Monday, 14 September 2026

Family Trip - Almaty, Kazakhstan - Kyrgystan & Uzbekistan : 25 Ogos 2026 – 5 September 2026 (Part 2) – Zoom View Lake, Canyon dan Waterfall di Kyrgystan dan Jalan-Jalan di Bukhara, Samarkand dan Tashkent City di Uzbekistan

Day 7 - MENJELAJAHI PUNCAK LEMBAH PERGUNUNGAN ALTYN ARASHAN

Pada pagi Isnin, 31 Ogos 2026 kami bangun awal untuk mandi dan solat subuh. Kami turun ke dewan makan di tingkat bawah hotel Sulayman untuk breakfast. Kami mengucapkan Selamat Hari Merdeka Malaysia ke 69 manakala pada tanggal 31 Ogos juga adalah merupakan hari kemerdekaan Kyrgystan ke 28. 



Selamat Hari Merdeka Malaysia



Selamat Hari Merdeka Kyrgystan






Menu breakfast di hotel Sulayman

Setelah itu, kami check-out dan keluar ke lobby sambil snap foto di sekitar hotel tersebut. Banyak bunga-bungaan yang mekar berwarna warni menghiasi taman di hadapan hotel tersebut. Kelihatan ramai pelancong yang tidak melepaskan peluang bergambar di situ. Ada juga beberapa pohon epal yang lebat buahnya dan kelihatan ada yang sudah masak ranum. 

Setelah driver sampaí kami bergerak meninggalkan hotel Sulayman pada jam 9.00 pagi menuju ke pergunungan Altyn Alashan. Sebelum itu Kami singgah di Pasaraya Globus yang terletak di 129 Zhusayeva, Karakol 722200, Kyrgyzstan untuk tapau nasi pilaf, kebab, sandwich, air mineral dan gula-gula. Selepas itu, driver memandu sejauh lebih kurang 15km mengambil masa 30 minit untuk menghantar kami ke bilik homestay Arachu (Akjol) yang terletak di FGFJ+76, Teploklyuchenka, Kyrgyzstan. Driver akan menguruskan check-in bilik dan penghantaran luggage ke bilik. 

Dari homestay itu, kami perlu menaiki van truck pickup design era soviet menghala ke jalan menuju ke kawasan pergunungan Altyn Arashan. Jalan menuju ke puncak gunung itu menyusuri sungai berarus deras semakin mencabar melalui jalan berbatuan di mana kereta biasa tidak akan mampu menempuhi perjalanan luar biasa ini. Sesekali terhuyun hayang kami dilambung apabila truck tersebut melalui timbunan batu yang agak besar. 

Sementara itu, driver truck tersebut akan berhenti di bebetapa spot untuk membolehkan kami snap gambar zoom view kawasan gunung ganang, air sungai yang berarus deras, air terjun, hot spring dan pohon-pohon timbunan hutan yang menghijau penuh ketenangan.

Setelah menempuhi perjalanan lebih 2 jam walaupun dalam jarak hanya sekitar 20km tetapi dengan keadaan jalan berbatuan dan sangat mmencabar itu, kami pun sampaí di puncak Altyn Arashan dan parking berhampiran Guest House Elza. Di sini terdapat banyak juga pilihan kemudahan penginapan, cafe dan banyak juga aktiviti berkuda serta hiking yang lebik ekstrim. Terdapat kedai makan tetapi harganya agak mahal sekitar 900 som seorang. Menjelang tengahari, kami lihat ramai pengunjung yang lepak berpiknik di tepi sungai manakala kami pun mencari spot yang agak jauh dari sungai dan kawasan kuda untuk lunch makanan yang telah ditapau dari Pasaraya Globus tadi.

Setelah itu, kami berjalan-jalan dan berlegar-legar zoom view pergunungan tersebut sambil snap gambar panorama yang sungguh menakjubkan. Allahuakbar....

Menghampiri jam 3.00 petang kami menaiki truck untuk turun semula ke homestay Akjol. Setibanya kami di bilik homestay tersebut lalu kami mandi, bersolat  jamak dan berehat setelah kepenatan menempuh aktiviti ekstrim jalan-jalan zoom view Altyn Arashan pada hari itu.  

Kami dinner di dewan makan homestay Akjol di mana menu masakan Kyrgystan yang disediakan oleh tuan rumah yang sangat sedap. 







Gambar sekitar homestay Akjol 






Menu dinner sangat sedap (Rating - 9.8/10)

Menjelang malam suhu di kawasan kaki pegunungan Altyn Alashan bertambah sejuk dan membuatkan kami tidur nyenyak di sepanjang malam akibat keletihan setelah menjalankan banyak aktiviti dan berjalan seharian. 


Day 8 - ZOOM VIEW DUNGUN MOSQUE, KARAKOL DAN BURANAN TOWER, BISHKEK SERTA FLIGHT UZBEKISTAN AIRWAYS DARI BISHKEK KE TASHKENT 

Pada pagi Selasa, 1 September 2026 kami bangun awal solat dan menikmati susana pagi zoom view kawasan kaki gunung di mana terdengar desiran air sungai yang tak jauh dari homestay Akjol. Pada jam 7.00 pagi kami menikmati breakfast di dewan makan sementara menanti driver menjemput kami untuk aktiviti last day di Kyrgystan.


Breakfast di homestay Akjol (Rating: 9.8/10)




Aktiviti sekitar homestay Akjol



Perjalanan ke bandar Karakol

Dalam perjalanan kira 30 minit, kami singgah di kompkeks perniagaan Mega di pekan Karakol untuk membeli souveniour, fridge magnet dan t-shirt. 

Setelah itu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Dungan Mosque yang terletak di F9WR+W7W, Bektenova str., Karakol, Kyrgyzstan. Rekabentuk masjid ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk cina dan dikelilingi pokok-pokok epal, pear dan bunga-bungaan. Semasa kami berlegar-legar di kawasan masjid untuk snap gambar, tiba-tiba ada kanak-kanak yang keluar dari rumah di dalam kawasan masjid tersebut memetik beberapa biji buah epal dan menghulurkannya kepada kami. 








Dungan Mosque

Dari masjid itu, kami memandu selama lebih kurang lebih 1 jam sejauh lebih 100km bergerak menuju ke Kyrcyn Village yang terletak di QF4H+3GQ, Ulitsa Likholetova, Grigor'yevka, Kyrgyzstan. Dalam perjalanan kami singgah di tepi jalan dan berjalan menuju ke Issyk Kul Lake yang santa luas seperti lautan terbetang. Kelihatan ramai pengunjung yang berkelah dan berehat di tepi tasik tersebut namun kelihatan seolah-olah permandangan di tepi pantai.

Setibanya berhampiran simpang ke Kyrcyn Village, driver memberitahu kami bahawa jalan ke sana ditutup sempena Nomad Game yang berlangsung dari 1 - 5 September 2026. Jika mahu masuk ke sana, kami perlu menaiki bas khas yang dusediakan bersama-sama orang ramai yang kelihatan berebut-rebut menaiki bas-bas tersebut. Untuk mengelakkan kelewatan ke destinasi settrusnya dan juga ke Bishkek Airport nanti, kami mengambil keputusan untuk skip ke Kyrcyn Village tersebut. 

Perjalanan dari Kyrcyn Village agak perlahan kerana terdapat kenderaan-kenderaan konvoi yang membawa petugas dan juga kontingen pasukan negara-negara yang menyertai Nomad Game. 

Sekitar jam 12.30 tengahari kami singgah lunch di restoran БАЛЫК-ОРДО (Balyk-Ordo) yang terletak di Manas Street 1, Cholpon-Ata, Issyk-Kul Region, Kyrgyzstan. Restoran tersebut terletak bertentangan dengan stadium acara Nomad Game tersebut dan kelihatan kereta sesak dengan pengunjung berpusu-pusu masuk ke kawasan stadium tersebut. Kami sempat solat jamak di ruang solat restoran tersebut memandangkan kami dijangka lewat sampaí ke airport. 




Singgah di Lake Issyk Kul 




Perjalanan dari bandar Karakol perlahan sempena konvoi Nomad Games 2026






Menu ikan di Restoran Halal  БАЛЫК-ОРДО (Balyk-Ordo) (Rating: 9/10) 



Ruang solat di Restoran Balyk-Ordo

Kami bergerak semula menuju ke Bishkek pada jam 2.00 petang dan singgah di Burana Museum pada jan 4.45 petang. Kami sempat bergambar dan berlegar-legar di kawasan tersebut dan zoom snap photo Burana Tower. Burana museum & Burana Tower ditutup pada jam 5.00 petang.  












Burana Muzeum

Perjalanan kami perlahan menghampiri airport kerana terdapat beberapa jalan ditutup sementara bagi memberi lalaun kepada konvoi Nomad Games 2026. Setelah terperangkap dalam kesesakan jalan dan delay sekitar 30 min dalam jarak 25km ke airport Alhamdulilah kami sampaí ke airport sekitar jam 7.30 petang di mana flight kami akan berlepas jam 11.55 malam. Jadi perjalan kami ke airport tidaklah berdebar kerana masih banyak masa untuk boarding. 

Sepanjang kami menaiki kereta kami mendapati ramai penduduk di Kyrgystan masih mengamalkan budaya menunggu dan menahan kenderaan lalu lalang di tepi jalan untuk menumpang kenderaan tersebut walaupun bersama dengan orang yang tidak dikenali secara percuma atau istilah lainnya hitchhiking untuk menuju ke pekan atau destinasi seterusnya yang dilalui oleh kenderaan tersebut.

Seteleah kenderaan menghadapi airport dan bverhenti untuk road-block bagi pemeriksaan untuk masuk ke kawasan airport, akhirnya kami pun selamat sampai ke pintu airport sekitar jam 7.30 petang. Tiket flight Uzbekistan Airways kami tempah di Trip.com berharga RM1,280.00 sehala (5 Adults) pada jadual asalnya pada jam 6.00 petang dari Manas International Airport, Bishkek.




Manas International Airport, Bishkek








Uzbekistan Airways  

Kami check-in luggage di kaunter Uzbekistan Airways dan langsung boarding melalui pemeriksaan immigration dan keselamatan. Kami makan roti dan minum kopi sementar menunggu pesawat tiba. 

Manas International Airport Bishkek hanya mempunyai 8 gate tapi sistem informasinya huru hara kelihatan ramai pelancong terpinga-pinga berlari ke sana-sini mencari gate pesawat di saat-saat akhir. Tidak didangkal bahawa kemudahan Sultan Ismail Airport Kota Bharu lebih besar dan moden dari sesetengah airport di luar negara.

Akhirnya pesawat berlepas meninggalkan Bishkek pada jam 12.30 pagi dan sampaí di Tashkent Airport pada jam 2.00 pagi. Kami melalui kaunter immigration dan keluar collect luggage untuk membeli SIM card Beeline lalu menempah airport teksi sekitar USD35 membawa kami ke hostel dan nanti pagi akan pickup kami semula dari hostel ke Tashkent Shimoliy Train Station. 

Untuk maklukan kami terlihat signboard di airport di mana drone adalah merupakan peralatan yang terkawal dan terlarang untuk dibawa masuk ke Uzbekistan.


Airport Taxi Tashkent ke Micasa Family Hostel






Micasa Family Hostel (Rating: 8.0/10)

Kami check-in di Micasa Family Hostel pada jam 2.30 pagi dan tidur awal memandangkan kami akan keluar semula seawal 6.30 pagi menuju ke Tashkent Shimoliy Train Station. Kami telah menempah bilik tersebut di web booking.com dengan harga RM160 untuk 1 Night / 5 Adults. 


Day 9 - ZOOM VIEW PERJALANAN TRAIN TASHKENT KE BUKHARA CITY DAN JALAN-JALAN DI BUKHARA CITY

Pada Rabu, 2 September 2026, kami bangun seawal jam 5.00 pagi untuk berkemas dan solat subuh. Tepat jam 6.30 pagi airport taxi yang kami tempah semalam sampaí untuk membawa kami ke Tashkent Shimoliy Train Station. 



Airport Taxi seawal pagi menunggu kamu untuk ke train station





Suasana pagi di Tashkent City












Tashkent City Train  Station





Kemudahan di Tashkent Train Station 


Train 710A di platform station Tashkent City ke Bukhara-1 

Kami tiba di train station tersebut dan melalui pemeriksaan keselamatan dan masuk mencari kaunter money changer yang terletak di hujung wing kiri station tersebut. Kami beratur bersama beberapa orang pelancung yang ingin menukarkan wang masing-masing. 

Setelah itu kami singgah di cafe untuk breakfast roti dan minum kopi sementara menunggu train no. 710A ke Bukhara sampaí. Tepat jam 8.37 pagi train bergerak meninggalkan train station Tashkent dan berhenti di bebetapa station sahaja. Tepat jam 2.35 petang train tersebut sampaí di Bukhoro-1 station. Kami berjalan keluar bersama-sama dengan penumpang lain menuju ke dataran luas di hadapan train station tersebut. Sebolehnya sila pesan YandexGo berharga sekitar 30000 som untuk ke Bukhara City agar perjalanan selesa, berbaloi dan puas hati. 





Train 710A ke Bukhara-1 Station  

Kami menaiki YandexGo selama 30 minit dengan menempuh jarak sekitar 14 km untuk sampaí sekitar jam 4.00 petang di Hayat Hotel yang terletak di Kemukhgaron Street 2, 200100, Bukhara, Bukhara Region, Uzbekistan. Kami telah book Hayat Hotel di web Booking.com berharga RM546.00 untuk 2 bilik (4A 1C) terasuk breakfast.  

Setelah check-in dan menyimpan luggage, kami keluar berjalan kaki sahaja  dalam jarak 500m sekitar 10 minit untuk menuju ke Avyan Restaurant yang terletak di N. Husainova #7, 200100, Uzbekistan. Kami memesan menu yang tersedia sambil terpegun snap gambar di setiap sudut yang dipenuhi ukiran yang cantik mempersonakan. 











Avyan Restaurant, Bukhara City (Rating: 8.8/10)

Setelah selesai menikmati makanan, kami keluar berjalan mengikut route hot spot tumpuan pelancong bermula dari Labi Hovuz, Magok i-Attari Mosque melalui kawasan Poi Kalan Mosque sehingga ke Chashima-Ayub Mausoleum. Walauun berjalan agak jauh kita tidak terasa sekiranya menikmati keindahan rekabina bangunan-bangiunan di sekitar Bukhara City dari suatu lokasi ke lokasi seterusnya. 



DIY trip jalan-jalan Bukhara 1 day (Kredit - Google)





Bergambar sekitar Labi Hovuz





Berjalan melalui Magok-i Attari Mosque ke Pasar Bukhara






Pasar Bukhara








View sekitar Mir-I Arab dan Ulughbeg Madrasah  













Zoom view sekitar Poi Kolan, Bukhara City






























Zoom view di Ark of Bukhara





Tower Bukhara





Bolo Hauz Mosque di sebelah Tower Bukhara


Imam Al-Bukhari Museum




Chashma Ayub Mausoleum




Ismail Samani Mausoleum



Berjalan berpatah balik semula ke Poi Kolan dan hotel











Sinaran cahaya menambahkan seri keindahan malam di Poi Kolan, Bukhara City


Pada jam 7.40 malam kami singgah semula untuk mengambil gambar panorama Poi Kolon yang disinari cahaya lampu berwarna warni yang cantik memukau setiap sudut permandangannya. Setelah berlegar-legar menikmati keindahan malam di sekitar Poi Kailon tersebut, kami berjalan balik melaui Pasar Bukhara yang  juga indah suasananya di waktu malam untuk menuju ke Hayat Hotel. 




Pasar Bukhara di waktu malam










Zoom view sekitar Hayat Hotel



Bilik di Hayat Hotel, Bukhara (Rating: 9.5/10)

Pada malam itu, kami bertanyakan staff hotel tersebut sama ada khidmat YandexGo mudah ditempah untuk perjalanan di awal pagi memandangkan train kami esoknya akan bertolak dari Bukhara padda jam 5.21pagi. Setelah mendapat pengesahan dari staff tersebut yang khidmat YandexGo amat mudah walaupun di waktu awal pagi kami pun naik ke bilik dan bolehlah tidur dengan lena. Sebelum tidur, kami berkemas dan solat sebelum berehat lalu tidur awal memandangkan esok kami akan menaiki train seawal jam 5.21 pagi menuju ke Samarkand pula.  


Day 10 - ZOOM VIEW PERJALANAN TRAIN BUKHARA KE SAMARKAND CITY DAN JALAN-JALAN DI SAMARKAND CITY

Pada hari Khamis, 3 September 2026 kami bangun seawal jam 3.00 pagi untuk berkemas dan check-out awal dari Hayat Hotel. Kami memesan YandexGo berharga sekitar 30000 som pada jam 4.15 pagi menuju ke Bukhara-1 train station. Setelah melalui pemeriksaan keselamatan di pintu masuk Bukhara-1 train station kami menunaikan solat subuh di ruang solat tingkat atas station tersebut. 

Tepat jam 5.21 pagi train no. 711A bergerak ke Samarkand dan tiba pada jam 7.38 pagi di Samarkand train station.






Buukharo-1 Train Station



Samarkand Train Station




Suasana di Samarkand Train Station

Oleh kerana tiba awal kami perlu menghantar luggage ke homestay Oscar yang terletak di Истикбол 87 Самарканд, Samarkand, Uzbekistan (Phone: +972 526901725) terlebih dahulu kerana waktu check-in bermula jam 3.00 petang. Bilik apartment tersebut Kami telah tempah di booking.com 2 Nights/5 Adults dengan harga RM480 semalam / 5 dewasa.

Setelah menghantar luggage kami breakfast roti yang ditapau di Samarkand Train Station. Kami memesan YandexGo untuk menuju ke Amir Temur Monument sejauh lebih kurang 3km dari apartment tersebut. Harga YandexGo hanya 10000 som ke roundabout yang terletaknya Amir Temur Monemunt.





Amir Temur Monument








Kedai dan park dalam perjalanan ke Amir Temur Coomplex

Dari situ kami berjalan ke Amir Timur Complex dan snap beberapa photo di depan kompleks tersebut. Dari situ kami berjalan sejauh 1 km untuk sampai ke Registan Square di mana kami membeli tiket untuk masuk ke muzium tersebut. 

Di Registan Square terdapat beberapa bangunan lengkap dengan info sejarah terdiri daripada Registan Square, Tilya Kori Madrasa dan Sherdor Madrasa.
























Zoom view di Registan Square, Tilya Kori Madrasa dan Sherdor Madrasa


Setelah selesai menerokai sejarah dari setiap sudut bangunan di dalam Registan Square tersebut kami berjalan keluar menuju ke Emirkhan Restaurant yang terletak di Махмуджанова 1/18 Самарканд Сиябский, 140100, Samarkand, Uzbekistan sejauh kira-kira 500m dari situ. 





Emirkhan Restaurant (Rating: 8.5/10)

Dari restoran tersebut kami berjalan sekitar 800m menuju Bibi Kayam Mosque dan singgah di Bibi Khanum food court. Kami membeli ais krim turki, air mineral dan fanta oren yang boleh menghilangkan haus setelah berjalan jauh. 

Kami hanya snap photo dari luar kawasan dan pintu besar Bibi Kayam Mosque kerana dikenakan bayaran 10,000 som untuk masuk dan bergambar di sekitar kawasan dalam masjid. 







Jalan shopping di sekitar Bibi Khanum food court





Bibi Kayam Mosque


Selepas itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Saab Bazaar yang terletak tidak jauh dari masjid tersebut. Kami singgah membeli halwa asli Uzbekistan di salah sebuah kedai sebelum Bibi Kayam Foodcout tidak jauh dari ais krim Turkeye di depan foodcourt tersebut.

Kami membeli t-shirt dan juga beg tote Uzbekistan sebagai souveniour untuk dibawa balik. Di bazaar tersebut juga ada menjual buah-buahan seperti epal, pear, limau Dan sebagainya. Kami juga membeli jus delima fresh yang diperah mengikut buah yang dipilih.

Kami keluar ke hujung jalan Saab Bazaar dan menempah YandexGo untuk balik semula ke bilik apartment. Kami solat jamak dan berehat sebentar sementara menunggu masa sesuai untuk keluar tapau dinner.
















Saab Bazaar, Samarkand City


Menjelang jam 6.00 petang kami menempah YandexGo menuju semula ke Saab Bazaar untuk membeli lagi tambahan halwa dan beg tote. Kami tapau nasi plav dan minum kopi di restoran saqyoili yang terletak bersebelahan foodcourt. 

Kami berehat di cafe tersebut dan hari mulai semakin gelap lalu Kami berjalan menuju ke Registan Square lagi. Kami ingin snap foto panorama zoom view bangunan-bangunan Registan Square yang kelihatan indah berwarna warni pada waktu malam. 








Tapau dinner di Restoran Saqyoili









Zoom view panorama malam di Registan Square


Setelah itu, kami memesan YandexGo untuk balik semula ke bilik apartment. Kami makan nasi plav yang ditapau sebelum berkemas dan berehat sebelum tidur nyenyak untuk menyambung aktiviti zoom Samarkand City esoknya. 







View di sekitar Homestay Oscar



Bilik di Homestay Oscar, Samarkand City (Rating: 9.2/10) 


Day 11 - ZOOM VIEW SAMARKAND CITY DAN PERJALANAN TRAIN SAMARKAND KE TASHKENT CITY

Pada pagi Jumaat, 4 September 2026 kami bangun solat subuh, berkemas beg dan berehat. Kami turun ke ruang dapur homestay di tingkat bawah apartment pada jam 9.00 pagi di mana pekerja homestay tersebut telah siap menyediakan breakfast kami. 

Breakfast dengan roti, scramble egg dan sosej, salad dan kopi serta jus sudah memadai untuk kami dan mengenyangkan. Alhamdulillah..... 




Breakfast di dewan makan Oscar


Kami keluar sebelum jam 11.00 pagi setelah meninggalkan luggage di ruang rehat homestay dengan menaiki YandexGo menuju ke Shah I-Zinda yang terletak di Shohi Zinda ko'chasi, Samarkand, Samarqand Region, Uzbekistan. Kami membayar tiket masuk 360,000 som (4Adults/1Child). Shah Izinda opening hours - 8.00am-7.00pm

Kami mendaki tangga yang agak curam di kawasan berbukit yang menempatkan makam Kusam bin Abbas serta golongan pembesar dan keluarga mereka. Terdapat masjid di aras bawah untuk pengunjung solat dan ada ruang-ruang untuk pengunjung berdoa.


Kaunter tiket masuk ke Shah-i Zinda













Menziarahi makam-makam di sekitar Shah-i Zinda




Hazrat Khirz Mosque


Dari bangunan Shah-I-Zinda tersebut kami berjalan sejauh 500m menuju ke Hazrat Khirz Mosque yang terletak di Khuja Khidr Mosque, Tashkent Rd, Samarkand, Samarqand Region, Uzbekistan. Kami melalui jalan di tepi kubur-kubur yang bersambung dengan kawasan Shah-I-Zinda menuju ke masjid tersebut. Kami snap photo di beberapa sudut masjid dan berhenti berehat di ruang rehat bersebelahan masjid tersebut.

Dari masjid tersebut kami berjalan melalui jambatan yang melintas jalan utama menuju ke Siab Bazaar dan berhenti shopping halwa dan beg tote Uzbekistan lagi. 

Selepas itu Kami singgah di Bibi Khanum Teahouse untuk lunch. Kami memesan menu makanan seperti Gelak Soup, Chicken Soup, Chicken grill dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. 






 Bibi Khanum Teahouse (Rating: 8.8/10)


Menjelang pukul 4.30 petang kami memesan YandexGo dengan stop di homestay untuk mengambil luggage di homestay dan meneruskan perjalan ke Samarkand Tran Station. Kami masuk ke Samarkand Train station setelah melalui pemeriksaan keselamatan dan berehat sebentar sementara menunggu train tiba di platform. Kelihatan ramai penumpang lain juga yang mundar-mandir di dalam station sementara menunggu train masing-masing tiba di platform untuk meneruskan perjalan ke destinasi yang ditujui.  

Setelaj menghampiri jam 6.00 petang kami masuk ke bahagian platform untuk menanti train yang akan tiba. Sebaik train tiba, kami bergegas mencari coach untuk mendapatkan seat yang tertera di tiket yang telah kami tempah. Train no. 765A Aysoyab berlepas dari Samarkand menuju ke Tashkent tepat jam 6.15 petang dan sampaí pada jam 8.00 malam. 







Train High Speed 765A Aysoyab di platform Samarkand Train Station







Perjalanan Train High Speed 765A Aysoyab ke Tashkent City





Train High Speed 765A Aysoyab tiba di platform Tashkent Train Station


Dari station tersebut kami menempah YandexGo  menuju ke Garden Residences Apartment di Хадра, 2, Tashkent, Uzbekistan. Bilik apartment Garden Residences kami tempah di booking.com dengan harga untuk 1Night (5Adults). Chekin bermula pukul 6.00 petang dan checkout pula sebelum 4.00 petang.







Garden Residences Apartment (Rating: 9/10) 

Kami keluar mencari dinner dan tapau pizza Bellissimo 2 large dengan harga 180000 som di kedai yang terletak dalam Tashkent City Park dan air mineral di kiosk hadapan kedai pizza tersebut.  Kami berkemas, berehat dan tidur awal kerana kami akan keluar awal untuk jalan-jalan zoom view Tashkent pula.  

Day 12 - ZOOM VIEW JALAN-JALAN DI TASHKENT CITY DAN FLIGHT CHINA SOUTHERN AIRLINES DARI TASHKENT - BAIYUN, GUANGZHOU - KLIA 

Pada pagii Sabtu, 5 September 2026 kami bangun awal solat subuh dan berkemas luggage memandangkan hari ini merupakan hari terakhir berada di Uzbekistan dan kami akan balik ke KL dengan flight China Southern Airlines. 

Kami keluar pada jam 9.00am selepas breakfast pizza semalam dan bancuh teh yang tersedia di dapur homestay.  Setelah memesan YandexGo kami menuju ke Islamic Civilization Centre yang terletak di Tashkent city, Karasaray Street 47, Tashkent, Uzbekistan. Kami snap gambar di depan dan juga sisi bangunan Islamic Civilization Centre serta berlegar-legar di sekitar datarannya.

Kemudian kami masuk ke bangunan Khast Imam Complex yang tersimpan madhaf Al Quran lama dan juga koleksi Al Quran dengan pelbagai terjemahan bahasa termasuk Al Quran yang dicetak dan dihadiahkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2008.

Kami keluar ke dataran ke hadapan dataran bangunan itu dan singgah membeli ais krim yang dijual di atas troli. Kami recommend untuk mencuba ais krim yang sedap dengan pelbagai perisa campuran. 


Bendera Malaysia berkibar di Islamic Civilization Centre






Cubalah ais krim dijual di Islamic Civilization Centre (Rating:8.5/10)















Zoom view sekitar Islamic Civilization Centre dan Khast Imam Complex


Kami berlegar di dataran bangunan Islamic Civilization Centre dan Khast Imam Complex lebih kurang selama 2 jam. Sekitar jam 11.30 pagi kami memesan YandexGo menuju ke Besh Orson Restaurant yang terletak di Guards Colonel Khodjaev Street 1, 100057, Tashkent, Uzbekistan untuk lunch. 

Semasa kami sampaí kelihatan ramai pengunjung yang kemenugi setiap meja di dalam restaurant tersebut. Ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk masuk ke bahagia dapur untuk nelihat aktiviti memasak setiap menu terutama nasi plav dalam bawah yang bersaiz sangat besar. Sekiranya ke Tashkent jangan terlupa menikmati menu famous nasi plav dan juga menu-menu lain di Besh Orzon Restaurant. Jangan risau kerana servis pekerja di restoran ini sangat cepat walaupun ramai pengunjung ketika waktu lunch. 









Zoom dapur Nasi Plav & menu Restoran Besh Orson (Rating: 9/10)


Selepas menikmati makanan kami  memsan YandexGo menuju ke Chorsu Bazaar yang terletak di Tafakkur ko'chasi 57, Тоshkent, Toshkent, Uzbekistan. Kami masuk ke bahagian-bahagian jualan Chorsu Bazaar seperti makanan basah, madu, daging dan ikan, buah-buahan, sayur-sayuran Dan sebagainya. 

Setelah menghabiskan masa selama lebih sejam di Chorsu Bazaar Street Market kami berjalan ke Chorsu Metro station dan kemneli tiket di tiket machine untuk zoom view Metro Station Kosmontavtlar, Paxtakor dan Alisher Navoiy yang masing-masing mempunyai konsep rekabentuk tersendiri yang cantik dan menarik. Ramai pelancong yang singgah di station tersebut untuk snap gambar. 
















Chorsu Bazaar







Metro Station Kosmontavtlar



















Metro Station Paxtakor dan Alisher Navoiy


Setelah menerokai semua station di atas kembali kembali ke Metro Station Alisher Navoiy dan  keluar di gate 4-5 berjalanenuju ke arah Tashkent City Park untuk  balik ke bilik homestay. Setelah berkemas dan solat jamak kami checkout dari homestay tersebut pada jam 4.00 petang dan memesan YandexGo menuju ke Islam Karimov Tashkent International Airport. 

Kami melalui imbasan keselamatan luggage untuk masuk ke dalam kawasan terminal dan berehat sebentar sementara menunggu waktu untuk check-in di kaunter.  




Islam Karimov Tashkent International Airport


Pada jam 6.10 petang kami check-in luggage di kaunter China Southern Airways yang menawarkan tiket penumpang termasuk check in luggage 23kg bagi setiap penumpang dengan request makanan halal. Check-in tiket sangat lama lebih 1 jam 30 min tetapi luggage mudah sahaja masuk untuk ditutup di KLIA nanti. 

Kami melalui pemeriksaan immigration dan keselamatan sebelum boarding masuk untuk menunggu pesawat. Kami sempat solat jamak sebelum masuk ke pesawat untuk terbang meninggalkan Uzbekistan.

Flight balik China Southern Airways kami tempah di booking.com dengan harga RM7800 sehala 4Adults/1Child. Flight CZ3054 tersebut berlepas dari Tashkent International Airport pada jam 9.10 malam dan sampaí ke Baiyun International Airport pada jam 6.00 pagi. Kami akan transit di Baiyun selama lebih kurang 2 jam 30 min di mana kami sempat berlegar-legar di airport tersebut sambil berehat.

Pada jam 9.20 pagi kami menaiki connecting flight China Southern Airways CZ3052 dari Baiyun International Airport menuju ke KLIA yang memakan masa selama lebih kurang 5 jam dan mendarat di KLIA pada jam 3.00 petang.



Transit di Baiyun International Airport







Flight China Southern Airways CZ3052 connecting ke KLIA


Kami menempah Grab untuk balik ke rumah dengan ucapan syukur Alhamdulilah serta sampaí dengan penuh kesyukuran. Nantikan kisah perjalan trip family kami menerokai negara-negara lain secara DIY nanti. Jom zoom dan view bersama ...... 

#zoomdglobe di Trip.com










No comments:

Post a Comment