala ke escalator dan keluar ke main street, kemudian perlu melintas jalan sahaja untuk ke Petticoat Lane Market. Petticoat Lane Market adalah sebuah pasar pagi hanya dibuka pada hari Ahad sahaja beroperasi dari jam 9.00am - 2.00pm. Kami sangat teruja dan rambang mata kerana terdapat berbagai barangan keperluan seperti kasut Clarks, beg dan barangan kulit/jackets, winter coat dan lain-lain lagi dengan harga yang tersangat murah. Bayangkanlah di sini anda boleh membeli t-shirt London dan pelbagai souveniers dengan harga serendah GBP1.
Setelah puas shopping, kami ke Marble Arch pula dengan Central Lane. Salah satu acara wajib adalah shopping pakaian kanak-kanak di Primarks dan Mothercare yang terletak berdekatan dengan station Marble Arch. Mothercare terletak di seberang jalan berhadapan dengan Primarks. Sekiranya ke London, janganlah lepaskan peluang shopping di Primarks & Mothercare kerana banyak pilihan dan pelbagai jenis barangan yang cantik-cantik dan berkualiti belaka dengan harga yang tersangat murah.

Berbanding dengan Mothercare, Primarks terlalu sesak dengan orang ramai dan sangat dirasai di hari cuti hujung minggu. Primark beroperasi dari seawal jam 8.30am dan akan ditutup pada jam 9.00pm.
Setelah itu, kami meneruskan acara berjalan-jalan untuk shopping di sepanjang gerai-gerai yang menjual tshirts, keychain, souveniours dan FM di Bond Street, Oxford Street dan juga Oxford Circuss.
Setelah puas bershopping, kami menaiki train ke King Cross untuk kembali semula ke hotel. Sebelum sampai di hotel, kami singgah di Crystal Kebab untuk tapau dinner kerana tidak bercadang lagi untuk keluar di sebelah malamnya dan kami perlu berkemas untuk check out keesokannya.

Mengunjungi Camden Town & Shopping Coklat di Sainsbury’s, Camden Town

Pada pagi Isnin hari ke 10 tanggal 2 June 2014, kami menaiki train Northern Lane terus ke station Camden Town. Di Camden Town terdapat kedai-kedai menjual tshirts dan jangan sekali-kali melepaskan peluang ke kedai serbaneka/Pasaraya Sainsbury’s terutamanya di Camden Town yang terdapat pelbagai jenis chocolates dengan harga yang murah, di samping memborong fruit flavoured tea kegemaran kami untuk dibawa balik ke KL. (Note : Sainsbury’s mempunyai banyak branch di kota London, tetapi di Camden Town adalah antara yang terbesar dan terdapat banyak Halal Food / Opening hrs : 10.00am - 6.00pm).
Oleh kerana kami kesuntukan masa dan perlu segera ke London Gatwick Airport kami meminta staff pasaraya tersebut membungkus rapi barangan yang dibeli agar senang untuk dibawa ke atas pesawat. Setelah itu kami kembali semula ke hotel untuk mengambil luggage serta berkemas serba sedikit lagi dan check out untuk ke station King Cross semula. Kami menuntut semula deposit kad Oyster di kaunternya dalam perjalanan menuju ke station St Pancras bagi membeli tiket Train Thameslink - Gatwick Express terus ke London Gatwick Airport sejauh 48km dengan hanya mengambil masa 30min. (Info : Boleh juga Book Online di webnya First Capital Connect atau Thamesllink - GBP39.80 Group for 2-Adult & 2-Child). Jika anda sukakan penjimatan dan mempunyai banyak masa terluang anda juga boleh memilih train henti-henti di pekan tertentu antara St Pancras dan London Gatwick tetapi perjalanan mengambil masa agak lama lebih 1 jam.
Flight Easyjet dari London Gatwick Airport ke Amsterdam Airport Schiphol, Netherland

Sesampainya di Gatwick Airport kami terus ke kaunter untuk check-in luggage. Untuk makluman di Gatwick Airport terdapat kaunter khas untuk claim VAT dan juga kaunter untuk chop VAT form tetapi dinasihatkan agar membawa bersama purchased items. Selepas kaunter imegresen dan pemeriksaan keselamatan silalah mencari Travelex Counter untuk mendapatkan VAT refunds di mana anda mempunyai option untuk bayaran balik dalam GBP atau exchanged mengikut home currency (RM). Sila peruntukkan masa pemprosesan sekitar 30-60 min mengikut keadaan queue dan situasi semasa. Perlu ditekankan agar anda menyusun peralatan gadjet dan computer dalam beg khas kerana kawalan keselamatan di airport ini amatlah ketat sehinggakan kadang-kadang mereka akan menggeladah setiap ruang dalam beg anda. Sabar je lah.

London Gatwick Airport
Pesawat EasyJet


Pesawat EasyJet Flight 8877 penerbangan dari London Gatwick Airport berlepas pada jam 4.30pm dan selamat mendarat di Amsterdam Airport Schiphol pada jam 6.45pm. Easyjet adalah merupakan pesawat tambang murah di mana dalam penerbangan selama 2 jam 15min itu penumpang juga mempunyai option untuk membeli makanan atau barangan lain melalui webnya atau di atas flight. Tiket Easyjet kami tempah di webnya dengan harga GBP185/Family termasuk 2 luggage besar berserta 2 luggage medium dan 1 begpack yang ditarik ke atas pesawat. Setelah melalui kaunter imegresen kami ke train station untuk mendapatkan tiket ke Amsterdam Central. Anda tidak perlu gusar kerana terdapat banyak jenis train dari Schiphol Airport ke Amsterdam City dengam tambangnya ialah Eur15.50 untuk 4 orang. Kami menaiki Train NS Hispeed dari Airport Schiphol di Platform 3 dan sampai Amsterdam Central di Platform 13b. Kami menarik luggage berjalan melawati station tram di sebelah kanan sebaik keluar dari hadapan Amsterdam Central dan melintas jalan ke Travel Hotel yang terletak beberapa meter sahaja dari situ selama 10 min sahaja. Kami check in di Travel Hotel (Quad Room) yang telah ditempah di budgetplaces.com untuk 3 malam dengan harga Eur345. (Tips : Hotel-hotel di Europe mengenakan City Tax sekitar Eur2-4/night yang perlu dibayar cash di hotel tersebut). Hotel di sekitar kota Amsterdam agak mahal tetapi kecil keluasannya dan kami tidak begitu selesa dengan keadaan bilik dan toiletnya yang tidak terurus dengan betul. Rasa macam tidak berbaloi membayar RM500 sehari dengan istilah budget untuk dapatkan bilik hotel macam 2* hotel.

Ikutilah perkongsian jelajah jalanan kami di I-Amsterdam menyusuri canal-canal melihat windmill sehinga ke perkampungan Zaandam dan Volendam di Netherland? Ikuti entri kami seterusnya…..Jom

2 comments:

  1. Hotel di AMsterdam memang agak mahal & sebab itu jugalah di kali kedua saya ke Amsterdam saya pilih AIRBNB. Lebih berbaloi

    ReplyDelete
  2. Kami akan ke Amsterdam lg pd hujung Mac 2016 nanti dan kali ini kami tempah hotel melalui booking.com dengan harga sekitar trip di atas. Kami akan ke geethorn, keukonhof dan beberapa tempat lain selain akan ke Zaan Schaan sekali lagi utk menghirup kopi panasnya. Jom....

    ReplyDelete