Sunday 26 January 2020

Family Trip Mandi Manda di Desaru Coastal Adventure Park, Johor – 2019 & transit di Melaka



Day 1 (25 Oktober 2019) – Perjalanan ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Kisah ini adalah antara memori family trip anak-nak mandi manda dan bermain permainan adventure di Desaru Coast Adventure Park & Hard Rock Hotel, Desaru seperti trip-trip sebelumnya ke theme park Legoland, Johor Baharu dan Bukit Gambang, Kuantan di mana kali ini trip bersempena cuti Deepavali. Impian dan hasrat kami tercapai apabila kami mendapat tiket promosi di Matta Fair pada 7 September 2019 dari booth tourist agen yang menawarkan harga pakej 'Stay & Play' yang menarik dan berbaloi sekitar RM2,000 untuk penginapan 3 hari 2 malam (26-28 December 2019) di Hard Rock Hotel termasuk breakfast bersama-sama tiket masuk ke Desaru Coast Adventure Park dari agen DFF Tour & Travel Sdn Bhd yang beroperasi di Hentian Penawar No. 1, Sungai Cemarau, Desaru 81930 Kota Tinggi, Johor. Alhamdulilah….    

Pada pagi Jumaat tanggal 25 Oktober 2019 kami sekeluarga bertolak menuju ke Melaka menggunakan Lebuhraya PLUS langsung ke Telok Mas untuk mencuba masakan asam pedas Melaka di Restoran Asam Pedas Osamin serta berhenti solat jumaat di masjid berhampiran restoran tersebut. Selesai solat kami menuju ke Mydin Mall MITC Ayer Keroh kerana masih punya banyak masa sebelum checkin ke Hotel Sterling Boutique di No. 43, Jalan Temenggung, 75100 Melaka yang kami tempah melalui Booking.com dengan harga RM286 semalam. 
 
Restoran Asam Pedas Osamin




Menu lauk-pauk sedia terhidang untuk dipilih


Coconut shake klebang yang famous.....

Setelah jalan-jalan shopping di situ, kami bergegas menuju ke kedai Coconut Shake Klebang yang menjadi hotspot hentian wajib apibila berkunjung ke bandar Melaka sebelum menuju ke hotel untuk check-in. Kami hanya tapau Coconut Shake sahaja kerana plan untuk keluar jalan-jalan di sebelah petang dan malam pula. Jalan menuju ke hotel di pusat bandar mula semakin sesak dan semakin hampir ke hotel kami dapati ada jalan yang ditutup hanya beberapa meter dari hotel tersebut bagi persediaan untuk sambutan Deepavali. Kami dibenarkan melalui jalan tersebut untuk menuju ke Hotel Sterling Boutique. Setelah parking kereta di hotel, kami check in dan masuk ke bilik hotel yang saagat luas dan selesa. Rekabentuk Hotel Sterling Boutique ini sangat cantik ala-ala design bangunan colonial lama dan patutlah menjadi tumpuan pelancong serta sesuai dengan sejarah lama kota Melaka.   



Hotel The Sterling Boutique, Melaka





Rekabentuk Hotel The Sterling Boutique, Melaka 
yang klasik, unik dan kolonial




Hotel The Sterling Boutique di waktu malam....



Ruang dalam bilik hotel yang luas dan selesa



Laluan ke bilik dan kerusi rehat di depan lift


Setelah berehat kami pun turun semula ke parking dan drive ke Umbai untuk makan menu seafood dan ikan bakar. Sampai sahaja di gerai tersebut kami terus masuk ke gerai no 1 dan memilih ikan, sotong dan lain-lain lagi untuk dimasak mengikut selera pelanggan. Menu sangat enak dan berbaloi….
     
Selesai makan malam kami terus balik ke hotel untuk berehat kerana keletihan dan besiap untuk meneruskan perjalanan ke Desaru esok pagi.



Gambar menu makan seafood ikan bakar


Day 2 (26 Oktober 2019) -  Meneruskan Perjalanan ke Desaru Coast Adventure Park

Pada pagi 26 Oktober 2019, kami bangun dan breakfast roti yang dibeli semalam kerana pagi ini kami plan bertolak terus ke Desaru. Kami bergerak dari bandar Melaka menuju ke arah PLUS Highway dan mengikut arah ke Johor Bharu. Perjalanan dari Melaka ke Desaru akan mengambil masa sekitar 3-4 jam. Sepanjang perjalanan di highway, kenderaan bergerak lancar menuju ke Selatan cuma ada beberapa kenderaan yang berhenti di tepi jalan kerana rosak. Jadi, selenggaralah kenderaan kita sebelum menempuh perjalanan yang jauh dan berhati-hati di jalan raya…

Setelah menghampiri susur keluar PLUS menuju arah ke Johor Premium Outlet (JPO), kami melalui highway Senai-Desaru pula. Kami berhenti di sebuah R&R di highway tersebut dalam daerah Sg Tiram untuk makan dan juga ada anak-anak ingin berehat serta singgah ke toilet. Selepas makan kami meneruskan perjalanan mejuju ke Desaru dan melintas jambatan yang mirip dengan jambatan Pulau Pinang.






Gambar view sepanjang jalan dan jambatan di highway Senai-Desaru
 
Sekitar jam 11.00am kami telah pun sampai ke Hard Rock Hotel Desaru Coast yang terletak di Jalan Pantai 3, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor; lalu menuju ke pejabat agen hanya bersebelahan Hard Rock Hotel untuk menukar voucher penginapan hotel dan tiket Desaru Coast Adventure Park. Setelah itu kami memandu terus ke hadapan lobby hotel untuk drop begpack lalu memasuki kawasan parking di sebelah hotel Hard Rock tersebut. Kelihatan parking kereta agak penuh kerana ramai pengunjung bercuti di Desaru Cost Adventure Park bersempena mengambil peluang cuti sekolah Deepavali yang agak panjang.



Jalan ke pejabat agen jualan tiket di Desaru  



Statute gitar di hadapan lobby Hard Rock Hotel

Koleksi kasut artis



Tempat lepak di ruang depan lobby

Koleksi baju artis

Lobby Hard Rock Hotel, Desaru

Kaunter reception di depan Hard Rock Hotel, Desaru






Banyak tempat untuk tetamu lepak sambil minum kopi



Kolam renang Hard Rock Hotel

Setelah check-in kami dijemput oleh saudara yang tinggal di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi untuk makan tengahari di rumah mereka. Kami memenuhi undangan mereka dan sangat berterima kasih di atas jemputan dan layanan terhadap kami yang baru pertama kali sampai di Desaru. Setelah menikmati makanan tengahari yang sangat sedap, kami pun kembali semula ke hotel untuk berehat sementara menunggu waktu malam. Cuaca di petang hari mendung dan hujan turun lebat sehingga ke malam membuatkan kami duduk di dalam bilik hotel dan menjelang malam hanya tapau nasi goreng dari Restoran Warisan Mana yang terletak di Bandar Penawar dalam 3km dari hotel.



Gambar dalam bilik Hard Rock Hotel


Skrin TV menyambut kedatangan tetamu 



 Kemudahan dalam bilik yang selesa

View dari jendela hotel


Hard Rock Hotel, Desaru di waktu malam








Day 3 (27 Oktober 2019) -  Seharian bermandi manda di Desaru Coast Adventure Park

Pada pagi 27 Oktober 2019, kami bangun kami bangun awal dan breakfast di cafeteria hotel Hard Rock Hotel yang menghidangkan pelbagai makanan yang kesemuanya enak dan berbagai pilihan mengikut selera masing-masing. Kami bernasib baik kerana dapat meja di luar cafeteria tersebut tanpa perlu beratur untuk breakfast. Pada kali ini anak-anak breakfast santai sahaja kerana mungkin merasakan theme park ini tidak sebesar Legoland kerana di Legoland terdapat Water Park dan juga Adventure Park yang berasingan.


Menu brekafast di cafe Hard Rock Hotel, Desaru

Meja makan di bahagian luar cafe menjadi pilihan Aakif

Menu breakfast yang sedap

Banyak pilihan ada untuk roti dan kuih juga


Setelah breakfast kami naik semula ke bilik hotel untuk memakai pakaian mandi dan beratur di entrance khas untuk tetamu HRH yang menghubungkan terus Hard Rock Hotel ke Desaru Cost Water Park tersebut.


Bersedia untuk ke kolam Desaru Coast Adventure Park

Gelang tiket untuk keluar masuk


Pintu gerbang dekat kolam kanak-kanak ke 
Penawar River & Shipwreck Reef

Pintu gerbang ke Tidal Wave Beach

Kolam mandi kanak-kanak

Slide untuk kanak-kanak

Aakif gembira try slide pelampung

    Mandi manda di kolam Kanak-kanak


Kami menghabiskan masa seharian di theme park tersebut melayani anak-anak yang saling bertukar beberapa lokasi game di dalam theme park tersebut. Dari kapal layar yang berayun sehinggalah lepak di tepi pantai buatan. Kami makan lunch di kedai pizza hanya bersebelahan kolam kanak-kanak dan juga tak jauh dari pantai buatan tersebut.



Rehat sambil menikmati ais krim

Lunch pizza

Berjemur di tepi tidal wave beach

Track game adventure 

Beach yang luas

Life jacket di kolam tidal wave beach

Hard Rock Hotel dari tidal wave beach

Acara selingan sukaneka untuk kanak-kanak 
di Desaru Coast Adventure Park


Kami lepak di tepi pantai sambil melihat family lain dan juga anak-anak mereka bergembira sehinggalah menjelang petang dan langit mula diselubungi awan hitam menandakan hujan bakal turun menjelang petang.
 
Menjelang petang hari hujan turun dengan lebat sekali dan seperti biasa kami hanya berehat di dalam bilik hotel sehingga menjelang malam dan kami hanya keluar untuk tapau lagi nasi goreng di Restoran Warisan Mana dan shopping di kedai serbaneka sahaja.  


Day 4 (28 Oktober 2019) -  Perjalanan balik dari Desaru Coast Adventure Park ke Kuala Lumpur

Pada pagi 28 Oktober 2019, kami bangun kami bangun awal dan breakfast di cafeteria hotel Hard Rock Hotel yang menghidangkan pelbagai makanan yang kesemuanya enak dan berbagai pilihan mengikut selera masing-masing. Kami juga bernasib baik hari ini kerana dapat meja di dalam bilik cafeteria tersebut kerana meja kebanyakan mulai penuh dan kami masuk untuk breakfast tanpa perlu beratur.



Antara menu pilihan brekfast


Hiasan dinding cafe Hard Rock Hotel

Setelah breakfast kami naik semula ke hotel untuk berehat sambil menonton movie. Setelah checkout tenghari kami bergerak dari hotel Hard Rock menuju ke arah Senai-Desaru Highway dan PLUS Highway menuju ke Kuala Lumpur. Sepanjang highway, kenderaan bergerak lancar menuju ke Lembah Kelang namun terdapat beberapa lokasi yang sesak bermula dari Kluang, Melaka dan Negeri Sembilan. Kami berhenti di R&R Seremban untuk solat jamak…

Begitulah kisah trip perjalanan santai family dan anak-anak ke theme park Desaru Cost Adventure Park sempena cuti sekolah dan Deepavali. Luangkanlah sedikit masa di musim cuti untuk bersama keluarga kerana ia akan menjadi suatu kenangan yang amat bermakna dan indah sampai ke akhir hayat nanti. Pilihlah masa yang sesuai dan bawalah keluarga bercuti…… Ikutilah kisah jalan-jalan kami di Zoomdglobe ke destinasi seterusnya pula. Jom….!!

No comments:

Post a Comment