Wednesday 1 December 2021

Jalan-jalan Langkawi - Ipoh Trip December 2020 via Kota Bharu & Taiping : Suatu Memori Ketika Rentas Negeri PKP 2020

Day -1 (23 - 28 Dec 2020) Kota Bharu-Taiping-Langkawi

 

Syukur Alhamdulillah, walaupun negara sedang dilanda Covid 19 dan beberapa sesi lockdown diadakan rakyat bertuah kerana diberi kelonggaran seketika setelah kes menurun di mana rakyat dibenarkan menrentas negeri. Kami mengambil kesempatan ini untuk balik ke Kota Bharu dan singgah di Taiping sebelum berkunjung ke Pulau Lagenda Langkawi di Kedah Darul Aman.

Bagi yang nak info tentang trip Langkawi 2018 boleh klik link - Percutian ke Pulau Lagenda Langkawi, Kedah Darul Aman

Semasa bercuti di KB sempatlah kami ke salah sebuah restoran di Jalan Bayam iaitu Restoran Siam Ikan Bakar dan Thai Street Food untuk try menu famous iaitu daging rimau nangis, abc durian dan abc mix perasa lain juga….. memang best.  

 




Gambar kuih-muih dibeli di Pasar Kubang Pasu



Nasi warisan famous Restoran Hotel Hoover (Recommended... 5 bintang)

ABC Manggo



Daging Rimau Nangis....


Menu set talam Siam

Waktu-waktu bercuti bolehlah lepak santai di Kopi Mesin, Jalan Hamzah tak berapa jauh dari KB Mall. Ada beberapa Kopi Mesin di sekitar bandaraya KB yang boleh singgah untuk melepak santai sambil minum kopi dan makan-makan. Berikut disajikan gambar-gambar antara menu yang menjadi pilihan kami…..



Kopi mesin

Kami juga berkesempatan menikmati breakfast tapau nasi kerabu kambing bakar yang sedap dari Restoran Lieniey di Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan kuih muih pelbagai yang dijual di Pasar Kubang Pasu, Kota Bharu dan juga beberapa warung sekitar.



 

Gambar breakfast Nasi Dagang Kambing Bakar


Day 1 (28 Dec 2020) Pulau Lagenda Langkawi & Makan Laksa Sekoq dekat pantai tepi Airport Langkawi

 

Kami meneruskan percutian kami ke jeti Kuala Perlis setelah singgah bermalam di Taiping. Kami melalui highway PLUS menuju ke negeri Perlis berpandukan Waze sehingga sampai ke parking berhampiran jeti.

 


Signboard ke Jeti K. Perlis


Kiri: Parking kereta                     Kanan : Terminal Jeti K.Perlis








View dari ferry perjalanan dari Jeti Kuala Perlis

 

Harga parking di sekitar jeti tersebut berharga RM15/day. Kami bertuah kerana terdapat parking berbumbung yang kosong sebaik sahaja meninjau-ninjau mencari parking yang berdekatan dengan jeti. Kelihatan ada juga beberapa pengunjung yang berpusing beberapa kali di sekitar jeti untuk mendapatkan parking lot yang terdekat.

 

Kami telah menempah tiket feri Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd secara online dengan harga RM170 untuk 5 tiket. Kami membawa beg masing-masing menuju ke jeti. Dari jauh kelihatan ramai pengunjung beratur masuk ke terminal dan terdapat anggota Rela yang menjaga SOP dan penjarakkan sosial di musim Covid19. Setelah scan MySejahtera, kami dibenarkan masuk ke Kawasan menunggu dan terus menghala ke jeti untuk menaiki feri yang telah tersedia di dermaga. Kami masuk melalui pintu hadapan seperti yang diarahkan oleh petugas feri mengikut nombor seat dan kami membawa begpack masing-masing sehingga ke tempat duduk sementara pengunjung lain yang membawa beg luggage yang bersaiz besar diminta untuk meninggalkannya di ruang yang disediakan. Setelah kesemua penumpang menaiki feri, terasa feri mula bergerak perlaha-lahan menjauhi dermaga dan semakin memecut menuju ke tengah laut menghala ke Pulau Langkawi.  

   

Kami juga telah menghubungi En Rizal di whatsapps no. 011-2322 3852 yang menyediakan servis kereta sewa di mana kami hanya membuat booking kereta Bezza dengan bayaran sekitar RM300 selama 4 hari berada di Pulau Langkawi.




Proses mengambil kereta sewa

Setelah melewati gate arrival kami terus ke kaunter kereta sewa yang terletak berhampiran pintu keluar terminal untuk berjumpa dengan En Rizal bagi mengambil kunci kereta dan membayar baki tempahan kereta sewa tersebut. Setelah itu, kami memandu keluar dari kawasan jeti dan mencari stesen minyak di Pekan Kuah untuk mengisinya full tank.

 

Oleh kerana dalam tempoh kebiasaan waktu makan tengahari, kami lantas memandu kereta mengikut Waze ke arah Restoran Nasi Campur Top BBQ yang masih terletak di Pekan Kuah beralamat di 111, Persiaran Mutiara 2, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah. Terdapat perlbagai menu masakan layan diri yang sedia tersusun untuk dipilih oleh pengunjung mengikut selera masing-masing untuk makan tengahari.

 


Menu lunch nasi campur Top BBQ



View sawah padi menghijau di Langkawi....

Setelah itu, kami menuju ke Kompleks HIG (Haji Ismail Group) di Kawasan Bebas Cukai pekan Langkawi yang famous dengan aktiviti jualan borong berbagai jenis coklat, jam, hand beg dan macam-macam lagi. Selain daripada shopping kompleks terdapat juga rangkaian hotel HIG untuk pengunjung menginap.  

 

Setelah puas bershopping beberapa pek coklat kami pun beransur pulang menuju ke hotel untuk check-in. Setelah mengambil kunci dan mendaftar, kami pun masuk ke bilik untuk berehat setelah seharian penat memandu dengan perjalanan yang jauh dari Taiping serta perjalanan menaiki feri. Kami juga sempat meninjau-ninjau Kawasan resort sebentar sambil menunggu masa yang sesuai untuk keluar mencari restoran untuk tapau makan malam nanti kerana anak-anak keletihan dan ingin berehat sahaja di bilik.

 

Seperti biasa kami telah membuat tempahan hotel di booking.com dengan memilih Hotel Ocean Residence Langkawi dengan bayaran sekitar RM1,590 untuk 4 hari 3 malam. Anak-anak kami memang excited  untuk menginap di bilik jenis Villa kerana teruja dengan swimming pool hotel berdekatan pintu masuk resort dan Villa yang selesa dengan 2 bilik tidur yang luas di mana master bedroom mempunyai katil saiz king dan katil queen di bilik ke-2, ruang rehat dengan TV dan sofa serta ruang dapur dilengkapi meja makan, fridge, dapur masak dan peralatan memasak dan pinggan mangkuk. 

 


Signboard The Ocean Residence, Langkawi









Jenis-jenis Villa dan Bilik di hotel



Swimming pool infiniti mengadap laut luas...




View panorama sekitar hotel


Setelah berehat di hotel, kami memandu menuju ke tepi pantai untuk menikmati laksa famous ikan sekoq di tepi pantai Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah tak jauh dari airport. Sambil makan laksa boleh melihat view laut dan juga tiupan angin yang nyaman sekali apatah lagi menghirup ABC atau air kelapa muda…… perghhh….



Laksa ikan sekoq tepi pantai sebelah Langkawi Airport

 

Setelah beberapa jam merehatkan minda dengan view pemandangan laut yang luas sambil menghirup udara fresh, kami merancang untuk tapau dinner sebelah malam nanti kerana tidak berapa rajin untuk merayau di waktu malam dan ingin berehat di bilik villa sahaja. Kami settting Waze menuju ke arah Restoran Nasi Arab (Kaki Gunung Café) yang famous dengan menu kambing bakar di Langkawi yang terletak di1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah. Restoran ini terletak agak jauh dari airport dalam jarak 13km dengan masa pemanduan sekitar 15 minit jugalah melalu Kawasan sawah padi sehingga ke kawasan kaki Gunung Raya di mana restoran tersebut terletak di kawasan berbukit menghijau dengan banyak pokok-pokok dan tumbuhan d kaki gunung tersebut.  

 


Menu set nasi arab kambing


Setelah menunggu dalam 15 minit hidangan tapau siap dan kami berpatah balik ke hotel dengan setting Waze memandu dengan jarak sejauh 12 km dengan masa pemanduan sekitar 15 minit. Apabila sampai di gate hotel, kelihatan Aakif masih berada di swimming pool dan melambai-lambai ke arah kami apabila kami melalui jalan masuk menuju ke Villa. Sebelum Maghrib baru Nampak Aakif dan Kak Damia naik ke bilik untuk mandi, dinner dan berehat sambil menonton movie di ruang tamu villa sambil mengemas beg dan menyusun hasil shopping coklat di Kompleks HIG. 



Gambar coklat

 

Day 2 (29 Dec 2020)  Paradise 101…

 

Pada pagi Selasa 29 Dec 2020, setelah mandi dan bersolat subuh kami tak sabar menunggu hari  terang untuk aktiviti seharian pula di pulau. Seawal jam 7 pagi staff resort menghantar breakfast ke bilik. Brekfast memang sedap mengikut menu tempahan dengan air minuman dan juga buah-buahan.

 




Menu breakfast disediakan oleh hotel dan dihantar ke bilik

Setelah selesai breakfast, kami menuju ke jeti Paradise 101 yang terletak berdekatan Pantai Kampung Kok, Langkawi. Setelah sampai di parking dengan berpandukan Waze, kami memandu memasuki ruang parking yang terbuka dan dikhaskan untuk pengunjung Paradise 101. Kelihatan beberapa kereta telah pun parking dan ada pengunjung yang elah mendaftarkan diri dan ada juga yang menantikan bot untuk menuju ke pulau Paradise 101. Kami berjalan menuju ke khemah/kawasan kaunter pendaftaran/jualan tiket untuk membuat pendaftaran dan dibeli gelang dipakai di tangan masing-masing. Sambil menunggu bot yang akan datang berulang alik membawa pengunjung kami menjangkakan bot mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja kerana pulau tersebut boleh Nampak dan jeas kelihatan jetinya dari kawasan parking dan khemah menunggu. Kami mengambil beberapa foto di Kawasan jeti tersebut. Kami telah pun menempah tiket Paradise 101 beberapa hari sebelum datang melalui web klook.com memilih pakej berharga RM1000.





Kemudahan free parking, khemah menunggu bot dan Jeti ke Paradise 101














Gambar view sekitar jeti pulau Paradise 101

 

Setelah bot sampai kami menyertai beberapa pengunjung lain menaiki bot untuk membawa kami ke pulau Paradise 101. Berhati-hati semasa menaiki bot kerana alunan ombak membuat laluan jeti terumbang ambing kerana jeti tersebut dibina dari pelampung plastik dan disusun berbentuk jambatan menuju ke kawasan yang lebih dalam airnya bagi pengunjung menaiki bot tersebut. 

 
















 


View panorama sungguh mempersonakan....... 

 Semasa kami sampai, ada beberapa pengunjung yang kelihatan mundar mandir di pulau tersebut. Kami disambut oleh staff yang membawa kami ke kaunter servis dan menerangkan aktiviti yang boleh disertai oleh kami sekeluarga mengikut pakej yang ditempah. Antara aktiviti di pulau tersebut adalah playground dalam air di tepi pantainya, kayak, jet-ski, menaiki bot dan sighseeing, bola tampar pantai dan lain-lain mengikut pakej yang ditempah atau membayar di kaunter.

 

Di pulau tersebut terdapat fasiliti dan kemudahan yang baik seperti tandas, bilik mandi dan persalinan, kafetaria, gazebo dan track untuk para pengunjung menikmati pemandangan laut dari kesemua arah.

 



Meneropong anak-anak ikan... 


Ekspedisi tapak Sulaiman...








Aktiviti Snorkeling di Paradise 101

  

Oleh kerana kami telah menempah pakej termasuk makan tengahari, menu hidangan kami telah tersedia di gazebo ‘reserved’ untuk kami berlima. Makanan sedap dimakan setelah lapar dan keletihan bermain air dan berendam di tepi pantai. Sesekali kelihatan beberapa jet skit dan bot yang membawa pengunjung ke pulau-pulau yang berdekatan dan aktiviti scuba.

 






Hidangan menu lunch di Gazebo 

Selepas lunch kami ke kaunter untuk mendapatkan info tentang banana boat dan jet ski di mana si sebelah pagi tadi kemai telah memilih schedule untuk menaikinya di sebelah petang. Kam menaiki banana boat yang telag tersedia untuk ditarik oleh jet-ski mengelilingi pulau tersebut, Malangnya banana boat terebut hanya boleh dinaiki oleh kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dan Aakif hanya boleh melihat dari pulau sahaja. Tetapi dia bernasib baik kerana boleh menaiki jet ski selepas itu sebagai penumpang di mana pakej kami termasuk dengan 2 jet-ski Bersama penumpang.

 



Aktiviti banana boat meluncur laju mengelilingi Parasise 101....


Kayak time....

 





Beraksi menunggang jet ski


Selepas itu sambung mandi di tepi pantai dan berendam sehingga jam sekitar 5 petang. Kami berkemas, mandi dan menukar baju sebelum menunggu bot yang akan membawa kami semula ke jeti dan parking.

 



Meneruskan aktiviti di pantai....

Setelah sampai ke jeti dan parking, kami terus memandu balik ke hotel untuk membersihkan diri dan berehat untuk menunggu waktu malam. Warna langit kemeraha-merahan dan suasana semakin gelap membuatkan kami mengambil keputusan untuk beredar menuju ke restoran untuk makan malam. 

 




Menaiki boat dari Paradise 101 balik ke Langkawi

Kami bercadang untuk makan menu seafood yang fresh dan terkenal dengan harga yang berpatuatan di Langkawi. Dalam trip yang lepas kami pernah makan di Restoran Nelayan Bukit Malut, Langkawi yang terletak tak jauh dari Hospital Langkawi dan Restoran Telaga Seafood di Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah yang tak berapa jauh dari pantai.

 

Manakala untuk trip kali ini kami memilih untuk mencuba menu seafood di Restoran Kak G Ikan Bakar Desa Permata yang beralamat di Taman Desa Permata, 70000 Langkawi. Setelah parking dan scan MySejahera kami duduk di bahagian depan di luar restoran setelah meninjau-ninjau kaunter dan memilih ikan, udang, ketam dan hidupan laut yang lain lalu memesan ikan bakar, sotong, ketam dan lain-lain yang akan dimasak menu mengikut selera pilihan kami.    

 


Menu seafood pelbagai pilihan...

Setelah kekenyangan kami meneruskan perjalanan balik ke hotel yang jaraknya dalam 9km sahaja mengambil masa 15 minit dari situ untuk berehat.

 

Kami berehat di bilik hotel kerana seharian kepenatan dengan pelbagai aktiviti yang sangat menarik di Pulau Paradise 101 iaitu mandi-manda, menaiki bot, banana boat, jet ski dan berjalan-jalan seharian di Pulau Paradise 101 sementara menunggu untuk menyambung aktiviti selanjutnya esok.  

 

Day 3 ( 30 Dec 2020)  Jalan-jalan Dataran Helang, mandi di Swimming Pool Resort dan Tapau Ikan Semilang Airport.

 

Pada pagi Selasa 30 Dec 2020, setelah mandi dan bersolat subuh kami menunggu jam 7 pagi kerana staff resort akan menghantar breakfast ke bilik. Brekfast hari ni juga nampak memang sedap mengikut menu tempahan yang berbeza dengan air minuman dan juga buah-buahan. Hari ini kami hanya menumpukan aktiviti santai jalan-jalan sekitar Dataran Helang dan pekan Kuah serta menghabiskan waktu seharian bagi anak-anak untuk mandi-manda di swimming pool Hotel Ocean Residence Langkawi sahaja.



View Sunrise dari jendela Villa

Kami keluar menuju ke pekan Kuah dan parking di sebelah Taman Lagenda yang terletak di Persiaran Putera, Langkawi. Masuk adalah percuma dan dibuka kepada orang awam untuk berkunjung sambil bersiar-siar di dalam Kawasan taman tersebut. Di dlam taman tersebut pengunjung boleh melihat beberapa sculpture yang dibina berdasarkan sejarah dan budaya di Langkawi seperti Telaga Tujuh dan sebagainya.

 

Breakfast

Kami berjalan menhampiri pagar yang boleh view Dataran Helang dengan jelas. Setelah itu, pengunjung boleh singgah di Kuah Mall yang terletak di seberang jalan sahaja bertentangan dengan parking Taman Lagenda.    










Taman Lagenda



Sculpture sejarah tempatan Langkawi

 

 


Zoom Dataran Helang dari Dataran Lagenda......

  

Setelah kepenatan berjalan di Taman Lagenda dan shopping di Kuah Mall kami bergerak menuju ke Restoran Kak Yan untuk makan tengahari yang terletak di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah. Restoran tersebut menjadi pilihan utama penduduk tempatan dan juga para pelancong kerana menu hidangannya yang pelbagai dan enak-enak belaka mengikut selera masing-masing.  

 

Pameran kereta di Kuah Mall

Setelah siap makan tengahari, kami bergeas memandu balik ke hotel bagi memberi peluang kepada anak-anak untuk mandi di swimming pool. Di musim PKP ini sebolehnya lebih baik ibubapa mengawal aktiviti kanak-kanak mandi swimming pool semasa bercuti dan memilih lokasi atau hotel yang bersesuain agar tidak terlalu ramai orang. Hotel Ocean Residence ini memang sesuai kerana terdapat beberapa buah bilik berbentuk villa, kabin dan chalet. Manakala pengunjung pula boleh memilih masa yang sesuai untuk mandi dan menggunakan swimming pool kerana pengunjungnya yang tidak berapa ramai. Hanya anak-anak kami sahaja yang kelihatan di swimming pool di sepanjang waktu petang itu. 

 

Aakif di swimming pool infiniti

Sambil anak-anak mandi di swimming pool, kami keluar menuju ke Pantai Kok sejauh 22km lebih kurang 25 minit untuk tapau rojak dan cendol di Food Truck Hafiz Rojak. Semasa kami sampai, kelihatan beberapa pengunjung yang beratur di food trucknya dan ada juga yang menikmati makanan di meja-meja yang dibuka berhampiran pantai.

 


Menu makan petang rojak dan laksa


Menjelang malam pula kami keluar menuju ke Restoran Halim GP Gulai Panas Airport untuk tapau nasi dan ikan semilang yang famous beralamat di no 4, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Bukit Nau, 07100 Langkawi  terletak betul-betul sebelah roundabout menuju ke Airport Langkawi, mungkin pengunjung kena meninjau-ninjau sedikit restorannya terletak ke dalam sedikit dan terlindung dengan pokok-pokok kecil.

 



Gulai panas ikan semilang

 

Selepas makan, kami berehat menonton movie di ruang tamu sambil berkemas beg masing-masing untuk check-out hotel keesokan pagi bagi meneruskan percutian kami di Ipoh pula.

 

Day 4 (31 Dec 2020) Singgah Warung Nasi Dagang Pak Malau Langkawi dan Bertolak ke Ipoh…

 

Pada pagi Rabu 31 Dec 202 kami bangun untuk solat subuh dan breakfast pada jam 7.00am setelah dihantar set menu yang telah dipesan. Setelah selesai breakfast kami berkemas beg masing-masing bagi memastikan tiada barang tertinggal dan Menyusun barang-barang agar mudah untuk dibawa menaiki ferry nanti.

 

Setelah selesai berkemas dan berehat, kami checkout hotel tersebut dan merancang singgah di restoran yang famous diviralkan di FB dan laman social tentang keunikannya iaitu Warung Nasi Dagang Pak Malau yang terletak tak jauh dari Makam Mahsuri beralamat di Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah. Yang uniknya, warung yang baru telah didirikan di sebelah rumah tradisional yang juga baru didirikan merupakan muzium bagi tujuan mempromosikan salah satu produk pelancongan di Langkawi. Menurut kisahnya Pak Malau adalah merupakan penduduk asal Langkawi yang pernah berhijrah ke  beberapa buah negeri semasa bertugas.

 


Signboard Warung Nasi Dagang Pak Malau


Rumah Trasional Melayu Lama dibina oleh Pak Malau.


Pak Malau yang sentiasa mesra menunggu pelanggan







View di sekitar Warung Pak Malau menu special Nasi Dagang

 Di Warung Pak Malau juga terdapat menu masakan Kelantan yang famous iaitu nasi dagangnya selain daripada menu tempatan. Kami sangat berselara menikmati breakfast di tepi rumah tradisonal berlatarbelakangkan sawah padi dan gunung-ganang yang menghijau sambil dihembus bisikan angin yang tentunya fresh serta siulan burung-burung yang berkicauan menambahkan lagi ceria suasana pagi yang sungguh riang.    

 

Setelah selesai makan kami pun beredar memandangkan ramai pengunjung yang baru tiba dan memerlukan meja untuk menjamu selera. Kami bergerak meninggalkan Warung Pak Malau yang sangat peramah dan menjemput kami singgah lagi ke situ apabila datang lagi ke Langkawi nanti. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Pakan Kuah dan singgah di Makkah Mart yang terletak di Perisran Putera, Langkawi tak jauh dari Taman Lagenda. 

  

Setelah selesai shopping pelbagai kacang di Makkah Mart, kami menuju ke jeti dan masuk ke Kawasan parking. Kami membawa beg masing-masing ke kaunter kereta sewa untuk memulangkan kunci dan beredar ke terminal ferry. Setelah menanti ferry yang tertunda waktu pelepasan beberapa minit kami pun dijemput untuk menaiki ferry tersebut, lalu bergerak meninggalkan Pulau Langkawi.  

 

Kami turun di jeti Kuala Perlis dan singgah ke toilet dahulu. Setelah itu kami membawa beg masing-masing menuju ke parking kereta. Setelah memuatkan beg kami memulakan perjalanan ke Ipoh dan berhenti mengisi minyak seketika di Hentian Juru Pulau Pinang.

 

Setelah sampai di Tol Jelapang, Ipoh kami memandu menuju ke Restoran Laksa Saranghae Ipoh Silibin yang terletak di 61, Laluan Jelapang Selatan, Taman Keledang Jaya, 30100 Ipoh, Perak untuk repeat makan laksa yang enak dan sedap bagi kali kedua.

 


Menu Laksa Saranghae snagat mengancam! Recommended Rating 5/5

 

Setelah selsesai menikmati laksa yang sungguh enak itu kami menghala ke bandaraya Ipoh dengan jarak perjalanan sejauh 7km selama 15 minit perjalanan dan checkin hotel Travelodge, Ipoh yang beralamat di Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak. Setelah check-in kami berehat di bilik kerana keletihan seharian berjalan di Langkawi, menaiki ferry balik ke Kuala Perlis dan memandu selama lebih kurang  3 1/2 jam sejauh 276km dari Kuala Perlis ke Ipoh. Hotel Travelodge untuk 3 hari 2 malam telah ditempah dengan web booking.com dengan harga sekitar RM702.  

 



Decoration Hotel Travelodge


Bilik yang luas dan selesa

  

Day 5 (1 Jan 2021) – Jalan-jalan Cari Makan Canning Dim Sum, Café Mo Ghurt ke

 

Pada pagi hari Khamis, 1 Jan 2021 merupakan cuti umum menyambut awal tahun di Malaysia. Kami turun ke lobby untuk breakfast di restoran hotel dan bersiap-siap untuk meneruskan percutisn jalan-jalan cari makan di sekitar bandaraya Ipoh pula. Selepas breakfast kami naik ke bilik semula untuk berehat kerana plan untuk turun lewat sedikit sekitar jam 11.00am untuk makan tengahari.

 

Menjelang tengahari kami keluar menuju ke Canning Dim Sum terlatak di 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak dengan jarak 3 km (5 minit) dan kelihatan ramai pengunjung sedang beratur di luar untuk menunggu giliran masin-masing kerana meja telah pun penuh. Selepas parking kereta kami menyertai kumpulan itu untuk menunggu meja yang kosong. Setelah menunggu lebih kurang 15-20 minit kami dipanggil masuk oleh staff restoran tersebut. Ini adalah set menu dim sum yang menjadi pilihan kami.

 





Pelbagai menu Dim Sum

  

Selepas makan dim sum kami bergerak melalui Greentown Ipoh untuk menuju ke Kafe Moo Gurt yang terletak hanya 5 minit perjalanan sejauh 3km yang terletak di 77, Jalan Raja Ekram, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak. Semasa kami sampai hanya terdapat sekumpulan pengunung di meja dalam kafe tersebut. Walaupun kafe tersebut agak kecil namun dihiasi sepenuhnya dengan beruang comel pelbagai saiz yang menarik perhatian kanak-kanak.

 








Santai lepak bersama kawan-kawan Giyan Travelling Beruang di Moo Gurt Cafe

 

Setelah kekenyangan kami balik ke hotel untuk berehat sementara menunggu waktu malam di mana kami plan untuk keluar makan malam dan minum kopi pula.

 

Sekitar jam 7 malam kami keluar menuju ke Restoran Mee Udang Ipoh yang terletak bersebelahan BSN HQ dan Dataran Padang Ipoh iaitu di SSI Corner, No. 24, Medan Selera, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. Menu utamanya adalah Nasi Goreng Udang yang banyak dari nasinya….. memang sedap dan recommended.

 


Nasi Goreng Udang melimpah ruah…..

 

Setelah kekenyanyan menjamu selera di restoran tersebut, kelihatan ramai pengunjung yang datang ke situ sehinggakan ada yang terpaksa menunggu di luar restoran. Kami menghabiskan menu yang dipesan dan cepat-cepat bergegar keluar untuk memberi laluan kepada pengunjung lain pula menjamu selara masing-masing.

Kami mengambil keputusan untuk singgah di Café Plan.b untuk berehat-rehat santai sambil minum kopi yang terletak di 37, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak dengan berpandukan kepada Waze mengambil masa selama 5 minit dengan jarak perjalanan sejauh 4km sahaja. Sesampainya kami di situ, kelihatan ramai juga pengunjung yang lepak berbual di café tersebut. Nasib kami baik kerana ada sekumpulan pengnjung yang baru selesai minum kopi dan kelihatan meninggalkan meja, lalu kami cepat-cepat memenuhi meja tersebut sebelum diduki oleh orang lain. Kami memesan beberpa cawan kopi sahaja memandangkan kami masih terasa kekenyangan penangan menu mee udang tadi.

 




Berborak sambil minum kopi Plan.b

 

BSetelah hampir 30minit melepak santai sambil menghirup opi, kami pun keluar dari café tersebut unutk balik ke hotel yang mengambil masa hanya 5 minit dengan jarak lebih kurang 4km sahaja untuk berehat dan berkemas beg sebelum tidur.

 

Day 6 (2 Jan 2021) – Jalan-jalan Cari Makan Ipoh – Miker Pizza dan Bertolak Balik ke KL

 

Pada pagi itu, kami bangun dan turun brekfast di lobby hotel. Setelah itu kami naik ke bilik semula untuk berehat sebelum keluar dan plan untuk singgah makan Miker Pizza sebelum bergerak menuju ke Kuala Lumpur.

Setelah berkemas dan mandi-manda, kami keluar terus menuju ke Miker Pizza yang terletak di tengah bandaraya Ipoh iaitu di alamat Miker Pizza 1, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh bertentangan dengan padang Ipoh dengan pemanduan selama 5 minit dengan jarak 4km. Kami bertuah kerana dapat parkir betul-betul di hadapan kedai dan terus beratur di kaunter untuk memesan beberapa jenis menu pizza untuk dicuba. 


 Miker Pizza time.....

Setelah menjamu selera kami pun bergerak meninggalkan bandaraya Ipoh. Trip kami pada kali ini hanyalah trip santai menikmati alam sekitar di samping membeli belah di Pulau Lagenda Langakwi. Ke manakah destinasi selepas ini? Jangan lupa untuk terus mengikuti entri kami seterusnya walaupun jarang-jarang bersiaran kerana kekangan masa dan juga tugasan. Jumpa lagi & jom merancang percutian supaya menjadi suatu kenangan di masa depan...…….

 



No comments:

Post a Comment