Monday 31 December 2018

Family Trip Drive ke Hatyai : Jalan-Jalan Cuti Sekolah November 2018


Day 1 – Perjalanan ke Sempadan Bukit Kayu Hitam & Memandu masuk ke Hatyai, Thailand

Kisah ini adalah memori plan family trip kami, Aakif dan Geng Sejid yang menjadi acara tahunan sejak 2 tahun lalu manakala ini adalah merupakan kali pertama trip melibatkan jalan-jalan ke luar negara. Untuk permulaan, kami memilih trip memandu ke Hatyai, Thailand bersempena awal musim cuti sekolah 2018 serta dengan tujuan jalan-jalan santai cari makan di sekitar bandar Hatyai. Mungkin selepas ini akan muncul pula idea trip fly ke oversea pula, Insha Allah.... Amin. Untuk trip ke Hatyai ini, kami telah memulakan plan dengan mengadakan meeting di Wira Seafood Gombak untuk merancang plan perjalanan dan menetapkan tarikh trip ke Hatyai 2-3 bulan sebelumnya lagi. Namun di saat-sat akhir kawan-kawan Aakif tidak dapat join pula. So, tinggallah dua family sahaja yang akan meneruskan cabaran pada kali ini terdiri dari 5 Dewasa dan 2 Kanak-Kanak.  

Link untuk lihat trip sebelumnya, Jalan-Jalan Geng Sejid sambil makan-makan di Kuantan klik  

Pada petang Jumaat tanggal 23 November 2018, selepas balik dari office kami sekeluarga terus bersiap makan malam dan solat maghrib di rumah sebelum bertolak menuju ke arah Tol Sg Buloh lebih kurang pada jam 9.30 malam dengan menyusuri Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menghala ke utara dan menuju ke sempadan negara di Bukit Kayu Hitam. Mengikut perkiraan masa Waze perjalanan kami akan mengambil masa sekitar 6-7 jam mengikut keadaan trafik di lebuhraya tersebut di mana dijangkakan akan berlaku pertambahan kenderaan akibat musim cuti sekolah baru sahaja bermula. Dalam perjalanan kami hanya singgah sebentar minum kopi O di hentian R&R Sg Perak pada jam 12.00 tengah malam dan juga di R&R Gurun pada jam 2.00 pagi untuk berehat dan tidur sebentar sekitar 30 minit bagi menghilangkan rasa mengantuk dan mengembalikan kesegaran untuk meneruskan pemanduan ke Bukit Kayu Hitam.

Setibanya di Bukit Kayu Hitam kami langsung ke Hentian Naluri Aman – Duty Free Shop dan mendapati hanya terdapat beberapa kumpulan orang ramai yang baru turun dari bas serta beberapa kereta persendirian memenuhi ruang kedai untuk meyelesaikan urusan insuran dan form yang berkaitan sebelum memasuki border Malaysia-Thai nanti. Kaunter di hentian itu sibuk pada mulanya kerana hanya terdapat seorang pekerja sahaja sehingga dibuka satu lagi kaunter sejam kemudiannya. Kami duduk menantikan urusan itu selesai dan melihat kelibat orang ramai yang silih berganti ada yang baru sampai dan ada juga yang meninggalkan kawasan tersebut untuk menghala ke border.   
 
Hentian Duty Free Shop - Naluri Aman di Bukit Kayu Hitam


Urusan insuran dan form putih sebelum ke border

Mesjid Bukit Kayu Hitam berdekatan border 

Setelah urusan di kaunter selesai, kami menuju ke Masjid Bukit Kayu Hitam untuk solat sunat sementara menunggu waktu subuh di masjid tersebut. Setelah solat subuh, kami berpatah balik untuk mengisi minyak petrol di Petronas Bukit Kayu Hitam yang dibuka tepat jam 7.00 pagi. Kami terpaksa menunggu di pump masing-masing sementara menunggu pekerja stesen minyak itu datang untuk memulakan operasinya. Memang gigih dan berbaloi usaha ini kerana harga minyak di Thailand mahal berbanding di negara kita. Mujurlah selepas sahaja kami parking barulah kenderaan lain yang agak banyak mula bersesak untuk beratur dan kelihatan ada juga yang beredar kerana mungkin tidak berminat untuk turut beratur. Haha….  

Setelah bergembira dapat mengisi minyak hingga full tank, kami pun menuju ke checkpoint di border Malaysia-Thailand di mana kami mula beratur dari traffic light di simpang Masjid Bukit Kayu Hitam lagi mengekori deretan kebanyakannya bas pelancong yang sudah lama beratur seawal sebelum pukul 6 pagi lagi. Sebaik sahaja melepasi traffic light tesebut nasib kami amat baik kerana pegawai polis tersebut mengarahkan semua kereta menggunakan lorong kontra sehingga terus ke laluan kaunter/pondok checkpoint Immigration Malaysia. Di situ kami menyerahkan passport sambil menurunkan tingkap kereta bagi memudahkan officer menguruskan proses departure sambil mengecam wajah kami seorang demi seorang. Setelah semuanya selesai kami pun memandu melepasi border Malaysia untuk masuk ke lane kaunter/pondok checkpoint Immigration Thailand pula di mana di situ pemandu dan semua penumpang kena turun dari kenderaan. Pegawai Immigration Thailand mengambil form putih Inland (Masuk) dan wang sebanyak THB40 untuk caj pelancong masuk dengan kereta mungkin, dan mengecop passport serta form putih Outland (Keluar) lalu menyerahkan dokumen tersebut semula. Selepas melepasi kaunter Immigration kami diarahkan untuk parking di tepi jalan sambil owner kereta perlu membawa geran Original atau Copy ke pejabat Kastam Thailand yang tertera signboard ‘Custom Declaration’ untuk mengisi form Kastam bersertakan pengesahan geran kenderaan.

Bersedia melintasi border Malaysia-Thai


Parking untuk urusan kastam

Setelah selesai urusan immigration dan kastam Thailand, barulah kami meneruskan perjalanan masuk ke pekan Sadao untuk membeli sim card DTAC berharga THB150 bagi memudahkan penggunaan Waze, Whatsapp, calling dan juga internet. Kami mengambil keputusan untuk singgah dan breakfast di restoran Halal Dim Sum Zalina dalam perjalanan menuju ke hotel di pekan Hatyai. Setibanya di situ kami membelek-belek list menu sebelum memesan makanan dan minuman mengikut pilhan masing-masing.

Setelah menikmati makanan dim sum yang agak enak sebagai berakfast hari itu di mana sesunggunya kami jarang makan menu dim sum di negara kita kerana mungkin bukan termasuk di dalam menu favourite keluarga kami agaknya, kami pun meneruskan perjalanan semula ke Hotel Grand Plaza Hatyai beralamat di 24/1 Saneha Nusorn Rd, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand yang terletak sebelah Lee Gardens Street Market untuk early check in. Hotel tersebut mempunyai kemudahan basement parking tetapi kena tinggalkan kunci kereta kepada penjaganya kerana terdapat banyak kereta pengunjung hotel yang bersesak keluar masuk. Kami telah menempah 2 bilik dengan harga RM120/room semalam di Booking.com kerana Family Suit yang berharga RM 200/room telah pun penuh di musim cuti sekolah tersebut. Setelah checkin lebih kurang jam 10.30am, kami pun berehat dan tidur sementara menunggu waktu zohor untuk solat jamak sebelum plan keluar explore pekan Hatyai.

Kami turun untuk ke shopping kompleks berhampiran hotel iaitu Odean Central Plaza, Lee Garden Plaza dan beberapa kompleks sekitarnya sebelum berunding dengan driver Tuk Tuk untuk carter khidmat Tuk Tuk sehingga ke malam dengan permulaannya untuk pergi ke Floating Market Khlongkae. Jangan risau tentang Tuk Tuk kerana terdapat banyak Tuk Tuk parking di depan hotel yang sangat mudah untuk menuju ke spot-spot pilihan pelancong. Boleh berunding untuk mendapatkan harga pakej untuk menggunkan khidmat Tuk Tuk ke mana-mana destinasi spot pelancong dan restoran Halal sekitar Hatyai serendah THB300 sehingga THB1000 mengikut pakej-pakej pilihan masing-masing. 

Menaiki Tuk-Tuk

Sesampainya di Floating Market Khlongkae tersebut masing-masing menghampiri perahu-perahu yang sedia berbaris menanti di gigi air sementara memesan makanan mengikut selera. Setelah itu kami duduk di salah sebuah pondok sambil menikmati pelbagai makanan yang telah dibeli tadi. 


Jambatan ke Pasar Khlongkae

Deretan perahu di Pasar Khlongkae

Setelah semua makanan dihabiskan kami mula berjalan balik ke parking Tuk Tuk untuk bergerak ke Asean Night Market Hatyai pula yang terletak di Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand untuk acara shopping. Sementara pasangan kawan kami tadi terpaksa berpatah balik ke hotel untuk pergi semula ke Immigration Thailand kerana semasa di border tadi mereka masuk tanpa melalui urusan kastam selepas kami menceritakan kisah-kisah kami di border pagi tadi.


Gerai baju, seluar dan macam-macam pakaian


Kasut wanita 

Sementara itu, kami sekeluarga pula meneruskan sesi shopping di Asean Night Market di mana terdapat banyak baju, seluar, beg, toys, kasut dan berbagai lagi pilihan yang mengujakan anak-anak. 

Kemudiannya, dari situ kami berjalan menuju ke Central Festival Hatyai yang jaraknye sekitar 600m sahaja dari Asean Night Bazar tersebut. Di situ terdapat kedai Payless dan Sport Wear di mana Along shopping kasut dan baju sukannya manakala Mama dan Kakak Damia pula shopping kasut Jelly Bunny di mana rata-rata outlet menawarkan potongan harga dari 40% sehingga 70%. Kami juga berkunjung ke outlet Duty Free di tingkat basement untuk membeli keropok Lays dan air minuman untuk dibawa balik ke bilik hotel.


Sale sedang berlangsung.....

Setelah selesai shopping kami call driver Tuk Tuk untuk mengambil kami di depan Central Festival Hatyai dan menghantar kami ke depan lobby hotel. Setelah membayar pakej Tuk Tuk pada hari itu kami pun berlegar-legar di kawasan hotel tersebut sekitar Lee Garden Street Market sambil membeli makanan di stall terutamanya udang galah yang kelihatan kemerahan selepas digoreng panas-panas. 


Seekor udang galah goreng


Day 2 -  Shopping dan Jalan-Jalan Di Hari Minggu di Hatyai

Pada pagi Ahad 25 November 2018, sekitar jam 9.00am kami baru turun ke lobby hotel untuk mencari Tuk Tuk dan pergi breakfast di warung nasi kerabu Chabura tetapi oleh kerana ramai pengunjung pada hari minggu tersebut kami hanya sempat mengambil nasi kerabu kosong sahaja tanpa lauk-pauk. Selepas breakfast kami menuju ke plaza Big Market Hatyai di mana terdapat banyak gerai beg, baju, seluar dan sebagainya. Kami membeli beg Anello saiz besar dengan harga THB950 dan beberapa pakaian ‘superhero’ seperti superman, batman, spiderman, dinasour, transformer dan lain-lain lagi serta untuk perempuan pula ‘hello kitty’, princess dan sebagainya  kebanyakkannya design kesukaan kanak-kanak belaka.   


Gambar beg tarik Anello saiz besar

Design baju superhero kegemaran kanak-kanak


Aakif bergaya dengan kostum superhero ironman   

Lebih kurang jam 12.00 tengahari kami meninggalkan bazar tersebut menuju ke Restoran Al Rahman yang beralamat di Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand. Restoran ini berselebelahan dengan kaunter bas Alisan Ekespress ke Malaysia dan bertententangan juga dengan Restoran Halal Rocky Hatyai. Semasa kami tiba di kedai tersebut hanya ada beberapa orang pelanggan sahaja lalu kami memesan makananan nasi putih, ikan masak 3 rasa, tomyam dan beberapa menu yang lain. Tuan kedai tersebut memang peramah dan suka berjenaka.


Menu hidangan di Restoran Ar-Rahman

Setelah selesai makan tengahari, kami meminta pemandu Tuk Tuk menghantar kami semula ke hotel untuk berehat dan solat. Dia diminta datang semula untuk mengambil kami sekitar jam 4 petang nanti. Kami sempat membeli udang yang baru digoreng dan juga pulut manga yang lemak manis di depan Lee Gardens untuk dinikmati di bilik hotel nanti sambil berehat.

Melintas jalan di depan Hatyai Station


Promosi makan atau wayar elektrik???

Menjelang petang kami turun ke lobby hotel untuk pergi ke Wine Village di mana terdapat kandang arnab, kambing, kuda dan kolam ikan. Kanak-kanak berebut untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut sehinggakan ada yang tidak memperdulikan kerenah kanak-kanak lagi akibat terlalu kekenyangan. Untungnya haiwan-haiwan tu…. Haha…      

Gambar Pintu Gerbang Wine Village

Ada kincir angin 

Kandang Arnab

Memberi kambing minum susu botol

Kambing berebut susu botol


Aakif memegang kuat susu botol 


Kolam ikan koi

Setelah selesai berlegar-legar di Wine Village, sekitar jam 5 lebih kami bergerak ke Floating Market Khlongkae lagi untuk makan malam. Masing-masing membeli menu dari perahu-perahu tersebut sementara menunggu pondok kosong. Setelah menikmati makanan masing-masing dan bershopping ala kadar di gera-gerai sekitarnya kami menaiki semula Tuk Tuk untuk pergi ke Greenway Night Market. 



Khlongkae Floating Market night view   

Makan di gerai sambil berborak

Greenway Night Market terletak di Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand tetapi kami hanya berlegar-legar di gerai-gerai tersebut kerana di situ banyak dijual design baju dan seluar ala hip hop seperti yang terdapat di Camden Market, London.
  
Promosi di Greenway Night Market


Gerai-gerai di Greenway Night Market

Setelah hampir jam 9.30 malam kami menahan Tuk Tuk di depan jalan tersebut untuk kembali ke hotel dan berehat sambil ada yang makan dan minum serta mencuba pakaian yang telah dibeli. 


Day 3 – Jalan-Jalan Cari Makan – Lunch di Kai Tod Decha dan Dinner di Steamboat Grill Hatyai serta mengunjungi kem Gajah di Chang Puak Camp, Hatyai  

Pada pagi hari Isnin 26 November 2018 kami bangun awal dan menaiki Tuk Tuk menuju ke Restoran DimSum Chabura yang terletak di Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand. Menu-menu di Dim Sum Chabura ni lagi sedap dan enak jika dibandingkan dengan menu di Restoran hari pertama kami makan ketika baru sampai ke Hatyai. Sebab tu lah pengunjung ke restoran ini sangat ramai namun layanan servis memang cepat. Sebaik sampai di restoran tersebut kami pun menyerbu masuk ke ruang dalam untuk menempah meja terlebih dahulu. Selepas mendapatkan nombor meja barulah kami menuju ke kaunter di depan restoran untuk mendaftarkan nombor meja dan terus mengambil dulang bagi mengutip cawan-cawan dim sum yang tersedia disusun di atas meja panjang. Pilihlah cawan-cawan mengikut selera masing-masing ye. Apabila anda rasa sudah mengcukupi dan tidak lagi tamak, barulah anda hulurkan dulang yang berisi cawan-cawan dim sum tersebut kepada pekerja kitchen untuk distimkan. Anda tak perlu tunggu kerana hidangan anda akan dihantar oleh pekerja restoran ke meja anda mengikut nombor yang didaftarkan tadi. Selamat menjamu selera…..   


Menu DimSum Chabura


Pelanggan yang ramai duduk 'book' meja masing-masing 

Pelanggan ambil tray dan nombor meja di kaunter sebelah kitchen

Menu Dim Sum yang boleh dipilih mengikut selera 

Tray menu Dim Sum yang dipilih setelah didaftar di kaunter nombor meja

Searh tray dan nombor meja kepada pekerja kitchen

Kitchen yang luas untuk stim dim sum


Dim sum akan dihantar ke meja oleh pekerja restoran

Side menu DimSum Chabura

Setelah siap breakfast kami mengarahkan Tuk Tuk untuk ke pasar Sintisuk Hatyai Market yang tak jauh dari hotel kami. Di sini kami membeli kekacang dan buah-buahan sebelum balik semula ke hotel untuk berehat dan solat. 

Shopping kacang-kacang berguni


Buah-buahan yang segar

Menjelang pukul 1 tengahari kami pun bertolak ke Restoran Kai Tod Decha yang untuk lunch di mana menu istimewanya adalah nasi goreng ayam yang sangat sedap. Selepas menikmati hidangan yang sangat sedap terutama nasi goring ayam, ikan 3 rasa dan beberapa menu yang rata-ratanya memang sedap, kami pun menruskan perjalanan menuju ke Chang Puak Camp yang terletak di Tambon Nam Noi, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand untuk menonton aksi gajah.


Menu Kai Tod Decha


Gambar-gambar pengunjung  

Setelah berlegar-legar di camp tersebut sambil memerhati kerenah gajah-gajah yang diberi makan dan ada juga pengunjung yang menaiki gajah serta ada yang mencuba bermain game-game yang disediakan di camp tersebut, kami pun menaiki Tuk Tuk semula untuk menuju ke Khlogkhae Seafood Grill Halal Buffet yang mengambil masa hampur 30 minit dari camp tersebut.
Chang Puak Camp


Aakif sedang memberi anak gajah makan


Anak gajah sudah kenyang


Aakif memberi gajah besar makan


Gajah mengambil pisang dengan belalai


Aakif dan ATV bergaya lasak

Kami sampai di restoran tersebut pada jam 5 petang dan masih banyak meja yang kosong. Jangan terburu-buru kerana terdapat banyak tempat duduk di dalam kawasan restoran yang sangat besar ruangnya. Bayarannya adalah mengikut kepala dengan dewasa THB300 dan kanak-kanak THB100 sahaja.


Khlonghae Grill Halal Bufet


Medan ikan bakar


Meja dipenuhi hidupan laut yang fresh 


Pilihlah ikut selera anda...!


Memang best dan leka jika membakar ketam 


Kepah dan udang fresh senang dibakar 


Pilihan pelbagai jenis salad


Nasi goreng, mee goreng dan lain-lain

Sos pedas dan manis.....

Set grill arang di atas meja 


Pelanggan di Restoran Khlonghae Seafood Grill Halal Buffet

Setelah menjamu selera dengan tahap kekenyangan yang melampau, kami kembali ke hotel untuk berehat dan ada yang masih bertenaga untuk turun berjalan-jalan di sekitar hotel.


 Day 4 –Persiapan untuk memandu balik dari Hatyai ke Kuala Lumpur

Pada pagi hari Sealasa 27 November 2018 adalah merupakan hari terakhir kami di pekan Hatyai dan kami bersiap-siap dan mengemas backpack masing-masing yang sarat dengan barang-barabg shopping dan juga timbunan pakaian yang dibawa. Kami turun breakfast dekat hotel di Restoran Salma yang terletak hanya 300m dari hotel tersebut.

Selesai breakfast kami menggunakan masa-masa terakhir untuk shopping buah-buahan seperti mangga, mata kucing dan sebagainya serta pulut manga lemak manis sebagai buah tangan untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Lebih kurang jam 10 pagi kami mengambil kunci kereta dari pekerja hotel dan memuatkan semua bagasi ke dalam kereta. Kami balik dengan sebuah kereta kerana kereta kawan kami tidak dibenarkan masuk ke Thai kerana masalah pendaftaran kastam Thailand katanya. Sebenarnya, setelah mereka pergi ke border Thai-Malaysia, mereka terpaksa keluar dan parking kereta di border dan masuk semula ke Thai tanpa kereta tempohari, terpaksalah mereka menggunakan kereta sewa dari Sadao ke Hatyai dan telah sampai sekitar jam 10 malam. Tips – kepada pengunjung yang membawa masuk kereta ke Thai silalah pastikan anda mengisi form Custom Declaration dan disahkan oleh pejabat kastam semasa masuk dan keluar di border Thai ye.
Setelah sampai di border Thai-Malaysia kami drop mereka di parking depan tandas hadapan bangunan immigration kerana mereka harus berbaris melalui kaunter immigration di dalam bangunan tersebut manakala kami terus memandu ke laluan kereta dan berhenti di kaunter immigration di mana pemandu dan juga penumpang kesemuanya kena turun untuk urusan passport secara bergilir. Setelah itu kami melalui laluan kereta di kaunter kastam pula dan di sini hanya owner kereta sahaja yang perlu turun untuk menyerahkan form Kastam Declaration dan urusan keluar kereta.

Setelah melepasi immigration dan kastam Thai kami menunggu mereka di parking dekat batu border dan selepas mengambil mereka kami pun meneruskan perjalanan dan berhenti di parking border untuk mereka mengambil dan mengisi bagasi ke dalam kereta. Kami meneruskan perjalanan untuk menghampiri kaunter immigration, kastam dan pemeriksaan keselamatan di border Malaysia untuk urusan masuk ke BKH. Kami melepasi pemeriksaan tersebut dengan cepat kerana tidak banyak bas dan kereta di hari biasa mungkin akan mengambil masa lama sekiranya di waktu peretengahan cuti sekolah atau cuti umum nanti.  

Kami memandu sehingga ke R&R Gurun dan berhenti untuk lunch dan solat sebelum meneruskan perjalanan menuju ke KL dengan perjalanan yang sangat lancar membolehkan kami sampai pada jam 6.30 petang.

Begitulah kisah trip perjalanan santai family dan anak-anak di awal cuti sekolah 2018. Sekali lagi kami ingin menegaskan sesungguhnya masa bersama keluarga amat bermakna dan menjadi kenangan indah sampai ke akhir hayat nanti. Jadi, amat berbaloi untuk meluangkanlah masa yang sesuai dan bawalah keluarga bercuti…… Ikutilah kisah jalan-jalan kami di zoomdglobe ke destinasi seterusnya. Jom….!!


4 comments:

  1. Harga buffet seafood tu rasanya 300 thai baht Rm30++) bukan 30 baht (Rm3++)..kalau 30 baht ramai dah yang serbu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah betulkan sis. Typo error. Jangan lupa serbu ye sis. hehe

      Delete
  2. Salam, naik tut-tut kat sana booking or on the spot je?

    ReplyDelete
  3. Byk tut-tut boleh naik on the spot.

    ReplyDelete