DAY 11 – Trip to Balkan – Memandu dari Sofia (Bulgaria) - Skopje (Macedonia) - Border Cross antara Macedonia dan Kosovo di Border Crossing Elez Han.
Pada pagi Isnin 15 September 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan breakfast bekalan yang kami bawa sahaja untuk menghabiskan stok. Lagipun agak susah untuk mendapatkan restoran halal di kawasan pedalaman jadi sebagai option untuk menjimatkan kos dan masa kami memastikan membawa bekalan seperti biskut dan mee segera yang mengcukupi. Kami check-out awal dengan meninggalkan duit sewa bilik apartment di atas meja yang disorok sedikit serta kunci apartment setelah menghantar whatsapp kepada tuan rumah.
Setelah berkemas dan memasukkan beg ke dalam boot kereta, kami bergerak di awal pagi meningglakan aprtment dengan setting Google Maps menuju ke Matka Canyon yang terletak di X75W+859, Skopje 1000, North Macedonia. Setelah memandu sambil menikmati [erjalanan meninggalkan pekan Skopje melalui kawasan kampung dan juga kelihatan gunung-ganang batuan kami pun sampai ke Matka Canyon. Di awal pagi kami masih boleh memandu ke kawasan parking percuma yang dekat untuk berjalan masuk ke pintu utama ke Matka Canyon. Kelihatan ramai juga pengunjung yang sampai awal mula berjalan sejauh lebih kurang 1.5km dan ada juga pengunjung yang bermalam di resort berdekatan Matka Canyon keluar ke kawasan parking kereta mereka.
Apabila sampai ke kaunter boat kami bertanyakan pekerjanya untuk menempah boat yang akan membawa kami meneglilingi tasik Matka Canyon tersebut. Kami membuat bayaran sekitar RM80.00 untuk 4 orang ( ~ MKD200 seorang). Terdapat beberapa syarikat pengendali boat di mana para pengunjung boleh membuat pilihan masing-masing. Setelah boat tersedia kami pun menaiki boat tersebut yang menninggalkan bay menuju ke arah gunung-ganang berbatuan yang tersegam indah dengan biasannya kelihatan di permukaan air tasik terssebut.
Matka Canyon
Kelihatan juga itik-itik berenag bebas di sepanjang tasik tersebut. Kalau anda datang ke Macedonia silah berkunjung ke Matka Canyon yang menyediakan suatu keindahan alam ciptaan Allah yang amat menakjubkan dan pastinya akan menjadi suatu kenangan yang tersemat di sanubari. Allahuakbar……
Kami juga pernah menaiki boat merentasi sungai di Cambodia. Ikuti kisahnya di Jalan-jalan di Cambodia
Setelah teruja menikmati permandangan gunung ganang batuan dan juga deruan air tasik yang cernih, kami berpatah balik menuju ke bay untuk naik ke darat semula. Dari situ kami singgah di cafe yang terletak di tepi tasik Matka Canyon lalu memesan kopi untuk berehat sambil menikmati permandangan view tasik matka canyon yang sungguh memukau…..
Menghirup kopi di Cafe Matka Canyon
Kami berpatah balik ke kawasan parking dan meninggalkan seribu kenangan manis di Matka Canyon, Macedonia dengan setting Google Maps ke Prizren, Kosovo. Perjalanan menuju ke Prizren akan mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit sejauh lebih kurang 100km di mana kami akan cross border antara Macedonia dan Kosovo di Border Crossing Elez Han. Di situ kami akan berhenti membeli insuran di kaunter Insuran BKS sebelum melalui pemeriksaan Immigration dan Kastam untuk ke Kosovo. Pemeriksaan keselamatan di border Elez Han amatlah cepat berbanding dengan border ke Bulgaria tempoh hari.
Setelah selesai urusan di border, kami meneruskan perjalanan meuju ke Prizren dan singgah di Masjid Stone Bridge yang tertak di 6P5R+Q6X, Ura e Gurit, Prizren. Kami sempat berhenti untuk solat jamak di masjid tersebut sebelum berjalan view pekan Prizren yang sangat cantik. Terdapat pancuran air yang sentiasa mencurah-curah keluar dari paip di mana kami mencuba membasuh muka dengan air yang sangat sejuk itu.
Kami berjalan-jalan di celah-celah pelancong yang lalu lalang di pekan Prizren yang berpatah balik dari mengunjungi Kaljaja (Prizren Fotress) dan Church of Our Lady Ljevis yang terletak agak jauh ke atas bukit dan perlu ketabahan berjalan mendaki dengan jarak yang agak jauh. Kami hanya mampu meninjau dari kejauhan dan berpatah balik menyusuri Prizren River yang jernih airnya walaupun berarus deras. Kami merakamkan beberapa gambar kenangan di pekan Prizren sebelum singgah lunch di KONAK Cafe & Restaurant yang terletak tak jauh dari masjid Prizren tersebut. Jangan risau jika anda berkunjung di pekan Prizren kerana terdapat banyak restoran Halal di pekan ini. Alhamdulillah…..
Masjid Prizren - Sinan Pasha Mosque
Lunch di KONAK Cafe & Restaurant
Setelah selesai makan dan minum di restoran tersebut, kami pun memandu untuk meneruskan perjalanan ke Prishtina. Kami memandu berhati-hati mendaki jalan berbukit sehingga betul-betul sampai ke parking dan sangat , Kosovo. Di pertengahan jalan berhampiran roundabout sebeleum measuki highway ke Prishtina, kami berhenti di gerai jualan yang menjual buah-buahan. Kami dilayan oleh ppenjjual warga Kosovo yang sangat friendly melayan kami walaupun tidak memahami English. Kami membeli buah tembikai dan beberapa jenis anggur sekotak kayu untuk dimakan sepanjang perjalanan.
Otw ke Kosovo Stop beli buah-buahan dekat roundabout ke highway
Setelah itu, kami meneruskan pemanduan setting Gooogle Maps ke Malda's Apartment yang beralamat di Afrim Loxha 98, Prishtinë, Kosovo. Tuan rumah telah pun mnyediakan kon parking di tepi jalan berhampiran rumahnya di mana kami boleh parking dan check-in di rumah terletak di tingkat 3 manakala tuan rumah pula tinggal di tingkat bawah apartment tersebut. Setelah berehat sebentar kami pun berjalan menuju ke Prishtina City untuk view permandangan di kota tersbut. Kami melalui beberapa masjid termasuk Carshia Mosque yang terletak di Ibrahim Lutfiu Street, Prishtina.
Carshia Mosque
Kami berjalan meninjau NEWBORN monument, Statue Zahir Pajaziti & Sheshi Zahir Pajaziti, Statute Skanderberg dan Mother Teresa Cathederal yang terletak di sekitar Prishtina City. Kami berpatah balik menuju ke bilik apartment setelah lewat malam dan solat jamak sebelum berehat dan tidur.
DAY 12 – Trip to Balkan – Memandu Dari Prishtina (Kosovo) - Border Cross ke Podgarica (Montenegro)
Pada pagi Selasa 16 September 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan sediakan breakfast dengan memanaskan nasi goreng ala Brahim pack yang kami beli menerusi shopee. Kami makan sambil menyemak senarai aktiviti-aktiviti dari itinerary dan juga menyusun dokumen supaya teratur di dalam folder memandangkan pada hari itu kami akan cross border antara Kosovo dan Montenegro di Border Crossing Kula MNE - RKS. Kami singgah di petrol pump untuk mengisi minyak penuh tangki memandangkan perjalanan kami agak jauh akan melalui pedalaman dan juga kawasan berbukit-bukit sehingga ke Podgarica, Montenegro.
Setelah memandu beberapa jam dengan berpandukan Google Maps setting ke Podgarica, Montenegro berjarak 254km mengambil masa lebih 4 jam di mana akan melalui bandar Rozaje, kami singgah view Sultan Murat Mosque (Rožaje) dan berjalan-jalan di pekan Rozaje.
Kami meneruskan pemanduan perjalananan dan singgah di Nijagara Waterfall yang terletak di 97MH+CM, Podgorica, Montenegro. Kami parking selepas melalui pintu utama dan berjalan meyusuri sungai dan juga laluan di tepi restoram untuk menuju ke kawasan waterfall tersebut. Kalau di musim hujan mungkin banyak air terjun terbentuk. Kami berhati-hati berjalan dan kadang-kadang terpaksa melompat dari batu-batu yang curam dan sangat dalam. Kami snap gambar di beberapa spot berlatarbelakangkan air terjun di situ walaupun airnya tidak banyak.
Nijagara Waterfall
Kami terus memandu menghampiri pusat bandar Kota Podgarica dan singgah di kawasan parking keretaa dan berjalan menuju ke Hard Rock cafe yang terletak diIndependence Square, Podgorica 81000, Montenegro.
Setelah itu, kami setting Google Maps untuk singgah di Arabian Tea House yang terletak di Bulevar 34, Knjaza Danila, Podgorica. Kelihatan ramai pengunjung yang melepak di kedai tersebut sambil berborak dan ada juga yang mengadakan perbincangan atau temujanji bisness.
Cafe Arabian Tea House
Kami berpatah balik menuju semula ke bilik Sweet Dream Rooms (near Podgarica Railway Stn) yang terletak di DSlobodana Skerovica 86, Podgorica City Center, Podgorica, Montenegro, 81000. Kami menghubungi owner apartment tersebut untuk memberitahu kami check-in lewat sedikit dan beliau memberitahu bahawa dia tinggal bersebelahan dengan bilik tersebut. Kami telah menempah bilik tersebut di web Booking.com yang berharga EUR32.00 (RM157.00) semalam untuk 3 Adults & 1 Child.
Kami sangat berpuas hati keadaan bilik yang sangat luas iaitu 1 x One-Bedroom Apartment / Size:50 m² / Max:4 adults / 1 single bed, 1 double bed & 1 sofa bed dan sangat recommended untuk family trip 4-5 orang. Walaupun rumah tersebut design agak lama namun berbaloi untuk singgah berehat sebentar sebelum meneruskan perjalan ke pekan lain pula.
Pada malam itu kami makan menu masak ala kadar iaitu brahim pack dan juga makanan yang ditapau. Dari jendela bilik dan balcony sesekali kedengaran keretapi melalui kawasan tersebut. Kami berehat dan terus tertidur berselimut akibat kesejukan pada malam itu dan bangun di awal keesokannya untuk meneruskan perjalana ke Zablajak, Montenegro.
DAY 12 – Trip to Balkan – View Drive ke Zablajak Montenegro Melalui Gunung-Ganang Durmitor National Park berpatah balik ke Sarajevo, Bosnia
Pada pagi Rabu 17 September 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan breakfast bekalan yang kami bawa sahaja bagi di mana pada hari ini kami akan menempuh perjalanan yang agak jauh berjarak 250km berpatah balik ke Sarajevo mengambil masa pemanduan sekitar 5 jam. Sebelum itu kami setting Google Maps ke arah Zabljak, Montenegro di mana sepanjang perjalanan melalui kawasan tersebut akan menyaksikan kawasan gunung ganang yang menakjubkan. Kami singgah untuk mengisi minyak dan juga angin tayar yang berkurangan sebelum meneruskan perjalanan ke menghampiri pekan Zabljak.
Kami sampai ke Black Lake yang terletak di 43WW+PG, Pitomine, Montenegro tidak jauh dari pekan Zabljak dan parking kereta serta membeli tiket masuk. Kami berjalan menuju ke tasik tersebut mengambil masa kira-kira 15-20 minit dalam jarak sekitar 1.5km di dalam suasana pagi yang sangat sejuk sekitar 12 degree. Kami sampai berhampiran tasik dan snap beberapa gambar di tepi tasik tersebut. Terdapat toilet berhampiran tasik untuk kegunaan para pelancong.
Black Lake
Kami menasihati anda agar menyimpan tiket tersebut sekiranya anda ingi memandu mengikut route taman negara Durmitor National Park di mana di pertengahan gunung tersebut nanti ada renjer yang akan memeriksa tiket masuk ke kawaasan perlindungan dan pelancongan tersebut. Kami meneruskan perjalanan mengikut Google Maps melalui jalan-jalan yang berliku dan agak sempit membelah gunung-ganang di kawasan taman perlindungan dan pelancongan tersebut. Sesekali kami terpaksa memperlahankan kereta semasa berselisih memandangkan jalan yang sempit dan kawasan pergunungan yang agak curam.
Setelah berhenti di beberapa spot sepanjang perjalanan melalui taman Dumirtoe national Park tersebut kami meneruskan perjalanan ke border Granični prijelaz Hum (BiH) dari Montenegro untuk masuk ke Bosnia semula. Dalam perjalanan kami terserempak dengan rusa yang cuba melintas jalan di taman tersebut namun pergerakannya mata pantas sehinggakan tidak kesempatan snap gambar. Kami juga melalui kawasan tasik Piva Lake yang luas terletak di dalam taman tersebut. Jalan yang sempit dan berliku-liku itu membolehkan view Piva Lake dari celah-celah rimbunan pokok dan gunung-ganang serta menuruni bukit amat menyukarkan kami untuk mengambil gambar.
Piva Lake (Credit: Googke Photo)
Kami meneruskan perjalanan sehingga melewati kaunter pemeriksaan, di mana proses di border kali ini amatlah cepat lalu kami meneruskan perjalanan meningglakan negara Montenegro menuju ke kota Sarajevo, Bosnia. Kami menuju ke bilik aprtment Denza City Center Sarajevo yang terletak di Mjendenica 10 2/3 sprat, Sarajevo City Center hanya sekitar 10-15 min berjalan kaki ke Old Town Sarajevo. Kami parking di tepi jalan depan apartment tersebut untuk chekin dan mengangkut semua barang dari kereta. Setelah solat jamak kami memandu kereta menuju ke sarajevo Airport dan singgah di petrol pump untuk menambahkan petrol dan angin tayara agar penuh dan juga membasuh kereta. Setelah sampai di parking airport, kami memulangkan semula kereta untuk inspection dan kami berpatah balik ke Old Town Sarajevo dengan menaiki shuttle bas.
Inspection untuk return kereta di Sarajevo Airport
Pada malam itu kami hanya masak makanan yang dibawa untuk menghabiskan stok bekalan dan mengemas beg masing-masing memandangkan esok kami akan menaiki flight ke Istanbul, Turkeye pula. Kami berehat setelah keletihan menempuh perjalanan yang amat jauh yang merentasi beberapa pekan, desa, gunung ganang, bukit bukau, ladang dengan view yang amat menakjubkan sepanjang jalan dari Montenegro ke Bosnia.
DAY 13 – Trip to Balkan – Flight dari Sarajevo Airport, Bosnia ke Sabiha Gocken Airport, Istanbul Turkeye dan transit jalan-jalan di Kota Istanbul sebelum flight balik ke KLIA
Pada pagi Khamis 18 September 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan breakfast bekalan yang kami bawa sahaja sebagai alas perut. Kami berehat sambil baring kerana keletihan berjalan di negara-negara Balkan trip kali ini.
Setelah jam menunjukkan pukul 10.00am kami keluar berjalan sambil mengheret bagasi masing-masing menuju ke Sarajevo Old Town. Kami singgah di cafe Slatko Islano yang terletak di Kovači 3, Sarajevo 71000, Bosnia & Herzegovina tak jauh dari dataran burung merpati dan apartment yang kami sewa semasa sampai ke Sarajevo tempoh hari. Kami memesan kopi dan roti bagi mengumpulkan tenaga untuk ke airport Sarajevo dan singgah di Istanbul.
Setelah selesai breakfast, kami menuju ke hentiaan bas untuk menaiki shuttle bas Line 36 atau 200E menuju ke Sarajevo Airport. (Note - Timetable Shuttle Bas - 6.55am / 8.30am / 10.00am / 2.05pm). Kami menaiki bas jam 10.00am yang membawa kami terus ke Sarajevo Airport. Kami boarding sekitar jam 12.00 tengahari dan menanti panggilan ke Flight Ajet VF 98 ECO - SJJ - IST yang membawa kami meninggalkan Sarajevo Aiport pada jam 2.35pm dan dijangka sampai ke Airport sabiha Gocken, Istanbul sekitar jam 6.30pm. Proses di immigration Sarajevo sangatlah cepat dan mesra pelancong Malaysia, kami masuk ke ruang menunggu setelah melepasi pemeriksaan keselamatan.
Map Metro di Istanbul
Setelah fllight mendarat di Sabiha Gocken Airport, Istanbul kami beratur di immigration dan menanti bagasi untuk keluar berjalan menuju ke train station. Kami akan menaiki Train Metro M4 Sabiha to Kadikoy, setelah itu menaiki Ferry Kadikoy to Emonunu. Kami berjalan berpandukan maps untuk menaiki train di Emonunu untuk ke hotel Dolphin Hotel Café (Double or Twin Room) yang terletak di Hacı Kadın Caddesi no 47a, Fatih, 34134 Istanbul, Turkey.
Menu ayam di Tavuk Kasap Doner
Pada malam itu kami hanya lunch di Restoran Makanan Segera Turkeye Tavuk Kasap Doner yang terletak di Hoca Gıyasettin, Yenihayat Sok. No:36, 34134 Fatih/İstanbul, Türkiye berkonsepkan ayam goreng hanya beberapa meter sahaja berjalan dari pintu hotel. Kami berpatah balik dan singgah di kedai serbaneka untuk membeli air dan snek untuk dibawa ke bilik. Kami berehat setelah kepenatan berjalan jauh dari Sarajevo, Bosnia ke Istanbul, Turkeye.
DAY 14 – Trip to Balkan – Berjalan-jalan Cari Makan dan Shopping di Kota Istanbul
Pada pagi Jumaat 19 September 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan sambunng berehat sambil baring kerana keletihan berjalan di negara-negara Balkan masih terasa hingga ke Istanbul. Kami keluar dengan menaiki train Tram di kota Istanbul untuk menuju ke cafe Morning In Pera yang terletak di Asmalı Mescid Mah.İstiklal Cad, Kallavi Sk. no:4, 34430 Beyoğlu/İstanbul, Türkiye dan berjalan-jalan di sekitar kawasan Taksim. Kami terpaksa menunggu beberapa minit kerana cafe tersebut sentiasa penuh dan beratur kerana sangat famous di Istanbul. Setelah ada kekosongan meja, kami dijemput masuk oleh salah seorang pekerjanya lalu memesan menu yang menjadi pilihan dan kegemaran kami.
Menu di Moring In Pera, Istanbul
Menjelang tengahri kami menaiki train untuk balik ke Haghia Sopia kerana tiba waktu untuk menunaikan solat Jumaat. Kami beratur panjang di tengah terik matahari untuk masuk percuma bagi menunaikan solat Jumaat. Di ketika waktu solat ini, pengunjung muslim dibenarkan masuk tanpa bayaran untuk bersolat. Pelancong lain akan dikenakan tiket masuk ke Haghia Sopia setelah selesai waktu solat nanti.
Haghia Sopia
Bergambar di depan Haghia Sopia
Setelah selesai menunaikan solat Jumaat, kami pun berjalan-jalan untuk shopping apa yang patut di sekitar Grand Bazaar & Spice Bazaar di Kota Istanbul. Setelah selesai shopping dan view kota Istanbul kami pun berjalan menuju ke arah kaunter Boat Bhosporus berdekatan jeti untuk membeli tiket menaiki boat bersiar-siar di Selat Bhosporus Istanbul. Kami menaiki boat bersama-sama dengan pelancong lain sambil mencari tempat kosong untuk view kota Istanbul dari dalam boat. Kepada yang suka memandu di Turkeye, boleh ikuti kisah kami memandu pada tahu 2016 di Kenangan Memandu di Turki
Bersiar-sair view kota Istanbul menaiki boat Bhosporus
Menjelang malam kami berjalan berpandukan Waze menuju ke restoran famous iaitu Nusr-Et Steakhouse Kapalıçarşı yang terletak di Beyazıt Mahallesi Çarşıkapı Nur-u Osmaniye Caddesi Sandal Bedesteni Çarşısı, 34126 Fatih/İstanbul, Türkiye. Setelah duduk di meja yang ditunjukkan oleh pekerjanya kami memesan menu yang nampak sungguh enak dan menyelerakan.
Menu di Restoran Nusr-Et, istanbul
Setelah kekenyangan kami berjalan ke station train berdekatan untuk balik ke hotel Dolphin Cafe. Seperti biasa kami singgah di kedai serbaneka untuk membeli air dan snek untuk dimakan di bilik sambil berehat. Kami juga menyusun barang-barang yang dibeli di Balkan dan juga di istanbul memandangkan esok kami perlu ke airport untuk balik ke tanah air tercinta.
DAY 15 – Trip to Balkan – Last day Jalan-Jalan di Istanbul dan Flight dari Sabiha Gocken Airport, Istanbul Turkeye ke KLIA
Pada pagi Sabtu 20 September 2025, kami bangun awal untuk solat subuh dan sambung berehat sambil baring kerana keletihan berjalan di Istanbul pula. Kami berkemas dan chckout awal dengan membawa luggage masing-masing ke kaunter hotel di tingkat bawah untuk menyimpan luggage kerana kami ingin jalan-jalan sementara menunggu flight balik kami pada jam 8.00 malam nanti.
Setelah menyimpan luggage di kaunter hotel, kami pun keluar berjalan menuju lagi ke kota Istanbul dan singgah semula di Spice Bazar untuk membeli dan menambah stok kopi Turkeye. Kami singgah di restoran xxxxx yang terletak di Kovači 3, Sarajevo 71000, Bosnia & Herzegovina tak jauh dari dataran Spice Bazaar untuk lunch menu masakan ikan fresh yang ditangkap di selat Bhosporus. Kami memesan menu makanan yang nampak menarik serta kopi Turkeye yang pure.
Setelah selesai lunch, kami menuju semula ke tram station untuk berpatah balik ke hotel Dolphin cafe untuk mengambil luggage. Kami mengheret luggage menaiki tram menuju ke jeti Ferry Emonunu ke Kadikoy dan menaiki Train Metro M4 dari Kadikoy menuju ke Sabiha Gocken Airport, Istanbul.
Sabiha Gocken, Airport
Kami boarding sekitar jam 5.00 pm dan melalui immigration dan pemeriksaan keselamatan yang agak cepat lalu masuk ke ruang menanti panggilan pesawat ke Doha. Kami menaiki Flight Doha Airways share code dengan Flight MAS 4111 dari IST Sabiha (SAW) ke DOHA dengan pesawat jenis AIRBUS A320 yang akan membawa kami terbang meninggalkan Turkeye pada jam 8.05 pm dan transit/layover setelah sampai di Doha jam 12.05 tengah malam dan selama 7jam 45min berlegar-legar berehat di Doha Airport. Sestibanya di Doha Airport kami duduk di KFC sambil makan dan minum serta berborak sambil berehat menunggu connecting flight ke KLIA.
Transit di Doha Airport
Connecting flight MAS dari Doha Airport ke KLIA
Setelah solat subuh berjemaah di surau Doha Airport, pada pagi Ahad 21 September 2025 kami masuk ke ruang menunggu untuk menaiki connceting Flight MAS 165 dari DOHA ke KLIA pesawat AIRBUS A330-300. Flight MAS tersebut meluncur laju meninggalkan Doha dan mendarat di KLIA 1 pada jam 8.55pm.
Kami menaiki grab untuk balik dari KLIA ke rumah dengan selamatnya. Alhamdulillah.
Ikuti perjalanan kami di Family Trip to Almaty pada tahun 2025 nanti……… Jom….
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment